Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 5 Januari 2012

Tribute: Arwah Rozana Yusak @ Yan

Khamis, Januari 05, 2012 6 Comments


Bapa arwah ditenangkan oleh jiran dan sahabatnya

Pertama kali saya dengar pasal kes jenayah ni yelah mase tengok berita di TV9 tapi masa tu cume tunjuk gambar rumah yang disewa arwah aje. Walaupun saya dengar nama dia dengan jelas- Rozana Binti Yusak... tapi since takde gambar dalam berita tu so saya cube pujuk hati kate itu orang lain yang namanya secara kebetulan same je kot :12:

Kesan darah yang tinggal dirumah sewanya

Hari ni entah caner, saya terjumpe surat khabar Harian Metro yang ade gambar arwah dimuka hadapan sekali :puteh_21: dan saya terus cam wajah tu ialah wajah arwah yang saya kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Bukan setakat kenal tetapi orang itulah yang pernah menjadi sahabat suka-duka saya semasa di tingkatan 1. Tapi saya putus hubungan dengannya bile saya berpindah sekolah ke Ipoh dan namanya terus hilang. Cuma ingatan padanya masih kuat dan saya ada jugak mencarinya di FB tapi nampaknya takde jodoh nak berjumpa.

Apartment tempat arwah menyewa. Gambar kecil ialah bapanya, Encik Yusak

Dalam tak disangka, rupanya saya akan ketemunya semula dalam keadaan yang sungguh sadis seperti itu. :puteh_25: Dia ditikam 35 kali di badan sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak dan maut semasa dalam perjalanan ke hospital. Saya percaya ramai anggota polis yang terlibat untuk membantu sehingga kepada penangkapan suspek kerana ayahnya juga adalah seorang bekas anggota polis. Latest info yang saya tau kesemua suspek tu positif syabu- so... sendiri mau hengatlah. :girl_12: Dadah bukan saja boleh membinasakan diri sendiri tapi jugak menghancurkan harapan orang lain.

Suspek yang ditahan. Semoga mereka mendapat hukuman yang sewajarnya

Ni masa Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 1


Tak ingat ni bile tapi rasanya mase kat jamuan akhir tahun gak kot

Ni mase gi beraya umah Rita (yang dukung budak tu)
P/s: Sori, wajah-wajah yang diblurkan tu sebab mase tu zaman jahil tak tutup aurat lagi hehe...


Itu jelah kenangan yang ada mase bersama arwah, hanya gambar. :puteh_3: Itupun gambar tahun 1989... 23 tahun yang lepas... selepas tu dah takde kenangan dah sebab lost contact.


Ni pulak autograf yang dia pernah tulis untuk saya sebelum kiteorang berpisah (since haluih beno, jadik saya tulis balik kat bawah ni) Just highlight pesanan dia pada saya pada perenggan yang akhir tu : -



Date: 14th July 1991
Time: 21:10
Venue: Atas katil
Farah....
Wanita adalah makhluk yang suci penyinar alam ini. Ia diangkat sebagai kaum yang berdarjat tinggi. Sebagai sabda Rasulullah SAW bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Tetapi sekali wanita menjatuhkan maruahnya seluruh alam akan memandang hina terhadapnya.
Ketahuilah olehmu bahawa....
Cinta kepada pokok, pokok akan mati;
Cinta kepada bunga, bunga akan layu;
Cinta kepada manusia, keewa akan menanti;
Cinta kepada ibubapa, itulah cinta sejati.
Dan setitik airmata ibu itu adalah berharga daripada segantang airmata kekasih.
Biarlah ibumu menangis atas kejayaanmu tetapi jangan biarkan ibumu menangis atas kegagalanmu.
Kau umpama lilin yang menerangi orang lain walaupun membakar diri sendiri. Majukanlah diri dan bangsa untuk negara. Selagi kau menapak kehadapn, selagi itulah kejayaan dihadapanmu.
Kecantikan wajah akan luput ditelan usia dan akan berulat bila menjadi mayat. Tapi kecantikan hati yang beriman akan kekal selamanya.
Farah...
sembunyikan dukamu dibalik senyuman agar insan lain turut bergembira tanpa menduga duka yang terpendam. Hidup tidak selalunya indah. Hati tidak selalunya gelisah. Tiada tangisan yang meredhai penderitaan. Hidup ini hanya dapat dihadapi dengan senyuman dan airmata. Kau umpama bunga yang sedang mekar mewangi. Siramilah selalu dengan taqwa dan ketabahan. Kejayaan akan menyebelahimu....
Sedarlah olehmu bahawa masa itu tidak pernah menanti kita. Sebaliknya kitalah harus mengejar waktu itu. Di dalam kesibukan menegajr ilmu janganlah kau lalaikan suruhan Allah serta kedua orang tuamu.
Di dalam dunia zaman ini, janganlah kau anggap YANG JAHAT ITU BENAR-BENAR JAHAT. Kerana adakalanya YANG BAIK DENGAN KITA ITU AKAN MENJADI LEBIH JAHAT DARIPADA ORANG YANG JAHAT.


