Misi Bantuan Banjir: Pengalaman dan tips
Farah Deeb
Rabu, Disember 29, 2021
0 Comments
Baru-baru ni jiran-jiran saya yang dah macam kakak dan adik sendiri buat usul untuk beri bantuan pada mangsa banjir dikawasan berdekatan. Yang bestnya tentang depa ni yelah... walaupun kiteorang ni sejenih seketul yang tak reti diam kalau berjumpa tapi bab misi memang tak banyak sembang- harini usul, esok beli barang dan packing, lusa terus jalankan misi. Itu termasuklah juga dengan misi-misi penting lain seperti misi carik kedai makanan viral dan misi bershopping, ahaks!
Dengan hasil kutipan sumbangan dari muslimah Bukit Saujana Sg Buloh, kami mulakan operasi dengan membeli barangan untuk disumbangkan dan petangnya kami sama-sama membahagi-bahagikan dan membungkusnya.
Kerja jadi agak cepat dan mudah sebab kami buat beramai-ramai. Tapi cepat tak cepat tu, sedar-sedar dah maghrib juga la baru selesai thee...
Ni antara barangan penting yang boleh disumbangkan:
- Tilam/ toto
- Selimut
- Pakaian bayi dan kanak-kanak
- Tudung sarung dan telekung
- Makanan segera atau kering seperti roti dan mi segera.
- Minuman 3 dalam 1 seperti kopi dan teh
- Susu bayi dan kanak-kanak
- Ubat dan berus gigi
- Ubatan seperti panadol dan minyak angin
- Mop dan penolak air
- Sabun mandi, sabun baju dan sabun pinggan-mangkuk.
Misi kami dengan keberkahan hari Jumaat yang mulia iaitu seusai solat Jumaat dimulakan dengan ucapan dan taklimat dari ketua chief rombongan mak jemah dan seterusnya bacaan doa dipimpin oleh sazah.
Lokasi kami ialah ke Kampung Bukit Lanchong iaitu kira-kira 48 kilometer dari Taman Bukit Saujana dengan tiga buah kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit je tapi rasa sekejap je dah sampai sebab kalau dah layan borak memang tak sedar masa berlalu kihkih...
Inilah apa yang kami saksikan sebaik sampai ke lokasi: -
- Pemandangan lebih kurang sama macam pemandangan selepas tsunami di Acheh suatu masa dulu. Jalan, pokok, rumah semuanya dilitupi kesan lumpur kering.
- Sampah hasil kerosakan akibat banjir penuh disepanjang-panjang jalan.
- Hampir kesemua penduduk sedang membersihkan rumah. Kami difahamkan baru dua hari air surut dan mereka baru saja pulang ke rumah masing-masing.
- Jalan-jalan ke kampung tersebut dipenuhi dengan anggota polis dan rela. Kereta dan jip polis juga banyak.
- Banyak traktor mengangkat sampah sedang mengumpulkan sampah-sampah ke bahu jalan dan lori-lori sampah yang banyak juga memenuhi jalan. Kami hampir terperangkap tiga jam kerana pembersihan jalan sedang dijalankan tapi mujur Allah mudahkan urusan kami dan kami dilepaskan melepasi jalan.
Barang-barang yang rosak di kiri kanan jalan. Sedih tengok. |
Rumah yang paling hampir dengan sungai paling teruk keadaannya. |
Perkara yang perlu diambil perhatian sebelum pergi ke tempat banjir:
- Pastikan air telah surut sepenuhnya.
- Kaji lokasi yang dipilih dan follow up, update setiap hari hingga ke hari misi bantuan ke lokasi tersebut. Ini sangat penting supaya kita tau samada penduduk sudah kembali ke rumah mereka atau belum dan juga atas faktor keselamatan.
- Kaji apakah barangan yang mangsa lebih memerlukan sebab kadangkala lain lokasi lain keperluan mereka. Ini untuk mengelakkan pembaziran akibat lambakan barang bantuan.
- Bukan semua rumah dimasuki air ye tuan-tuan dan puan-puan, jadi pastikan bantuan disalurkan betul-betul kepada mangsa banjir. Caranya sentiasa berkomunikasi dengan mangsa banjir, mereka boleh tunjukkan.
- Dapatkan info jalan atau bahagian mana yang lebih teruk menerima musibah supaya agihan sumbangan dapat diagihkan kepada yang sepatutnya.
Amat banyak pemandangan kereta yang berlumpur akibat tenggelam habis semasa banjir kat sini. |
Sejujurnya pertama kali turut serta dalam misi bantuan kepada mangsa banjir ni sangat memberi kesan kepada saya.
Menahan teriknya panas matahari sampai berbelang-belang kulit, berjalan dari rumah ke rumah dengan membawa barang-barang (yang boleh tahan berat heheh) selama lebih kurang tiga jam, ditambah lagi dengan mendengar cerita-cerita mangsa mengenai trauma mereka semasa banjir mula berlaku...
Masa kat sana, kami juga berpengalaman berdepan dengan NGO yang 'conquer' kawasan bantuan. Tapi walaubagaimanapun kami teruskan je beri bantuan kepada mangsa sebab kami dah diamanahkan dan kami percaya rezeki tu dibawah pengetahuan Allah. Dia lebih mengetahui siapa yang berhak mendapat rezeki, yang dapat lebih rezeki mahupun yang dikurangi rezekinya kan.
Sesungguhnya, semua ini jadik satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya. Pengalaman ni sangat mengajar saya erti bersyukur dan qanaah serta mengakui kebesaran Allah SWT.
Paneh banget time ni huhu... tapi semua bersemangat! |
Sebelum balik sempat singgah surau berdekatan dan sumbangkan barangan yang kat pusat ni perlukan. |
Insyaallah lepas ni saya kongsi pula tips persediaan untuk menghadapi apa jua bencana dalam next entry, okay! Tungguuu...
Dua ekor budak ni dah dapat bantuan Royal Canin sorang sekor pun nak gaduh lagi! |