Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 15 Oktober 2015

Sikit je lagi! Bantu kami bina surau yek (^_^)

Khamis, Oktober 15, 2015 2 Comments


Hoho! Usang giler blog nih. Dah kata dah jadik PA Kak Rosmah ni memang tak cukup masa dibuatnya ngeh, ngeh...
Ekcelli peristiwa ni dah berbulan yang lepas tapi baru hari ni ada masa nak post =^_^=. Genap sebulan ghaye haritu, Persatuan & Komuniti Bukit Saujana 1 bergabung dengan Surau Nurul Iman Bukit Saujana untuk buat mejelis pecah tanah ni. Kalau korang masih ingat, kiteorang pernah buat majlis perasmian kutipan tabung pembinaan untuk buat surau tetap sebab sekarang ni, kiteorang cuma menyewa sebijik rumah untuk dijadikan surau sementara. So tau jelah macamana tak selesanya bila jemaah ramai. Sapa yang hilang ingatan silelah baca kat SINI.


Alhamdulillah haritu kutipan dah dapat hampir 70% dari kos pembinaan maka kiteorang pun buatlah Majlis Pecah Tanah sekali dengan sambutan hari raya aidilfitri yang dah terlepas itu huhu... Terima kasih bebanyak pada semua yang ada buat sumbangan dan yang belum harap sudikanlah menyumbang kerana kami masih ada 30% lagi dana yang perlu dikumpul sebelum kerja pembinaan bermula. Syukran! Jazakallahu khairan katsira!


Alhamdulillah jugak ramai yang sudi hadir khususnya Tuan Haji Muhd Rashid Kassim, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat DUN Jeram yang sekaligus merasmikan majlis pecah tanah ni. Abang Jibby takde. Dia datang sekali je masa belum pilihanraya dulu dan janji nak buat sebijik lagi sekolah kat sini tapi sampai la ni pun takde, ahaks! Oopsssss.... Jom layan gambo!




Hadiah-hadiah cabutan bertuah. Ramai betui penaja! Mekaseh!

Buah-buahan & hadiah disponsor oleh FAMA. Mekaseh FAMA!

Bukan Dato' K .. ahaks!

Bacaan doa dari orang kuat surau hehe...

Official photog of the day!

Ucapan dari Pengerusi Surau Nurul Iman

Gadis-gadis surau.. ecehhhh

Ucapan Pengerusi Persatuan & Komuniti Bukit Saujana 1


Canerlah leh terlupa lak nama ustad nih hehe...

Ucapan perasmian jeng, jeng, jeng... Tuan Haji Muhd Rashid Kassim di situ!
Kat sinilah bakal tersergamnya sebuah surau tetap untuk kiteorang kat sini. Doakan ye!

Okeh, lastly... harap korang sudilah ye sumbangkan seberapa yang mampu untuk tujuan murni nih. Kasihanilah kami khususnya mak-mak gumuk cam kami nih yang terpaksa solat dalam keadaan tak selesa bersosak dalam surau sementara sekarang nih, heheh!


Budi baik korang saya dahului dengan ucapan terima kasih dan jangan lupe ye redeem mata ganjaran korang kat akhirat sok! Maseh!




Signature

Khamis, 20 Ogos 2015

JJCM: Jom! Western @AEON Wangsa Maju, KL

Khamis, Ogos 20, 2015 1 Comments


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Hahaha giler kentang lama blog tak hapdet! Pastu heran plak nape tabung Nuffnang tak bergerak ek? Bongek betui agaga...

Oleh sebab duit raya dah abes, maka marilah kite mula menabung kembali ye, anak-anak! Harhar! Ini kali nak review pasal restoran baru kat AEON Big Wangsa Maju yang bernama Restoran Jom! Western. Ekcelli kan, saya tak tau pun kewujudan AEON kat sini dan juge restoran ni sebab lastaim pi tempat ni masih bernama Carrefour dan restoran ni namanya Jom! Bali. Kalau tak caya cuba nengok entri nih ---> http://deebpunyecite.blogspot.com/2011/05/review-jom-bali-restaurant.html.
Menu kat Jom!Western ni memang lain la dari Jom!Bali... dah nama pun western kan so banyak la variety ala western berbanding Jom!Bali. Meh nengok review: -
Mari mulakan dengan airnya ye... dari kiri ayo sirap konpem Wan Dolly punya. Diikuti oleh teh tarik 3 layer (okeh gak rasa cam cendol) dan yang terakhir sirap bandung yang yummy hehe...

Ini yang menggunung ni namanya ABC special. Tak tipu beb, portion giler banyak. Kongsi tiga orang siap bungkus ikat tepi lagik sebab tak larat dah nak habeskan huhu...
Okeh skang kite tengok dia punye main course. Rayyan pilih nasi goreng with ayam goreng milky sauce. Sedap gak tapi cepat muak sebab milky sauce tu rupenya ialah susu manis so leh bayangkan tak makan nasi goreng dengan sesuatu yang manis? Opkos la tak habes... Bungkus jugak yang ini! Huhu...
Ini saya punyaaa... kueytiaw goreng basah denga telo mata. Okeh not bad... tapi saya penah makan gerai punya yang lebih power.
Wan Dolly punya- Nasi goreng 3 rasa with ayam goreng. Tak taulah nape dorang rojakkan bahasa haha... rasa dia boleh tahan gak. Takleh nak bagi review sangat sebab rasa sikit aje since perut dah gendut dalam percubaan habeskan kueytiaw haha...
Maria jeles makanan dia lom sampai tapi orang len dah start makan! Harhar...

Okeh, overall sedap jugak la dishes kat Jom! Western ni. Harga dia pun boleh tahan gak tapi ok kot sebab portion dia memang banyak. Dari 5 main course yang kiteorang order, 3 darinya terpaksa dibungkus sebab dah tak larat nak abeskan. Haishh, susah tol ade kantung peyut yang comel ni kan! Hik!
So, sesapa nak cuba.. datanglah ke Jom! Western kat tingkat 1 pasaraya AEON Big Wangsa Maju okeh! Burppp!


Signature

Jumaat, 19 Jun 2015

Potluck yang menaikkan skala timbang! Why bother??? ^_^

Jumaat, Jun 19, 2015 6 Comments


Sebelum bulan puasa haritu kan.. kami makcik-makcik dan pakcik-pakcik ahli Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SK Seri Pristana ni plan buat satu potluck. Saje je... purposenya selain nak menghargai penat lelah depa menjayakan majlis sambutan Hari Guru SKSP haritu (ketinggalan airbus? Sila klik di SINI) potluck ni jugak dapat merapatkan silaturrahim sesama parents sebab al maklumlah, masa hari sambutan Hari Guru tu mana la ade masa nak beramas-mesra sebab semua tengah mengadap keroje kannn.. eceh!

Memandangkan kami semua jaga badan *tipu!!!* jadik selain dari aktiviti menambah berat badan, kiteorang buat gak pertandingan memanah! Haa.. itulah benefit kita berkenalan ni baguih sesangat sebab masing-masing berlainan latar- ada nurse, ade doktor, ade peniaga kuih, ada cikgu memanah! So camni bolehlah amek kesempatan memanah- siap dapat hadiah lagi tau! Ngelat sungguh! Har, har...







Saya??? Owh saya memang tak join memanah tu sebab saya masuk aktiviti lain yeitu- habeskan makanan! Muahaha..! Weiiiii sapa boleh tahan okeh duduk sebelah meja yang penuh dengan makanan yang sedap giler belaka! *Alasan*













SEEEEE!!!! I tak tipu kannn... heheh... Tapi siyesly spiking, memang semua makanan yang depa bawak tu sedap-sedap belaka. 5 thumbs up!

Anak yang sungguh mengikut sipat murni ummi dia- MENTEKEDAGHAH! Agaga!

Kan dah kata dapat hadiah! Haaa... nyesal tak masuk! Melantak lagi tak hengat donia. Sedo-sedo dah abes pertandingan.. har, har!

Oklah...Overall... walaupun cuaca adalah sangat menyumbang kepada penukaran kaler kulit petang tu, tapi potluck ni sukses dan ceria tau! Thanks uols! Ade makan-makan lagik korang tolong up namaku atas sekali ye! Hagaga...


Signature
Follow Me at flickr! .