Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 27 Oktober 2010

Taiping Again- Part I




Haritu hubby ada kursus Sahabat Tiaf kat Kem Belia & Sukan Taiping. Macam biasalah:mRambut:, muka tak malu ni pantang dihajak memang nak hikut aje walaupun dah tau kang sah-sah diri tu kena ngadap kerenah anak-anak yang bosan dok terkurung dalam bilik hotel aje :17: haha. Kebetulan budak-budak pun elok je baru habes peksa akhir tahun so rasenye ok kot kalau dibawak jalan-jalan kasik minda tu berkembang sket. Ko tak sure asek hingat nak tanda mana, A? B? C? atau D?... itu belum yang subjektif dan karangan lagi, pehhh... tekanannnnn... :13:




Aktiviti-aktiviti membuang masa dalam bilik sementara menunggu waktu nak kuar makan!


Ekcelli kiteorang bertolak malam hari Jumaat so sampai pun dah kol 2 pagi so terus je tido. Besoknya pagi-pagi macam biasalah tugasan aku ni menghantar hubby gi kursus. Kali ni tempat kursus tu dekat je dalam 5 minit je perjalanan dari hotel tu. O lupe plak, kiteorang dok kat hotel yang same cam haritu, kat Taiping Golf Resort Condotel. Memula ingat nak terai hotel lain tapi memandangkan hotel ni yang paling dekat dengan tempat kursus hubby tu, so amek gak la yang ni. Lagipun ni hotel sahabat ustaz kawan hubby gak so senang nak kautim, :pandaGeli_03: hehe...




Hari Sabtu tu lepas bawak budak-budak gi makan kat Tesco (kat Taiping Sentral) aku ingat nak terai la carik Muzium Long Jaafar. Nengok kat GPS macam dekat je dari Tesco tu so nak terai la tapi hati ni tak berape konpiden sangat sebab mamat dalam GPS ni penah wat hal. Mase tu konon nak test (maklumlah mase baru beli jakun) pergilah anak-beranak ke Taman Negara. Dia tulis situ 2 jam aje perjalanan, upenyer sampai 6 jam baru sampai tapi itupun tak masuk ke dalam pasal sampai dah pukul 6.45 petang! :24: Udahnya balik KL balik! Kahkah! Siamang betul... tapi takper gak la sebab at least skang aku dah tau yang kite takleh percaya sangat ngan estimation berapa jam sampai oleh mamat GPS ni.


Masa zaman sekolah dulu sinilah tempat ummi melepaskan tension ngan kawan baik ummi, Rose, Ojie & Kotan, nak... hehee... Rindulah pulok!


Maria suke tempat yang ade Waterlily ni. Jenuh round 2,3 kali carik parking! Mak aku citer mase dia tinggal sini dulu selalu cina bunuh diri terjun jambatan dekat area lili ni. Bile aku tingat, terus aku ajak budak-budak balik! Hahahaa...


On the way nak pergi pulak, tetiba hujan mula nak turun dengan lebatnya maka aku ni yang agak lemah semangat terus jelah wat u-turn dan balik ke hotel. Tapi belum sampai hotel, ujan pun berenti la plak so budak-budak sume nak jalan-jalan taknak balik hotel. Makanya destinasi yang paling hampir mase tu dan aku yakin boleh sampai tanpa menggunakan talian hayat yelah ke Taman Tasik Taiping. Relaks la jap sementara budak-budak berlari-lari kat padang tu. Sure kaki dorang dah tak tahan kekejangankan, siannnn...


Habeh segala monyet, ikan sume lari menyorok terperanjat dengan huru-hara dorang dua ni bikin bile dapat lepas!

Rayyan baru bangun tido takde mood nak ikut kakak abang dia gi wat pencemaran bunyi dan huru-hara same. Sure dok terkial-kial memikir dia tido tadi punye lama sampai ke negara mana sudah????


Okeh, cukup dulu sampai sini ek. Hari besoknya aku akhirnya berjaya sampai ke Muzium Long Jaafar tu. Dan lagi best, ade banyak udaaaaaaaaaaaaang... hehe... Nak tau kene tunggu part-II! :mGelak:

:bofu_48:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .