Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 29 September 2014

D.A: Lunch/ Dinner Menu #8



... sebenarnya kan dah tak ingat apa nama dia hehe.. Ambek resepi ni kat dalam grup atkiners tapi dah tak ingat siapa yang punya resepi. Sesapa yang rasa dia punya, angkat tangan eh! Ngeh, ngeh..


Ni bahan-bahannya: -
3 biji telur
Sesudu mayonis
Beberapa ekor udang (ikut suka)
Bawang kecil dihiris
Cili masak dan capsicum dihiris nipis
Tomato dipotong dadu
Sedikit minyak
Daun basil/ origano atau apa je daun yang ada hehe...

Cara masaknya: -


Telur tu korang pukul dengan mayonis. Bila dah sebati, tambahkan garam, lada sulah atau perasa ikut suke korang. Kendian, bagi dia rehat jap. Ingat tak sakit ke kena pukul weh?! Heh!

Panaskan sedikit minyak/ butter pastu gorengkan bawang. Bila dah layu, masukkan segala tok nenek cili tadi dan kacau jap sampai dia layu sket. Campakkan udang dan kacau cepat-cepat. Masak udang ni takleh lama nanti dia dah tak best. Terus perisakan dengan garam dan perasa ikut suka engkorang.
Sekarang oleskan sikit minyak atau butter kat keliling pan. Pan tu acuanlah macam acuan buat roti ke atau kek ke tapi jangan guna acuan yang besar sebab telurnya sikit. Kalau buat untuk ramai lebihkan telur haa.. bolehlah pakai acuan yang besar. Kalau tak nanti hasil dia leper je tak cantik. Dah sudah tu, masukkan gorengan udang tadi dan curah adunan telur kat atas. Akhiri keje dengan menabur daun basil/ origano kat atasnya. Pakai daup sup ke daun bawang pun okeh gak.
Bakar dalam oven 200 darjah Celcius sampai lebam kuning. Dah siap! Nyum, nyum!
p/s: Kalau tabur cheese kat atas tu pun lagi sodap!



Signature

7 ulasan:

  1. aku memang terliur hokey. bila tgk atas tu mcm crispy pastu merekah, perghh... mmg sedap.

    BalasPadam
  2. Kenyang x kalo mkn ini saje? Huhu nmpk sgt kuat mnn..

    BalasPadam
  3. @sugar2 kapas strawberryErmmm apekah benda yang dijual di 7E itu hehe.. tak pernah plak tau hikhik...

    BalasPadam
  4. @LydSunshineTakkan terliur je kot? Cubelah! Aku boley jadik tukang rasa hehe...

    BalasPadam
  5. @Rizan YusofHehe... kalau tak kenyang gak.. boleh tambah telur 10 bijik agaga...

    BalasPadam
  6. menu semua nampak menarik sangat dan mudah nak try utk anak dara akak yg bam bam huhu..tq ya deeb

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .