Taiping Again- Part II









Aku tak tau sape nama guard kat Muzium Perak ni tapi dorang ni sume sangatlah friendly. Walaupun kat luar tengah panas terik, tapi dorang senyuuuuuuuum aje. Jadi akupun tetiba la jadik ramah, haha. Sempatlah aku tanye pasal Muzium Long Jaafar dan brother ni guide aku. Rupenye takla jauh sangat, betullah ape yang mamat GPS tu tulis semalam tu,

My first impression mengenai muzium ni yelah- waaaaahhh! Binaan dia masih kukuh (dorang cume wat pembaik-pulihan sket je kt umah tu) dan kayu yang digunakan masih tegap dan solid. Muzium 2 tingkat ni ada beberapa seksyen cam peninggalan Dato' Long Jaa'far sendiri, peninggalan British dan satu side lagi peninggalan Jepun. Asal muzium ni yelah rumah asal Dato' Long Jaa'far sebelum diambil-alih oleh pihak tentera British dan Jepun masa zaman perang dulu. Lepas tu ianya dijadikan sekolah melayu sebelum kerajaan negeri Perak menjadikannya sebagai muzium.
Matang Historical Complex
Kompleks Sejarah Matang terletak di Matang, Taiping , Perak.
Kompleks ini berbentuk sebuah kota yang dibina daripada batu-batu yang diangkut dari Gunung Hijau, Taiping.
Asalnya kota ini menjadi rumah , pejabat pentadbiran , kota dan kubu pertahanan bagi Menteri Larut yang bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim
1840 Long Jaafar merupakan orang yang pertama menjumpai bijih timah di Malaysia iaitu di Larut, Perak . Kerja-kerja melombong menggunakan teknik melampan iaitu mangkok sebesar kuali daripada kayu. Sesetengah tempat memanggilnya mendulang .
Kekayaan Long Jaafar melimpah kepada Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Jajahan Larut oleh Sultan Abdullah selaku Sultan Perak . Setiap tahun Ngah Ibrahim mestilah membayar sejumlah wang bayaran kepada Sultan Perak.
1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS Pluto bagi mendamaikan sengketa pelombong bijih timah yang tidak terkawal lagi oleh Ngah Ibrahim. Perjanjian ini memberi kesan besar kepada Menteri Ngah Ibrahim kerana tidak lagi mempunyai kuasa mengutip cukai kepada setiap tauke dan pelombong bijih timah.
Komplot membunuh JWW Birch di Pasir Salak menyebabkan beliau dibuang ke Pulau Seycheles di benua Afrika. Di sana Menteri Ngah Ibrahim cuba merayu pulang ke Larut tetapi ditolak. Akhirnya rayuannya diterima dan dihadkan di Singapura.
Tapak kota ini seluas 0.894 hektar . Pernah digunakan sebagai :
* 1913 - 1922 Maktab Perguruan Melayu Matang
* 1913 - 1941 Sekolah Melayu
* 1941 - 1945 Markas Operasi Tentera Jepun
* 1945 - 1984 Sekolah Melayu
* 1985 - Kompleks Sejarah Matang(Info dr Wikipedia)
Lagi info di sini: www.arkib.gov.my/long_jaafar
Keluar aje dari muzium ni, korang akan jumpa signboard ke bandar Taiping semula dan jugak di sebelah kirinya signboard ke Kuala Sepetang. Sape kate aku nak balik ke bandar?


Tengok ajelah Nasi Goreng Udang dia ni.