Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 21 Ogos 2008

Takziah

DALAM NEGERI

Tiga beranak maut nahas selepas ziarah kubur keluarga

Oleh Norliza Abd. Rahman dan Thomas Chong

SEPANG 19 Ogos - Tiga sekeluarga terbunuh selepas kereta Kancil yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di kawasan perusahaan Meranti Jaya, Jalan Putra Perdana, di sini hari ini.

Pemandu kereta, Azmi Abd. Jalil, 35, adiknya, Nor Hidayu, 23, dan ibunya, Minum Aman, 55, yang duduk di belakang mati di tempat kejadian.

Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor Zaidi Hashim berkata, pemandu MPV itu, pemuda berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pemandu di Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerah diri di IPD tersebut kira-kira pukul 1.45 iaitu sejam selepas kemalangan.

''MPV itu adalah milik UPM dan ujian air kencing ke atas pemandu tersebut menunjukkan dia positif dadah dan sudah ditahan oleh polis bahagian narkotik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua mangsa yang berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanah Perkuburan Islam Taman Meranti Jaya ke Pandan Jaya.

Zaidi memberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada MPV jenis Naza Ria dari arah Puchong ke Taman Putra Perdana yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh kereta mangsa.

''Semua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham Minum, Azlee, 27, memberitahu, ibu, abang dan adiknya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur abang sulungnya, Azman yang meninggal dunia dua tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Pu- lau Meranti.

''Kehilangan serentak tiga ahli keluarga kami amat menyedihkan lebih-lebih lagi di saat abang saya, Azhar akan melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang.

Menurut Azlee, jenazah ibu, adik dan abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.

Saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Zaidi di talian 03-87774260 atau 013-3230811.

-Berita ehsan dari Utusan Malaysia Online 20 Ogos 2008

Pertama sekali aku sebagai wakil keluarga mangsa ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat2 yang begitu ikhlas mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan salam takziah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di atas tu. Untuk perhatian semua, mayat mereka telah dikebumikan pada 20 hb Ogos 2008 selepas polis melakukan post-mortem ke atas jenazah pada malam sebelumnya. Bagi yang belum tahu, keluarga ini sepatutnya bakal menjadi besan kepada mertuaku pada hari Sabtu ini bersamaan 23hb Ogos 2008 kerana anak yang ke-3nya akan bertunang dengan adik iparku pada hari tersebut. Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan dan ditunda ke hari lain rentetan dari peristiwa yang tidak diduga ini (klik sini untuk baca blog hari merisik mereka). Sebagai salah seorang ahli keluarga mertua saya, saya juga merasa impaknya dan mengucapkan takziah buat keluarga mangsa di atas kejadian.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi." -Surah Yasin, ayat 82.

2 ulasan:

  1. Salam takziah...dan Al-Fatihah buat mereka yang telah mendahului kita..

    BalasPadam
  2. salam takziah..

    turut terasa juge kesedihannye..

    sebab..

    spupu(lelaki) punye bakal tunang meninggal sebab demam panas.. n dia tatau bakal tunang die tu meninggal.. masuk hosp seminggu,die x dimaklumkan ape2 sbb hajat arwah tanak die susah hati.. n seminggu pas arwah dah xde, kakak arwah kol..

    mm.. memang sangat terkejut laa.. die cam x caya je..seminggu kol2 x berjawab..rupenye org tu dah takde..

    mm..

    hishh...

    x leh bayang..

    semoga mereka yang telah pergi diampunkan segala doa dan ditempatkan dengan org2 solihin..semoga taman2 syurga milik mereka.. ameen3

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .