Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 12 Julai 2013

LAST OFFER: RAYA COOKIES!!!

Jumaat, Julai 12, 2013 2 Comments


Salam sume... nampak tak skang Sugarplum's Kitchen dah ada biskut-biskut baru! Boleh beli pada harga original atau kalau korang nak jimat, belilah dengan harga SUPER DEAL tau! Korang boleh pilih samada nak pilih deal #1:

Beli mana-mana dua jenis biskut dari kumpulan A + mana-mana satu dari kumpulan B dengan harga RM85/- saja (jimat RM2!)

atau deal #2:

Beli kesemua biskut dari kumpulan A&B pada harga RM140/- saja! (Jimat RM4!)

Cam biasa, order je kat bawah ni dan tunggu je penghantaran terus kat depan pintu rumah korang seminggu sebelum berhari-raya, insyaallah! JOM ORDER! (tarikh tutup order ialah pada 27hb Jun 2013)





Powered by 123ContactForm | Report abuse
Signature

Selasa, 9 Julai 2013

Apakah mungkin entri makanan terakhirku?

Selasa, Julai 09, 2013 8 Comments


Ye.. sile jangan terkujat! Inilah azam seorang blogger foodie kepada semua sempena menyambut Ramadhan esok so sama-samalah wait and see samada azam ni akan berjaya atau tak eh? (Tapi taim tulis ni pun dah dapat instinct nak terhapus gak rasanya azam tu hahaha...)


Okeh memula mak nak ucapkan mekaseh kat suuuuuume orang yang wish hepi besday kat mak haritu. Sian dah tue tapi muka masih menten muda camni haha... So semalam pak ustad tetiba datang buang tebiat dia soh besday girl ni *rasa nak termuntah tak bile ku gelarkan diriku gitu?* beli kek eskrem sebab dia tingin nak makan, boleyyy? Tapi takperlah, janji duit bukan duit besday girl hahaha... tolong gi beli no halnya. Sempat la sekodeng kuih-kuih raya sedap kat kedai kek tu agaga...


Ekcelli upenya pak ustad nak wat makan-makan ngan anak-beranak sket sempena nak sambut ramadhan besok ni so sekalilah dengan besday saya haritu kekdahnya... *penat ku lompat teruja* Takde mende pun cuma baca doa je pun. Pastu cam biasa budak-budak yang oberlah... Saya pun cuma masak Hotpot Potatoes je sebab haritu budak-budak kata tak dapat makan masa saya wat untuk kastemer.


Cite pasal Hotpot potatoes ni, saya nak ucap maseh kat sume kastemer yang sudi cuba haritu. Since ni baru percubaan pertama so saya cuma jual sikit je tapi alhamdulillah licin.


Besoknya saya berjaya jual +-50 pack Baked Macaroni cheese plak. Dan lusanya, pun sebab menu baru saya cuma buat sikit aje yeitu Kacang Pool Set tapi alhamdulillah pun jugak sume licin dijual.


So terima kasih sangat ye kat sume yang sudi cuba tu especially kat Kak Salmy sebab dia order sampai 20 pack untuk wat frozen food puasa.

Tak sempat nak rehat tetiba dapat plak permintaan untuk buat Supermini Rainbow Cake, alhamdulillah. takpe... rezeki jangan ditolak, penat boleh disimpan dikendian hari heheh... *quote tamak*. Maka terhasillah empat Supermini Rainbow Cake ni. Maseh sangat kat Kak Miza, kak Zaleha & kak Nabilah yang sudi order dan sudi plak share gambar kat saya ye!





Last but not least, terima kasih gak kat Cikgu Yanie yang sudi order lagi ngan saya. tapi kali ni dia nak Kek Nipis Red Velvet sempena harijadi dia so dia nak jamu cikgu-cikgi kat sekolah dia ngajar tu. tak sempat nak wish hepi besday haritu hehe...


Okeh, abes dah entri makanan untuk Syaaban terakhir harini *agaknyelah!* Sekian, maseh!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK SUME!!! :)


Signature

Selasa, 2 Julai 2013

Kek, kek, kek dan kek!

Selasa, Julai 02, 2013 2 Comments


Rasa cam tak banyak wat kek seminggu, dua lepas tapi bile nak edit baru perasan manyak gak eh! Padan le mak rase cam nak pengsan je minggu nih.. haha, boleh?
Okeh... memula hari Sabtu lepas wat kek nipis buttermilk (gambar atas) tu untuk sedekah kat surau. Masa tu ada majlis sambut Ramadhan kat sana so itu ajelah yang mak mampu bagi pun. Lain menda nak masak tak reti hehe...

Pastu tetiba returned customer requested Chilled Creamy Cake ni. Sempat gak mak gagahkan dirik yang malas ni membuatnye hehe....

Haa yang ni memang express punye kek nih! Tetiba jek hari Jumaat petang si Maria balik sekolah tu dia kata kawan dia order kek nak esok jugak! Huhuuu... jenuhlah mak dah sampai parkir umah kena kuar balik gi kedai supplier nak carik bahan. Terheran skejap bapak eh nengok tadi dah parking tetibe kuar balik hahaha...

Order ni plak dari BFF masa kat sekolah menengah dulu. Lama dah wei tak jumpak dia. Last time masa dia datang collect kek besday anak dia yang 2nd pastu senyap tetiba. Alih-alih ku nengok post kat FB dah dapat baby baru! Huhuuu... diam ubi berisi rupenya makcik agaga...

Dia order 2 jenis kek nipis yeitu brownies dan Japanese Soft Cotton Cheese Cake nih. Disebabkan dia dalam pantang, maka mak ni terpaksa la memberanikan diri gi nganto kek ni kat umah dia. Seb baik tak lepas sampai ke Perlis nun haha.. tapi satu pencapaian ke atas diri sendirik la berjaya drive out of the box hehe.. *kembang hidung*


Last sekali thanks pada Kak Siti sebab mintak saya watkan kek Barbie ni untuk besday anaknya yang ke-8 tahun haritu. Letih gak membuatnya sebab nak jadik cite haritu cuaca tersangatlah panasnya dan saya pulak guna cream cheese untuk frosting kek ni. Maka terjadilah peristiwa dua kali kena alter balik baju sebab melorot nampak aurat agaga...

Owh ye... last but not least *ewah* nak mekaseh kat sume yang sudi mencuba Baked macaroni cheese saya pada hari Jumaat lepas tu! Insyaallah nanti sambung lagi dalam bulan ramadhan ye (kalau rajin hahaha...)

NOTE SELINGAN: 
Order biskut raya masih dibuka ye! Klik iklan kat bawah untuk direct ke order form ye! Thanks!



Signature

Isnin, 24 Jun 2013

RAYA COOKIES!

Isnin, Jun 24, 2013 2 Comments



 Menu baru in da houseeeee! Harga masih sama sementara stok masih ada! Tunggu ape lagi gals! Isi jek form kat bawah ni dan tunggu delivery seminggu sebelum raye okeh! Muahh! Caaaaayang korang!



Powered by 123ContactForm | Report abuse

Signature

Selasa, 18 Jun 2013

Rainbow cake attack!

Selasa, Jun 18, 2013 6 Comments



Alhamdulillah... akhirnya berjaya gak saya membikin SuperMini Rainbow Cake ni. Letih tau nak menyiapkan mende alah ni haa haha... Kalau ade unsur-unsur gangguan memang tak lepas rasanya projek kali ni! Seb baik tiada sebarang manusia dan jin yang mengaco hehe...

Okeh. Kek yang pertama ni untuk return customer saya yang memang peberet makan cream cheese hehe... Kak Miza tak request nak deco caner sebab dia beli sebab nak makan sesaje je so saya belasah je... Okehlah tu kan thee...

Customer yang kedua ni saya masih ingat dia kata yang dia tak suke dragee (Wikiwiki: ala... manik-manik yang kilat tulah!) so saya watkan deko dia tanpa menda alah tu. Ekcelli saya suke guna dragee sebab itu trademark saya since zaman Fun Muffin on da Net lagi. Ntahlah, biasanya saya akan bubuh dragee tu last sekali means dia adalah pelengkap bagi semua deko saya so bile Puan Lynnie ni kata dia takmo, terpaksalah ku tahan tanganku dari menabur kilatan itu sampai menggigil-gigil okeh! *imaginasi je...*

Owh ye, kek ni dia order untuk besday anaknya, Aqil! Happy birthday boy! (tu gambar ehsan dari Puan Lynnie. Maseh sudi amekkan gambo dalamnya untuk bagi orang lain terliur he hee...)


Okeh, meh nengok kek rainbow saya yang terakhir untuk projek kali ni. Kek ni diorder oleh Cikgu Yanie dari SK Saujana Utama sini ni haa... bangganya bile cikgu pun upenya ade gak menengok page SugarPlum's Kitchen ku? Thee... *Jap nak kempiskan idung balik semula* Cikgu Yanie ni dia kata nak kek ni untuk ulangtahun perkahwinannya yang ke-2. Acehhh... muda lagi usia perkahwinan tak cam den dah berbelas tahun ni ha.. seri pengantin pun dah lama takde muahaha *sian*... err tapi macamlah masa pengantin baru dulu pun berserikan? Agaga...


Okehlah... last but not least *cewah* nak gak ucap mekaseh pada kawan Blogger, Zilah Karmila Nizam yang sudi order muffin haritu. Saje je pun dia order untuk bagi senyap anak-anak dia yang asek mintak soh beli haha... saya suke anak-anak anda Zilah har! Har!


Dan juga mekaseh gak pada SMKSU gals dari kelas 1 Amanah yang memang happening selalu je mintak saya watkan kek untuk dorang. Minggu ni dorang request nak Chilled Cake so... enjoyyyyy! ;) *Korang enjoy mata jelahhh agaga...*


Signature

Isnin, 17 Jun 2013

SPECIAL DEAL untuk 100 order pertama saja!

Isnin, Jun 17, 2013 0 Comments


Wualaweiii... sorii la sangatttt! Nampaknya quota untuk 50 orang pertama Special Offer 4 balang RM100/- tu dah pun penuh so saya dengan sedihnya nak announce yang offer tu dah takde! Huuuu... Tapikann.. walaubagaimanapun, sebab korang banyak sangat dah support saya so saya dengan ini membuka satu Special Deal iaitu 3 balang RM80/- untuk 100 order yang pertama! So tunggu pe lagi tuh? Meh isi form kat bawah ni haa.. kang abes quota kang nyesal! ;P


Powered by 123ContactForm | Report abuse

Signature

Khamis, 13 Jun 2013

(OFFER ALREADY ENDED) Order Tat Gebus kini dibuka! Yeay!

Khamis, Jun 13, 2013 2 Comments





Powered by 123ContactForm | Report abuse

Signature

Khamis, 6 Jun 2013

JJCM: Man Burger Kukus Lava

Khamis, Jun 06, 2013 19 Comments
credit: KC (http://misz-ella.blogspot.com/2013/06/dating-dengan-kawan-taman-man-burger.html)


Haritukan, member kembang setaman dan jugek kawan blogger aka kawan Geng Hot Mama Blogger (GHMB) yang bernama Kak Chik itu telah menculik saya dan kak Zila gi makan berger kat kedai baru bukak ni. Ekcelli kedai ni memang dah femes giler kat Damansara Damai tapi disebabkan kena naya, Encik Man (tuan punye branding ni) tutup branch sana dan bukak kat Saujana Utama ni. Ohsem dan sungguh brilliant tindakan itu sebab kalau masih di Damansara Damai, sampai skang pun konpem saya tak merasa nak makan Man burger Kukus Lava ni deh!

Ni ayor HoneyDew yang sungguh sedap!

Kalau korang nak tau, specialnya beger hencek Man ni yelah sebab kesemua beger yang terdapat dalam menunya tu akan dikukus sebelum dibakar. Oleh sebab itu, mak bagitau eh- beger dia sangatlah lembut dan juicy okeh! *Lap ayor liur*

Ini Burger Patrick daging kambing. Juicy giler!!!

Rege dia pun taklah mahal no. Alahhh.. Kenny Rogers yang mahal tu boleh lak korang pegikan? Ini orang melayu kite punye bisnes marilah support sket. Kalau tak salah ownernya baru je berusia 26 tahun kot? Hebatkan? Pada usia tu dah ada kedai sendiri dengan brandingnya sendiri dan paling penting- ramai giler peminat!

Oklah kan? 3 biji beger+ 2 minuman+ side order-fries.

Beger-beger yang terdapat kat menunya bermula dari RM4.50 dan paling mahal berharga RM25/- tapi yang tu boleh kongsi makan 5-6 orang kot! Sebabnya yang saya beli ni pun boleh kongsi 2 orang walhal beger biasa jek- Bayangkan le betapa besarnya portion dia dan besarnya daging dia yang berjuicy itu! Haha.. kecur tak? Kecur tak? Menu dia pun menarik sebab dia menggunakan nama-nama watak dalam kartun Spongebob Squarepants seperti Spongebob (opkos le kan!), Patrick dan Mr. Crab.

Ini Burger Patrick Triple Patty... layer daging diapit ngan cheese dan daging lagi dan cheese lagi dan daging lagi dan cheese lagi... menitik juicenya okeh!!!

So sesapa yang nak cube dan support bisnes orang melayu kite ni, marilah berkunjung kat Saujana Utama ni. Kedai dia tak susah nak carik pun. Jumpa KFC, jumpa ACE Central Mart, jumpa SU Mall... haaa dekat-dekat situlah tempatnya. Senang cite, kalau jumpe kedai makan yang sentiasa penuh sampai keluar-keluar kedai- itulah kedainya! Har har... Kedai dibuka jam 4.30 petang so sape yang tanak kena q bolehlah datang taim-taim cenggini ye sebab bile malam menjelma, kedai ni memang pack! Jom!

UPDATED 2015Sekarang kedai ni dah pindah kat Bukit Rahman Putra kot so tak dapat la nak rasa dah beger juicy nih! Sob, sob...


Signature
Follow Me at flickr! .