Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 26 Oktober 2007

Jamuan Hari Raya 2007 AZDE Group of Companies

Jumaat, Oktober 26, 2007 0 Comments
Barisan rezeki yang sedang menanti untuk dibedal

Harini ada majlis jamuan hari raya kat opis aku so banyakla makanan, jemputan, makanan, jemputan.. hehe. Menu khas company terdiri dari nasi tomato (yang ni x sempat nak snap gambo sebab dah kelaparan), ayam goreng rempah, udang galah masak merah, dalca, jelatah, kambing bakar (ni pun x sempat nak snap.. belasah sampai tak ingat nak amek gambo.. haha!) lemang dengan serunding & sate.






Selain dari tu, kiteorang su me sama2 la gak buat menu tambahan. Zaharah buatkan agar-agar sampai 3 jenis: Agar-agar 2 in 1, agar-agar rose ngan puding koktel.





Untuk pengetahuan korang sume, nama sume jenis agar-agar ni aku hantam sajalah sebab aku tak tau namenyer.. haha! Sorila ye Zaharah!


Medah bawak rendang ayam dengan puding kesukaan ramainyer, puding laici.




Kak Wan bawak sandwich, Ezie bawak nasi himpit, Aju bawak bihun goreng, Dee bawak keropok goreng (lupe la nak snap gambo.. hehe..) dan aku, hee.. bawak biskut raye sket & buat apam ngan muffin buttermilk topped ngan blueberry je ler.



Ekcelli aku nak sponsor muffin jer, tapi
memandangkan pagi ni jugak aku ade terima order dari Puan Syarifah nak 100 pieces, so aku wat lebih sket dan bawak ke opis.

Kepada sume yang telah sama2 sudi contribute effort dan wang ringgit tu, bagi pihak company (cewah!) aku ucapkan mekasih. Dan juge tak lupe pada semua jemputan yang sudi datang ke majlis yang tak seberapenyer tu.. (kononnyer lah.. hehe!) Kite jumpe lagi Syawal tahun depan ye! (kalau dimurahkan rezeki dan dipanjang umur)


Isnin, 22 Oktober 2007

Windunyerrrr Nak Tulishhhhh... Heee....

Isnin, Oktober 22, 2007 0 Comments
First of all.. SELAMAT HARI RAYE sume. Rasenyer sume masih dalam mood raye nih.. misti g keje pun dok teringat ketupat, lemang, rendang... rumah terbuka pun dok ade sana-sini. Biaselah tu.. posekan sebulan, raye pun sebulan ler! Heheh! Aku biase jelah, tak berape raye sebab bulan pose tawon ni yelah pertame kalinye aku berpose agak nazak sket sepanjang hidup aku setakat ni. Dolu2 mase kecik, aku ingat time tulah waktu paling azab sekali nak berpose, tapi upenyer Ramadhan kali ni yang paling hebat la dugaan-Nya. Minggu pertame tu ok lagi tapi bile masuk minggu kedua hari2 lak kene attack asma, setiap 2 jam lak tu. Bayangkan jelah lepas sahur tu dah xleh sedut inhaler.. so menahan la aku dari umah bawak ke tempat keje sampai le ke waktu berbuka. Terawih sume pun tak dapat nak buat, syukur la ade suami, bleh gak menumpang pahala dia (kehkeh.. insyaallah). Sampai la ke lagi 3 hari nak sambut raye, keje aku lepas berbuka lain takder melainkan terbaring je kat kosi. Mujurlah ade anak2.. itulah anugerah Allah yang paling tak ternilai. Walaupun depa tu kecik2 lagi, tapi alhamdulillah dah mengerti yang umminyer sakit. Depa la yang bagikan air, bantal, minyak dan sbgnya tanpa disuruh. Terima kasih juge la aku kat hubby sebab dialah yang ambik-alih uruskan rumahtangga sampai le hari raya. Apa nak buat, nama nak bangun sapu lantai pun tak mampu so dialah yang takeover kemaskan rumah segala. Terharu lak aku!
Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah, pada malam ke-27 umat Islam berpuasa, aku ditemukan dengan doktor pakar, Doktor Syamsul Azri yang dengan izin Allah telah membantu aku menyambut raye di rumah dan bukan di katil hospital seperti yang aku sepatutnya! Terima kasih aku pada dia atas usaha dia dan alhamdulillah, mungkin dengan berkat doa aku tiap2 malam yang taknak beraye kat spital, Allah tunjukkan aku jalan dan doa aku makbul supaya at least nak dapat beraye pada pagi raye je pun jadilah.. maka alhamdulillah aku dapat la beraye sampai raye ke-4 sebelum aku kena balik (Allah bagi advance lagi 2 hari lagi tu.. syukur!). Inilah kebesaran Allah yang aku saksikan sendiri dimana sepanjang 3 hari berhari-raya aku lansung tak rase macam orang sakit. Syukur alhamdulillah. Tapi camnerpun, skang ni ok dah sket sebab aku dah boleh amek ubat bila2 mase aje. So xla seteruk mase bulan pose haritu. Lagipun doktor kate bile pregnant memang asma kite akan teruk dari biase, so it's a normal caselah.

Ok, now aku citer pasal ape yang happenned during bulan pose. Maklumlah, nak update time tu, kesihatan tak mengizinkan so inilah masenyer untuk revenge!! Thee..! Pada 07hb Oktober 2007 besday bonda aku yang tersayang, Bonda Aminah@Dorothy Sir Wilfred Stokes yang ke-70 tahun. Ekcelli dia taktau pun yang aku nak celebrate gak besday dia ni coz dia dah bgtau awal2 takyah la wat ape2 since besday dia dalam bulan pose. Tapi aku beli gak la kek ngan sate & jemput famili abang aku potong kek kat umahnyer. Terkezut gak la dia sebab kami datang pun lepas Isya' so dia misti dah ingat takde sape teringat nak belikan kek unt dia. Hehee...Jahatkan aku! :P



Lepas tu, pada 22hb Oktober 2007 lak, besday anak sulung aku, Mariatul Qibtiyah yang ke-7 tahun. Aku cume belikan kek & pizza jer sebab haritu dia masih dalam exam week so xleh la nak celebrate kat luar. Hadiah pun ayah & umminya bawak dia g beli malam tu jugak (teruk tolkan?! Hee..) Syukurlah yang penting dia hepi. Memang seronok sangat la dia sebab akhirnya dia dapat bukak hadiah2 dari mak2 sedare dia yang dia dah dapat 2 hari sebelumnya. Mana taknyer, ko tak tu asek pandang je hadiah tu, nak bukak kene tunggu malam besday lak.. tensen gamaknyer dia..hehe! Anyway, lepas potong kek n bukak hadiah, it's back to study time!

Ni kek yang aku sempat buat untuk sambutan besday Maria, Wan Dolly & Wan Rahimah dia kat Seremban 2 hari sebelumnya. Ekcelli dia nak kek Barbie tapi ediblenyer dah habis plak. Maka bertukarlah kek Barbie jadik Powerpuff Girls. Sian dia..

Sabtu, 22 September 2007

AL-FATIHAH

Sabtu, September 22, 2007 1 Comments
Alhamdulillah akhirnya pencarian selama sebulan berakhir jua walaupun tiada berita gembira yang diterima. Ekcelli sepanjang kehilangan arwah, memang aku sendiri tanam niat dalam hati nak sama2 berusaha mencariknya. Entah kenapa selalunya kalau ada sesiapa hilang, aku just baca gitu aje tapi berbeza ngan kehilangan arwah ni. Maybe sebab tempat kejadiannya dekat ngan kawasan perumahan aku dan aku sendiri ade juge pergi ke pasar malam Wangsa Maju tu. Tambahan pulak, setiap hari aku akan passby leaflet gambarnya yang tertampal kat tiang2 letrik disepanjang jalan area Taman Ibukota ni. Tapi entahlah, ada something mengenai arwah yang membuatkan aku berusaha sama mencariknya walaupun cuma sekadar memerhati setiap kanak2 yang aku jumpa setiap hari. So, bila aku dapat tau yang parentsnya dah mengesahkan yang mayat yang ditemui dalam beg kat PJ tu sebagai arwah Nurin, aku sendiri tak dapat menahan sebak. Bukan saja sebab aku tak dapat menolong mengesannya sebelum dia meninggal dunia, malah juga sebab kematiannya sebegitu kejam dan tidak layak diterima oleh seorang budak yang tidak berdosa sepertinya. Tapi walaumacamana pun, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Aku yakin suatu hari nanti penjenayah yang menculiknya akan tertangkap juga dan yang pastinya dia takkan terlepas dari menerima hukuman dari Allah SWT. Kepada arwah Nurin Jazlin Jazimin, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buatnya dan berdoa semoga penculik dan pembunuhnya akan dapat menerima hukuman Allah dengan seadil2nya di dunia dan di akhirat. Amin.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ



Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.



الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ



Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ



Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).



إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ



Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.



اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ



Tunjukilah kami jalan yang lurus.



صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.



Selamat tinggal sayang





JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.

Bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan ibunya, Norazian Bistaman, 35, serta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.

Suasana bertambah pilu sewaktu 500 hadirin di tanah perkuburan itu memberi perhatian kepada bacaan talkin oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.

Selesai upacara pengebumian yang diadakan ketika cuaca panas terik, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya gagal mengawal emosi.

Pemandu teksi itu menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga terdekat. Isterinya, Norazian berdiri di sisi bersama tiga orang anak mereka iaitu Nurin Jazshira, 10; Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazliza yang berusia setahun.

Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam kemudian dilihat memeluk isterinya yang berjubah dan bertudung hitam.

Norazian juga tidak dapat menerima hakikat pemergian anak kesayangan mereka.

‘‘Kita dah berikhtiar, nak buat macam mana.

‘‘Allah sayangkan Kak Ngah (Nurin Jazlin), nak buat macam mana. Allah sayangkan Kak Ngah,’’ bisik Jazimin sambil memeluk isterinya buat seketika.

Turut berada di tanah perkuburan itu menyaksikan pengebumian Nurin Jazlin yang hilang selama sebulan sebelum ditemui mati dalam keadaan tragis ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dan kenalan rapat keluarga mangsa iaitu penyanyi dan pelakon, Hail Amir.

Selepas perasaannya kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.

Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya pada 17 September lalu ialah Nurin Jazlin.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat itu menggunakan sampel kuku, rambut dan darah ibu bapa Nurin Jazlin mendapati ia sepadan.

Jazimin petang semalam masih tidak mahu menerima keputusan DNA itu, tetapi mengubah fikirannya selepas bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad malam tadi.

Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.

Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ibunya, Norazian, tidak mampu untuk berkata-kata. Setiap pertanyaan pemberita dan kenalannya hanya disambut dengan esakan wanita itu.

Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.

Sementara menunggu jenazah anaknya disembahyangkan, Jazimin sempat menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah bagi dirinya dan isteri berserta anak-anaknya.

Beliau juga membayar zakat fitrah untuk Allahyarham Nurin Jazlin.

Zakat fitrah untuk enam orang yang nilai keseluruhannya RM28.20 diterima oleh Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Manan Abdullah.

Jazimin datang ke rumah mayat (HKL) pagi ini bagi menuntut jenazah anak keduanya daripada empat beradik itu.

Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi.

Sepanjang proses menuntut mayat dan menunggu jenazah anaknya dikafankan, beliau kelihatan sugul dan tidak dapat menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya menjadi mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang ditemani keluarga dan sanak saudara, dibenarkan membawa keluar mayat anaknya pada pukul 11.15 pagi.

Selepas bacaan doa, jenazah dibawa keluar dari pekarangan hospital dengan sebuah van sambil disaksikan dengan wajah sayu oleh orang ramai dan kakitangan HKL.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil. Pada 17 September lalu, mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg ditemui di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 8.30 pagi.

Jazimin dan Norazian pada mulanya menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual. Empat hari selepas itu ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat itu ialah Nurin Jazlin.

