Jom camping!
Farah Deeb
Khamis, Ogos 28, 2014
4 Comments
Tarikh: 13hb Ogos 2014
Tempat: Padang PraSekolah SK Seri Pristana, Sg Buloh, Selangor.
Masa: 8:00am - 1:00pm
Tugasan: Fasilitator
Modus Operandi:
Memupuk semangat kerjasama dan melatih anak-anak berumur 6 tahun untuk: -
1) Tolong-menolong dalam semua aktiviti seperti memasang khemah
2) Memasak sendiri dengan bantuan fasilitator
3) Berupaya menghadapi rintangan (memanjat, merangkak, melompat, berlari dan mencari)
4) Mengenal rasa melalui lidah (pahit, manis, masin, masam)
Keputusan: Matlamat tercapai!
*********************************************************************************
Tetiba....
kena panggil jadi fasilitator.
Tapi best weh sebab jadik fasilitator untuk budak-budak 6 tahun PraSekolah. Part susah cuma nak bagi dorang dok diam satu tempat aje. Lain hal dorang memang best sebab 'A' kata saya, 'A' lah dorang buat harhar... Cuba try manage budak-budak tua. Pehhhh.... balik kang platlet darah tinggi kita yang naik! Kah,kah...
Ekcelli haritu saya punch in lambat sikit hehe... (ececehhh... macam tak biase plak ek? Agaga...) sebab Mirul masih demam panas pagi tu lepas kena diarrhea (sedap sket bunyiknye dari letak cirit! Eh! Tertulis gak! Hihi...). So berkejar gak la pagi tu nak siapkan bubur Mirul sebelum pergi. Tau jelah bubur bukan seminit masaknye... Eh? Apekah kena-mengenanya ngan gambar di atas har har... Tu upacara tanam pokok sempena perasmian perkhemahan. Korang hado?
Sebelum buat aktiviti seterusnya, kenalah senaman dulu. Kalau tak kang dah tua sok mulelah bising sakit sendilah, sakit lututlah har har.. (terasa i...) |
Inilah kumpulan kanak-kanak riang. I kumpulan pink okeyy jangan jelesssssss...! |
Inilah kumpulan pink saya! Gojes dan bagus dengar kata haha... (Sila abaikan rupa buruk fasilitator kumpulan ni) |
Lepas berjaya pasang khemah, semua kena masuk dalam dewan untuk sessi taklimat keselamatan dari Ketua Balai Polis Saujana Utama. |
Haaa... inilah dia pakcik polis tengah citer pasal bahaya kes culik kat budak-budak. Beliau adalah sangat sempoi heh... |
Teruja giler budak-budak ni dapat jumpa pakcik polis! Heh! |
Okeh dah kenyang, sume kenalah buat aktiviti rintangan ni. Kang kalau korang obesiti, makcik pink ni ha la gak yang kena marah harhar.. |
Rasanya inilah saat yang paling ditunggu-tunggu dek kekanak riang ni- acara dapat hadiah kat pemenang! |
Masa nak balik, budak-budak pink ni tanya;"Ummi... Ummi ajar kelas mana? Tak pernah nampak pun?"Saya jawab;"Ummi tak ajar kat sekolah. Ummi dok umah masak!"Dorang nyahut sambil berebut-rebut cakap;"Saya pun suka masak! Saya pun.. saya pun...!"Pastu..."Ummiiii... ummi ajar la kelas kiteorangggg...Ajar laaaaa...."Kata derang sambil melompat-lompat tarik baju saya.Aisehmen, tacing di situ.Sekian.