Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 28 Ogos 2014

Jom camping!




Tarikh:     13hb Ogos 2014
Tempat:    Padang PraSekolah SK Seri Pristana, Sg Buloh, Selangor.
Masa:        8:00am - 1:00pm
Tugasan:   Fasilitator
Modus Operandi:
Memupuk semangat kerjasama dan melatih anak-anak berumur 6 tahun untuk: -
1) Tolong-menolong dalam semua aktiviti seperti memasang khemah
2) Memasak sendiri dengan bantuan fasilitator
3) Berupaya menghadapi rintangan (memanjat, merangkak, melompat, berlari dan mencari)
4) Mengenal rasa melalui lidah (pahit, manis, masin, masam)
Keputusan: Matlamat tercapai!

*********************************************************************************

Tetiba.... 
kena panggil jadi fasilitator.

Tapi best weh sebab jadik fasilitator untuk budak-budak 6 tahun PraSekolah. Part susah cuma nak bagi dorang dok diam satu tempat aje. Lain hal dorang memang best sebab 'A' kata saya, 'A' lah dorang buat harhar... Cuba try manage budak-budak tua. Pehhhh.... balik kang platlet darah tinggi kita yang naik! Kah,kah...


Ekcelli haritu saya punch in lambat sikit hehe... (ececehhh... macam tak biase plak ek? Agaga...) sebab Mirul masih demam panas pagi tu lepas kena diarrhea (sedap sket bunyiknye dari letak cirit! Eh! Tertulis gak! Hihi...). So berkejar gak la pagi tu nak siapkan bubur Mirul sebelum pergi. Tau jelah bubur bukan seminit masaknye... Eh? Apekah kena-mengenanya ngan gambar di atas har har... Tu upacara tanam pokok sempena perasmian perkhemahan. Korang hado?

Sebelum buat aktiviti seterusnya, kenalah senaman dulu. Kalau tak kang dah tua sok mulelah bising sakit sendilah, sakit lututlah har har.. (terasa i...)

Inilah kumpulan kanak-kanak riang. I kumpulan pink okeyy jangan jelesssssss...!

Inilah kumpulan pink saya! Gojes dan bagus dengar kata haha... (Sila abaikan rupa buruk fasilitator kumpulan ni)
Lepas berjaya pasang khemah, semua kena masuk dalam dewan untuk sessi taklimat keselamatan dari Ketua Balai Polis Saujana Utama.

Haaa... inilah dia pakcik polis tengah citer pasal bahaya kes culik kat budak-budak. Beliau adalah sangat sempoi heh...

Teruja giler budak-budak ni dapat jumpa pakcik polis! Heh!

Makan time!!! Opss tapi kena ajor bebudak ni masak dulu. Tiap sorang fasilitator dapat semangkuk telur, roti, kacang panggang, mentega, dapur askar, mancis dan kuali. Pandai-pandai le korang menmanfaatkannyer kahkah...

Haaa... pandai masak dapat le makan heheh... Yang tak tahan tu, budak lelaki yang duduk kiri (diapit ngan dua gegurl itu) tanya saya, "Ummi, bilelah nasik lemak kite ni nak masak nih?" Erkkk... aku masak roti telur nak oi. Takde plak ghupe nasik dalam kuali, uhuks...
Okeh dah kenyang, sume kenalah buat aktiviti rintangan ni. Kang kalau korang obesiti, makcik pink ni ha la gak yang kena marah harhar..
Rupanya diam tak diam dah 5 jam kiteorang berkhemah! Tak sangka la pulek nak kena naik pentas. Kalau tau tadi tepek bedak sepuluh goni harhar... Sila jangan gelakkan seluar senteng dan kasut sport kecik saya. Itu je yang dapat kebas dari Maria harhar.. seb baik ade anak dara hampir sama saiz! Harap mak dia mana la ade seluar track ngan kasut sport. Dah doploh tahun tak pernah senaman kot! Ahaks! Kepada Maria: Harap maaf kalau banyak benang tetas kat seluar tu ye hagaga... *Blush tetiba*
Rasanya inilah saat yang paling ditunggu-tunggu dek kekanak riang ni- acara dapat hadiah kat pemenang!

Akhirnya dapat balik umah dok dalam ekon! Hagaga! Sungguh puteri lilin daku! Okeh... yang penting boleh tambah koleksi sijil untuk resume. Eh! Ade ke yang nak amek daku keje di usia kilauan emas ni deh! Kuang kuang kuang....

Masa nak balik, budak-budak pink ni tanya;
"Ummi... Ummi ajar kelas mana? Tak pernah nampak pun?"
Saya jawab;
"Ummi tak ajar kat sekolah. Ummi dok umah masak!"
Dorang nyahut sambil berebut-rebut cakap;
"Saya pun suka masak! Saya pun.. saya pun...!"
Pastu...
"Ummiiii... ummi ajar la kelas kiteorangggg...Ajar laaaaa...."
Kata derang sambil melompat-lompat tarik baju saya.
Aisehmen, tacing di situ.
Sekian.

Signature

4 ulasan:

  1. bagus nya aktiviti macam niiii...!!! siyes suka kalau anak2 involve nanti2... :)

    BalasPadam
  2. @CikLily PutihKan? Nak marah pun asek kensel akibat kecomelan mereka hiuhiu...

    BalasPadam
  3. @Aty_FaredBest tauuuu... BUdak2 memang seronok. Yang mak budak ni lagi over! Hagaga!

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .