Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 8 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri II: The Homestay



Bertolak dari Sungai Buloh jam 12:30 tengahari ikut jalan Simpang Pulai- Cameron- Gua Musang... berhenti rehat sekali kat R&R Ipoh, sekali lagi kat Cameron dan sekali lagi kat R&R Gua Musang. Akhirnya sampai kat Wakaf Che Yeh jam 9:30 malam...

Total travel journey yelah 9 jam! Uffff!!!

Apelah. Tu pun tak bersyukur dapat sampai dengan selamat kan? Hishhh...



Nama homestay yang kiteorang dok ni yelah Homestay Anjung Desa di Jalan Pintu Geng. Yang sebeno-benonya citer, bukan homestay ni yang pak ustad dapat dari HR tapi Riverview Hotel. Masalahnya jarak dari sana ke opis tu jauh dan itu tidak menyumbang kepada kesenangan drebar yang kena anta dia gi keje pepagi iaitu, saya hehe... Oleh sebab itu, homestay ni lah jadi pilihan pak ustad sebab jaraknya ke sana cuma 5 minit perjalanan aje. Panjang tul eksplen, korang bace ke ni hoi! Ahaks..

Meh tengok caner suasana luar dan dalam homestay ni: -

Pandangan dari tepi kiri rumah dimana letaknya pintu sliding untuk masuk ke dalam. Dibalik tembok tu ada jalan kecik muat sebijik kereta kuar masuk jadi bila ade kereta lalu, dorang kena bagi hon panjang untuk bagitau pemandu yang kat the other side tu ada kereta sedang lalu. Rumah jiran tu ada banyak sangat ayam dan ayam dia akan bagi alarm walaupun baru pukul 4 pagi huhu... Ok dia soh bangun solat tahajud! Tu pun tak paham!
Ni ruang tamu yang sangat luas. Kalau nak bentang tilam tido kat luar ni boleh muat 15 orang saya estimated hehe...

Ni bilik tidur nombor 1. Ekceli ada satu katil queen tapi tilam queen bawah tu saya yang bentang sebab semua pakat tido dalam bilik ni har har! Nama je anak ustad tapi penakut. puiii...! Owh ye jangan risau pasal tilam. bantal, selimut sebab ada baaaaanyak sangat kat sini.

Ini bilik tidur nombor 2. Digunakan sebagai bilik solat sebab kat bilik nombor satu tadi dah penuh dengan manusia dan beg hehe...

Bilik nombor 3 ni kecik sikit dan terletak kat hujung belakang umah berhampiran dapur. Bilik ni attached sekali dengan satu tandas kecik.

Ni tandas yang attached dengan bilik di atas tadi tu... Sume complete kecuali water heater.

Ni plak tandas dalam bilik nombor 1 tadi. Bilik tandas ni lebih luas dan ada water heater.

Ruang makan dan tempat seterika. Pintu sebelah kiri tu untuk ke bilik nombor 3 tadi. Sebelah pintu tu ada washing machine.

Ruang dapur boleh guna untuk memasak sebab kuali, gas, periuk sume ada. Tapi dah nama pun cuti kan- Malas ah nak masak! Heheh...!

*********************************************************************************
The Verdict: -

YANG BEST!

  1. Sangat luas dan selesa. Overall saya rasa boleh muat 3-4 famili dengan saiz satu keluarga 6 orang. Err tapi cuma 15 orang je maximum limit dibenarkan stay kat sini dalam satu masa ye hehe... itu syarat tuan ghomah!
  2. Rumah ni terletak dalam kawasan kampung jadi kita betul-betul dapat merasai suasana berada didesa. Sepanjang 5 hari saya kat sana, selama tu jugak saya kena pakai stokin dan cardigan sebab sejuk. Mungkin sebab lokasi bersebelahan hutan dan hujan turun 3/5 hari masa saya kat sana.
  3. Senang giler nak carik makan. Tak kire la untuk bekpes ke, lunch, teatime, dinner ke hatta supper pun senang sebab orang jual makanan depan rumah dan tepi jalan, kedai makan dan restoran semuanya banyak! Siap pitih jah!
  4. Ade semua kemudahan macam Astro, aircond, water heater, mesin basuh, dapur dan paling penting- Wifi on 24 jam okeh! Ahaks! *penting tau untuk show off status kat FB hahaha...*
  5. Parking luas giler!

YANG TAK BERAPA BEST :(

  1. Mungkin sebab bersebelahan dengan hutan, maka ada banyak semut dan serangga masuk dalam rumah ni so silelah bawak spray okeh! Owh ye... semut, labah-labah, lipas, ulat gonggok dan cicak dia adalah size hutan ye iaitu size XL huhu...
  2. Air dia agak karat so untuk bancuh minum eloklah beli air mineral kat kedai dan masak. Ada pot untuk masak air kat dapo.
  3. Errr... tu je kot!


Cik Scotty...(jangan tanya kenapa bagi nama ni- Maria yang bagi!) Hari-hari dia mai teman kami hehe...

So kalau korang gi Kota Bharu dan mencarik homestay yang berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, di sinilah tempatnya! Rege sehari semalam cuma RM180 tapi kami dok sana pree aje. Opis pak ustad yang bayo hehe.. *jangan jeles eh...* Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut bolehlah layari blog dia kat http://homestayselesa.blogspot.com atau kalau nak terus tempah, boleh kol Cikgu Ashida (013-9867364 atau 018-9009104) atau Cikgu Aminuddin (013-9207364)!

By the way, kak Ashida ni sangat friendly dan baik hati oghenya tau! Dok cayo cubo tera! *Wink*


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Signature

6 ulasan:

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .