Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label Nokia N8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nokia N8. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri III: JJCM-Restoren Istana Impian Katering

Selasa, Disember 09, 2014 2 Comments


Kedai makan ni yelah kedai makan yang pertama kiteorang singgah bila dah sampai kat Wakaf Che Yeh. Ada banyak ekcelli kedai makan area ni tapi ntah nape kedai makan ni nampak ramai orang so macam tertarik plak nak cuba. Meh kite nengok best ke dok!

Kat menu bunyik cam menarik- Air Jagung Laici tapi hakikatnya rasa dia macam air jagung kordial yang jual kat paso malam tu dan 2 bijik laici diternak di dalamnya. Sebelahnya ialah air bandung laici yang sepatutnya mengandungi anak-anak laici tetapi tidak ditemui.

Nasi goreng ayam blackpepper. Not bad. Nasi goreng dia guna nasi yang agak lembik tapi saya tak sure lah kot kat sini memang orang masak nasi goreng guna nasi yang agak lembik macam tu.

Sup daging ni sedap. Rasanya memang specialty kat sini yelah sup sebab kat banner dia ade macam-macam jenis sup termasuk yang rare macam sup belut dan sup urat.

Untuk orang yang baru je datang kat Wakaf Che Yeh ni.. kedai makan ni agak quiet frustation la gak. Pertama sebab masa untuk serve air je pun amek masa sampai 30 minit. Tapi takleh nak salahkan kot sebab orang ramai. Cuma beza kat KL walaupun makanan sampai lambat tapi biasanya air amek masa less then 10 minutes je kot untuk sampai kat meja kastemer.

Secondly, saya rasa rege dia macam mahal sikit kot. Nasi goreng ayam blackpper, sup daging, nasi putih separuh 2 pinggan dengan telur dadar dan air jagung, air bandung, air milo dan air teh.. semuanya RM37/-. Kami penah makan lauk yang pelbagai dengan harga ni kat KL huhu... Untuk itu, saya bagi: -



RATING
Servis: star
Food: starstar



Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Signature

Selasa, 30 September 2014

JJCM: Restoran Niarasa, Saujana Utama 2

Selasa, September 30, 2014 8 Comments

 

Tak taulah korang perasan ke tak, kan... sebelum ni, kat sini memang ada satu restoran namanya Mummy's Kitchen. Tapi ownernya kata dorang dah tak mampu nak teruskan. Jadi owner baru ni beli restoran tu dan tukar nama menjadik 'Niarasa'. Asal restoran ni kat Puncak Alam tapi ownernya dok kat Sungai Buloh Country Resort tu hajer... Wahh hebat tul saya boleh tau sejarah silam sume tu kan? Hagaga.. ekcelli owner dia sangatlah friendly. Dia yang tarik kosi duduk bersembang ngan pak ustad waktu kiteorang tengah menjamu selera. Tersiput malu i nak makan tauuu kahkah...

Dah! Meh kite review makanan kat sini: -

MEE GORENG MAMAK
Nak cakap ape ek? Sedap? Ak-ah.. sedap!

TOMYAM CAMPUR
Kuah tomyam kat sini kan lain sikit tau dari tempat lain. Rasanya pes dia buat sendiri sebab ianya sangat power dan kawwwww kawwwww! Owh ye, jangan lupe amek tisu lebih lap ingus! Heh!

NASI GORENG CINA
Yang ni tatau rasa tapi pak ustad kata sedap. Tak baik tau pak ustad tanak offer bini rasa... huhu...

UDANG CELOP TEPUNG
...yang sangat besar!!!! Macam saiz XXL udang nih! Makan satu dah penuh perut haha ayat menipu..
Tapi siyes besor dan sodap!

Lusanya kiteorang datang singgah sini lagi lepas balik dari Projek Runaway tu. Masa tu makan nasi goreng USA, kuetiaw goreng basah dan sup ayam. Saya tak amek gambar sebab malam tu saya tak sihat *siannn...* Overall boleh kata takde yang slack la kat sume yang kiteorang order tu. Semuanya sedap! So sesapa yang nak cuba, silelah belanja saya ke restoran ni. Tempatnya dekat-dekat dengan Restoran Shida tapi belok ke kiri. Kedainya sebelah kedai farmasi tu aje. Owh ye, dia jugak ada khidmat penghantaran. Ate tak reti nak tepon? *wink*

RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstarstarstarstar

  Signature

Rabu, 10 September 2014

JJCM: Restoran Malaya, Saujana Utama, Sg Buloh

Rabu, September 10, 2014 6 Comments


Lama sudey tak buat Jalan-Jalan Carik Makan (JJCM) ni, kan? Ate masakan kat ghumah sedap tak cukup bajet maka takdelah nak gi JJCM selalu kannnn... Ni pun saja je nak celebrate wedding enibeseri yang ke-15 uols... Ate taktau nak pegi mana pastu teringat kat restoran ni ada jual lempeng cicah sambal yang power *orang kata* jadi nak cubelah terai hee...

Ni set nasi putih asam pedas ikan pari. Sedap weh! Datang sekali (comes with hehe...) dengan sayur gobeh (tu kalau mak saya sebut) aka kobis goreng, telur masin dan sambal belacan. Ini pengantin lelaki punye order, wahhh??? Hahaha...!

Restoran ni kira baru gak macam setahun bukak. Specialty dia cam yang digembar-gemburkan tadi yaitu lempeng, asam pedas claypot dan kari kambing. Menunya cuma lempeng, set nasi putih dengan pilihan asam pedas claypot (boleh pilih nak ikan/daging), set nasi putih dengan kari kambing dan jugak western food. Lain dari tu jangan mintak.


Sungguh malang pengantin pompuan yeitu saya (hehe...) lempeng dah abis le plak malam tu so terpakselah buat pilihan lain yang tidak berapa menyumbang kepada ternakan lemak yeitu Lamb Chop. The verdict: Daging kambing tu ade sikit liat la. Gravy dia pun lebih kepada kicap dan kurang penggunaan blackpepper disitu menyebabkan saya rasa tak begitu menepati seleralah. Tapi bagi Mirul dia kata sedap. Mungkin la gravy style cenggitu budak-budak suke kot.


Yang ini Mirul punya- Fish & Chips. Dia punya filet ikan tu memang sedap- luarnya garing tapi lembut di dalam. Saya suka! Nyesal le plak tak amek yang tu tadi huhu... Buat pertukaran barter dengan Mirul tak berjaya pulak tu! Cisss...!


Chicken Chop ni Maria punya tapi tapau. Tau jelah anak dara i tu kan tuan puteri jadi dia memang duduk dalam istana aje tanak keluar maka kenalah tapau untuk dia. Ayam dia garing dan lembut kat dalam macam fish & chips tadi gak. Sedap. Tapi saya tetap kata gravy dia sikit failed. Walaucanerpun, tuan puteri kata gravy tu sedap dan dia suka sangat. So kite just assumed yang gravy ni memang direka khusus untuk budak-budak. Eh, tapi tuan puteri bukan budak dah? Hrmmmm.... Ahh... what ever jelah kan haha...


Haaa hamek, licin ngko! Hagaga... Okeh sesape yang nak datang restoran ni senang sangat. Dari jalan utama masuk ke Saujana Utama tu, restorannya kat sebelah kanan anda dibarisan bangunan kedai yang pertama korang jumpa. Signboardnya kaler merah menyala bertulis 'Restoran Malaya' berhampiran dengan Shell.



I suka motto dia weh- 'Mak kata kalau masak biar sedap' huhiii... kelassss... 
Tambah best, layanannya sangat owhsem okehhhh!!!!
Jom,lah!


RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar star



Signature
Follow Me at flickr! .