Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 23 Februari 2012

Resepi: Kek Coklat Deebnye style lor!

Khamis, Februari 23, 2012 10 Comments


Bagi ex-customer FUNMUFFIN saya yang rindukan kek ceklat saya ni... *ayat perasan tak bleh blah* ... haaa... lepas ni korang boleh cube sendiri kat ghumah ye sebab ni saya nak turunkan resepi kek ceklat yang tersohor itu haha... *kate kau*  Okeh, memula pegi kat dapo skang dan periksa ade tak bahan-bahan ni kat umah. Kalau ade, okeh konpem boleh buat!


Bahan A: -
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula kastor (alaaa... gula biase tu pun boleh!)
  • 5 biji telur gred B
  • 1 sudu teh perisa vanilla

Bahan B: -
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • sedikit air untuk bancuh serbuk koko. Tayah banyak- cukup sehingga bile dikacau semuanya dapat sebati je.



Skang mari membuat ujikaji ke atas diri sendiri samada pandai masak ke tidak, ahaks!: -
(Sebelum tu nak mintak mangap sket lah sebab gambo cam bangang sket. Kalau ku ade tangan sotong dah tentu senang nak pegang mixer, nak masuk bahan & nak amek gambo sekalikan? Hehe...)


1) Bahan B korang kacaukan atas api yg kecik cukup sampai sumenya sebati dan larut pastu sejukkan. Jangan sampai bahan tu mendidih atas api ye.


2) Dalam bekas mixer (atau mangkuk ayun ke, ape-apa jelah yang korang ade) pukul butter dengan gula sampai kembang.


3) Sile pastikan yang hasil pukulan tu cukup kembang dan butter tu menjadik putih ye. Kalau tak nanti kek korang tak berape nak naik! Kendian korang blehlah masukkan telur satu persatu dan kacau sampai abes.


4) Masukkan esen vanilla dan sambung kaco dia sekejap. Alaa.. ala-ala kacau manje gitu. Pastu secara selang-seli, masukkan tepung dan Bahan B dan dikacau sampai sebati setiap kali bahan tu dimasukkan. Ikut petua orang tua-tua, kalau mule dengan tepung, penutupnya pun mesti tepung jugalah ye. Begitu gak kalau mule dengan ceklat dulu.


5) Sementara korang nak jilat sudu mixer sediakan loyang, sile panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Skang amek loyang berukuran 10", sapukan butter sekelilingnya pastu tampal kertas minyak kat dasar dia je. Keliling takyah. Pastu tuangkan bancuhan tadi ke dalamnya. Bukan tuang dalam mulut ye. Bile oven dah mengeluarkan bunyik tetttt... haaaa skang korang bolehlah masukkan loyang tu dalam oven dan bakar selama 55-60 minit pada suhu 180 darjah celcius paras laut.

Tedengggg... dah masakkkk!
Huhuuu.. budak-budak ni memang!!! Tak sempat nak amek gambo depa dah potong!


Ekcelli memang nak boh topping tadi tu tapi budak-budak dah cepat sangat ngappp! Dah tinggal sebelah pun sebelahlah Farah oiiiii...!

Kek ni sedap dimakan camtu je tapi kalau boh topping cam ceklat ganache ke, uiiii mak lagi la sedap. Korang jugak boleh pelbagaikan contohnya cam bubuh coklat krim atau coklat kastard ditengahnya. Bawah ni yelah antara koleksi hasil keje saya mase meniaga dulu. Mebi korang bleh dapat idea sket caner nak deko lepas menengoknya. Kalau nak tiru bulat-bulat pun mak tak kesahhhh.... *Wink*












Signature

Rabu, 22 Februari 2012

Wordless Wednesday: Begitu Besar Harapan Sekolah

Rabu, Februari 22, 2012 9 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.



Notakaki Saiz Tujuh:
Semoga Allah SWT memurahkan rezekimu dan mempermudahkan jalanmu, anak. Selagi ummi dan ayah masih bernyawa, insyaallah kami doakan kejayaan kamu di dunia dan di akhirat kelak, amin.


Signature

Selasa, 21 Februari 2012

Projek Make Over Blog: Iena Hamdi

Selasa, Februari 21, 2012 4 Comments


Ngeee... mase memula saya bukak blog ni kan... tersenyum gak bace tajuk blognya tuh. :pandaGeli_01: Yelah... ade ke orang senang-senang nak ngaku dia tu surirumah yang jiwang hahaha... tak ku sangke ko Iena! :pandaGeli_13: Akaka....

Anyway tugasan saya yelah tukar kaler dan tambah aksesori comel je- means saya tak tukar terus dengan template baru. Sebab? Saya rasa template asal dia dah memang comel pun. Cam sayang pulak nak ubah :pandaGeli_03: hehe...

So kalau korang nak tengok hasil kejeku itu dan nak menambah blogger list, meh le singgah ke sane ye...!



Notakaki Saiz Tujuh:
Pssstttt....! Dia ni tokei Otak-otak Gombak wehhh... rugi wo kalau tak add dia jadik friend! Ahaks! (Bab makanan memang ku laju!)

Signature

Rabu, 15 Februari 2012

Wordless Wednesday: Fresh from the oven!

Rabu, Februari 15, 2012 8 Comments

 

Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Notakaki Saiz Tujuh:
Abaikan tapak tangan huduh itu

  Signature

Selasa, 14 Februari 2012

Review: Restoren Mee Rebus Cikgu

Selasa, Februari 14, 2012 14 Comments


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Haaa... kalau korang jalan-jalan kat area Pusat Bandar Sri Gombak ni, korang WAJIB terai makan kat restoren ni tau. Saya pun tak tau nape nama restoran ni ade perkataan 'cikgu' tu. :28: Maklumlah saya ni kan bukan jenih malas bizi bodi :ku jejak mu: nak korek sume asal-usul tempat ni. Tapi yang penting, sume menu kat sini semuanya sedap-sedap belaka!


Walaupun specialty derang yelah mee rebus yang sungguh pekat dan sedap hingga menjilat sudu itu *pandai mak promo kan?* :girl_16: derang ade gak menu-menu yang lain macam: -

  • mee/ bihun/ kuey tiaw sup with or without begedil
  • soto nasi impit/ bihun with or without begedil
  • nasi lemak
  • nasi goreng ala cikgu
  • char kuey tiaw/ bihun char yang korang boleh pilih nak dimasak style basah ataupun kering *mengada kan?*



Bagi yang nak menerai, kedainya kat Jalan SG 3/10- sederet dengan restoran mamak Neesma. Owh ye, restoran ni bukak kol 11:00 pagi sammmmmpai kol 10:00 malam so pe lagi? :cinta: Terai le...

Yummeh!
Signature:best:
Follow Me at flickr! .