Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 14 November 2008

Sebok bangat + tak sihat!

Jumaat, November 14, 2008 0 Comments

Ye memang betul tu. Sepanjang minggu ni sampailaaa... ke minggu depan, konpem aku tak accept order. Cam somboooong je kan... tapi bukan! Minggu ni aku sebok uruskan kegiatan lain aku sebagai freelance photographer tak bertauliah untuk Tadika Perpaduan- satu untuk Majlis Konvokesyen & Tabikarama Daerah Sentul 2008 di Auditorium Bangunan RISDA Jalan Ampang dan satu lagi sambutan Majlis Perpisahan Tadika Perpaduan Taman Ibukota A,B dan C di Dewan Mesyuarat Taman Ibukota baru2 ni. Seronok sebenarnyer bile kite bercampur-gaul dan mengikuti aktiviti macam ni lebih2 lagi sebab anak akupun, Amirul terlibat sama dalam semua aktiviti. So bile cekgu meng'offer' perkhidmatan aku, apalagi! Inilah mase untuk aku carik pengalaman! Tak ada apelah yang boleh aku katekan, melainkan seronok sangat. Memang penat, lebih2 lagi aku terlibat sekali menguruskan kanak2 dan acara, kemudian balik sambung pulak tugas nak mengedit dan menyiapkan cd seperti yang aku dah janjikan ngan tadika. Sampai harini x sudah2 lagi keje memproses aku, appadaaaa...!



Sementelah gak minggu ni dari yang kecik sampai le ke umminyer sumenyer dilanda wabak demam+selsema+batuk... Mirul + sakit mata... so bertambah tak senanglah aku nak dok ngadap muffin kat dapur. Insyaallah lepas next week aku akan bukak balik order bile sumenyer dah beransur stabil, ok! Aku janji!

Ahad, 19 Oktober 2008

3 in 1: Princessess Birthdayyyy!!!!

Ahad, Oktober 19, 2008 0 Comments
Lepas maghrib udah selesai majlis pertunangan adik iparku, aku rancang senyap2 nak adakan sambutan majlis harijadi 3 besday girl ni yeitu anak aku, Maria (DOB: 22 Oct); bondaku (DOB: 07 Oct) dan mak mentuaku (DOB: 20 Oct). Yang tau pun Maria sorang la sebab dia dok intai aku wat kek kat dapur pagi tadi. Seronoknyer la dia bukan main kepalang nengok hajat dia kesampaian. Ate kesahnyer dia dah mintak aku wat tema barbie ni 2 tahun yang lepas lagi tapi since tiap kali raye misti kena dekat2 hari raya, asal hari raya misti jatuh kat harilahir dia so mana la aku ingat. Yang ade dalam kepala rendang, rendang, rendang! Ngehee... tapi tawon ni aku cuba gak la mengingatkan diri aku yang kaki pelupa ni supaya buat gak. Sian gak laa nengok dia asek tanye Ummi kate dah janji nak wat kek Barbie? Kalau korang bleh tahan ke? Huishhhh... bersalah tahap gaban tuuu... So, selesai la sumenyer. Barbie yang baju kuning tu yelah Princess Maria, yang baju merah yelah wannyer, Princess Dolly dan baju biru wannyer lagi satu, Princess Rahimah. Dalam pada tu, cu dorang ni beli lagi plak sebijik lagi kek suprise import dari secret recipe. Tambah lagi kek bertunang tadi.. hmmm, kenyang kek la kami malam ni!

Selamat Bertunang Shelly!

Ahad, Oktober 19, 2008 0 Comments

Akhirnyaaaaa... hari yang kami semua dok menunggu telahpun tiba. Harini akhirnya hajat mentuaku nak menyempurnakan majlis pertunangan adik iparku akhirnya terlaksana juge. Kalau tak kerana suatu ketentuan Allah yang lalu, majlis ni dah lama berlansung tapi alhamdulillah, akhirnya selesai juga. Tahniah, Shelly!

Akunyer bahagian untuk tugasan majlis pertunangan ni ialah 2 dulang hantaran buat belah lelaki. Ekcelli xla susah nak memikio sebab salah satunya mak mentua aku mintak watkan kek dan satu lagi terpulang. Aku pun dah memang simpan idea ni since plan awal yang x jadik tu so ni kire continue jelah. So, untuk majlis ni, aku watkan kek fondant dan muffin dalam jar (cilok idea Syahda, bleh? Jgn mara haa... Syahda!)

Ahad, 12 Oktober 2008

Hepi Besday Bonda Aminah@Dorothy!!!

Ahad, Oktober 12, 2008 0 Comments
Ngeh2... aku tersangatlah suke harini- yeitu hari dimana ade makan, makan, makan, dan makannnnn! Ekceli besday makku yelah pada 07hb lepas tapi since tu hari keje so mak decided wat jamuan raye sket ngan sedare-mare & majlis harijadi yang ke-71 tahun. Dek kerana mak aku bukannye semakin muda, dan aku tau kederat orang yang seumur dengannya (walaupun kalau tengok tenaganyer cam orang umur 40-an) aku volunteer untuk masak sume menu untuk harini iaitu: Rendang, nasi himpit, bihun, puding koktel, muffin & kek. On mak site dia beli sate & masak kuah lemak sayur lodeh... perghhhh!!! Best giler!

Sabtu, 11 Oktober 2008

2 in 1: Reunion & Open House

Sabtu, Oktober 11, 2008 0 Comments
Berdiri dari kiri: Ned Azraai, Cartina, Redzuan, Wawa, Atan & Haryati.
Duduk dari kiri: Razali, Ikram, Ezreena, Aku! & Siti Norahlizah

Haritu Admin Group ex-SRKGS ni dah ade dah wat reunion gathering tapi mase tu bulan pose. Alkisah malam plak tu dibuatnyer gathering tu so aku memang la KONPEM xkan dapat menghadirkan diriku ini. So bile tetiba announce tuan admin nak wat open house sekali ngan reunion (kali ke-2)... aku teruja gak la. Ekceli pagi tu aku memang bz giler ngan ke pasarnyer, nak masaknyer... petang lak attend open house abang aku... tapi aku lari la gak since rase rugi plak kalau x jumpe kawan2 lame ni. Seronok sangat jumpe kengkawan, walaupun ramai yang x dapat hadir tapi next time ade lagi reunion, insyaallah, aku datang!


To tuan umah selaku admin group SRKGS, Razali tq so much for d invitation!

Selasa, 7 Oktober 2008

Aidilfitri Yang Tak Dapat Dilupakan.. Sob, sob!

Selasa, Oktober 07, 2008 2 Comments

Minggu ni minggu pertama setat mule keje balik... huhuuu... liatnyer rase! Maklumlah dah dimanjakan kat umah sampai seminggu lebih, ginilah jadiknya! Mulelah sindrom M tu menular... tapi camnerpun order tetap akan ku laksanakan sebaik mungkin, insyaallah!

Camnerpun aku ade la sket citer duka nak aku share ngan sume pembaca setia blog ni. Kisah ni berlaku lagi 5 hari nak ghayer. Hari Jumaat iaitu hari last keje tu, kire2 kol 4:00 pm selepas ujan ribut, aku terima panggilan dari jiran aku soh balik umah cepat. Konpius gak la sebab dia xnah tepon aku. Dia bagitau kate dia baru je kejar orang tengah umpil pintu rumah jiran aku lagi sorang dan dia suspect umah aku pun dah kene sebab pintu umah aku dah terbukak. Dek kerana lutut aku pun dah bergegar pada brape punyer skala richter aku pun xtau, so aku tepon hubby soh dia balik tengok dulu keadaan. Lepas dia dah balik dan betulkan huru-hara yang si penyangak tu dah cetuskan kat dalam umah aku tu, barulah dia tepon soh aku balik rumah. Bila aku balik tu kirenyer aku xla menengok kesan sebenar ape yang dah berlaku, just a hint jelah berdasarkan barang2 yang beralih tu. Mase tu x berape clear lagi ape yang hilang tapi bila dah nak malam sikit barulah aku perasan yang duit raya untuk budak2 yang dah siap berisi dalam sampul raya takde, duit raya budak2 tawon lepas yang aku lupe nak g bank-in dari hari ke hari pun takde, henpon 3 bijik takde dan paling tragis.... kamera kesayangan aku pun dia sebat gak!!!!!! Yang tu very the unacceptable!!! Huhuuuuu.... Total lost estimate adela dalam RM3,000.00 yang mana membuatkan rayaku tahun ni lansung tak ceria. Sob! Sob!

Polis suspek mamat tu mat pet berdasarkan keberaniannyer masuk umah orang waktu siang hari. Tapi camnerpun aku bersyukur sebab berdasarkan petunjuk, ade tanda2 yang mamat ni ade intention untuk tikam sesape yang ade dalam umah aku tu. So syukurlah sebab mase tu sume orang xde dalam umah dan yang paling pentingnya, anak2 aku selamat. Bak kate hubby, biar jelah... kite ni walaupun dah kena rompak tapi kite still bleh beraye ngan baju raye, kuih raye... tapi orang tu kalau x rompak, belum tentu dia dapat beraya. Hmmm.....

Cume satu jelah yang aku rase aku xleh nak maapkan mamat ni. Sebab sampai harini anak aku still trauma dan takut nak gi ke dapur sebab dia dok terbayang ade penyangak dok menyorok kat tembok belakang umah. Harta benda tu dia dah amek tu aku bleh maapkanlah tapi bab physicology anak2 aku dah terganggu ni, harap maap bleh... so watch out mat pet! Kalau aku jumpemu kat luar, aku akan langgarmu, aku janji! (Janji ni same gak ngan peragut yg pernah ragut aku tahun 2003 dulu okay! Aku still pegang janji tu, kalau jodoh kite panjang, jumpe lagi, aku langgor!!!! Hehee...)





Selasa, 2 September 2008

Fraud Lagi!

Selasa, September 02, 2008 2 Comments
Hmm... aku pun heran gak la. Nape laaa... kan manusia ni suke sangat meniru tandatangan aku? Tak dinafikan la tandangan aku tu memang glam (heheh! :P) Masuk ni dah kali yang ke-2 dah! Mak x larat arr nak naik turun SSM tu nak buat aduan. Kepada korang yang suke menganiaya orang cam aku ni haa.. bawak2 la bertaubat. Ni dah bulan pose ni haaa.. elok la bermaap-maapan ngan aku! Hehee.. Jangan jadik cam kes yang sudah tu sampai ke balai polis udah ler! Tak kuase mak nak ingat!

Ahad, 31 Ogos 2008

Salam Merdeka!

Ahad, Ogos 31, 2008 0 Comments
Harini tugasan aku yelah menyiapkan sebijik kek untuk Wawa. Saja je dia nak wat makan2 sebab takut teringat bulan2 pose nanti. Hebat tol deria rasenyer! Cadangnyer memang la aku nak wat sebijik jer tapi mase aku tengah kuarkan kek untuk tuang chocolate toppingnyer, anak2 aku pun tetiba jadik cam lebah berkerumun dok hurung kek tu. Sedih la plak aku nengok... masing2 dah tahap tangan pun hampir nak landing kat atas kek. So, aku pun buat le 2 bijik keknyer... dapat la gak aku tambah menu nak dibawa balik Klang petang nanti ni haa... Eventnya, saje je gak tapi kebetulan nak sambut malam merdeka ngan keluarga dan sambut kedatangan Ramadhan... tambah lebih hebat sebab adik ipar nak belanja makan2 sebab dapat 1st gaji! Memang best! Hehee..

Macam biase, kalau wat makan2 dengan famili ni memang happening sebab masing2 akan bawak part masing2 dari rumah. Maka bertambah meriah la makanan kat situ... ekecelli basic menunyer cume steamboat ngan barbeque jer tapi jadik la pelbagai hidangan sampingan. An
taranya ada ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, sotong bakar, steambot, salad, coleslaw, kueytiaw soup & kek. Acara setat dari lepas maghrib lagi dengan upacara nyanyian lagu tema merdeka oleh 3 Abdul (Har!Har!) dan seterusnya diikuti dengan acara makan. Lepas makan tu pun berdentam-dentum la langit ngan bunyi bunga api meletup! Dan kiteorang pun balik la umah kekenyangan... heheee...

Sabtu, 23 Ogos 2008

Selesaiii...

Sabtu, Ogos 23, 2008 0 Comments
Lama dah rasenye tak update blog ni... maklumlah xde order baru. Bila dah boring, mula la aku nengok blog ni pun rase nyampah... tu yang jadik kes tiap kali Intan datang singgah sini, dia kate asek tuko kaler jer, jap hijo, jap merah, kelabu... hahaha! Memang matamu stabil Intan coz' memang time ni tengah ala meroyan sket sebab bosan tahap gaban. Nilah jadiknye kalau aku dok diam xde keje.. misti nak kene carik keje gak!!!! Minggu ni ekcelli aku dah reserved the whole day untuk tumpukan perhatian buat persiapan pertunangan adik ipar aku tapi seperti sedia maklum, majlis tu dibatalkan dan diganti ngan kenduri arwah je. Aku x sempat nak snap gamba sebab tersangatlah bizinyer kat dapur. Hanye bile dah malam, ade la wat makan sket sempena besday pak mentuaku, baru la snap gambar, tu pun banyak smuggle dari koleksi adik ipar lagi sorangnyer kamera. Heheee.. Untuk majlis kenduri ni, aku just wat dadih jagung, kek buah coklat kukus dan apam (lama mak x wat! Letih plak rase!)

Khamis, 21 Ogos 2008

Takziah

Khamis, Ogos 21, 2008 2 Comments
DALAM NEGERI

Tiga beranak maut nahas selepas ziarah kubur keluarga

Oleh Norliza Abd. Rahman dan Thomas Chong

SEPANG 19 Ogos - Tiga sekeluarga terbunuh selepas kereta Kancil yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di kawasan perusahaan Meranti Jaya, Jalan Putra Perdana, di sini hari ini.

Pemandu kereta, Azmi Abd. Jalil, 35, adiknya, Nor Hidayu, 23, dan ibunya, Minum Aman, 55, yang duduk di belakang mati di tempat kejadian.

Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor Zaidi Hashim berkata, pemandu MPV itu, pemuda berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pemandu di Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerah diri di IPD tersebut kira-kira pukul 1.45 iaitu sejam selepas kemalangan.

''MPV itu adalah milik UPM dan ujian air kencing ke atas pemandu tersebut menunjukkan dia positif dadah dan sudah ditahan oleh polis bahagian narkotik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua mangsa yang berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanah Perkuburan Islam Taman Meranti Jaya ke Pandan Jaya.

Zaidi memberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada MPV jenis Naza Ria dari arah Puchong ke Taman Putra Perdana yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh kereta mangsa.

''Semua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham Minum, Azlee, 27, memberitahu, ibu, abang dan adiknya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur abang sulungnya, Azman yang meninggal dunia dua tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Pu- lau Meranti.

''Kehilangan serentak tiga ahli keluarga kami amat menyedihkan lebih-lebih lagi di saat abang saya, Azhar akan melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang.

Menurut Azlee, jenazah ibu, adik dan abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.

Saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Zaidi di talian 03-87774260 atau 013-3230811.

-Berita ehsan dari Utusan Malaysia Online 20 Ogos 2008

Pertama sekali aku sebagai wakil keluarga mangsa ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat2 yang begitu ikhlas mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan salam takziah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di atas tu. Untuk perhatian semua, mayat mereka telah dikebumikan pada 20 hb Ogos 2008 selepas polis melakukan post-mortem ke atas jenazah pada malam sebelumnya. Bagi yang belum tahu, keluarga ini sepatutnya bakal menjadi besan kepada mertuaku pada hari Sabtu ini bersamaan 23hb Ogos 2008 kerana anak yang ke-3nya akan bertunang dengan adik iparku pada hari tersebut. Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan dan ditunda ke hari lain rentetan dari peristiwa yang tidak diduga ini (klik sini untuk baca blog hari merisik mereka). Sebagai salah seorang ahli keluarga mertua saya, saya juga merasa impaknya dan mengucapkan takziah buat keluarga mangsa di atas kejadian.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi." -Surah Yasin, ayat 82.
Follow Me at flickr! .