JJCM: Bandar Maharani, Muar, JDT. (Edisi Tempat Menarik)
Farah Deeb
Jumaat, Mac 23, 2018
3 Comments
Jom hari ni saya nak cerita pasal apa yang menarik dan apa makanan yang patut korang cuba bila sampai kat Bandar Muo. Ekcelli saya dah dua, tiga kali jugak sampai ke Muo ni cuma selalunya ikut Pak Ustad autstesen jadi idok le dapat jalan memana melainkan terperap hajer dalam hotelkan. Tempat paling best pun kalau dah dok hotel apa lagi kalau bukan kat swimming pool harhar... haaa, tapi kali ni memang kami plan nak JJCM kat sana sempena nak celebrate + kasi seronok budak yang baru dapat result SPM tu hari.
Sebenarnya Muo ni walaupun bertarap bando, tapi idok le banyak tempat pelancongan yang korang boleh pergi. Kalau tanya encik gugel pun ada le beberapa kerat je tempat yang dia sajes. Well tapi itu tak bermakna yang bandar Muo ni tak best okeh. Jalan dalam bandar ni agak sesak dan susah nak carik parking. Owh ye, jalan kat sini semuanya guna sistem parking bertiket ye so hati-hati. Okeh, meh tengok tempat pertama yang best. Opkos kat Muo ni memang terkenal dengan pelbagai produk kopi yang sedap-sedap. Antara yang sedap dan menjadi pojaan hatiku ialah Kopi 343 so kalau korang kalau dah sampai kat bandar Muo ni, silelah singgah kat Kedai Kopi 343 Cafe- Sai Kee Coffe Serbuk Sdn. Bhd. di 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor. Koordinat: 2.0503561,102.5702963. Kat situ bukan je ada jual perlbagai jenis serbuk kopi tau; roti panggang (roti dia gebus giler sey!), pes-pes masakan segera, kek, biskut kering dan macam-macam lain pun ada.
Okeh dah puas bershopping sakan, marilah singgah ke Tanjung Emas pulak. Tanjung Emas ni terletak kat Taman Sri Tanjung, Muar, Johor. Koordinat: 2.047577,102.4854291,12. Ianya merupakan sebuah taman tepi sungai dengan laluan, bangku, rumput & kawasan yang teduh untuk korang lepak-lepak. Korang jugak boleh naik bot River Cruise Muar untuk pusing-pusing kat situ. Tapi haritu kami tak naik sebab singgah masa tengah tengahari rembang, paneh arr. Tak sanggup nak menyunburnkan kulit hehe...
Lepas dah pekena angin dan pemandangan cantik kat Tanjung Emas, korang pergi lak ke bulatan Jalan Bakri dimana kat situ korang boleh jumpa satu lukisan mural di sebuah dinding bangunan empat tingkat setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai lukisan mural yang terbesar di Malaysia.
Lukisan bertema kasih sayang antara dua beradik tu dilukis pelukis Russia, Julia Volchkova berinspirasi dari dua orang beradik yang dia temui kat Tanjung Emas tadi tu dan merakamkan momen tu pada lukisan mural dalam masa 10 hari je guys! 10 H.A.R.I.! Huhuu... *nangeh sebab paling cepat dapat siapkan lukisan yang ataih kertas lukisan pun dekat sebulan. Tu pun penuh dengan drama nak menyiapkannya huhu... Tabiklah ngan siJulia nih!*
Okeh, last sekali... kalau korang bawak anak-anak kecik, pastikan korang singgah kat Don-Hu Jurassic Park Garden yang terletak kat Lot 2700, 224, Kampung Sabak Aur, Muar, Johor ni. Koordinat: 2.0801512,102.567715,15. Tempat ni sebenarnya ialah nurseri pokok tanaman yang diubah-suai menjadi taman Jurassic sebab minat tuannya yang sangat mendalam pada dinosur. Bukan ada dinosur dari pelbagai spesis je tau, labah-labah giant, pameran pelbagai jenis rama-rama dan bungaan pun ada. Masuk? Percuma aje!
Percubaan nak bawak balik rumah sekor. |
Okey jalan-jalan saya tamat kat sini dulu ye. Next entry saya nak cerita pasal makanan-makanan menarik yang korang perlu cuba kat bandar Muo dan jugak review saya pasal hotel yang saya inap masa kat sana ye. Daaa....!