Buat semua pembaca dan bloggers semua, saya ingin memohon anda semua supaya sama-sama dapat sedekahkan arwah dengan bacaan Al-Fatihah. Semoga beliau ditempatkan bersama para solehin dan diampunkan dosanya, amin ya rabbal alamin.


"Dari-Nya kite datang dan kepada-Nya juga kite kembali"


*Post updated 11 January 2012*

Kekasih didakwa

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


SELAYANG: Teman lelaki kepada seorang kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, yang dibunuh kejam di Kepong, bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam bersama rakannya atas tuduhan menyebabkan kematian wanita itu.

Kedua-dua tertuduh, pengawal keselamatan, Muhamad Faizul Mohd Ali, 27, dan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali, 23, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Rozana di kediaman mangsa iaitu di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember lalu. Bagi tuduhan itu, Muhamad Faizul, kekasih Rozana, dan Muhammad Zal Haziq didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah.

Mohd Isa kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 28 Februari depan bagi menunggu laporan forensik, kimia serta bedah siasat. Harian Metro pada 22 Disember lalu melaporkan seorang kerani bank terpaksa mengesot sejauh lima meter dalam kesakitan bagi meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa 2, Kepong.

Bagaimanapun, mangsa yang dihantar ke Hospital Selayang oleh seorang jiran, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan jam 2.10 pagi kerana cedera parah di bahagian badan selepas didapati ditikam 35 kali di seluruh tubuhnya.

Selepas kejadian itu, lima suspek ditahan polis bagi membantu siasatan, namun hanya dua saja iaitu Muhamad Faizul dan Muhammad Zal Haziq menghadapi pertuduhan, manakala tiga yang lain dibebaskan selepas ditahan reman.


Signature:girl_5:

Khamis, 29 Disember 2011

Pakai tudung (baik) tapi...

Khamis, Disember 29, 2011 1 Comments




Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Allah perintahkan wanita bukan sekadar memakai tudung sahaja,tetapi hendaklah melabuhkan tudungnya hingga menutupi dada..

Contohnya:

#1 pakai tudung tapi... nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi... pakai legging (ketat)
#3 pakai tudung tapi... baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi... baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi... nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi... pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi... tak tutup dada (common problem walhal ianya disebut di dalam al-Quran )
#8 pakai tudung tapi... nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi... sanggul tinggi sesangat
#10 pakai tudung tapi... ber-make-up tebal (tabarruj)

Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah .. Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Allahkan? :03:


Thanks for the info: Kempen Aurat Saya Maruah Saya


Signature

Rabu, 28 Disember 2011

Owh yeh... opisku kena rompak huh!

Rabu, Disember 28, 2011 0 Comments


Hari: Khamis

Tarikh: 22 December 2011

Bilik BIG Boss paling manyak kena punggah. rasanya ni 1st spot dorang kot

Pagi-pagi rabun bute dah dapat kol kate opis kena pecah masuk. Adehhhhh!!! Kalau korang bosan tak dengar? Dahla nak ujong bulan ni haa... tengah dok kumpul duit untuk gaji, adelak siamang curik harta-mende opis! Paramjaddu betul...!

Duit syiling 1 sen taknak lak diameknya. Kalaulah dia tau duit tu juge berguna...

Malangnya benda dah nak jadik so redha jelahkan. Anyway saya nak advice sket since dah terkenakan... ekcelli tak taulah kejadian ni ade related ngan ape yang nak saya cite ni tapi possibility tu tetap ade so beringat jelah. Petang hari Rabu tu ade 2 orang mamat paramjaddu masuk opis ni jual perfume tapi cara dia jual tu agak pelik sebab dia terus masuk pastu sambil offer-offer barang dia jalan terus tengok apa dalam bilik sume. Pastu dah takde sape interested nak beli dia pun blah. Petang tu taim balik keje kiteorang takde bau apa-apa pun kat downstair. Bile colleague lain yang balik around 6:00 pm balik, dorang terbau perfume yang mamat paramjaddu tu cube jual tadi tu around area opis saya ngan satu stair lepas tu bau tu takde (kiteorang ni kat tingkat 3 so bau tu sampai tingkat 3 & 2 aje). Tapi of course la takde expect apa-apa siamang akan berlakukan...

Ni salah satu meja bahagian akaun yang kena geledah

Opis depan kiteorang ni cermin pintunya memang dah pecah so orang bawah dah letakkan pintu kayu kat depan rangka pintu dia tu. Hari tu pintu kayu tu dah beralih so kiteorang dari jabatan forensik ni mengandaikan mamat-mamat itu telah standby dalam opis sebelah tu dari petang lagi sampai sume staff dah balik hari Rabu tu. Owh ye, opis sebelah tu dah lama abandoned sejak MPS kuarkan saman dorang jamming mengganggu persekitaran. Abes kalau dah tengah-tengah azan pun jamming memekak satu Seri Gombak ni apa kes kan.

Nilah abandoned opis yang berdepan ngan opis kiteorang. Dalamnya memang leh wat citer seram

So kerugian even below RM5,000.00 tapi still duitkan? Huhuuu.. manelah nak korek duit hujung-hujung bulan ni wehh!!!... Barang yang konpem hilang yelah laptop account officer sejibik (ni paling mahal), printer yang baru je beli (printer lain tak ndak plak diameknya!), sound system dan petty cash.

Laci saya pun kena gak geledah. Satu external drive yang berwarna pink dan sungguh comel dan kiut itu telah dirompak. Tak sangka perompak tu jambu jugak! Buktinya yang kaler itam tu taklak diameknya!

Tapi de mende la yang bleh kate as 'miracle' yeitu: -

  1. Kalau korang nak tau kat sini sume pemalas nak bawak balik laptop depa bile abes keje. Dahle malas nak bawak balik pastu tak reti nak nyorokkan pulak tu, haha! Tapi hari Rabu tu masing-masing macam dapat hidayah bisikan supaya hangkut laptop masing-masing ke ghumah. Cuma laptop yang ilang tu jelah tuannya tak dapat hidayah kot akaka... Kakak cleaner kate malaikat dah bisikan hati sume orang soh bawak balik laptop haritu agaknya...
  2. Laptop saya kalau dibandingkan dengan laptop yang ilang tu 3 kali comel dan kecik kiut-miut. Dalam erti kate lain kalau nak curik bawak lari laptop saya menepati piawaianlah kan. tapi yang peliknya tak berusik pun laptop tu atas meja saya. Kalau tadi malaikat dah bagi bisikan, yang ni maybe malaikat lindungi dari pandangan kapir tu kot... maklumlah pemiliknya beriman akaka....*huak tuih!*
Wallet BIG Boss yang dah nak dibakul sampahkan ni pun depa geledah jugak... sian...

So... korang beware la ye. Jadikan peristiwa ni satu ikhtibar. Skang ni banyak tul dengar kes-kes yang melibatkan mamat paramjaddu aka India sekitar Gombak ni. So pastikan korang sentiasa berdua dan berhati-hati walau di mana jua anda berada ye. Sekian laporan dari Jabatan Forensik Pusat Bandar Seri Gombak.



