Resepi: Pulut Mangga Noxxa
Farah Deeb
Jumaat, April 17, 2015
5 Comments
Jenis operasi: High Pressure & Warm/Reheat
Durasi: 12 minit
Benda yang paling saya nyampah sekali bila masak pulut,kan yelah: -
1) Bila bukak penutup tu nanti semua wap naik kat muka
2) Air menitik-nitik kat penutup periuk
3) Paneh! Hehe...
Tapi kan guna periuk Noxxa ni, senanglah yang amat. Tiada lagi wap kena muka, air pun takde menitik-nitik berebut nak basahkan kuih, lantai dan dapo dan semestinya ketiak pun tak masyem harhar! Tak caya meh saya ajor caner.
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu- takyah rendam
2 cawan air (atau paras pulut sahaja)
1/2 cawan pati santan
1 helai daun pandan
Sedikit garam
450gm santan
6 sudu besar gula
3 sudu kecil gula
6 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil tepung beras
Cara-caranya: -
- Masukkan pulut dalam periuk, tambah air, daun pandan dan garam. Tutup penutup dan setkan tombol kepada 'pressure'. Set butang 'high pressure' selama 6 minit serta tekan 'On'. Bila dah bunyik tit tit maka lepaskan tekanan.
- Panaskan santan dengan 3 sudu gula sampai santan seakan-akan keluar minyak. Tuang sikit demi sikit santan ni dalam pulut tadi sambil kacau rata. Berhenti sebelum pulut nampak macam nak jadi lembik atau basah. Dia sepatutnya sedang-sedang aja, tak lembik dan tak keras.
- Tutup semula periuk dan tekan butang 'Warm/Reheat' selama 6 minit. Selepas tu bolehlah tekan butang 'off' dan hidang di atas pinggan.
- (Untuk membuat sosnya) Baki santan yang masukk dalam pulut tadi tu, letakkan semula di atas api dan tambah 6 sudu besar gula. Kacau sebati dan last sekali masukkan tepung jagung dan tepung beras. kacau sampai sebati.
- Last sekali, potong je mangga dan letakkan dalam pinggan pulut tadi dan tuangkan sos ke atasnya. Melelehhhhhhh you!
NOTAKAKI SAIZ TUJUH:
Bagi yang berminat nak dapatkan piuk serbaguna Noxxa ni dari saya, bolehlah SMS/Whatsapp/Telegram saya kat (016) 2290.444 ye! Kalau korang nak bayo secara ansuran pun saya terima apetah lagi kalau bayo cash! Heee... Owh ye, sesapa yang buat pembelian melalui saya, saya akan bagi kompilasi resepi menggunakan periuk Noxxa PERCUMA!