Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 22 September 2007

AL-FATIHAH

Alhamdulillah akhirnya pencarian selama sebulan berakhir jua walaupun tiada berita gembira yang diterima. Ekcelli sepanjang kehilangan arwah, memang aku sendiri tanam niat dalam hati nak sama2 berusaha mencariknya. Entah kenapa selalunya kalau ada sesiapa hilang, aku just baca gitu aje tapi berbeza ngan kehilangan arwah ni. Maybe sebab tempat kejadiannya dekat ngan kawasan perumahan aku dan aku sendiri ade juge pergi ke pasar malam Wangsa Maju tu. Tambahan pulak, setiap hari aku akan passby leaflet gambarnya yang tertampal kat tiang2 letrik disepanjang jalan area Taman Ibukota ni. Tapi entahlah, ada something mengenai arwah yang membuatkan aku berusaha sama mencariknya walaupun cuma sekadar memerhati setiap kanak2 yang aku jumpa setiap hari. So, bila aku dapat tau yang parentsnya dah mengesahkan yang mayat yang ditemui dalam beg kat PJ tu sebagai arwah Nurin, aku sendiri tak dapat menahan sebak. Bukan saja sebab aku tak dapat menolong mengesannya sebelum dia meninggal dunia, malah juga sebab kematiannya sebegitu kejam dan tidak layak diterima oleh seorang budak yang tidak berdosa sepertinya. Tapi walaumacamana pun, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Aku yakin suatu hari nanti penjenayah yang menculiknya akan tertangkap juga dan yang pastinya dia takkan terlepas dari menerima hukuman dari Allah SWT. Kepada arwah Nurin Jazlin Jazimin, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buatnya dan berdoa semoga penculik dan pembunuhnya akan dapat menerima hukuman Allah dengan seadil2nya di dunia dan di akhirat. Amin.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ



Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.



الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ



Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ



Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).



إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ



Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.



اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ



Tunjukilah kami jalan yang lurus.



صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.



Selamat tinggal sayang





JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.

Bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan ibunya, Norazian Bistaman, 35, serta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.

Suasana bertambah pilu sewaktu 500 hadirin di tanah perkuburan itu memberi perhatian kepada bacaan talkin oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.

Selesai upacara pengebumian yang diadakan ketika cuaca panas terik, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya gagal mengawal emosi.

Pemandu teksi itu menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga terdekat. Isterinya, Norazian berdiri di sisi bersama tiga orang anak mereka iaitu Nurin Jazshira, 10; Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazliza yang berusia setahun.

Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam kemudian dilihat memeluk isterinya yang berjubah dan bertudung hitam.

Norazian juga tidak dapat menerima hakikat pemergian anak kesayangan mereka.

‘‘Kita dah berikhtiar, nak buat macam mana.

‘‘Allah sayangkan Kak Ngah (Nurin Jazlin), nak buat macam mana. Allah sayangkan Kak Ngah,’’ bisik Jazimin sambil memeluk isterinya buat seketika.

Turut berada di tanah perkuburan itu menyaksikan pengebumian Nurin Jazlin yang hilang selama sebulan sebelum ditemui mati dalam keadaan tragis ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dan kenalan rapat keluarga mangsa iaitu penyanyi dan pelakon, Hail Amir.

Selepas perasaannya kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.

Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya pada 17 September lalu ialah Nurin Jazlin.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat itu menggunakan sampel kuku, rambut dan darah ibu bapa Nurin Jazlin mendapati ia sepadan.

Jazimin petang semalam masih tidak mahu menerima keputusan DNA itu, tetapi mengubah fikirannya selepas bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad malam tadi.

Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.

Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ibunya, Norazian, tidak mampu untuk berkata-kata. Setiap pertanyaan pemberita dan kenalannya hanya disambut dengan esakan wanita itu.

Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.

Sementara menunggu jenazah anaknya disembahyangkan, Jazimin sempat menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah bagi dirinya dan isteri berserta anak-anaknya.

Beliau juga membayar zakat fitrah untuk Allahyarham Nurin Jazlin.

Zakat fitrah untuk enam orang yang nilai keseluruhannya RM28.20 diterima oleh Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Manan Abdullah.

Jazimin datang ke rumah mayat (HKL) pagi ini bagi menuntut jenazah anak keduanya daripada empat beradik itu.

Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi.

Sepanjang proses menuntut mayat dan menunggu jenazah anaknya dikafankan, beliau kelihatan sugul dan tidak dapat menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya menjadi mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang ditemani keluarga dan sanak saudara, dibenarkan membawa keluar mayat anaknya pada pukul 11.15 pagi.

Selepas bacaan doa, jenazah dibawa keluar dari pekarangan hospital dengan sebuah van sambil disaksikan dengan wajah sayu oleh orang ramai dan kakitangan HKL.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil. Pada 17 September lalu, mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg ditemui di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 8.30 pagi.

Jazimin dan Norazian pada mulanya menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual. Empat hari selepas itu ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat itu ialah Nurin Jazlin.

- Utusan Malaysia


Petikan dari http://nurinjazlin.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Hmm... saya pun dah menitiskan airmata banyak kali. Kesian betul. Sebak dengar mak ayahnya cakap...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .