Nak renovate rumah? Camno???
Farah Deeb
Selasa, September 18, 2012
31 Comments
Okeh, kali ni saya nak bagi tips bagi sesapa yang bercadang nak renovate umah ye. Kan per, pasal saya dah melaluinya kan, jadi saya nak share la sket ape yang saya tau pasal ni kat engkoram. Ekcelli manyak mende gak yang korang kena wat tau. Bukan setakat panggey orang datang umah, bagitau nak wat ape pastu jalan, takdenye... Kira-kira nak sampai ke tahap kontraktor nak mulakan renovation tu pun ade la gak makan sebulan, dua. Hari ni gi tengok tiles, hari nun gi pilih bunga tembok pulak, minggu depannya gi diskas wiring lak... letih gak beb. Canerpun, meh tengok prosedurnya: -
#1Menda yang pertama-tamanya korang kena wat yelah carik kontraktor yang boleh dipercayai dan bincang pasal bahagian mana yang korang nak renovate tu, mintak nasihat samada majlis luluskan ke tak pastu berapa bajet. Bila dah setuju, carik sorang arkitek yang bertauliah untuk lakarkan layout rumah korang yang nak diubahsuai tu. Sebab utama kena carik arkitek yang bertauliah yelah sebab hanya spesis dorang je yang layak gi submit permohonan korang untuk renovate rumah tu kat Majlis Perbandaran okeh. So janganlah berangan korang bleh pakai lukisan korang yang macam budak tadika tu ye akaka... Cam saya guna arkitek yang diproposed oleh kontraktor ni jugak sebab arkitek tu memang ade plan umah taman perumahan tu. Cuma paham-paham ajelah, bila dah atas orang sure la ade komisen sket tapi tak kesahlah janji settle. Sebab kalau kiteorang yang gi carik sendiri, pastu nak dapatkan pelan dari majlis lagi, pastu nak tunjuk nak renovate camne lagi... pehhh, cam letih je kan?
#2Saya tak taulah proses nak siapkan layout dan submit kat Majlis Perbandaran tu makan bape lama sebenarnya tapi since saya submit dah tinggal seminggu nak raya haritu, so makan 3-4 minggu gak la baru dapat surat kelulusan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor. So, lepas dah dapat surat tu (nanti surat tu kena tampal kat depan umah ye) next korang kena gi carik tiles (ni untuk yang pasang tiles sekali lah ye. Kalau tak, abaikan!) Makan 2 hari gak misi mencarik tiles ni. Di waktu orang masih dok gi open haus, kiteorang laki bini ni sebok kuar masuk kedai jubin tau hahaha...
#3Dah dapat tiles yang berkenan dihati, pastu korang kena plak carik bunga untuk tembok pagar. Step ni pun korang bleh abaikan kalau korang tak gatal nak cabut pagar dawai dan gantikan dengan tembok batu cam kiteorang ye. Bab memilih bunga ni lagi la lama. Kontraktor tu dah setat keje separuh jalan, kiteorang masih tak jumpa-jumpa lagi yang comel. Ada la seminggu kot mencarik. Ekcelli sume keje tu bleh je soh kontraktor yang uruskan tapi kalau dia tak beli yang macam kite ndak, sah-sahlah dah panjang lagi citekan? So usaha sendiri ye!
#4Benda ni walaupun cam remeh tapi sebenarnya sangatlah penting tau yeitu bagitau kontraktor tu yang kite nak dia buat wiring. Benda ni amat penting kalau korang ade nak pasang ekon ke, water heater ke kan... sebab kalau korang soh orang wat wiring selepas selesai kerja-kerja renovate, dinding korang kena pecah balik sebab dia nak tanam wayar dalam dinding tu. Lagi parah kalau korang dah masuk perabot sume pastu baru tingat nak wat wiring maka taim tu bukan takleh pasang, boleh gak cuma rumah korang jadik kotor la balik, pastu kena kemas balik, ubah balik perabot... kan manyak keje tu? So ingat ye, membuat wiring itu penting!
Okeh, bile dah selesai suma, korang blehlah mula pilih jenis dan design camner korang nak wat untuk kabinet dapur pulak. Haaa... bab yang ni saya belum sampai lagi. Insyaallah nanti saya dah selesai, saya share yek! Skang mari kite sambung verangan balik! Zassss!!!
Ni bahagian dapur basah (wet kitchen). Tak lama lagi kat sinilah opis baru saya theee... |