Resepi: Apam Polka Dot/ Dot Dot (jgn makna lain sudah! Ekeke)
Farah Deeb
Isnin, April 18, 2011
14 Comments
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk (tak tau nape kene amek dari dalam peti tapi mak akukan sungguh lurus orangnya so dia paksa aku soh follow haha!)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalleteFilling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - Aku ganti ngan jem strawberry yang disebat dari peti ais mak aku ngeh, ngeh,ngeh...
- Pewarna
Cara-cara membuatnya: -
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. (Aku tak berapa suggest korang guna method campurkan sume ni sbb dr pengalaman aku better korang pukul telur, gula dan ovalette sampai gebu baru masuk yang lain. Dengan cara ni apam tu bile masak tak keras walaupun simpan 1,2 minggu).
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry/ strawberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Siap!