Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 27 April 2011

Progress rumah as at 23hb April 2011

Rabu, April 27, 2011 4 Comments



Minggu lepas pak ustad dapat surat dari Glomac mengatakan yang pembinaan rumah kiteorang kat Bukit Saujana tu dah 45 persen siap:10:. Selalunya pak ustad malas nak jalan tapi rasanya kali ni pasal tak sanggup dok umah kot sebab tu dia setuju nak gi tengok. Ini sume dek kerana Mirul takde kat umah pasal dia gi camping 3 hari kat sekolah, maka hidup pun jadik cam ko pandang aku, aku pandang ko... pastu *blur* :03: (Dalam hati sure berkata: APpa? ApPa...?!!!) Kalau pak lawak itu ade kat umah barulah huru-hara ceria sket umah aku tu so untuk ilangkan wajah-wajah kusam blur kami itu, maka kiteorang pun gi la melawat Sungai Buluh.


Seronok (perasan?) tengok umah dia orang sampai kembang-kembang idung


Cam biasa pak ustad memang ske jenjalan taim dah petang-petang waktu jin tanah,
jin aprit sume nak punch-in card so sampai sane pun dah lagi 10 minit nak maghrib:07:.



Hasrat hati tu memangla nak jalan masuk tengok mane satu umah idaman kalbu tu sebab kete takleh masuk, kena park kat luar je tapi tulah, kang tengah dok merayau-rayau tetiba maghrib lak, ade pulak yang kena sampuk kang! Tak si kecik kene, yang tua bangka pun kena, haha... demm! So cam biase jelah... jalan jauh-jauh, pastu tengok dari jauh, snap 2,3 keping gambar dan sambung berangan, haha...!


Magik tak? Magik tak? Hahaaa... pakai jin apa la bleh sampai 2 tempat orang same niiii... (inilah kelebihan pengguna Ovi, jangan marah ye Android user, ahaks!- ayat api)


Haaaaaaaa... yang iniiiiiiiii... bukan umah aku.


On the way balik kiteorang ikut jalan Batu Arang yang sungguh sunyi itu. Nearly nak accident ngan mamat mabuk mane ntah tetiba je gi potong kete masuk lane kiteorang. Mujur la sempat elak, kalau tak, ade yang balik camping tengok mayat mak bapak ngan adik je huhuuu... *emo*. Disebabkan nak mensyukuri kejadian terselamat tadi tu, maka aku pun ajak pak ustad pekena nasik kabshah kat Shah Alam haritu haha... (ape kena-mengena ntah! :06: Alasan!) So korang bleh la cek entry aku pasal restoran arab kat Shah Alam yang sedap tu kat sini sebab aku de masukkan gamba baru. Maklumlah, masa first time pegi tu kan tengah lapar jakun giler, so tak sempat nak snap sebelum makan. Tau-tau sume makanan dah ade dalam peyut! Ahaks!


Mungkinkah rumahku di belakang sana? Haha... tunggulah lagi Farah oiiiiii...!!!

:dancingpanda:

Review: Le Petit de Dapo, Prima Sri Gombak, Selangor

Rabu, April 27, 2011 2 Comments

RATING
Service: starstar
Food: starstar


Takde plan pun sebenarnya aku ngan Aju nak pergi makan kat sini pada mulanya tapi since hari tu cari punya cari kedai makan yang nampak menarik takde plak. Tetiba ternampak lak kedai makan ni so kiteorang pun redah ajelah. First impression kedai ni memang memang sungguh menarik perhatian la sebab dekorasi dia adalah sangat cantik. Dengan tema merah dan hitam, ada sofa dan kerusi meja yang bold, waaa... :16: rase seronok betul dok dalam restoran ni. So skang kite order plak nak tau dia punye masakan caner, :23: k! Haritu aku order mee goreng sotong dan Aju order set nasi putih dia yang ada telur dadar, ulam dan tomyam. Okeh, skang sampai part yang tak berape besh :41: hehe. Mintak maaplah ye pada ownernya, ini pendapat peribadi je :11: .



First, aku tak tau nape kiteorang kene tunggu lama sangat nak dapatkan order kiteorang. Rasanya kiteorang order pukul 1.15 pm tapi sampai ke meja sejam selepas itu:01:. Nak kata orang ramai, hmmm... tak gak ramai. Mungkin agaknya sebab kami pegi hari Jumaat taim org tengah solat kot sampai dia kekurangan tukang masak. Sebab kalau setakat masak mee goreng ngan telur dadar dan tomyam, rasanya tak la sampai sejam kot? :22: Ngeh, ngeh...




Okeh, sekarang masuk bab rasanya pulak. Mee goreng aku tu rasanya tak berapa perfect kot sebab cam terlebih kicap je. Tapi kalau itu memang resepinya, aim soriiii....! :08: Yang menyelamatkan mee tu rasanya sotong tu kot sebab dia sangat rangup dan best. Aju punye tomyam pun aku sempat rasa. Aju ngan aku sependapat mengatakan sup itu adalah tidak power. Oh ye, kiteorang ade tapaukan Nasi Goreng Kampung untuk Kak Wan yang kelaparan kat opis. Opsss, sori lagi sekali, dia kate nasi tu pun tak menepati piawaian. :20: Demmm!


Hmmm, so... terpulanglah kat korang ye. Itu pendapat 3 molot yang makan dan overall kiteorang bertiga berpendapat tak berapa la tapi hopefully lepas ni restoran tu buat sesuatu ntuk improvise sebab harga dia boleh tahan gak so better la harga tu setanding ngan kualitinya, kan! Kalau korang nak cuba sendiri, jom la singgah ke sini dan rasai sendiri. Maybe korang bleh komen post ni lepas mencuba pulak! Mana tau dorang dah improvise, kan? Bagus jugak kalau kite update!

