Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 10 September 2014

JJCM: Restoran Malaya, Saujana Utama, Sg Buloh

Rabu, September 10, 2014 6 Comments


Lama sudey tak buat Jalan-Jalan Carik Makan (JJCM) ni, kan? Ate masakan kat ghumah sedap tak cukup bajet maka takdelah nak gi JJCM selalu kannnn... Ni pun saja je nak celebrate wedding enibeseri yang ke-15 uols... Ate taktau nak pegi mana pastu teringat kat restoran ni ada jual lempeng cicah sambal yang power *orang kata* jadi nak cubelah terai hee...

Ni set nasi putih asam pedas ikan pari. Sedap weh! Datang sekali (comes with hehe...) dengan sayur gobeh (tu kalau mak saya sebut) aka kobis goreng, telur masin dan sambal belacan. Ini pengantin lelaki punye order, wahhh??? Hahaha...!

Restoran ni kira baru gak macam setahun bukak. Specialty dia cam yang digembar-gemburkan tadi yaitu lempeng, asam pedas claypot dan kari kambing. Menunya cuma lempeng, set nasi putih dengan pilihan asam pedas claypot (boleh pilih nak ikan/daging), set nasi putih dengan kari kambing dan jugak western food. Lain dari tu jangan mintak.


Sungguh malang pengantin pompuan yeitu saya (hehe...) lempeng dah abis le plak malam tu so terpakselah buat pilihan lain yang tidak berapa menyumbang kepada ternakan lemak yeitu Lamb Chop. The verdict: Daging kambing tu ade sikit liat la. Gravy dia pun lebih kepada kicap dan kurang penggunaan blackpepper disitu menyebabkan saya rasa tak begitu menepati seleralah. Tapi bagi Mirul dia kata sedap. Mungkin la gravy style cenggitu budak-budak suke kot.


Yang ini Mirul punya- Fish & Chips. Dia punya filet ikan tu memang sedap- luarnya garing tapi lembut di dalam. Saya suka! Nyesal le plak tak amek yang tu tadi huhu... Buat pertukaran barter dengan Mirul tak berjaya pulak tu! Cisss...!


Chicken Chop ni Maria punya tapi tapau. Tau jelah anak dara i tu kan tuan puteri jadi dia memang duduk dalam istana aje tanak keluar maka kenalah tapau untuk dia. Ayam dia garing dan lembut kat dalam macam fish & chips tadi gak. Sedap. Tapi saya tetap kata gravy dia sikit failed. Walaucanerpun, tuan puteri kata gravy tu sedap dan dia suka sangat. So kite just assumed yang gravy ni memang direka khusus untuk budak-budak. Eh, tapi tuan puteri bukan budak dah? Hrmmmm.... Ahh... what ever jelah kan haha...


Haaa hamek, licin ngko! Hagaga... Okeh sesape yang nak datang restoran ni senang sangat. Dari jalan utama masuk ke Saujana Utama tu, restorannya kat sebelah kanan anda dibarisan bangunan kedai yang pertama korang jumpa. Signboardnya kaler merah menyala bertulis 'Restoran Malaya' berhampiran dengan Shell.



I suka motto dia weh- 'Mak kata kalau masak biar sedap' huhiii... kelassss... 
Tambah best, layanannya sangat owhsem okehhhh!!!!
Jom,lah!


RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar star



Signature

Khamis, 4 September 2014

USED ITEM FOR SALE! Camera & studio's accessories!

Khamis, September 04, 2014 3 Comments

LAI! LAI!

Haaa.. ini harikannn saya mau juai ini sume mende tauuu.. mulah, mulah saje. Kalau ikutkan sayang tapi rasa macam dah TAKKK aje nak join gi photoshoot ngan kengkawan so lebih baiklah kite menge'let go' kan je mereka ini, kan? Kosong sket bilik stor den hehe... 


REFLECTOR/ DIFFUSER ROUND
Size 110x100cm +-
Condition: 100% like new
PRICE: RM100/-

PRODUCT TENT (FORDABLE)
Size 30x30cm
Condition: Ada sikit tompok kuning kaler perubahan pada warna putih tu tapi tak appear pun dalam gambar sebab dia bahagian luar. Mungkin akibat karat besi.
PRICE: RM25/-

(SOLD)
PORTABLE STUDIO-LIGHT EFFECT
SPEEDLIGHT/ FLASH SOFTBOX WITH FLASH MOUNTING BRACET AND BALLHEAD

Size: 60x60cm
Condition: 100% like new (saya ada 2 set ni so satu set ni tak pernah guna)
PRICE: RM220/-

PRODUCT TENT (FORDABLE)
Size: 80x80cm
Condition: 99% like new.
PRICE: RM80/-

YONGNUO SPEEDLITE YN560
Condition: 100% like new.
(Saya ada 2 speedlite ni so yang satu ni tak pernah guna)

Warranti: Tarak
Boleh fit kaki Canon & Nikon 
(katanyelah. Boleh cuba dulu kalau nak confirmedkan sebab saya guna untuk kamera Olympus)
PRICE: RM200/-

(SOLD)
O-FLASH (For special effect portrait shooting)
Condition: 100% like new.
PRICE: RM150/-

SOOOOOO...
MINAT KE MINAT? Ngeh, ngeh...
Whatsapp/ sms (016) 2290.444 okeh!
Maseh!

Signature

Khamis, 28 Ogos 2014

Jom camping!

Khamis, Ogos 28, 2014 4 Comments



Tarikh:     13hb Ogos 2014
Tempat:    Padang PraSekolah SK Seri Pristana, Sg Buloh, Selangor.
Masa:        8:00am - 1:00pm
Tugasan:   Fasilitator
Modus Operandi:
Memupuk semangat kerjasama dan melatih anak-anak berumur 6 tahun untuk: -
1) Tolong-menolong dalam semua aktiviti seperti memasang khemah
2) Memasak sendiri dengan bantuan fasilitator
3) Berupaya menghadapi rintangan (memanjat, merangkak, melompat, berlari dan mencari)
4) Mengenal rasa melalui lidah (pahit, manis, masin, masam)
Keputusan: Matlamat tercapai!

*********************************************************************************

Tetiba.... 
kena panggil jadi fasilitator.

Tapi best weh sebab jadik fasilitator untuk budak-budak 6 tahun PraSekolah. Part susah cuma nak bagi dorang dok diam satu tempat aje. Lain hal dorang memang best sebab 'A' kata saya, 'A' lah dorang buat harhar... Cuba try manage budak-budak tua. Pehhhh.... balik kang platlet darah tinggi kita yang naik! Kah,kah...


Ekcelli haritu saya punch in lambat sikit hehe... (ececehhh... macam tak biase plak ek? Agaga...) sebab Mirul masih demam panas pagi tu lepas kena diarrhea (sedap sket bunyiknye dari letak cirit! Eh! Tertulis gak! Hihi...). So berkejar gak la pagi tu nak siapkan bubur Mirul sebelum pergi. Tau jelah bubur bukan seminit masaknye... Eh? Apekah kena-mengenanya ngan gambar di atas har har... Tu upacara tanam pokok sempena perasmian perkhemahan. Korang hado?

Sebelum buat aktiviti seterusnya, kenalah senaman dulu. Kalau tak kang dah tua sok mulelah bising sakit sendilah, sakit lututlah har har.. (terasa i...)

Inilah kumpulan kanak-kanak riang. I kumpulan pink okeyy jangan jelesssssss...!

Inilah kumpulan pink saya! Gojes dan bagus dengar kata haha... (Sila abaikan rupa buruk fasilitator kumpulan ni)
Lepas berjaya pasang khemah, semua kena masuk dalam dewan untuk sessi taklimat keselamatan dari Ketua Balai Polis Saujana Utama.

Haaa... inilah dia pakcik polis tengah citer pasal bahaya kes culik kat budak-budak. Beliau adalah sangat sempoi heh...

Teruja giler budak-budak ni dapat jumpa pakcik polis! Heh!

Makan time!!! Opss tapi kena ajor bebudak ni masak dulu. Tiap sorang fasilitator dapat semangkuk telur, roti, kacang panggang, mentega, dapur askar, mancis dan kuali. Pandai-pandai le korang menmanfaatkannyer kahkah...

Haaa... pandai masak dapat le makan heheh... Yang tak tahan tu, budak lelaki yang duduk kiri (diapit ngan dua gegurl itu) tanya saya, "Ummi, bilelah nasik lemak kite ni nak masak nih?" Erkkk... aku masak roti telur nak oi. Takde plak ghupe nasik dalam kuali, uhuks...
Okeh dah kenyang, sume kenalah buat aktiviti rintangan ni. Kang kalau korang obesiti, makcik pink ni ha la gak yang kena marah harhar..
Rupanya diam tak diam dah 5 jam kiteorang berkhemah! Tak sangka la pulek nak kena naik pentas. Kalau tau tadi tepek bedak sepuluh goni harhar... Sila jangan gelakkan seluar senteng dan kasut sport kecik saya. Itu je yang dapat kebas dari Maria harhar.. seb baik ade anak dara hampir sama saiz! Harap mak dia mana la ade seluar track ngan kasut sport. Dah doploh tahun tak pernah senaman kot! Ahaks! Kepada Maria: Harap maaf kalau banyak benang tetas kat seluar tu ye hagaga... *Blush tetiba*
Rasanya inilah saat yang paling ditunggu-tunggu dek kekanak riang ni- acara dapat hadiah kat pemenang!

Akhirnya dapat balik umah dok dalam ekon! Hagaga! Sungguh puteri lilin daku! Okeh... yang penting boleh tambah koleksi sijil untuk resume. Eh! Ade ke yang nak amek daku keje di usia kilauan emas ni deh! Kuang kuang kuang....

Masa nak balik, budak-budak pink ni tanya;
"Ummi... Ummi ajar kelas mana? Tak pernah nampak pun?"
Saya jawab;
"Ummi tak ajar kat sekolah. Ummi dok umah masak!"
Dorang nyahut sambil berebut-rebut cakap;
"Saya pun suka masak! Saya pun.. saya pun...!"
Pastu...
"Ummiiii... ummi ajar la kelas kiteorangggg...Ajar laaaaa...."
Kata derang sambil melompat-lompat tarik baju saya.
Aisehmen, tacing di situ.
Sekian.

Signature

Rabu, 20 Ogos 2014

Raya? Meriah uols!!!

Rabu, Ogos 20, 2014 1 Comments


Serius budak zaman skang ni best betul, kan? Masa zaman saya dulu kan, jangan kata hari raya aidilfitri.. raya haji, raya hindu, raya cina, raye omputeh, memang konpem tak sambut! Yang saya ingat ade cuma jamuan kelas akhir tahun. Itulah pun hari yang paling bersemangat nak pergi sekolah sebab nak makan sedap-sedap har har! (Nampak tak sifat taksub pada makan tu memang dipupuk sejak kecil hagaga...) 


Tapi la ni dah lain. Bukan aje budak sekolah menengah, sekolah rendah.. tapi budak pra-sekolah pun sambut jugak. Yang bestnya siap ade pertandingan pakaian raya tercantik lagi. Seronok le bebudak nak hadiah huhu.. kalau taaaaaak, nak pegi sekolah kemahin liat! (anak bapakkkk har har!)

Tengok ler... baru jadik model sekejap dah dapat makwe huhu...

Heheee...  Apede kesah menang set pencil box? Yang penting tak sia-sia mak hang ni tengah malam buta gigih mengumbah lemari carik brooch besau tu tau, demi nak bagi hang diva gitu hagaga... 

SELAMAT HARI RAYAAAAAA!
P/s: Sume gambo kredit to cikgu Rayyan yang sangat rajin meng'whatsapp' kat saya hehe... I loike!

Signature
Follow Me at flickr! .