Signature

Selasa, 27 Disember 2011

Jom piknik @Bagan Lalang, Sepang

Selasa, Disember 27, 2011 2 Comments


Hoho... (Santa Claus sesat!) lame tol tak berupdatekan? Manyak mendelah nak kene settle ujung-ujung tawon nih jadik blogging ni terpaksa diabaikan sekejap. Ni hari boleh sapu sawang sket so nak citer pasal aktiviti sihat family mentuaku baru-baru ni.

Ape yang penting? Kerjaaaasama!

Dimulakan dengan Bismillah...

Haritu kiteorang sume plan nak gi bercuti kat Cameron Highlands tapi akhirnya terpakse ditukar ke Bagan Lalang je sebab pak mertua kata tak sesuai nak gi panjat gunung taim-taim ujan tak putus ni... hrmm... bahayekan pun. Total sume sekali famili yang pergi yelah tujuh keluarge bahagia termasuk mak dan pak mentua. Dorang sume stay kat Hotel Seri Malaysia tapi saya & famili tak stay sebab esoknya pak ustad ade kelas pengajian jadik kenalah balik hari jek huhuuu....

Kat tepi laut pun ade papparazi tau... Menantu sapelah ni ghajin betul!

Qaseh dah tak sabo nak terjun laut!

Ikan ini bernama Encik Senangin. Beliau sedang menikmati rawatan spa panas di atas daun pisang.

Daging rusuk black pepper dibawa khas dari Setapak!

Anyway, meh nak review sket pasal Hotel Seri Malaysia kat sini. Tempat dia dekat je ngan pantai yeitu kire-kire 100 meter berjalan kaki melalui backdoornya. Tempatnya bersih dan stail ala-ala kampung serta ade macam-macam kemudahan cam tempat makan, swimming pool dan surau (selalunya kiteorang pergi hotel tak jumpe pun surau!). Tapi of courselah rate dia tinggi sket yeitu RM 180/- semalam with breakfast so untuk bajet kecik better go for LKIM Camar Laut atau PNK Sepang je- baru RM80! (takde breakfast la tapi hehe...)

Gambar bukan menunjukkan udara yang kurang sihat tapi air dah terlebih masuk lubang idung!

Min & Ain- 2 orang anak dara yang berjaya memanfaatkan pengggunaan air sebaiknya

Kiteorang pegi haritu hari Sabtu (dan coti sekolah) so memang dah expect kat sane sure crowdednye kan- so... kiteorang datang awal. Mase pegi taim ghaye dulu tu kiteorang je manusia yang ada kat situ! Sungguh berbeza keadaanya dowh, haha! Dah pasang-pasang khemah sume, idupkan api- maka bermulalah aktiviti piknik kiteorang. Budak-budak terus terjun laut tengah-tengah rembang tu sampai kulit hitam haha... Ikan-ikan segar korang bleh beli kat ujung jalan tu je so saya just bawak sambal ngan kuah asam dari umah. Yang ayam dan daging tu saya bawak gak dari rumah. Kat sane takde jual ayam dan daging ye! Heheh! Owh ye, pasar jual ikan tu bukak dari pukul 7:00 pagi sampai 9:00 malam so korang bleh beli ikan-ikan tu anytima okeh. In fact, malam tu sebelum balik pun saya sempat singgah memborong ikan kat situ dengan kak Nurul hehe!

Rayen cube menari tango bile nampak ombak sambil diiringi guru-guru tarinya

Pemenang kategori baju sama kaler
Budak yang disangka takut laut jangan disangka selamanya akan takut ye!

Akhil bermain kompang di dalam air

Rayyan takut air??? Impossible...

Pelbagai cara digunakan untuk mendulang emas

Yang ni mendulang emas sambil buat lawak mega minggu ke-9
Qaseh sudah bersedia di garisan permulaan. Sile beri laluan ikan-ikan sume!

Dah puas berendam main pasir pulok!

Qaseh dah taknak kuar dahhhhhh...!!!

Aktiviti sihat sesame sepupu- sepapat

Asyraf membuat percubaan mengurangkan pasir

Posing ala majalah Mangga gitew... ahaks!

Sessi latihan mengorek pasir

Pencurik pasir di Bagan Lalang terbongkar!


Signature
Follow Me at flickr! .