:08:

Isnin, 18 April 2011

Resepi: Apam Polka Dot/ Dot Dot (jgn makna lain sudah! Ekeke)

Isnin, April 18, 2011 14 Comments

Dah berkurun sebenarnya tengok gambar cik apam dot dot ni. Rasanya dah setahun lebih la jugak tapi apakan daya masa tu aku adalah puan bizi menyiapkan order orang sampai sendiri nak makan pun takde mase nak wat. Haaa... so setelah setahun berlalu, akupun kene pakse dengan mak ade masa terluang, so aku cubalah. Resepi asal aku tiru dari blog Hana lagi hehee.. kalau ndak cube jugak, silelah tiru ye ngeh, ngeh... :6:



Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk (tak tau nape kene amek dari dalam peti tapi mak akukan sungguh lurus orangnya so dia paksa aku soh follow haha!)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalleteFilling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - Aku ganti ngan jem strawberry yang disebat dari peti ais mak aku ngeh, ngeh,ngeh...
  • Pewarna

Cara-cara membuatnya: -


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. (Aku tak berapa suggest korang guna method campurkan sume ni sbb dr pengalaman aku better korang pukul telur, gula dan ovalette sampai gebu baru masuk yang lain. Dengan cara ni apam tu bile masak tak keras walaupun simpan 1,2 minggu).


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).


Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.


Picitkan blueberry/ strawberry filling secukupnya.


Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.


Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Siap!


Jemput makan, errr... tengok!... Lagi!!! Heheh!

Caner nak tau telur ayam yang korang makan tu ori?

Isnin, April 18, 2011 0 Comments
Haritu adalah aku dengar orang dok kecoh-kecoh pasal telur ayam tiruan dari China. Sume pakat berhati-hatilah takut kalau-kalau termakan telur tiruan yang pastinya khasiat dia tak sama dengan telur ayam asal. Tapi rasanya belom lagi telur tu sampai kat Malaysia kot... entahlah, wallahualam. Just untuk info korang, kat sini aku tunjukkan perbezaan telur tiruan dari China tu dengan telur ayam original yang aku dapat dari email: -



Cume yang aku musykil, kalau kite tak rebus telur tu tapi let say la nak goreng, caner kite nak tau dia tu original? :puteh_16: Jeng, jeng, jengggg...

:mKanta:

Selasa, 12 April 2011

Resepi: Red Velvet Cake

Selasa, April 12, 2011 11 Comments

Jangan marahhhh... punyelah lama tak update (lama kew? celebrate hahaa...) Mana taknye, dah seminggu lebih dah stimik kat umah tu wathal. Rasanya TMHelpdesk punye operator tu pun dah muak asek nama aku je yang tepon dorang tanye status report, haha. Naseblahkan... aku as a pengguna kene la wat camtukan... topi nama pun pengguna.

Okeh kali ni aku nak share resepi satu kek yang tengah jadik kegilaan ramai skang ni yeitu kek Red Velvet. Juga dikenali sebagai kek orang kaya atau kek mewah tapi ape sebab dipanggey gituh, aku lom sempat kaji lagik sengihnampakgigi. Yelah, yelahhh.. tauuu... korang heran tetiba jek nak kongsi resepikan? Hehe... bagi yang baru jek pollow blog aku ni, bior teman bagitau ye. Sebelum ni
teman ni meniaga jual kek ngan mapin online tapi skang dah malas pencen. Alkisahnya ramai la ex-customer teman yang asek mintak resepi itulah, inilah.. So wat permulaan, inilah resepi teman yang pertama ya. Insyaallah kalau rajin ada masa nanti akan muncul resepi-resepi yang lain pulok. sengihnampakgigi Tungguuuu....

Okeh, ekcelli kek ni taknah pun wat mase meniaga dulupun ihikhik! Tapi rase cam excited plak sebab tengok ramai nau yang membuatnya so nak cuba gaklah. Resepi ni di test drive dari blog Hana tapi aku dah alter sket ikut citerase aku seperti di bawah: -


Bahan-bahannya:
Bahan Kek
  • 250g tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter (aku guna buttercup)
  • 250g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - Aku pakai 2 biji size L
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting227g cream cheese
  • 227 mascarpone - aku guna cream cheese gak same cam Hana
  • 115g @ 1 cawan gula kastor - aku ganti ngan gula icing
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk bagi frosting tu lembut tapi aku tak bubuh.

PENTING: Pastikan korang putar sume ni guna method ais kat bawah. Caranya, bekas yg ade isi krim letak di atas sebuah bekas lain yang diisi air+ais supaya krim tu menten sejuk.
(Ni aku tambah sebab since Hana ni dok kate Jepun so rasenya dia tak perlu wat method ni tapi kite kat Malaysia ni kene la sebab negara kite panas. Method ni yelah untuk pastikan cream korang tu tak lembik/cair dan naik gebu)

Camnilah gayanye ye... bekas ade krim kat atas, bekas ade ais taruk bawah

Sebelum diputar camni ghupenye

Kalau dah naik gebu cani maknanya bleh la tutup suis mixer tu ye


Cara-cara menjahanamkanya:

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Ghupenye time ni memang agak menakutkan heheh...

Siap sudaaa....

  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.


  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) (Yes, terbukti benar. Kalau biarkan dalam fridge, lagi lama lagi sodap!)
  • Potong dan hidangkan.


Jemput makannnn... eh! Jemput tengokkkk, heheeee...

:5:

Follow Me at flickr! .