Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi: Potato Fritters

Khamis, Oktober 16, 2014 8 Comments
 

 

Potato Fritters la cekononnya kannn.. padahal cekodok ubi kentang je pun! Ahaks!

Tau jelah kan hakak ni pantang nampak menda baru musti nak terai hehe... Nak membuatnya idok le susah lansung, ala-ala buat cekodok aje pun. Sebenarnya korang boleh olah ikut versi korang sendiri untuk buat potato fritters ni jadi lagi sedap. Meh kite tengok basic dia dulu okey?...


Bahan basic: -

  • 3 ketul ubi kentang disagat halus
  • 4 sudu tepung jagung + 2 sudu tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri sebab nak bagi dia tembam sikit)
  • Air suam kurang segelas (kena agak-agak tuang sambil kacau hingga dapat adunan yang tak cair sangat dan tak pekat sangat)
  • Sebijik telur


Bahan cadangan pilihan: -

  • Bawang besar dipotong dadu
  • Daun bawang dan daun sup dihiris nipis
  • Nenas dipotong dadu
  • Udang/ ikan bilis
  • Serbuk lada putih/ lada hitam
  • Cheese yang disagat
  • garam & bahan perasa ikut suka

Notes: Untuk percubaan pertama ni saya masukkan bawang besar, nenas, serbuk lada putih, garam dan cheese.

Pastikan bancuhan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat okeh!

Panaskan minyak dan masukkan satu senduk adunan tadi dan biar sampai garing. Kalih supaya kedua-dua belah masak. Eh tu pun nak cite ke kahkah... Jangan senduk adunan terlalu tebal sebab nanti dalam tak masak lagi tapi ubi kat luarnya dah garing tau. Dah siap tu bolehlah hidangkan dengan sos!

P/s: Budak-budak memang suke betul benda alah ni. Rasa dia ala-ala gabungan cekodok dan hashbrown gituh... kelas ko ubi!


  Signature

Isnin, 13 Oktober 2014

Apa nak masak bila raya ek?

Isnin, Oktober 13, 2014 6 Comments



Alhamdulillah.

Saya ni rasa beruntung sangat tau sebab kan, saya ada keluarga dan keluarga mertua yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka masak! Hee... Kalau bukan raya pun tapi kalau kami berkumpul sure ade je makanan nak bagi gemuk terhidang hahaaa...*gelak syaiton*... Sorang-sorang adik-beradik dan ipar bawak satu jenis maka bila dah terkumpul jadik banyaklah! Tu belum yang tuan umah masak lagi! Thee.. So, meh kite tengok biasanya kalau raya makanan apa yang ada kat dapur kiteorang... jom!

Ni namanya Kari Ayam. Dedulu mak mentua tak masak nih tapi smenjak ade menantu mix Hindustani maka kari adalah menu wajib!
Ini rendang pedas daging, paru dan hati lembu. Setakat harini belum ada lagi rendang sama spesis yang saya jumpa dapat challenge rendang mentua saya nih hehe...
Ayam Masak Merah ni feveret menu mak saya nih. Tapi raya Aidiladha haritu mak diberi piala gantung kuali maka yang jadik tukang masaknya yelah anak sedara saya yang belum kawen itu. Sesape nak usha sile email resume eh heh...
Siapa lagi boleh celen buat Sambal Goreng ni kalau bukan orang Johor kannnnn..? Heheee, ini kakak ipar saya yang masak. Real Johorian!
Mak mertua saya kan, dia memang sayang kat menantu dia. Masak lomak ni pun ekcelli tiada dalam menu mak selama ni tapi semenjak dapat menantu orang Nogori maka tetiba ada menu ni dalam senarai hehe...
Yang ni peberet saya! Ingat lagik kalau bagitau mak nak balik cuti dari asrama, konpem mak masakkan pajeri nenas nih ngeee... tapi lepas dah kawen beranak-pinak kalau mintak mak buatkan dia suruh belajo masak sendirik! Uhuk...sadis!
Kuah sate udang ni mak mertua saya punya specialty. Dia sama la dengan rendang tadi tu- one of a kind. Saya buat la macam mana pun tapi sampai skang tak pas hehe... Cuma mak sorang yang terer masak sesedap neh!
Cuma satu orang aje dalam dunia ni yang suka buat kek macam ni dan orang itu yelah mak saya, ahaks! Kek butter jer pun tapi kaler wajib empat. Pastu frosting mesti royal icing, kan? Haa... mak sayalah tu! Owh ye, ceri merah dan hijau wajib ade eh!
Ni nak cita jujur ni. Kiteorang ni kan sebenarnya bukan la datang dari keluarga senang. Waktu arwah abah pencen, lima orang dari kami masih menuntut. Sorang kat universiti, empat lagi ada yang sekolah menengah dan ada yang sekolah rendah. Jadi lauk selalulah tak cukup. Ayam, daging, udang dan ketam boleh kira dapat makan berapa kali jek dalam setahun. Yang paling mampu cuma ikan hari-hari. Tapi ada hari duit beli ikan pun tak cukup maka inilah antara menu yang mak selalu buat. Owh lupe plak nak bagi kredit. Salad telur ni abang sulung saya yang buat hehe... Rajinkan? Ok dia duda. Same jugak sapa nak berkenalan silelah email resume ye. Peluang adalah sengit.
Last but not least la kan... kalau dah namanya orang Perak, mana boleh takde jelatah ni wehhhh... !!!

Okeh, sume sudah kasik tunjuk. Korang punye mennu macamana? Ada sama tak?


Signature

Khamis, 2 Oktober 2014

Resepi: Ketam Juru Style!

Khamis, Oktober 02, 2014 8 Comments



Okeh nak mengaku.

Nama tu saya bantai je! Hagaga... Tapi kan, kalau korang pi Juru kat Penang nun, inilah style ketam/ udang yang korang jumpak bila pi makan kat kedai depa. Saya tak konpem la 100% resepi ni betui sebab saya main bantai gak hasil trial and error beberapa kali tapi rasa dia macam sama *kembang hidung*. In case orang-orang Juru yang tau resepi sebenarnya mintaklah jasa baik betulkan resepi ni kat ruangan komen tu ek hee...


Bahan-bahannya: -

  • Ketam/ udang 1/2 kilo
  • Bawang besar setengah ketui
  • Bawang merah 2,3 ulas
  • Bawang putih seulas
  • Halia seinci
  • Daun kari 2 tangkai
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2-3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 senduk cili sos
  • 1/2 senduk sos tomato
  • sedikit daun bawang dan daun sup dihiris nipis
  • bawang goreng (lagi banyak lagi sodap!)
  • garam, gula dan perasa


Caranya: -

Ketam tu cam biasa bersihkan la dulu pastu gaul garam dan serbuk perasa dan biorkan. Bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia tu tumbuk sampai berkecai. Panaskan minyak/ butter dan tumiskan depa. Bila dah naik nampak garing sikit, masukkan daun kari dan rempah kari. 


Kaco dan bior sampai rempah tu pecah minyak. Api slow na. Kang hangit. Pastu masuk air dalam secawan atau kurang (depends pada kuantiti ketam/ udang korang la ye sebab nanti bila masak ketam/ udang ni akan kuarkan air)

Kaco sikit then masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, gula dan garam. Harus diingat yang kuah ni supposed kena rasa masam, manis dan masin okeh.
Bila nampak dah mendidih, masukkanlah ketam/ udang tu. Kacau sikit pastu tutup dan perlahan api. Biarkan dia masak dalam 10 minit. Akhir sekali, bolehlah hidangkan atas pinggan. Tabur daun bawang dan sup dengan bawang goreng.



TAK PAYAH SENDUK NASI,
 RATAH PUN SODAP SEH!





Signature
Follow Me at flickr! .