- Utusan Malaysia


Petikan dari http://nurinjazlin.blogspot.com/

Khamis, 20 September 2007

Penawar Hatiku

Khamis, September 20, 2007 1 Comments
Ni nak citer pasal 3 ekor anak angkat baru aku..ekor???!! Hee.. memang betul tu.. ekor! Mereka2 itu aku jumpe kat bawah tangga nak naik opis aku ni last week mase aku baru je datang opis. Ntah sape la yang buang depa ni. Disebabkan aku kesian sungguh kat mereka2 itu, maka aku pun amik mereka2 itu bawak balik. Meh aku citer sket psl depa: -

#1: TIGER
Ni aku yang bagi nama. Sebab nama tu pasal mase aku memula jumpe tu, dia ni punye ler garang yang amat. Asal aku nak pegang jer dia cakau, aku acah miaw pun dia cakau.. ganas! Tapi udahnyer bile aku dah bawak balik, dia nilah yang paling manja skali. Pantang nampak aku dok bersila misti dia naik atas riba nak manja2. Hee... geram tol! Dia jugak yang paling galak main.. pegang sket pun dia ingat kite nak ajak main ngan dia.. habis dikunyah2nyer jari aku.. sabo jelah.. Aku rase dia ni anak yg sulung sebab badan dia besor skali dari yang lain. Gamaknyer lah..

#2: MANJALARA
Dia ni 2nd beso selepas siTiger tu. Jangan tanye aku nape letak nama ni. Ni bukan aku yang kasik nama tau.. ini peminat citer 'Manjalara'
yang letak.. mak aku! Haha! Ade ke sampai kucing pun jadik nama gituh. Hmmpphhh.. lantak piiiilahhhh! Dia ni kuat makan. Baru beberapa hari bawak balik badan dia dah naik dah. Gamaknyer sebab betina kot.. yela kan.. pompuan kan senang naik berat badan! Sabo jelah!.. Theee... Dia ni sekor je yang warna putih (mungkin mewarisi warna bapaknyer yang aku rase keturunan siam sebab maknyer kawan aku penah nampak tapi warna cam tiger tu, bukannya putih.. biaselah kan. Dah namenyer pun kucing...)

#3: CUMIE
Yang ni paling kenit skali. Nama tu anak sedare aku yang bagi. Muka dia ni skali imbas macam muke singa. Tapi badan, alahaiiiii.. cutenye. Dia ni manje gak ni tapi takla semanje siTiger. Badan pun hampir same. Yang bleh bezakan dorang berdua tu cume sebab muke singa dia ni lah. Hehe. Disebabkan badannyer yang kecik cute mute tu, so aku assume dia ni misti anak yang bongsu.. macam aku la kan. Thee...

Jumaat, 14 September 2007

Mutiara Kata

Jumaat, September 14, 2007 0 Comments
Tahun lepas kiteorang kat opis ni ade jemput sorang ustazah untuk bagi ceramah/tazkirah & sama-sama baca Al-Quran tiap-tiap Jumaat. Tapi mase bulan pose dia terpakse tinggalkan kami sebab dia dah keje tetap kat School of International ape tuh kat Ampang. Sebelum dia pergi, dia ade tinggalkan kami sume satu Mutiara Kata yang sangat menyentuh hati bile membacenyer. So aku ingat nak share la ngan korang: -

ANDAINYA INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIR BAGI KITA

Bulan suci Ramadhan.....
Adalah bulan suci penuh rahmat....
Jangan kita lewatkan begitu saja.....

Bulan ini adalah bulan yang selalu kita nantikan, berharaplah semoga tahun depan kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan.

Tapi, seandainya Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita....

Nikmatilah jamuan Allah pada Ramadhan kali ini... sebab kita belum tentu tahu apakah tahun depan kita akan kembali dengan Ramadhan yang begiu tenteram ini.

Ummahku...
Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu saja, mari kite reguk bersama indahnya pahala ibadah di bulan suci Ramadhan.

