Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 18 April 2011

Resepi: Apam Polka Dot/ Dot Dot (jgn makna lain sudah! Ekeke)

Isnin, April 18, 2011 14 Comments

Dah berkurun sebenarnya tengok gambar cik apam dot dot ni. Rasanya dah setahun lebih la jugak tapi apakan daya masa tu aku adalah puan bizi menyiapkan order orang sampai sendiri nak makan pun takde mase nak wat. Haaa... so setelah setahun berlalu, akupun kene pakse dengan mak ade masa terluang, so aku cubalah. Resepi asal aku tiru dari blog Hana lagi hehee.. kalau ndak cube jugak, silelah tiru ye ngeh, ngeh... :6:



Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk (tak tau nape kene amek dari dalam peti tapi mak akukan sungguh lurus orangnya so dia paksa aku soh follow haha!)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalleteFilling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - Aku ganti ngan jem strawberry yang disebat dari peti ais mak aku ngeh, ngeh,ngeh...
  • Pewarna

Cara-cara membuatnya: -


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. (Aku tak berapa suggest korang guna method campurkan sume ni sbb dr pengalaman aku better korang pukul telur, gula dan ovalette sampai gebu baru masuk yang lain. Dengan cara ni apam tu bile masak tak keras walaupun simpan 1,2 minggu).


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).


Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.


Picitkan blueberry/ strawberry filling secukupnya.


Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.


Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Siap!


Jemput makan, errr... tengok!... Lagi!!! Heheh!

Caner nak tau telur ayam yang korang makan tu ori?

Isnin, April 18, 2011 0 Comments
Haritu adalah aku dengar orang dok kecoh-kecoh pasal telur ayam tiruan dari China. Sume pakat berhati-hatilah takut kalau-kalau termakan telur tiruan yang pastinya khasiat dia tak sama dengan telur ayam asal. Tapi rasanya belom lagi telur tu sampai kat Malaysia kot... entahlah, wallahualam. Just untuk info korang, kat sini aku tunjukkan perbezaan telur tiruan dari China tu dengan telur ayam original yang aku dapat dari email: -



Cume yang aku musykil, kalau kite tak rebus telur tu tapi let say la nak goreng, caner kite nak tau dia tu original? :puteh_16: Jeng, jeng, jengggg...

:mKanta:

Selasa, 12 April 2011

Resepi: Red Velvet Cake

Selasa, April 12, 2011 11 Comments

Jangan marahhhh... punyelah lama tak update (lama kew? celebrate hahaa...) Mana taknye, dah seminggu lebih dah stimik kat umah tu wathal. Rasanya TMHelpdesk punye operator tu pun dah muak asek nama aku je yang tepon dorang tanye status report, haha. Naseblahkan... aku as a pengguna kene la wat camtukan... topi nama pun pengguna.

Okeh kali ni aku nak share resepi satu kek yang tengah jadik kegilaan ramai skang ni yeitu kek Red Velvet. Juga dikenali sebagai kek orang kaya atau kek mewah tapi ape sebab dipanggey gituh, aku lom sempat kaji lagik sengihnampakgigi. Yelah, yelahhh.. tauuu... korang heran tetiba jek nak kongsi resepikan? Hehe... bagi yang baru jek pollow blog aku ni, bior teman bagitau ye. Sebelum ni
teman ni meniaga jual kek ngan mapin online tapi skang dah malas pencen. Alkisahnya ramai la ex-customer teman yang asek mintak resepi itulah, inilah.. So wat permulaan, inilah resepi teman yang pertama ya. Insyaallah kalau rajin ada masa nanti akan muncul resepi-resepi yang lain pulok. sengihnampakgigi Tungguuuu....

Okeh, ekcelli kek ni taknah pun wat mase meniaga dulupun ihikhik! Tapi rase cam excited plak sebab tengok ramai nau yang membuatnya so nak cuba gaklah. Resepi ni di test drive dari blog Hana tapi aku dah alter sket ikut citerase aku seperti di bawah: -


Bahan-bahannya:
Bahan Kek
  • 250g tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter (aku guna buttercup)
  • 250g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - Aku pakai 2 biji size L
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting227g cream cheese
  • 227 mascarpone - aku guna cream cheese gak same cam Hana
  • 115g @ 1 cawan gula kastor - aku ganti ngan gula icing
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk bagi frosting tu lembut tapi aku tak bubuh.

PENTING: Pastikan korang putar sume ni guna method ais kat bawah. Caranya, bekas yg ade isi krim letak di atas sebuah bekas lain yang diisi air+ais supaya krim tu menten sejuk.
(Ni aku tambah sebab since Hana ni dok kate Jepun so rasenya dia tak perlu wat method ni tapi kite kat Malaysia ni kene la sebab negara kite panas. Method ni yelah untuk pastikan cream korang tu tak lembik/cair dan naik gebu)

Camnilah gayanye ye... bekas ade krim kat atas, bekas ade ais taruk bawah

Sebelum diputar camni ghupenye

Kalau dah naik gebu cani maknanya bleh la tutup suis mixer tu ye


Cara-cara menjahanamkanya:

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Ghupenye time ni memang agak menakutkan heheh...

Siap sudaaa....

  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.


  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) (Yes, terbukti benar. Kalau biarkan dalam fridge, lagi lama lagi sodap!)
  • Potong dan hidangkan.


Jemput makannnn... eh! Jemput tengokkkk, heheeee...

:5:

Selasa, 5 April 2011

Lense & aksesori untuk dilelong! Sapa cepat dia dapat!

Selasa, April 05, 2011 0 Comments
Mari, mari! Aku nak let go beberapa barang yang dah tak pakai. So sapa yang berminat silalah YM: deeb0207@yahoo.com atau sms/call (016) 2290.444 untuk bernegotiate ye, hehe. Details kat bawah: -

  1. (SOLD-Updated 12/04/2011)
    Imported Tamron AF 18-270mm F/3.5-6.3 Di II VC LD Aspherical (IF) Macro (Model B003) For Canon EOS digital camera

Bought on July 2010 but no warranty since it is imported. Works 100% well. Reason to sell is because I have upgraded my lenses collection. Selling for RM1200/- (Negotiable) Free Filter.

Sample image taken with the lense recently:

More pictures taken with the lense here


  1. Kenko Auto Extension Tube Set DG EF-S (12,20,36mm
    tubes) for Canon EOS Digital & Film Cameras


Used once or two and kept in the dry box. Used less than a year. Condition 100% as new. Reason for selling: I have a Macro lense now so no need it anymore. Selling for RM550/- (Negotiable)

Sample image taken using the Kenko tubes recently:

More Kenko project here



Aputure Gigtube DSLR Digital Viewfinder

Never used & kept in the dry box. Bought less than a year. Condition 100% as new. Reason for selling: I do not have much time to play around with it. Selling for RM180/- (Negotiable)


Please YM me: deeb0207@yahoo.com or sms/call (016) 2290.444 if you are interested in any of the item.





Jumaat, 1 April 2011

Review: Tahany Hadramawt Restaurant

Jumaat, April 01, 2011 1 Comments

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Kali ni aku nak bawak korang gi Jalan-jalan Carik Makan kat Kota Damansara. Pemilik restoran ni yelah salah sorang client aku yang baru je bukak company ni. So Big Boss aku ajaklah sume staff gi mentekedaghah memberi moral support kat dia hehe. Restoran ni terletak agak ke dalam sikit so korang kene bukak mata besar-besarlah sikit ye.



Restoran ni menyajikan hidangan ala Arabian sebab client aku tu pun memang dari negara tu pun. So kalau korang berhajat nak gi makan kat sana, amatlah dialu-aukan sebab hidangan dia memang lazat. Harga pun standart. Tak caya, cubalah! sengihnampakgigi


Nasi dia sangat banyak dan sangat lembut okeh! Boleh kongsi makan 4 orang! Ayam dia pun sungguh sedap dan lembut!


Alamat penuhnya:
Tahany Hadramawt Sdn. Bhd.- No. 5-1, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Murah gakkan? 8 orang punye makan + 1 take away cuma RM100 aje. Dapat dis-kaon dengan free buah-buahan lagi! Kelasss...


Info:
Since dia baru je bukak, so by the time article ni ditulis, menunya takla banyak. Yang famous yelah Nasi Mandinyalah kalau korang nak terai. Tapi dijamin sedappppp!



:29:
Follow Me at flickr! .