Friday, February 29, 2008

Hari Sukan Sek Ren Danau Kota 2008

Hari ni wat kali ke-2nya aku tak dapat tengok anak aku si Maria masuk acara sukan kat sekolah dia. Tahun lepas aku termissed, sampai2 acara dia dah habis. Kecewa tol. Tahun ni dah bepantang lak. Tapi naseb baik la hubby aku cuti so dapat la dia g amek gambar dan video buat pengubat hati aku.
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Thursday, February 28, 2008

Lauk pantang


Nampak gayanyer dah x masuk citer pasal muffin & kek, aku citerlah pasal menu pantang aku ye. Minggu pertama ni, mak aku gunakan ikan haruan je sebagai main dishnyer. Dari bakar, terus ke sup dan masak asam. Sayur plak ulam2an jer macam ulam pegaga dan cekur manis. Sini aku kongsi sket cara mak aku masak: -

(1) HARUAN BAKAR
  • -Lumur aje lada hitam yang ditumbuk halus, halia dan lengkuas yang ditumbuk kat atas ikan tu. Pastu bakar ler.. heee...
(2) SUP HARUAN
  • Best nih.. makan panas2.. Aku cume guna sup ikan ADABi. Campur ngan serai dan halia & lada hitam, didih sampai kuah jadik naik itam.. fuhhh.. camno gaye le aku nak kecik nih? Hee...
(3) KARI ASAM REBUS HARUAN
  • Hiris halia & lengkuas, ketuk serai dan rebus dengan air yang ditambah dengan serbuk kari daging. Brand ape tu suke ati korang la nak gune ape. Pastu masuk je lah ikan tu. Dah pun siap.
(4) CEKUR MANIS
  • Sayur cekur tu digoreng tanpa minyak ngan halba campur. Kalau nak perasa sket masuk la garam. Rasa dia perghhh...
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

23hb FEBRUARI 2008 YANG BERSEJARAH

PROFIL

Nama: DANISH RAYYAN BIN HASLONI
Tarikh Lahir: 23 FEBRUARI 2008
Waktu: 11:40 MINIT MALAM
Lokasi: GOMBAK MEDICAL CENTRE (GMC), PUSAT BANDAR SERI GOMBAK
Berat: 3.20 KILOGRAM
Panjang: 51.0 SENTIMETER
Ukurlilit Kepala: 33.0 SENTIMETER


Alhamdulillah penantian selama 8 bulan 23 hari... akhirnya baby ke-3ku selamat jua dilahirkan seadanya. Ekcelli ade lagi seminggu till due date tapi seperti biase, anak2 aku ni sumenye jenis suke kuar awal. So that's why aku pun dah bercuti kerja awal 2 minggu,,, just in case! Dan pada tengahari 23hb Februari 2008 tu, kira-kira jam 1.30 tengahari, ketuban aku pecah dan selepas solat Zohor, aku sefamili terus ke GMC di Pusat Bandar Seri Gombak. Lepas diperiksa sume, aku kene tahan masuk wad kira-kira jam 2:00 minit petang. Tapi macamanapun mase ni aku tak rasa sakit lansung. So bermulalah aktiviti boring aku seperti yang sudah2 yeitu menunggu masenyer aku sakit tapi x jugak2. Kedudukan budak pun tinggi lagi so aku just lepak dalam bilik sampai khatam 3 kali surah Maryam, 2 kali surah Taubah dan lain2 surah pendek tu. Akhirnya pada jam 11:00 minit malam, doktor masukkan drip dan 40 minit kemudian, lahirlah Danish Rayyan dengan selamat, alhamdulillah!
Kepada sume kengkawan, customer2ku dan mereka2 yang datang melawat aku di wad tempohari dan mengucapkan tahniah, terima kasih dari kami sekeluarga. Ingatan tulus ikhlas kalian akan aku kenang sampai akhir hayat, amin!
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Friday, February 1, 2008

Kucing2ku...



Lama dah tak update blog ni... Sejak opis baru pindah ni, banyak lak keje nak settlekan. Pehtu budak2 lak masuk skolah, dok melayan tanggungjawab aku sebagai ibu mithali ni (heheh!) yang pepagi kene g anto Mirul skolah, pehtu settlekan keje opis, lari balik amek dia balik, pehtu siapkan makan minum Maria lak sambil watkan bekal. Peh2 hantar dia g skolah, lari balik opis, settlekan ape yang tak settle. Balik kang kene kuase turbo lak sebab nak g carik benda nak makan untuk dinner, terus g amik Maria balik skolah dan Mirul dari umah Wannyer. Phewwwhhh!!! Memang keje yang meletihkan lebih2 lagi sebab dok ngusung perut ni haa.. ikut hati memang nak berenti je dibuatnyer tapi green lite dok x dapat je ni, ape naseb? Thee...

Apapun... inilah pengubat penatku selain bebudak tu.. yeitu si Putey dan kroni2nyer si Tiger, Manja dan Cumi. Walaupun aku cume bleh tengok je dan berborak dengan dorang dari dalam sangkar tapi tu pun bleh la. Ade mase orang x nampak aku curik2 pegang gak depe ni. Heheee.. Inilah dilema pesakit asma sepertiku.. huhuuu...
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket