Friday, May 16, 2014

Home » , » D.I.Y: Projek Hadiah Hari Guru 2014

D.I.Y: Projek Hadiah Hari Guru 2014



Bersempena Hari Guru hari ni, saya nak ajor korang caner nak hasilkan DIY Cake in the Jar sebagai hadiah untuk guru. Sebelum tu, saya nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' dan 'Terima Kasih' kerana tanpa guru, saya dan anak-anak saya malah semua orang tak akan menjadi 'apa yang adalah kita pada hari ini' jika tidak dengan pengorbanan guru-guru mengajar dan mendidik tanpa jemu. Saya TABIK di situ.

Memula kite tengok apa bahan yang kita perlukan okeh: -


  1. Balang/ cawan/ mug atau apa saja yang cantik. Saya dapat mug kawaii ni kat Hinode hehe...
  2. Base cake- Saya gunakan base kek sponge orange untuk ni bersaiz 10"x12".Resepi kek span asas tengok kat bawah nanti ye.

    3. Krim- saya gunakan krim keju leleh untuk projek ni. Resepi pun ada kat bawah.
   4. Buah-buahan/ kekacang- saya guna laici, strawberry dan walnut.
   5. Aksesories hiasan seperti reben, kertas doili dan sticker.


Sekarang kite lompat ke cara membuatnya: -
a) Gunakan pemotong untuk memotong kek mengikut bentuk cawan/ mug/ balang yang kite ada. Kat sini saya gunakan pemotong bersaiz diameter <2.5" dan dapat menghasilkan 20 bulatan. Setiap bekas kita akan gunakan 2 keping dasar kek jadi saya dapat 10 bijik 'Cake in the Jar' untuk adunan sebanyak ni.

b) Letakkan sekeping kek yang dah dipotong ke dalam bekas


c) Tuangkan krim sebanyak yang kite kehendaki. Tapiskan laici untuk asingkan airnya dan susun di atas krim tadi.


d) Tutup buah laici dengan sedikit krim lagi dan letakkan sekeping kek di atasnya.
e) Masukkan sedikit krim lagi dan susun kepingan walnut.

f) Tuang lagi krim sehingga memenuhi bekas dan akhiri dengan meletakkan seketui stoberi di atas.

Tadaaaaa... ops! Belum siap lagi. Sekarang masa untuk hiaskan mug comel ni.

a) Tutup bekas korang tu supaya senang nak deko. Masa memula nak carik bekas keep in mind bekas tu mesti kena ada penutup okeh.

b) Sediakan aksesori hiasan korang dan hias jelah! Ngeh, ngeh...

Haa ni barulah TADAAAAA!!! Dah siap! Boleh bagi kat cikgu dah sekarang!

Sebenarnya memang amek masa sikit la untuk buat hadiah sendiri tapi mungkin saya ni agak 'old fashion' kot sebab bagi saya hadiah mesti datang dari usaha, tenaga dan masa yang kite korban untuk jadikannya, baru ia jadi betul-betul 'bermakna'. Tapi opkoslah kan bagi yang bekerja memang payah nak buat. Kalau projek macam ni alamat kena wat siap-siap hari minggu. Apapun pilihan ditangan sendiri. 

Untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya di SRK Gombak Satu,
SMK Gombak Setia,
SM Teknik Ipoh
dan
EDI College
serta semua yang pernah dan sedang mengajar anak-anak saya di SK Danau Kota,
SK Seri Pristana,
Pra-Sekolah Sri Pristana
dan
SMK Saujana Utama...

TERIMA KASIH CIKGU!!!

*********************************************************************************

Resepi asas kek span: -

BAHAN A
4 biji telur gred A
100gm gula halus
1 sudu besar ovalette
2 sudu teh esen vanilla (saya tukar dengan orange paste)
25ml air

BAHAN B
120gm tepung naik sendiri
20gm tepung jagung

BAHAN C
75ml minyak jagung/ mentega cair

Caranya: -
Pukul Bahan A sehingga kembang dan masukkan Bahan B. Kacau sehingga gebu. Akhir sekali masukkan Bahan C. Kaup balik sampai sebati dan bakar selama 20 minit suhu 150 darjah celsius.

BAHAN KRIM:
250gm cream cheese
125ml susu pekat
100ml whipped cream
1 sudu teh jus lemon

Caranya:
Putar saja kesemuanya sehingga gebu.


  Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

10 comments

May 16, 2014 at 11:20 PM

comeii cup kawai tu dan menyelerakan...cantik blog baru ni....:)

May 19, 2014 at 3:15 PM

@SallyKan? Beli mase balik Gombak haritu hehe...

May 2, 2015 at 1:24 AM

lawanya mug cake....

May 10, 2015 at 2:36 PM

Mana beli mug tu eh? Cantik

May 10, 2015 at 7:23 PM

Sob sob.. mug je cantik? *majuk tetiba*

May 10, 2015 at 7:25 PM

Nampak nau tak bace kannnn hagaga.. ade tulis tu beli kat Hinode #^_^#

May 15, 2015 at 3:16 PM

Hinode tu kat mane? Uhuhu sorry x bace sangat sbb tenet slow la akak

May 15, 2015 at 4:21 PM

Alasan munasabah* Tak pasti la syiqa kalau dia ada branch. Yg ni beli kt dalam KL Festival City Mall punye branch. Kedai jepun yg semua barang dia rm5 hehe...

May 16, 2015 at 1:03 AM

Maksud Akak kedai jepun yg RM 5 tu kedai daiso eh..

May 26, 2015 at 8:16 AM

@syiqa syubliBukan syiqa. Kedai Hinode tu ialah kedai barang Jepun yang harga dia semuanya RM5 hehe..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket