Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 26 Oktober 2007

Jamuan Hari Raya 2007 AZDE Group of Companies

Barisan rezeki yang sedang menanti untuk dibedal

Harini ada majlis jamuan hari raya kat opis aku so banyakla makanan, jemputan, makanan, jemputan.. hehe. Menu khas company terdiri dari nasi tomato (yang ni x sempat nak snap gambo sebab dah kelaparan), ayam goreng rempah, udang galah masak merah, dalca, jelatah, kambing bakar (ni pun x sempat nak snap.. belasah sampai tak ingat nak amek gambo.. haha!) lemang dengan serunding & sate.






Selain dari tu, kiteorang su me sama2 la gak buat menu tambahan. Zaharah buatkan agar-agar sampai 3 jenis: Agar-agar 2 in 1, agar-agar rose ngan puding koktel.





Untuk pengetahuan korang sume, nama sume jenis agar-agar ni aku hantam sajalah sebab aku tak tau namenyer.. haha! Sorila ye Zaharah!


Medah bawak rendang ayam dengan puding kesukaan ramainyer, puding laici.




Kak Wan bawak sandwich, Ezie bawak nasi himpit, Aju bawak bihun goreng, Dee bawak keropok goreng (lupe la nak snap gambo.. hehe..) dan aku, hee.. bawak biskut raye sket & buat apam ngan muffin buttermilk topped ngan blueberry je ler.



Ekcelli aku nak sponsor muffin jer, tapi
memandangkan pagi ni jugak aku ade terima order dari Puan Syarifah nak 100 pieces, so aku wat lebih sket dan bawak ke opis.

Kepada sume yang telah sama2 sudi contribute effort dan wang ringgit tu, bagi pihak company (cewah!) aku ucapkan mekasih. Dan juge tak lupe pada semua jemputan yang sudi datang ke majlis yang tak seberapenyer tu.. (kononnyer lah.. hehe!) Kite jumpe lagi Syawal tahun depan ye! (kalau dimurahkan rezeki dan dipanjang umur)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .