Ahad, 12 Oktober 2008
Sabtu, 11 Oktober 2008
2 in 1: Reunion & Open House
Duduk dari kiri: Razali, Ikram, Ezreena, Aku! & Siti Norahlizah
Haritu Admin Group ex-SRKGS ni dah ade dah wat reunion gathering tapi mase tu bulan pose. Alkisah malam plak tu dibuatnyer gathering tu so aku memang la KONPEM xkan dapat menghadirkan diriku ini. So bile tetiba announce tuan admin nak wat open house sekali ngan reunion (kali ke-2)... aku teruja gak la. Ekceli pagi tu aku memang bz giler ngan ke pasarnyer, nak masaknyer... petang lak attend open house abang aku... tapi aku lari la gak since rase rugi plak kalau x jumpe kawan2 lame ni. Seronok sangat jumpe kengkawan, walaupun ramai yang x dapat hadir tapi next time ade lagi reunion, insyaallah, aku datang!
To tuan umah selaku admin group SRKGS, Razali tq so much for d invitation!
Selasa, 7 Oktober 2008
Aidilfitri Yang Tak Dapat Dilupakan.. Sob, sob!
Camnerpun aku ade la sket citer duka nak aku share ngan sume pembaca setia blog ni. Kisah ni berlaku lagi 5 hari nak ghayer. Hari Jumaat iaitu hari last keje tu, kire2 kol 4:00 pm selepas ujan ribut, aku terima panggilan dari jiran aku soh balik umah cepat. Konpius gak la sebab dia xnah tepon aku. Dia bagitau kate dia baru je kejar orang tengah umpil pintu rumah jiran aku lagi sorang dan dia suspect umah aku pun dah kene sebab pintu umah aku dah terbukak. Dek kerana lutut aku pun dah bergegar pada brape punyer skala richter aku pun xtau, so aku tepon hubby soh dia balik tengok dulu keadaan. Lepas dia dah balik dan betulkan huru-hara yang si penyangak tu dah cetuskan kat dalam umah aku tu, barulah dia tepon soh aku balik rumah. Bila aku balik tu kirenyer aku xla menengok kesan sebenar ape yang dah berlaku, just a hint jelah berdasarkan barang2 yang beralih tu. Mase tu x berape clear lagi ape yang hilang tapi bila dah nak malam sikit barulah aku perasan yang duit raya untuk budak2 yang dah siap berisi dalam sampul raya takde, duit raya budak2 tawon lepas yang aku lupe nak g bank-in dari hari ke hari pun takde, henpon 3 bijik takde dan paling tragis.... kamera kesayangan aku pun dia sebat gak!!!!!! Yang tu very the unacceptable!!! Huhuuuuu.... Total lost estimate adela dalam RM3,000.00 yang mana membuatkan rayaku tahun ni lansung tak ceria. Sob! Sob!
Polis suspek mamat tu mat pet berdasarkan keberaniannyer masuk umah orang waktu siang hari. Tapi camnerpun aku bersyukur sebab berdasarkan petunjuk, ade tanda2 yang mamat ni ade intention untuk tikam sesape yang ade dalam umah aku tu. So syukurlah sebab mase tu sume orang xde dalam umah dan yang paling pentingnya, anak2 aku selamat. Bak kate hubby, biar jelah... kite ni walaupun dah kena rompak tapi kite still bleh beraye ngan baju raye, kuih raye... tapi orang tu kalau x rompak, belum tentu dia dapat beraya. Hmmm.....
Cume satu jelah yang aku rase aku xleh nak maapkan mamat ni. Sebab sampai harini anak aku still trauma dan takut nak gi ke dapur sebab dia dok terbayang ade penyangak dok menyorok kat tembok belakang umah. Harta benda tu dia dah amek tu aku bleh maapkanlah tapi bab physicology anak2 aku dah terganggu ni, harap maap bleh... so watch out mat pet! Kalau aku jumpemu kat luar, aku akan langgarmu, aku janji! (Janji ni same gak ngan peragut yg pernah ragut aku tahun 2003 dulu okay! Aku still pegang janji tu, kalau jodoh kite panjang, jumpe lagi, aku langgor!!!! Hehee...)
Selasa, 2 September 2008
Fraud Lagi!
Ahad, 31 Ogos 2008
Salam Merdeka!
Macam biase, kalau wat makan2 dengan famili ni memang happening sebab masing2 akan bawak part masing2 dari rumah. Maka bertambah meriah la makanan kat situ... ekecelli basic menunyer cume steamboat ngan barbeque jer tapi jadik la pelbagai hidangan sampingan. Antaranya ada ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, sotong bakar, steambot, salad, coleslaw, kueytiaw soup & kek. Acara setat dari lepas maghrib lagi dengan upacara nyanyian lagu tema merdeka oleh 3 Abdul (Har!Har!) dan seterusnya diikuti dengan acara makan. Lepas makan tu pun berdentam-dentum la langit ngan bunyi bunga api meletup! Dan kiteorang pun balik la umah kekenyangan... heheee...
Sabtu, 23 Ogos 2008
Selesaiii...
Khamis, 21 Ogos 2008
Takziah
Tiga beranak maut nahas selepas ziarah kubur keluarga
Oleh Norliza Abd. Rahman dan Thomas Chong
Pemandu kereta, Azmi Abd. Jalil, 35, adiknya, Nor Hidayu, 23, dan ibunya, Minum Aman, 55, yang duduk di belakang mati di tempat kejadian.
Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor Zaidi Hashim berkata, pemandu MPV itu, pemuda berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pemandu di Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerah diri di IPD tersebut kira-kira pukul 1.45 iaitu sejam selepas kemalangan.
''MPV itu adalah milik UPM dan ujian air kencing ke atas pemandu tersebut menunjukkan dia positif dadah dan sudah ditahan oleh polis bahagian narkotik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesemua mangsa yang berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanah Perkuburan Islam Taman Meranti Jaya ke Pandan Jaya.
Zaidi memberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada MPV jenis Naza Ria dari arah Puchong ke Taman Putra Perdana yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh kereta mangsa.
''Semua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya.
Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham Minum, Azlee, 27, memberitahu, ibu, abang dan adiknya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur abang sulungnya, Azman yang meninggal dunia dua tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Pu- lau Meranti.
''Kehilangan serentak tiga ahli keluarga kami amat menyedihkan lebih-lebih lagi di saat abang saya, Azhar akan melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang.
Menurut Azlee, jenazah ibu, adik dan abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.
Pertama sekali aku sebagai wakil keluarga mangsa ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat2 yang begitu ikhlas mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan salam takziah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di atas tu. Untuk perhatian semua, mayat mereka telah dikebumikan pada 20 hb Ogos 2008 selepas polis melakukan post-mortem ke atas jenazah pada malam sebelumnya. Bagi yang belum tahu, keluarga ini sepatutnya bakal menjadi besan kepada mertuaku pada hari Sabtu ini bersamaan 23hb Ogos 2008 kerana anak yang ke-3nya akan bertunang dengan adik iparku pada hari tersebut. Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan dan ditunda ke hari lain rentetan dari peristiwa yang tidak diduga ini (klik sini untuk baca blog hari merisik mereka). Sebagai salah seorang ahli keluarga mertua saya, saya juga merasa impaknya dan mengucapkan takziah buat keluarga mangsa di atas kejadian.