Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 2 Ogos 2011

JJCM: Day 1 Ramadhan 1432

Selasa, Ogos 02, 2011 1 Comments


Aku ni memang jenih tak masak taim berbuka. Bukan malas daaa... tapi kalau aku masak nasi takde sape nak makan (okey tak alasan?) :best: Tapi memang betul, masa memula independent dok umah sewa sendiri dolu, aku pun penat-penat laaa balik keje cepat, selinsing lengan baju masuk dapo masak nasik, lauk bagai. Udahnya bile taim berbuke, pak ustad cume makan kuih yang dia beli kat bazaar ramadhan. :puteh_30: So since then aku majuk sedor dan bermulalah episod aku pun menjadi pengunjung dan pembeli tegar di bazaar ramadhan sehinggalah ke hari ni, heheh. See? Aku bukan malas. Kalau aku malas, bazaar tu pun aku tak pegi tau!

Sebab tu, entry sepanjang 30 hari ni korang akan tengok gambo makanan jelah ye sebab aku nak bagi review sket ngan makanan yang aku beli setiap hari. Jadi sebelum baca adalah dinasihatkan supaya membawa bersama sehelai kain untuk mengesat ayor lior yang bakal menitik jap lagi ye. :03:

Okeh untuk hari pertama, seperti tahun-tahun lepas, lokasi bazaar Ramadhan yang aku selalu pergi yelah kat Danau Kota. Sebabnya, mudah je- senang nak balik umah dah dekat, haha. Kat Sri Gombak ni ade tapi makanan dia tak banyak choice la- bosan. Lagipun aku tak sanggup bau makanan dalam kete sepanjang nak balik umah tu lebih-lebih lagi kalau sangkut jem kat highway tu ha, :06: huhuuuu...

Hini dia makanan yang aku beli: -


ROTI JOHN
haaa... yang ni memang feveret akulah ni. Cuma yang adik ni jual banyak no kobisnyalah sampaikan tak rasa lain-lain bahan kat dalamnya. Hmmm... 4/10 la markahnya ye. Nak markah lebih buang kobis tu sket.


SOSEJ ROLL
Pehhh, nampak cam menarik so aku pun dah habes pasti budak-budak sure suke. Malangnya ghupe je menang kategori terliur tapi sekali gigit, buekkk. Berminyak! Keras plak tu rotinya! Outttt! Memang konpem tak beli dah. Jual seposen pun aku taknak beli dah haha. Sori ye...


MURTABAK
Ni dari orang yang sama jual roti john tu. Rasanya dia okeh la, biase je. Markah 5/10.



MD APAM BAMBU WORLD
Dalam sume makanan yang aku beli harini, pemenang yang mendapat markah penuh 10/10 jatuh kepada MD Apam Bambu World ni. Aku pernah rase sekali dulu mase kakak aku singgah kat Gombak. Mase tu kakak aku beli kat kedai dia. Tapi lepas tu malas nak pegi carik (walaupun dalam hati meronta-ronta nak lagi, hehe.) Akhirnya dapat gak makan kuih yang diidamkan ni hehe... sedap giler babas beb! Cume yes of course, mahal sket. RM2.50 for 5 pieces. Seb baik rasenya mabeles.

Total belanjawan hari ini:
Roti John: RM4.00
Sosej Roll: RM2.30 
Murtabak: RM5.00 
Putu Bambu: RM2.50
Jumlah: RM13.80

Cam biasa gak, kalau hari pertama pose, mesti ade je lawak yang budak-budak ni wat. Tahun ni lagi best sebab dua-dua wat lawak sekaligus.

Jam baru pukul 7:00 malam tapi dorang dah siap bancuh air, amek pinggan dan dok ngadap makanan, boleyyy???



Signature

Isnin, 1 Ogos 2011

Ade sesape nak Diaper Cake? Hehe...

Isnin, Ogos 01, 2011 0 Comments


Korang bosan tak bile each time nak bagi hadiah kat baby shower ke atau kenduri aqiqah... even birthday baby-baby yang comel itu, pilihan yang ada cuma hamper yang skema? :mHurm: Paling canggih pun korang bleh pilih-pilih barang ape yang korang ndak pastu soh budak kat kaunter tu bungkuih ngan kertas transparent berkaler itu. Owh tidakkk... now mak nak tunjuk korang satu benda yang latest sesuai untuk bagi hadiah kat baby iaitu Kek Diaper!!!
Ekcelli kek ni dibuat dengan menggunakan diaper so absolutely :mRambut: no, no, no... takleh dimamam, okeh! Normally kandungan kek tu antaranya yelah: -

  • 2-tier Diaper Cakes with these finest baby items inside:
  • Diapers (Huggies)
  • Receiving blankets
  • Rompers (Carter's)
  • Bib (Carter's / Mothercare / Debenhams)
  • Wash cloth (Carter's)
  • Socks
  • Shoes (Carter's / Mothercare / Next / Adam's Kids)
  • Baby book
  • Plush toy (Lamaze)
  • Baby rattle (Bright Starts)

Ada gak bermacam jenis kek-kek diaper ni so korang bleh pilih yang mana jadik pilihan kalbu hehe seperti kat bawah ni haa...





Okeh, so kalau korang nak tau lebih lanjut kat mana nak dapatkannya, silelah klik di sini. Skang ni depa tengah wat promotion 40% less tau so korang jimat banyak tuh! Pelagi, orderlah cepat. I pun de baby lagik kalau uols nak kasik hadiah! :mBerangan: Ngeee....


Signature

Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan Qareem!

Ahad, Julai 31, 2011 0 Comments

 



Lafaz Niat Puasa

sumber kredit: Chokilala

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan

sumber kredit: Chokilala

Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala


Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Notakaki saiz tujuh:
Ingat ye... yang wajib didahulukan, yang sunat dikemudiankan. Jangan dok sebok kejar yang sunat tapi yang wajib terlepas pandang! Selamat menyambut bulan Ramadhan sume! 


  Signature

Khamis, 28 Julai 2011

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia - Berani Korang Masuk?

Khamis, Julai 28, 2011 2 Comments


Cite ni aku dapat dari email. Jom share!

Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun nie telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.


Bangunan usang nie telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.


 Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita jumpa kat FunFair tue, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.


Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu nie juga terdapat banyak pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.


Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.


Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu nie juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.


Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.


Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan tue.


 Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu tue. Adeiiiiii, seram la nak masuk rumah hantu besar-besar camni. Kita dok ingat hantu berlakon ja, tengok-tengok hantu sebenar. Apa korang nak buat kalau jadi camtu?


Akhir kata dari pengirim e-mail:
 P/s: Bacalah doa sebelum masuk. Peace...



Signature

Selasa, 19 Julai 2011

Contact Name ikut usia perkahwinan

Selasa, Julai 19, 2011 5 Comments


Hahahahaaa!

Ni entry lawak sekejap! Benda alah ni aku dapat dari sis-in-law aku. Korang pernah terpikir tak apa yang suami-suami (wahhh ramainya suami, ahaks!) korang tulis nama korang dalam contact list henpon derang? Yelah, contohnya hunny ke, hunnymadu ke, ayang keeee... kan? Haaa... meh kite tengok apa yang agaknya dorang tulis mengikut usia perkahwinan korang! Lepas ni cepat-cepat gi cek henpon laki uols tau! Manelah tau ade yang matching pulak dengan nama yang di bawah ni! Hahahaha....!!!

~Baru Menikah~



~Tahun Pertama Menikah~



~5 Tahun Menikah~



~10 Tahun Menikah~



~15 Tahun Menikah~



~20 Tahun Menikah~



~25 Tahun Menikah~



~30 Tahun Menikah~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~35 Tahun Menikah~



Notakaki saiz tujuh:
Cik Fasha tiada kena-mengena dalam ini cerite. Sile jangan membuat percubaan mendail nombor itu. Mekaseh. -Pesanan Khidmat Masyarakat


Signature

Khamis, 14 Julai 2011

Salam Nisfu Syabaan 1432

Khamis, Julai 14, 2011 1 Comments



Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Apakah itu malam Nisfu Syaaban?
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amalan ibadah di hari Nisfu Sya’aban yang boleh korang wat yeitu:

1. Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat selepas solat maghrib (15 Sya’aban, sabtu malam)

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, sabtu malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Sabtu)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Ni pulak diantara kelebihan bulan Sya’aban:

  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
  3. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua’alam

JADI JOM KITA PAKAT PENUHI MALAM NISFU SYAABAN NI DENGAN AMAL IBADAH. KITA TAK TAHU KALAU KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPANKAN?… NAUZUBILLAMINZALIK…

Signature

Rabu, 13 Julai 2011

Apakah artinya ini...?

Rabu, Julai 13, 2011 0 Comments



Published: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 5:18:00 PM
Updated: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 6:13:18 PM
Kabinet Tak Benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan Sehingga Dapat Kebenaran SKMM

KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. - BERNAMA


Surat bagitau pasal caj harga baru Astro tu aku dapat semalam yeitu 13hb Julai 2011 manakala bahan berita ni lak disiarkan 13 hari sebelum itu iaitu pada 1hb Julai 2011. Sooo......?

Adakah ini bermakna yang SKMM telah membenarkan kenaikan tarif Astro tu???

Hmmm... pehalpun, aku dah tak berape kesah sangat sebab bulan ni aku last ada akaun ngan dorang :hua: heheh! Tapi kalau dorang proceed gak, sian la kat akaun holder yang lain. Tak pasal-pasal je kena bayar manyak camtu. So, pe lagi? Ikut jelah jejak aku tuko ke Dreambox, abes cite! :31: Hehe...


Signature
Follow Me at flickr! .