Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 15 Jun 2015

Siapa kata Hari Guru tak best? Meriah uols!




Macamana saya boleh terbabit?Ni semua Wid punye pasal lah!
Dia yang pi up nama saya kat Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SKSP! Harhar...!
#Tugasan: URUSETIA FOTOGRAFI & VIDEO.
Dah! Jom layan!


Memula biar saya perkenalkan siapa dorang-dorang ni ye. Semua pinky di atas ni yelah ibubapa dari Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SK Seri Pristana. Mereka-mereka ini sungguh berdedikasi dan komited untuk menjayakan sambutan Hari Guru SKSP 2015 sampai sanggup amek cuti, beli MC (ehh, tak! Acah je!) dan abaikan dapur (macam saya hehe...) Ekceli kami sume baru je berkenalan haritu tapi satulah nak kabo... walaupun baru kenai tapi kami punya sembanggg... pehh, macam jumpa balik kawan sekolah lama!

Ni majlis perasmian baru nak mula. Siap ada dayang, hulubalang segala bawak watikah perasmian kepada puan GB. Sekolah korang hader? Harhar... Lupe lak nak bagitau. Tema Hari Guru tahun ni ialah tradisional. Tu pasallah semua pakai cenggitu.
Peribahasa baru- Teacher borek, student rintik!

Pembuka tirai mejelis- tarian asmaradana. Budak-budak ni dibawa oleh Dato' Ajla - SKSP punye tokei kantin.

Pisang-pisang ni ditaja oleh FAMA. Ni dorang tengah susun untuk agihkan kepada pelajar nanti.

Bacaan ikrar Hari Guru.

Tengok! Bebudak begitu teruja okeh!

Err, cikgu-cikgu pun teruja gak hehe... Dorang dengan penuh semangat nyanyikan lagu Hari Guru... korang mampu? Harhar...

Okeh, mari saya perkenalkan barisan juri ye. Mereka-mereka ni wakil dari Majalah Asuh.

Okehhhh.. persembahan dah mula! Ni persembahan tarian 1Malaysia dari guru-guru dan pembantu murid Pra-Sekolah.

Persembahan drama sekaligus persembahan yang paling panjang pada hari tu dari guru-guru Tahun Lima.

Ini namanya boria dari guru-guru Tahun Enam.

Yang ni sungguh tacing. Persembahan guru-guru dan murid-murid PPKI (pelajar kurang upaya). I dah cuba untuk tidak keluarkan air di idung tapi tidak berjaya! Sigh!

Heiii... GB sekolah korang sporting tak macam GB sekolah ni? Join menari dengan Dato' lagi untuk murid-murid, okeh!

Tadi tu selingan je. Sambung balik dengan persembahan. Yang ni persembahan drama musikal Gembala Kambing Upin Ipin dari guru-guru Tahun Satu.

Nope! Dorang bukan tengah bersilat tu... ini persembahan dikir 'Sakitnya tuh di sini' oleh guru-guru Tahun Dua.

Ni lagi satu persembahan boria dari guru-guru Tahun Tiga. Yang ni spesel sket sebab takde muzik latar. Depa nyanyi sendiri live okeh... L-I-V-E! Dan suara cikgu itu merdu!

Persembahan drama musikal inspired by *ewah* babak dari 'Malam Pesta Muda-Mudi' filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee oleh guru-guru Tahun Empat. Yang ni memang make my day betui lah! Har har... pak meon! (sambung gelak!) Har, har...!

JUARA OF THE DAY!- persembahan drama musikal dari filem 'Labu-labi' oleh Pentadbir Sekolah! Percaya tak hangpa.. diantara hantu-hantu ni ada gurubesar, guru penolong kanan dan orang-orang kuat sekolah? Cayalah!

Sementara guru-guru tengah berpeluh buat persembahan kat ataih pentas tu kan, bebudak ni dengan cikgu amek bahagian dalam pertandingan menghias kek.

Persembahan selingan dari tokei kantin sekolah- Dato' Ajla & team. Kelas tak kelassss....

Ni persembahan ad-hoc namanya dari pelajar Tahun 3. Dorang ni wakil sekolah untuk pertandingan 'Action Song' dan jadik juara peringkat negeri pada tahun ni. Syabas kiddos!

Kek-kek yang dah siap dihias! Cantik depa hias kek tu, kan? Tak sia-sia daku berbahang muka dua hari dok depan oven membako kek-kek ini! Hehe...

Pertandingan menghias kek ni yang jadik jurinya ialah YH Dato Nazipah Jamaluddin dari FAMA, Puan Shima dari Majalah Asuh dan GB sendiri.
Ekhemmm!!! Nak bagitau gak *tak kira! Haha..* Ini kek yang saya buat untuk guru-guru SKSP sumbangan Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG yang owhsem tu!
Sebelum budak-budak balik, kiteorang bagi goodies dulu kat depa. Kalau korang sume nak tau, pembikinan goodies ni bermula seawal dua minggu sebelum event ni lagi. Memang terbaeklah KSIB PIBG SKSP nih!

Dah habes persembahan, tunggu ape lagik? Kasik belanja satu gambo la kannn? Cikgu-cikgu SKSP ni memang terbaek!

Owh ye, wajib gak dikenang.. mereka-mereka ni wakil dari FAMA & Majalah Asuh yang sudi menaja dan jadik juri of the day! Terbaek!

and last but not least....




Untuk info:
Sambutan Hari Guru SKSP 2015 ni merupakan yang pertama seadanya dari semua sekolah di Malaysia ini, yang mana kesemua pengurusan aturcara majlis termasuk dana adalah hasil usaha dan dilaksanakan oleh Kumpulan Sokongan Ibubapa PIBG SK Seri Pristana sendiri. 
HEBAK DOK? 



Signature

2 ulasan:

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .