Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Ahad, 2 September 2007

Happy 8th Anniversary to Us! Thee..

Ahad, September 02, 2007 2 Comments


Diam tak diam dah 8 tahun upenyer aku bergelar isteri.. hehe.. hmmm.. Syukur alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah yang telah memberi segala nikmat dan kebahagiaan. Sesekali salah faham tu biasalah kan.. namanyer pun lelaki dan perempuan, dah tentulah lain peelnyer. Tapi camnerpun aku sangat bersyukur dijodohkan dengan hubbyku sebab dia banyak mengubah sifat negatif dalam diri aku menjadi positif, kalau tidak pasti sampai saat ni aku masih anak bongsu yang manja dan asek nak berkepit ngan mak agaknyer! Thee.. Syukur juga kerana Allah telah mengurniakan sepasang cahayamata (tahun depan insyaallah jadik 3! Heee..) yang mengeratkan lagi perhubungan kami suami isteri. Doaku agar semuanya berpanjangan hingga ke syurga kelak. So hari ni aku masak la spesel sket dari biase.. asam pedas daging melaka style, kerabu mangga makan ngan sambal belacan dan ikan masin (ni yang penyeri ni).. ptg lak aku wat mee udang & malam buat sup daging special.. tapi camnerpun aku x dapat nak amek gambo sebab si Ajue pinjam kamera aku yang x brape nak canggih tu sebab dia gi kenduri Haiza kat Melaka. To Haiza & Hanafpe, i wish you both happily ever after!

Rabu, 29 Ogos 2007

Expose Mistik??

Rabu, Ogos 29, 2007 0 Comments
Hmm.. semenjak dua menjak ni kan, bile aku masak muffin ni kan; mase aku kire time bakar tu memang menepati order yang orang mintak. Tapi bila sampai time aku nak wat deko atasnyer tu, tetiba bleh short 1,2 ketul. Heran.. heran!.. Harini pun benda ni jadik lagi. Aku watkan muffin untuk Zila yang order untuk bagi anak angkat dia yang nak berangkat ke London. Mase aku bakar tu memang betul ngam2 ade 36 biji.. tapi bila aku masukkan dalam kotak, tetiba aku kire dia jadik 35! Confius mak haiii.... Jenuh la aku tunggang-terbalik mencarik lagi seketul tapi sampai ke sudah x jumpe. Make dengan muke tak malunyer terpaksa la aku mintak maap ngan si Zila sebab x dpt nak memenuhi kuota yang dia ndak. Mujur la dia ok.. hehe..
Lastly, bila malam, aku cuba la flash back balik ape yang terjadi sebelum aku setat deko. Yang aku ingat, mase aku tengah deko tu, jiran sebelah aku panggey so aku kluar sat dan letak muffin2 aku kat atas lantai. Pas2 aku sambung deko sampai la ke saat aku masukkan muffin2 tu dalam kotak baru la aku perasan yang dah hilang seketul. Yang ade kat hall mase tu cume Maria ngan Mirul je. Aku pun pandang Maria. Muke dia blur. Aku pandang Mirul.. dia sengihhhhhhhh.. SAH! Aku dah jumpe perompaknyer! AMIRULLLLLL!!!!

Selasa, 28 Ogos 2007

Subhanallah!

Selasa, Ogos 28, 2007 0 Comments
Zzom in bulan yang sungguh bersinar dari biasa

Waktu : 1:15 minit pagi
Lokasi : Taman Setapak, Kuala Lumpur

Hubby : "Ummi2.. bangun! Nak tengok tak? Kalau x tengok ni lagi 2000 tahun baru dia ade balik tau!"
Aku : "Huhhh??? Haaa...." (tengah mamai tap
i bangkit gak ikut hubby aku keluar umah)
Hubby : " Kamera mana? Simpan katner? Bawak sekali.."
Aku : "Huhhh??? Haaa..." Dengan jalan terhoyong-hayangnyer gi carik dan pasang kamera.

Dua-dua keluar kat tengah laman. Hubby aku terus mendongak ke langit dan amik gambar. Aku ni masih tercengang2.. ape la yang jadi nih??

Hubby : "Tu haaa.. nampak tak?"

Aku gosok2kan mata. SUBHANALLAH!... Dalam hati aku macam nak luruh jantung.. takut, insaf, terasa diri ni makin kerdil...

Hubby : "Orang kata malam ni planet marikh berada segaris dengan paksi bulan dan ia cume berlaku 2000 tahun sekali.. agaknyer lah. Gegelang jingga tu kononnya bayang2 planet marikh yang besar. Kalaulah dia jatuh ke bumi, kite sume hancur..."

So korang, aku takde fakta pasal tu tapi malam ni
actually yelah malam nisfu sya'aban dimana semua amalan kite diangkat ke langit. Ape yang Allah pertontonkan pada aku dan suami aku ni satu rezeki yang aku takkan dapat lupakan. Lebih2 lagi kerana ia lebih menginsafkan aku hendaknya, amin.

Besarnya gegelang ni boleh aku andaikan seolah2 ada sebuah kapal UFO di atas bumbung rumah yang meliputi lebih beratus buah rumah. Atas tulisan 'gegelang berwarna jingga' tu sebenarnya keluar satu cahaya yang terus turun ke bumi tapi tapi tak nampak dalam gambar ni. Gambar ni pun ekcelli aku dah edit gammanyer sebab kalau tak, memang tak nampak gegelang tu. ALLAHUAKBAR!


Meh aku selitkan sket sebagai pandun bersama (Thanks Ezie 4 d info): -

NISFU SYA'ABAN

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


Doa Malam Nisfu Syaaban

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”


Sabtu, 25 Ogos 2007

Minggu sume sakit.. siann..

Sabtu, Ogos 25, 2007 0 Comments
Pagi ni aku pass birthday muffin yang diorder Puan Linda (cam x best lak nak panggey puan.. sebab orangnyer kecik comey lotey x macam puan!.. hehe..) Ni kire muffin testing sebelum dia hamek muffin untuk majlis pertunangan someone next week. Aku no hal je. Tapi cian dia datang dari jauh nak collect. Maafla ye, eden memang tak dapek nak ngantar luar dari kawasan liputan.. hehe..
Sebelum jumpe dia pagi ni aku bawak mak aku gi amik baju yang dia tempah dekat2 situ gak. Sian dia sebab dia pun kena diarrhoe ngan vomit same ngan aku kena lepas Maria kene haritu. Memula Maria, pas2 malam besoknyer Mirul, tengah malam aku lak kene, 2 hari kemudiannya mak aku kene, selang tu abang aku lak kene & latest anak sedare aku si Daniel lak kena. Pelik sungguh sebab kami x mkn mknn yang same, dan bukan sume isi rumah yang kena, pas2 bukan kena serentak tapi selang hari and even dah makan ubat doktor bagi tapi still x baik2 sampai masuk hari ke-4.. tapi doktor kate food poisoning? How come ek?
Mungkin aku kene refer Dr Azwan kot.. hehe.. bleh eh doct? So menu aku hari minggu ni pun as simple as it can be jelah memandangkan sumenye x lalu makan dan kalau makan pun kuar balik, so aku just wat steamboat. Dalam umah aku tu cuma hubby aku sorang je yang x sakit, pelik! Walhal dia pun mkn sume benda yang kami makan. Dia kate dia terpelihara sebab dia antara orang yang beriman... hmmm... agaknyer kot ye.. amin jelahhhhh.... Malam lak sume orang dok pakat lembik lagi, so aku bakar la roti 2 paun kasik depa makan. At least ade la gak something bleh mengenyangkan.. kalau tak asal masuk je kuar balik sampai sume dok terjelepek dalam umah tu.. ape nak buat, cobaaaannnnnnn...!


Rabu, 15 Ogos 2007

Muffin al-kelam kabut!

Rabu, Ogos 15, 2007 0 Comments
Thee.. title cam gempak jer. Tapi xde mende pun. Aku dapat call dari cikgu Mirul semalam kate harini kelasnya ade wat majlis sambutan harijadi beramai2. Ate tu pasal le aku namakan muffin yang aku sedekahkan kat kelas dia tu nama itu. Tengok2 tepung muffin ade lagi, chocolate ganache yang lebih haritu pun ade lagi.. tinggal x tau kol bape la agaknyer aku bleh siap. Tapi cube jugaklah! So sampai umah lepas tgk E.R. (wajib tuh! hehe...), mandi, solat & makan, make mulelah dapur aku yang dah kesunyian sejak 2 mgg lepas bergema kembali. Windunyer nak deko tapi untuk menge'save' time dan badan pun letih (siang tadi tak lekat kat opis daaa.. lepas lunch terus keluar) so aku teringat baker's2 punyer pendapat yang mengatakan kalau nak deco cantik tp time limited, pakai je choc ganache. So, itulah yang aku wat! Tempek jer chocolate tu atas muffin pas2 boh la sweets ape lebih kurang. Alaa... bebudak, janji ade coklat, ade sweets... pasti licin! Dan kata2 aku tu memang ade benarnyer bile time nak amik Mirul balik, aku nengok dah habis licin muffin yang aku bagi 3 jam yang lepas!

Selasa, 7 Ogos 2007

Jalan-jalan...

Selasa, Ogos 07, 2007 0 Comments
Hmm.. harini aku xnak citer psl muffin ka, cuppies ka, kek kaaa.. psl minggu ni aku nak rehat sepuas2nya. Thee... Haaa.. hari ni aku nak citer psl pengalaman aku ikut (nyebok lebih tepat) rombongan sekolah tadika anak aku yang bongsu, si Mirul.
Murid2 yang pergi dari 3 kelas tapi aku rase bukan
semuanya sebab ramai gak muke yang aku tak nampak ada, cikgu2 ade 6 orang dan mak-mak murid2 yang memberi sokongan moral (hehe..) ade 6 orang gak termasuk la aku. So, kami berkumpul dan bertolak dari sekolah kol 8.15 gitu aku rase. Jalan punya jalan, akhirnya dalam kol 9.20 a.m. gituh kamipun sampai ke lokasi yang pertama yaitu ke Mid Valley. Haa.. bukannye nak g shopping kat sini, tapi nak ke Domino's Pizza sebab nak belajar cara wat pizza. Malangnyer k/org kene tunggu kat luar pintu dekat 30 minit gak la sebab orangnyer sampai lambat. K/orang pun dok jelah kat lantai tu sementara menunggu (kampung sungguh.. wakaka!). Al-maklumlah, kedai sumenyer belum bukak lagi kat dalam Mid Valley tu. So nak taknak, kami ni berborak ler sampai ler orang pizza tu datang kemudiannya. So aktiviti yang pertama kami bile masuk sane yelah belaja cara2 wat pizza. Aku tak dengar brape clear sape nama org yg bg demo tu (maklumlah, perut tgh lapo.. nengok tepung blom masak pun dah terliur.. apetah lagi nama nak tumpukan perhatian kat benda lain, mmg kem salam la..) tapi aku ingat nama budak yang guide dan bertindak sebagai host tu yelah Lili. Lepas sessi demo tu, si Lili ni wat lak sessi soal-jawab ngan kanak2 tu, sape yang dpt jwb cepat tu dia dapat la hadiah pen dari Domino's.. ooops! Acara ni untuk kanak2 je ye, mak2 cam aku dok je kat kosi merenung menu yang sungguh menyelerakan dan mengambil bau pizza yang tengah masak jelah. Hee..! Lastly, inilah acara yang paling aku tunggu2 yeitu rombongan dihadiahkan dengan 12 keping pizza yang panas2!!... X sabonyer nak makan! (lebeh sungguh tapi muke cam relaks je, dlm hati xde sape yg tau.. hee..) Malangnyer cine yang bwk kami tu kate disbbkan mase kite terhad, so dia cdgkan kite mkn mase sampai ke kilang coklat Beryl's di Seri Kembangan la pulak, yeitu destinasi kami yang ke-2. Melepasssss....
So.. kami sampa
i kat kilang coklat Beryl's ni dalam kol 10 lebih cam2. Sampai jer,kami masuk dalam bilik panggung wayang nengok sejarah coklat sumelah sampai ke hari nih. Then, masuk lak ke bilik dimana k/org dpt tgk camne coklat tu diadun, diproses dalam mesin, kemudian camne bentuknyer, dah jadik bentuk camner lak packingnyer.. and lastly terus sampai ke bilik jualannyer dimana kami sume dapat rase ceklat sorang satu.. (part ni la yg paling exciting.. hee..) Lepas tu kami pun bleh la membeli-belah coklat yang pelbagai dalam tu untuk dibawak balik sebagai tanda kenang-kenangan. Sume ceklat kat dalam tu memang sedap2 belaka dan menarik hingga aku tak sedar yang akunyer total shopping kat situ je RM58.90!! Tapi berbaloi la ceklatnyer.. sekali rase pasti hendak lagi.. hehe.. kan per aku beli byk2 tu.. produk yang dia wat ni cume untuk dieksport ke luar negeri so kat kedai mmg tak jual, disbbkan tula aku borong habis2an sebab nama aku nak dtg lagi semata2 untuk beli saja.. oh, mungkin tiada harapan lagi. Hee..
Akhirnya dalam kol 11.30 gitu kami pun bertolak pulang ke sekolah balik. Aku tunggu gak acara nak menghabiskan pizza td tu, dah ler dlm bas tu bau pizza kan main semerbak lagi, skali cine tu announce kate mase dah suntuk, so sume mkn kat dlm kelas je kang. Huaaaa.. nak nangis aku dengor...
Perut dah ler tak berisik ape pun dari pagi, jalan lak jem (phm2 jelah KL ni..) sampai nak termuntah aku dibuatnyer rase dok dlm bas tu. Sabau jelah... patutla dulu mase Maria g rombongan time balik tu dia cam letih giller babas je, upenyer baru le aku tau, mmg letih!
Akhirnya kol 12.30, kami pun sampai la kat sekolah. Alhamdulillah... bile le aku ni nak dpt mkn pizza? Hee.. Sampai je kelas, budak2 dah serbu dulu pizza sampai nak licin, aku pun sian la pulak nengok budak2 tu so aku pun ingat nak balik umah jelah carik nasik. Si Mirul pun dah tgk dorang sume berebut2 lansung putus harapan nak amik, dia pun ajak aku balik mkn nasik. Tapi elok aku nak balik je, cikgu soh aku tgg dulu.. upenyer dia kasik aku pizza unt bwk balik.. heheeee.. sronoknyer. Oleh sebab kami berdua dah lapar sangat tahap cipan, sambil jalan nak balik umah mak aku tu, kami berdua hentam makan la sampai umah. Hee.. Legaaaa......akhirnya impian ku sedari pagi terlaksana sudah... heee...!

Jumaat, 20 Julai 2007

Mekasih Bangatttt!!!! Heheeee...

Jumaat, Julai 20, 2007 0 Comments
Hari ni Jumaat. Macam biase pergi kerja, hantar & amik budak sekolah.. tapi ada satu yang differ! Mase aku sampai umah, aku ternampak satu sampul surat berwarna coklat atas meja. Hati aku terus melonjak2 rase tak sabar nak bukak. Nilah kiriman dari sahabat maya yang sama2 berjuang dalam bisnes cupcake yang aku tunggu selama ni. Dua minggu lamanye weh.. belum kire lamanyer aku menanti nak dapatkan benda di dalam sampul tu lagi, dah berbulan! Thee..
Anyway, to Kak Yuli dari Indonesia (atau dalam bahasa sana mungkin bisa dipanggil ibu Yuli.. thee..) mekasih banyak2! I owe you one! Dah la aku ingat aku kena bayar untuk nozzle ni, upenyer dia kate dia cume harapkan balasan doa agar dia juga maju dalam bisnesnya sudah cukup! Huaaa..... baik sungguh Kak Yuli ni! Dengan itu aku panjatkan doa agar Allah akan menambah lagi rezeki Kak Yuli sehingga satu hari nanti dia bisa digelar saudagar cuppies! Wink!

Ahad, 8 Julai 2007

Selamat Bernikah Sepupu2 ku..

Ahad, Julai 08, 2007 0 Comments

Semalam supposed aku gi turun Ipoh sebab majlis akad nikah sepupu aku. Muffinnyer aku dah siapkan dah dari kelmarin tapi sebab aku kena tunggu Fieza nak amik muffin, apam dan keknya semalam, so aku tak dapat la pergi. Abang aku dah culik mak aku pergi sane malam tadi so tinggal la aku kat sini.. huaaa!!.. Anyway, mak aku dah bawak la pergi sekali muffin yang aku hadiahkan untuk sepupu aku tu. Pas2 adela lebih2 tu aku buatkan terus untuk sanak-sedare dan tetamu yang datang nanti. Promote jangan tak promote! Theehee..

Pagi ni kol 8:30 aku bertolak g Ipoh amik mak aku sebab kami nak ke kenduri kawen 2 pupu aku pulak kat Kamunting. Ujan punya la lebat.. tapi yang bestnyer lauk orang kampung memang xde bandingannyer kat KL ni. Humang aiiii sedap giler babas!! Tapi nak tambah malu la pulak.. har!Har! Yang barannyer, can u all imagine, aku bertolak ke KL balik kol 3.30 pm gitu tapi aku bleh sampai umah kol 10:00 malam (tolak brenti solat dan minum sejam)! Aku balik Taiping je wehhhh bukannye balik negeri lainnnnnnnn!!!!! What happened la kat jalanraya Mesia ni.. aku pun heran. Jammed memanjang!! Ngapeeeee laaaaa..!!!! Nasib aku tak tukar jadik Fantastic Four semalam!

Selasa, 3 Julai 2007

Hepi Besday to Me! Thee..

Selasa, Julai 03, 2007 2 Comments

Hmmm.. sebenarnyer semalam besday aku tapi semalam cuma gi kuar dinner kat luar je. Takde potong kek dan dpt hadiah cam tahun2 sebelumnye. Terase lak dirik ni makin tue.. Hehe..! Aku tak kesah sebenarnye sebab ingatan people yang menyayangi aku dan kawan2 pada tarikh lahir aku pun dah cukup bermakna. Thanks everyone yang wish aku since pagi tak putus2! Kat hubby pun aku takde la rase merajuk (cewah!.. theee..) Maybe bila umur dah meningkat, kite pun dah semakin sabar dan tabah dalam menghadapi semua perkara. Aku pun faham, sejak hubby aku pegang title 'ustad' kat Perodua tu, dia memang sebuk. I don't blame him. Yang bagi hadiah pun harini yelah Maria yang belikan aku sekeping kad besday.. thanks sayang! Mak dan kakak aku mintak ampun nak bagi hadiah cukup bulan.. har! Har! Macam itu pun bleh ka? Lantak pi laaaa...

Anyway, malam ni tetiba hubby aku balik bawak kek dan hadiah. Amirul kan main seronok lagi nak potong so aku kasik chance la dia yang kerjakan kek dan hadiah tu. Aku seronok la kan ada sambutan belated gini plak, mane la nak sangke... tapi jauh dalam hati aku sedih melihat kesungguhan hubby aku yang menebus kesibukan dia semalam... dan lagi satu, sedih sebab tahun ni Maria tak potong kek aku sama2 sebab dia taknak balik dari rumah Wan dia gara2 aku marahkan dia ponteng sekolah siang tadi. Ruginya aku termiss event ni tanpa dia walhal aku belum pasti kalau aku masih boleh sambut lagi event yang same tahun depan. Kalaulah aku boleh turn back time, aku nak erase balik scene aku marahkan dia tadi... :(

Jumaat, 29 Jun 2007

Home made cheese bread aku..

Jumaat, Jun 29, 2007 0 Comments
Dah lame dah aku direserved dek Ezie, colleague aku kat opis untuk buatkan cheese bread ni. So bila ade order bertindan2 harini, aku buat gak la untuk dia, pasal dia dah booked lame. Dia kate ayahnyer yang sakit kat Kelantan tu suka makan roti, so sementelah dia nak balik kampung habis kerja harini, dia nak bawak la sekali. Bagus betul... waktu hidup nilah kite nak balas balik budi dan penat lelah mak ayah kite membesarkan kite. Besok2 kalau dah takder, sedekah dan doa je yang bleh kasik.

Notes: Teringat kat arwah abah.. isk, isk..
Follow Me at flickr! .