Ummahku...
tak ada jaminan bagi kita akan bertemu Ramadhan di tahun depan. Hiasilah Ramadhan kali ini dengan senandung ayat suci Al-Quran. Mari bersama kita hidupkan Ramadhan, istilah Ramadhan kali ini dengan sejuta kegiatan yang manfaat, mari kita makmurkan kembali masjid-masjid dan surau-surau yang telah lama kita tinggalkan.

Ummahku...
ada teman kita yang tahun lalu masih bersama-sama solat tarawih berjemaah, sekarang sudah tiada, ada juga yang tahun kelmarin masih bertadarus bersama sekarang sudah tiada.

Ummahku....
Andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir...
Ummahku....
di bulan Ramadhan ini mari kita bersihkan kemabli hati yang kotor, hati yang oenuh noda, jangan biarkan kebencian menguasai hati kita, mari kita saling memaafkan selagi ada kesempatan.. jangan sia-siakannya.....

Ahad, 2 September 2007

Happy 8th Anniversary to Us! Thee..

Ahad, September 02, 2007 2 Comments


Diam tak diam dah 8 tahun upenyer aku bergelar isteri.. hehe.. hmmm.. Syukur alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah yang telah memberi segala nikmat dan kebahagiaan. Sesekali salah faham tu biasalah kan.. namanyer pun lelaki dan perempuan, dah tentulah lain peelnyer. Tapi camnerpun aku sangat bersyukur dijodohkan dengan hubbyku sebab dia banyak mengubah sifat negatif dalam diri aku menjadi positif, kalau tidak pasti sampai saat ni aku masih anak bongsu yang manja dan asek nak berkepit ngan mak agaknyer! Thee.. Syukur juga kerana Allah telah mengurniakan sepasang cahayamata (tahun depan insyaallah jadik 3! Heee..) yang mengeratkan lagi perhubungan kami suami isteri. Doaku agar semuanya berpanjangan hingga ke syurga kelak. So hari ni aku masak la spesel sket dari biase.. asam pedas daging melaka style, kerabu mangga makan ngan sambal belacan dan ikan masin (ni yang penyeri ni).. ptg lak aku wat mee udang & malam buat sup daging special.. tapi camnerpun aku x dapat nak amek gambo sebab si Ajue pinjam kamera aku yang x brape nak canggih tu sebab dia gi kenduri Haiza kat Melaka. To Haiza & Hanafpe, i wish you both happily ever after!

Rabu, 29 Ogos 2007

Expose Mistik??

Rabu, Ogos 29, 2007 0 Comments
Hmm.. semenjak dua menjak ni kan, bile aku masak muffin ni kan; mase aku kire time bakar tu memang menepati order yang orang mintak. Tapi bila sampai time aku nak wat deko atasnyer tu, tetiba bleh short 1,2 ketul. Heran.. heran!.. Harini pun benda ni jadik lagi. Aku watkan muffin untuk Zila yang order untuk bagi anak angkat dia yang nak berangkat ke London. Mase aku bakar tu memang betul ngam2 ade 36 biji.. tapi bila aku masukkan dalam kotak, tetiba aku kire dia jadik 35! Confius mak haiii.... Jenuh la aku tunggang-terbalik mencarik lagi seketul tapi sampai ke sudah x jumpe. Make dengan muke tak malunyer terpaksa la aku mintak maap ngan si Zila sebab x dpt nak memenuhi kuota yang dia ndak. Mujur la dia ok.. hehe..
Lastly, bila malam, aku cuba la flash back balik ape yang terjadi sebelum aku setat deko. Yang aku ingat, mase aku tengah deko tu, jiran sebelah aku panggey so aku kluar sat dan letak muffin2 aku kat atas lantai. Pas2 aku sambung deko sampai la ke saat aku masukkan muffin2 tu dalam kotak baru la aku perasan yang dah hilang seketul. Yang ade kat hall mase tu cume Maria ngan Mirul je. Aku pun pandang Maria. Muke dia blur. Aku pandang Mirul.. dia sengihhhhhhhh.. SAH! Aku dah jumpe perompaknyer! AMIRULLLLLL!!!!
Follow Me at flickr! .