Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 17 Julai 2010

Budak 2 tahun yang celik IT



Kepada 'friend'2 aku kat 'mukabuku', korang mesti dah pernah tengok gambar kat atas ni kan? Budak di atas tu baru berumur 2 tahun 5 bulan ketika artikel ni ditulih. Dia belum fasih bercakap. Yang dia fasih sebut cuma perkataan-perkataan cam "ayah", "abang", "kakak", "digi", "bola", "nak", "amin", "aircond" dan "air". Yang menarik mengenai budak ini yelah, pada usia sebegini, dia sungguh cekap guna komputer. Menarikkan? :mThinking:

Perkara pertama bila dia bangun pagi ialah bukak suis dan 'on'kan komputer (sendiri ok!) Kegemaran paling utamanya ialah browse internet, haaa... jangan tak percaya! Dia tau bila masa nak gunakan butang minimize, butang close dan sebagainya tuh. Dan butang paling dia suka ialah butang 'play'. Cara dia guna 'mouse' pun kan main konpiden lagi. Tak macam mase aku memula belajar pegang benda alah tu! Heheh! :mHihi:

Selain daripada tu, dia jugak pandai personalized desktop dan folder-folder file yang ade dalam komputer ayahnya. Dia tau caner nak tukar gambar desktop, tukar setting segala mende sampaila orang lain yang menggunakan komputer lepas tu pening kepala sebab sume benda dah larik setting.


Masa zaman aku dulu, kat sekolah cuma ade belajar guna komputer mase aku darjah 6. Tapi punyelah hazab time tu. Ate mana tidaknye. Sume benda pakai Dos! Jenuh nak hapal koding-koding bagai. :mPening: Adehhhh... memang malas betul nak gi kelas komputer. Dahla lepas time sekolah kelasnya. Yang wat aku stay pun cume sebab cikgunya lengcai yang sangatla hencem :mGuilty:. Haha! Nama dia aku dah tak hengat tapi dia memang pandai melukis dan suka bergambar. Dia selalu tunjuk kat kiteorang hasil-hasil sketching potrait dia yang memang cantek gile zas punye. Disebabkan dia ade banyak sangat gambar self-potrait yang dia selalu tunjuk kat kiteorang, aku pun berjaya usha satu gambar dia untuk berangan, haha! :mRambut: Tapi tu dulu la.. mana ntah aku letak gambo tu pun aku dah tak hengat!



Ok back to the point. Aaa.. lupa pulak aku nak kenalkan budak di atas tu. Kalau korang nak tau, budak tu namanya Danish Rayyan. Dan kalau korang nak tau gak, itulah anak teruna bongsu akuuuuuu... huhuuuu....! :mSurrender:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .