Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 14 November 2008

Sebok bangat + tak sihat!


Ye memang betul tu. Sepanjang minggu ni sampailaaa... ke minggu depan, konpem aku tak accept order. Cam somboooong je kan... tapi bukan! Minggu ni aku sebok uruskan kegiatan lain aku sebagai freelance photographer tak bertauliah untuk Tadika Perpaduan- satu untuk Majlis Konvokesyen & Tabikarama Daerah Sentul 2008 di Auditorium Bangunan RISDA Jalan Ampang dan satu lagi sambutan Majlis Perpisahan Tadika Perpaduan Taman Ibukota A,B dan C di Dewan Mesyuarat Taman Ibukota baru2 ni. Seronok sebenarnyer bile kite bercampur-gaul dan mengikuti aktiviti macam ni lebih2 lagi sebab anak akupun, Amirul terlibat sama dalam semua aktiviti. So bile cekgu meng'offer' perkhidmatan aku, apalagi! Inilah mase untuk aku carik pengalaman! Tak ada apelah yang boleh aku katekan, melainkan seronok sangat. Memang penat, lebih2 lagi aku terlibat sekali menguruskan kanak2 dan acara, kemudian balik sambung pulak tugas nak mengedit dan menyiapkan cd seperti yang aku dah janjikan ngan tadika. Sampai harini x sudah2 lagi keje memproses aku, appadaaaa...!



Sementelah gak minggu ni dari yang kecik sampai le ke umminyer sumenyer dilanda wabak demam+selsema+batuk... Mirul + sakit mata... so bertambah tak senanglah aku nak dok ngadap muffin kat dapur. Insyaallah lepas next week aku akan bukak balik order bile sumenyer dah beransur stabil, ok! Aku janji!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .