Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 6 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #2 (Batu Pahat)

Selasa, Disember 06, 2011 6 Comments


Kisah penculikan hari kedua bermula. Harini kiteorang ke Batu Pahat dan stay kat Katerina Hotel. Ingat nama hotel ni ye sebab saya ade cite best jap lagi, heheh. Bilik kat hotel ni kecik sket takla seluas hotel Prime City kat Kluang tu tapi yet still okaylah sebab nampak well-maintained.


Biasanya each taim Pak Ustad kena keje area Batu Pahat, memang hotel nilah yang dia stay pun. Katil dia cume ade satu queen size (sian penculik kena tido bawah dengan Mirul hehe...) dan tandas dia pun tak la seluas kat Kluangnye.


Kat Batu Pahat ni setau saya tempat yang menarik cume Water Theme Parknya je *Thanks to encek Gugel* So kiteorang pegi la jugak sana tapi bile Pak Ustad dengar nak masuk untuk bermandi-manda je feenya RM15 dia kensel. Saya pun sebenarnya cuak gak nak bawak budak-budak gi mandi sana sebab saya ade tergugel pasal ade budak pernah mati lemas kat sana. Kena-kena pulak dari kat Kluang tadi hujan masih tak berenti so saya pun berat hati gak.


Nak pujuk budak-budak akhirnya saya bawak budak-budak gi mandi kat swimming pool hotel. Malang lagi sekali- pool dia cume untuk orang dewasa. Ketinggian airnya 4-6 kaki dalam... tapi dek kesian, saya bagi la gak budak-budak dok kat gigi air. Tak dapat basah satu badan, basah kaki pun jadik! Yang menariknya pasal tempat pool ni sangat cantik. Dekorasi dan tempat santai dia comel-comel sangat tapi tulah sayangnya kolam tu cume untuk orang dewasa. Siannn....


Sebenarnya saya tak tau kat mana tempat makan yang best kat area Batu Pahat ni so kami hantam sajalah pusing-pusing sebelum jumpa satu restoren yang terletak kat tepi jalan ni. Namanya tak sure tapi rasanya restoren Tom Yam Kung (tu je yang dia tulis kat signboard luar) Tempat makan ni berkonsepkan open-air so bestla malam-malam pekena sup ekor panas dengan siakap tiga rasa yang power diiringi hembusan angin malam yang sejuk itu. Ade satu menu yang menarik yeitu bubur nasi dimana ianya dihidangkan bersama kangkung goreng kicap dan kerang, telur masin dan taucu. Memang menarik! Bekas dia pun comel, tak caya tengok gambar! Oh ye, sebelum tu sempat la kami jalan-jalan kat bandar Batu Pahat tu. Sempatlah grab dua helai baju yang sangat-sangat comel!

Cantik tak baju saya? Hehe... ala-ala K-Pop gitu!

Maria ni memang betul-betul ikut perangai umminya. Umminya beli baju sejuk, dia pun ndak gak. Tapi tak acinya baju dia lagi cantik! Siap ade bulu-bulu Winter Sonata lagi!

Okeh, skang saya nak cite pasal hotel yang kiteorang stay ni ye *sile amek bantal untuk tutup muka* Waktu kiteorang sume tengah nyenyak tido, tetiba kul 3:44 pagi saya terjaga sebab rasa macam sesuatu hembus rambut saya. Malas nak layan so saya terus sambung tido. Elok nak pejam mata je si Rayyan pun melalak. Lepas 5 minit Pak Ustad ruqyahkan dia, akhirnya semua dapat tido lena semula. Tapi dalam 10 minit lepas tu, saya terjaga semula sebab terdengar bunyi henfon berbunyi. Tapi yang pastinya bukan bunyi henpon sapa-sapa antara kamilah sebab bunyinya tak pernah dengar. Rupanya masa semua dah tido semula tadi, si Mirul tak dapat tido dan dia cakap dia asek dengar bunyi henpon berbunyi dan laci dibuka-ditutup. Bile bunyi henpon tu dah brenti, tiba-tiba kiteorang dua terdengar bunyi seolah-olah kettle kat dalam bilik kiteorang sedang masak air. Cuma bunyinya tak brenti-renti seolah-olah airnya tak masak-masak!


Saya pun terusla terjun turun tido peluk Mirul kat bawah. Sebenarnya tanak terjun tapi sian sebab Mirul takut *Alasan* Taim tu Pak Ustad pun terjaga dan bunyi tu pun dan, dan brenti! Hampe betul! Pak Ustad pun bangun pasang ayat ruqyah lepas dengar cite dari saya yang tengah peluk Mirul tak lepas tu hehe... akhirnya baru la dapat tido sampai ke pagi. Itu je pun hehe... Dah abessss... ikuti siri penculikan Deeb-Day #3 lepas ni pulak okeh! Tungguuuu....

Gambar tiada kena-mengena dengan kisah seram di atas tadi tuh. Ni cume gambar Rayyan nak uk-uk. Selalu kat rumah bile nak uk-uk dia nyorok dalam bilik tapi bile kat hotel tak jumpe bilik- dia masuk dalam lemari!

Notes: Nak citer dari awal sile ke Menculik Deeb-Day #1


Signature

Isnin, 5 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #1 (Ayer Keroh-Kluang)

Isnin, Disember 05, 2011 4 Comments

 

Ye takde kena-mengena pun entry ni ngan Miyabi walaupun muke saya maybelah ade iras-iras dia, wahaha... (muntah darah!) Yang sama yelah dia kena culik dan cite saya kali ni pun pasal saya kena culik. Hape??? Deeb kena culik? Heheh... Ye memang betul tu. Tatkala korang sume sedang bercuti menyambut hari Maal Hijrah 2011, kami anak-beranak kena culik ngan Pak Ustad! Haha! Misi menculik ni takde planning awal pun. Tetiba je Pak Ustad kena pegi outstation area Johor so dia hangkut sume anak-beranak sekali. Bijak tul suamiku itukan? Sah-sah minyak, tol, hotel sume company tanggung!

A'Famosa: Gambar ehsan encek Gugel

Hari pertama kiteorang ke Kluang tapi sebelum sampai sana, pak ustad bawak kiteorang singgah Melaka sekejap sebab saya memang dah plan nak bawak budak-budak gi sana cuti sekolah ni tapi since family mentua ade wat planning lain so kena tukar! Harini hujan turun renyai-renyai dan berterusan la pulak. Masa kat highway Seremban hujan kemain lebat tapi alhamdulillah takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Sampai Melaka terus gi carik A'Famosa sebab saya nak tunjuk kat budak-budak bekas tapak kaki Hang Tuah. Tapi carik punye carik rupanya dah takde. Note: Last saya pegi sana waktu umo saya 12 tahun ikut rombongan sekolah! So yang sebenarnya saya pun dah ingat-ingat lupa tapak kaki tu berada kat mana. Cume seingat saya ade bekas tapak kaki dalam A'Famosa tu tapi skang dah takde. Sian saya kena gelak ngan Pak Ustad sebab dia berkali-kali dok kate masa dia sekolah kat Melaka bertahun tak pernah dengar pun pasal ade tapak kaki tu. Cisss...! Adelaaa... cume skang dah ilang! *Pujuk diri sendiri... huhu...*

Biaselah! Satu-satunya aktiviti yang boleh dibuat bile dah bosan dok dalam kete lama-lama... pakse budak-budak bergambar!

Kalau korang nak tau- masa kat A'Famosa (yang atas bukit tu) pemandangan nya caaaaaaaaantik sangat! Kebetulan masa tu hujan baru brenti, matahari pun cam segan-silu nak kluar. Takleh nak diceritakan caner cantiknya tempat tu. Ye.. jangan tanye pasal gambar. Disebabkan kamera saya ade dalam kereta yang diparking berbatu dalam pasaraya ape ntah selepas tak berjaya mencarik parking dan menghadapi jalan jem yang sungguh menyesakkan itu; tambah pulak bateri henpon saya sudah abes kering disedut oleh GPS... maka saya cume dapat bagi korang gambar ehsan dari encek gugel ni jelah. Tapi serius giler- gambar ni diambil waktu cuaca tengah panas, tak sama keadaanya pada masa berada kat sana haritu so sori to say- korang tak dapat la tengok betapa indahnya pemandangan itu ketika itu! Huhuuu...! *Lenkali kite gi sane lagi ye Pak Ustad! Tapi make sure tak tinggal kamera dalam kete!*

A'Famosa atas bukit: Ehsan dari encek Gugel jugak
Alang-alang dah bersusah-payah dapat ke sana (korang tak tau betapa jemnya jalan dah macam lagi hebat dari KL je!) kiteorang masuk la ke Istana Kesultanan Melayu Melaka. Fee dia  murah je, RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak yang bersekolah saja. Gambar? Sile baca perenggan di atas ye. Macam-macam gak la info pasal Hang Tuah ade dalam istana tu dan ada macam-macam replika seperti sultan dan para pembesar negeri bersidang, delegasi-delegasi dari pelbagai negara yang pernah berdagang di Selat Melaka pada zaman dahulu-kala seperti pedagang Gujerat, China dan Arab. Lagi info sini: -

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang. -Sumber kredit:  http://iskandar-aziz.blogspot.com

Istana Kesultanan Melayu Melaka- gambar kredit  http://iskandar-aziz.blogspot.com

Lepas tu barulah kiteorang headed ke Kluang, Johor. Kat sana kiteorang stay kat Prime City Hotel. Bilik hotel ni luas dan ade dua bijik katil standart yang akhirnya berjaya kiteorang ubahsuai menjadi katil bersaiz King, haha!
Hall
Tandas

Ruang cafe bar

Tandasnya pun luas dan overall sumenya nampak cam baru (walaupun takla baru kot) Ratenya tak pasti sebab kiteorang takyah bayar satu sen pun hehe... *ngelat*

Muke baru bangun tido

Bandar Kluang from my site of view

Kat Kluang ni rasanya yang femes cuma Kluang Rail Coffee dia je kot (yang saya taulah) Since bangun pagi sume lambat pasal penat berjalan semalamnya, so takde la gi sana untuk bekpes. Sedar-sedar Pak Ustad dah tepon soh siap-siap packing sebab keje dia kat sana dah settle dan skang nak direct pergi destinasi kedua pulak yeitu ke Batu Pahat! Tunggu misi menculik Deeb- Day#2 pulok ye!


  Signature

Jumaat, 25 November 2011

Tetiba terwindu FUNMUFFIN. Apa kes?

Jumaat, November 25, 2011 7 Comments


Hmm... bile tengok gambar-gambar lama mase wat bisnes FUNMUFFIN on da Net dulukan, :look: tetiba rindu la plak, heheh! Teringat zaman-zaman bizi body itew. Tapi itu cite 3-4 tahun lepaslah. Waktu tu masih de kederat lagi. Ngandungkan siRayyan- sampai perut cecah pintu oven dulu sebelum tangan pun tak reti-reti nak brenti masak lagi. :01: Masuk bulan ke-9 barulah tersedar yang tak lama lagi dah nak beranak, barulah reti nak tobat hehe...

Macam-macam experience sebenarnya yang saya dapat mase wat bisnes tu. Bukan setakat belajar cipta kek atau muffin baru, hari-hari kena cipta deko baru, belajar jalan baru :mRempit: (ate nak deliver cane? Taim tu bukan de GPS lagi!) dan macam-macam lagilah. Pengalaman jumpe berbagai ragam manusia pun ade. Ade yang baik, terlebih baik, ade yang kurang ramah, yang salahkan saya sebab dia tak tau jalan pun ada! :08: Ahaks! Well, dalam dok belek-belek gambo lama-lama tu, ade la saya terjumpa beberapa pict yang simpan banyak kenangan.
Antaranya: -



Muffin ni bukannya cantik pun tapi quiet memorable gak sebab kawan lama mase sekolah teknik dulu sanggup datang dari Pulau Pinang nak rasa muffin ni. Kerana muffin jugak la saya dapat jumpa ramai gak kawan-kawan sekolah lama saya dulu. Lagi, muffin ni sangat bermakna buat saya sebab gambarnya terpilih dalam Explorer Flickr. Bukan senang tau nak masuk dalam tu, tetiba alih-alih cek gambar muffin ni bulih tersenarai! :hua: Perghhh... Kembang idung selamanya sekejap.


Yang ni pulak kawan sepermainan mase darjah 6 kat SRK Gombak Satu punya order. Ingat lagi dulu main kejar-kejar ngan beskal sampai luka-luka tumit kaki kena pedal, alih-alih jumpa balik dah anak tiga :01: (Ceh! Macam saya baru anak satu, kui, kui!) Yang jadi kenangannya sebab ni first taim dan satu-satunya request yang mintak saya wat deko dengan menggunakan acuan dari customer sendiri. Takut wo nak guna barang orang. Rosak ke hape tak ke naya sebab dah le acuannye tu sume mahal-mahal belaka huhu... Tapi alhamdulillah tiada acuan yang perlu diganti kerana saya sangat cermat orangnya *Muntah*


Hat ni order dari best friend mase kat Semengkeb. Cehhh! Dah macam sume yang order dari saya tu sumenya kawan-kawan saya belaka je, kan? :pandaGeli_11: Haha... Kebetulan! Permintaan yang ni saya gigih giler memikirkan idea nak wat deko caner. Maklumlah.. yang mintak saya wat ni yelah kawan berkongsi suka-duka saya taim sekolah dulu. Kawan same gelak same nangis. Owh tipu- nanges takde. Gelak je. Dan gelak yang banyak. Dia cume bagitau yang anak dia suke Chipmunks. Full stop. Akhirnya kuarlah idea cenggini. Taim ni otak leh produce idea lagi. Skang kalau korang bagi saya theme Chipmunk ke, chimpanzee ke, makan setahun kot baru saya dapat idea!


Haaa yang ni konpem bukan kawan sekolah hehe. Dia dok nun kat Kedah tapi saya dah kate kalau saya hantar pakai post, saya takleh jamin akan sampai seperti dalam gambar tu jugak. Tapi nak wat camnerkan, customer is always right. :11: Since dia sanggup tanggung risiko so saya pun hantar pakai Nationwide. Keputusannya? Of course la pecah! Sampai sane sume Dora tu tak pakai skirt lagi dah, haha... Sian kat anak-anak dia tapi bukan saya tak pesankan? Akhirnya bile dia turun KL satu hari tu, dapat gak la dia merasa dapat muffin saya yang SEMPURNA. In fact bukan sekali; tapi dua kali, alhamdulillah. Dan dia jugak akhirnya jadik kawan blogger saya jugak hingga sekarang.


Theme kerang-kerangan ni saya dapat order dari customer kuih tat saya sebenarnya hehe... Agak menjadi kenangan gak la sebab untuk pastikan dapat sume kerang-kerang tu, seminggu, dua awal saya dah sebok gi carik acuan, gugel sane, gugel sini berhari-hari... :mDarah: pastu dah dapat, buat satu-satu kerang tu dan keraskan sampai mase nak wat keknya. Bukan satu, dua hari punye kejelah kiranya nak menyiapkan kek ni. Agak mencabar gak dan ini satu-satunya order saya yang ade theme menarik yang pernah saya wat. Kak Zaliza ni pun sampai skang masih menjadi sahabat di alam maya walaupun dah tak jadik customer saya lagi dah. That is the sweet thing 'bout it. :flower: Ramai customer saya dulu skang bertukar jadi sahabat!


Yang ni lagi hawau punye cite. Mase memula saya dapat order dari amoi ni- saya dok pikir boleh ke tidak nak wat ni hah...??? Tapi since itulah first taim ade orang approached saya untuk wat deko camni, :puteh_14: saya cuba sahut cabaran. Kalau korang nak tau, saya tengah demam mase ni dan saya amek mase dua hari untuk siapkan sebuah keluarga tu. Selama dua hari tu gak saya tido kol 2:00 pagi dan yes, mase tu saya pregnantkan Rayyan nearly 7 months. Haha... korang bayangkan jelah azabnya tapi bile semangat dah melampaui segala-galanyakan, korang tak sedar pun yang korang dah terlepas waktu nak makan atau tido! Sedor-sedor dah pagi!


Last but not least- inilah juara yang menjadi kenangan paling tak dapat dilupakan sampai bebila pun. Bermula dari mase order sampailah ke mase nak anta kek ni- macam-macam dugaan yang saya hadapi. Cubelah korang bayangkan- orang order ngan korang- tak tinggalkan particular dan tak online lepas order. Pastu saya pun satu bongok bijak tak amek nombor phone dia. :mPanas: Jenuh saya gugel dengan susah hati tapi tak gak kuar particular si amoi ni. Akhirnya demi janji, saya wat gak dan saya pikir kalau takde rezeki, kek tu nanti saya sedekah jelah kat anak yatim. Nak dijadikan cite, malam sebelum wedding dia tu, akhirnya dia call. *Seb baik saya wat gak kek tu*
Pastu taim nak anta lagi satu bala. Jenuh carik tempat tak jumpe-jumpe sampai lewat satu jam. :bofu_10: Akhirnya waktu saya sampai saya terpakse pulak wat muka tebal masuk dalam closed wedding VIP's tu. Dalam tu sumenya mat-mat saleh (amoi ni kawen mat saleh) yang sumenya pakai baju formal dan berkot bagai! Saya plak t-shirt buruk ngan jeans lusuh! Adehhhh...!!! :40: Dah siap pasang kek terus nak blah tapi saya rase kene gak gi jumpe amoi tu nak thanks dia. Sekali dia layan saya cam seolah-olah saya ni kawan lama dia! Siap muke saya masuk video kawen dia lagi. Hampeh tul! *Sile note saya sangat serabai mase itu okeh* Owh, ye- taim ni gak kena marah ngan pak ustad sebab nyusahkan dia kena jadik drebar sesat, hahaha... sebab tu takleh lupe!.. :heh sogan:


So itulah kenangan-kenangannya. Ekcelli banyak lagi tapi yang ni the best in ranking la... Huhu... *Lap air liur mata jap* Skang kalau korang nak soh saya wat hoho sorilah... tulang sume dah klentung, klentang! Hehe... Anyway bagi yang nak guna design saya untuk idea deko korang, dipersilekanlah ke Flickr saya under set FUNMUFFIN on da net ataupun klik jelah kat sini. Aiman kate dia tak kesah! Lagipun apelah gunanya ilmu kalau tak diwarisikan? Cuma satu je syaratnye:

JANGAN MINTAK SAYA WATKAN OKEH! Heheh!



Signature:koreks:

Rabu, 23 November 2011

Anak Pak Yusop kena tagged!

Rabu, November 23, 2011 8 Comments



Hahaa.. tak sangka dah lama dah tak kena tagged. Alih-alih minggu lepas dapat tau dah kena dahhhh...!!! Last kena 3-4 tahun sudah kot haha... *Gila lama orang tak ingat kat ko Farah! Sian kan, kan, kan...* Kali ni saya di'tag oleh Oshin. Meh tengok pe benda yang kena wat ni haa... : -


  1. Anda mesti pos peraturan-peraturan ini
  2. Setiap org mesti ceritakan 11 perkara tentang diri mereka..
  3. Anda mesti menjawab soalan2 yg telah mereka tag kepada anda dan anda mesti mewujudkan 11 soalan baru utk di tag kepada org lain.
  4. Anda perlu memilih 11 org utk di tag dan link mereka di bawah.
  5. Pergi ke blog mereka dan bagitahu mereka telah di tag!!!
  6. Anda tidak boleh tag org yg telah tag anda.
  7. Tiada hadiah jika anda di tag.. Hanya suka2... "anda ditanda JIKA ANDA MEMBACA INI" ANDA Wajib (aka BENAR,AMANAH DENGAN KEJUJURAN SEMUA) telah ditandai 11 orang.

Ooo gitu ye. Kite mulekan skang: -

Soklan 1: CERITAKAN 11 PERKARA TENTANG DIRI SENDIRI
Mencabar gak nih. Kang cite ober-ober orang kate riak lak kan akaka. I'll terai, i'll terai...

  1. Saya ni anak bongsu tapi tak manje tau. Ngade jek!
  2. Saya suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuke PINK! 
  3. Walaupun saya ni keturunan mat saleh tapi saya sorang je dalam adik-beradik yang muke macam maid indon + filipina. Mak kate mungkin sebab dia terlampau banyak tengok muka tukang kebun mase ngandungkan saya dulu kot! Dia siap bagitau entah-entah mak tersilap amek anak orang lain kat hospital dulu kotttt!!! Huaaaa... mak jahaattttt!!!!
  4. Saya budak yang kreatif *Kan dah kate dah. Ni tanda-tanda awal nak riak la nih!* Saya pernah dapat maaaaaaanyak anugerah seni sebelum tawen dulu. Since dah tawen, nak pegang berus pun tak dapat. Adelah berbelas tahun dah tak meng'involve'kan diri dalam aktiviti seni ni. Huhuuuu....
  5. Saya sangat PUNCTUAL orangnya. Kalau berjanji ngan saya atau saya berjanji ngan orang... selalunya saya akan pastikan saya sampai dulu.
  6. Saya sangat mementingkan KETELITIAN dan KEKEMASAN. So kalau saya nampak ade something dah men'cacat'kan sesuatu benda, saya OTOMATIK hampe!
  7. Dari kecik sampai beso makanan feveret saya taknah berubah- Pizza dan sate!
  8. Saya pengidap migrain tegar cuma dah tua-tua ni dia pun dah beransur ilang. Kalau tidak tu, dalam seminggu wajib 4 hari kene attack. Pastu kalau kena, sampai je umah taim balik keje terus pengsan depan pintu. Pastu sedar2 dah pagi. Mak memang suke biarkan saya tido depan pintukan, kan.... *Dia kata dia kesian nak panggey saya. Tapi yang sebenarnya dia tak larat nak hangkut anak dia yang menyamai berat sekor tapir ni lah tu!* (Anggapan reka sendiri)
  9. Saya gile KUCING! Tolong jangan bagi saya kucing atau saya akan gomol dia!!!
  10. Saya bukan jenih boleh dok diam lebih dari 1 minit. Mesti ada benda yang nak dibuat!
  11. Kalau saya tido, saya memang PANTANG orang ganggu. Kalau ganggu gak-Nahas! Heheh!

Hmmm... okay now kena jawab soklan dari Oshin pulak: -

1) Apa yang anda tao tentang oshin.
Kacang eh tuuu... sorang single mother yang sangat comel hehe!
 
2) Nom feveret anda adalah .... knpe pilih nom tersebut ? 
No. 2. Sebab: Entahlah... it's just instinct. Tiap kali kena choose number kalau pilih no. 2 mesti dapat benda best *Tipu... selalu no 6*  Peksa pun selalu dapat no. 2. *Lagi la tipu* No. giliran SPM pun 2020. Lahir pun hari yang ke-2 dalam bulan Julai... hehe...

3) Apakah habit yang x boleh dibuang sampai sekarang?!
Tido mesti peluk bantal busuk Garfield yang mak beli dari umur 16 tahun haha!

4) Lagu yang paling diminati adalah ...... 
Wat masa ni takde. Dah lame tak mengikuti perkembangan muzik. Dulu taim anak dare kan kuat berangan. Taim tu berlambak la koleksi lagu pilihan haha!

5) Perkara yang x dijangka oleh anda tp anda boleh melakukan tnpa sebarang pertolongan
Beranak!!!

6) Pada umur berapa anda dapat lesen ?
26! Itupun sebab insiden kena ragut yang boleh wat berani nak amek lesen gak. Kalau tidak haram! Pegang stereng je dah gigil so naik turun bas jelah jawabnye!

7) Pengalaman pahit ketika memandu? 
Orang suke langgar kete saya. Saya tak nah lagi langgar kete orang. Okeh tipu. Ade sekali tapi tu pun sebab kete depan tu brek mengejut tetiba dan takde pe pun yang terjadi.

8) 4 perkataan tentang oshin yang terlintas dipikiran anda sekarang
  • Comel
  • Ibu kepada sorang lagi budak comel bernama Acha
  • Kuantan
  • Jepun! (hahaha... jangan mara haaa...)

9) Impian apakah yang masih x tertunai lagi ?
Nak tinggal kat umah yang ade laman besar, ade kolam ikan dan ruang dapur yang luas!

10) sapa yang pikat suami/pakwe?anda @ pasangan anda?! hehehe
Kalau nak ikutkan... dua-dua pun cam tak je kah, kah! Sebab pilihan kedua-dua belah pihak keluarga. Tapi yang break the ice of course la Pak Ustad! Kalau saya yang mulekan cam miang la pulokkan!

11) Sebelum wat entry nie , anda tgh wat ape ek?!
Baca blog Oshin pastu terkono juooooo.. akaka....


Orait.. jeng, jeng, jengggg... skang tiba masanya untuk menembak 11 orang pulak haha! Sile telan air liur skang: -




Wokeh! Skang masenya untuk saya plak bagi soklan untuk ke-11 bloggers malang bertuah ini ye, ahaks! Sile jawab. Soklannye berbunyik: -


  1. Korang sayang tak kat saya? (apa punye soklan daaa... kurang kasih-sayang!)
  2. Apa yang menyebabkan korang amek keputusan berani mati untuk melawat blog saya yang poyo ini?
  3. Apa yang korang tau pasal saya? *Ngengada*
  4. Apa yang korang rasa masih kurang dalam blog saya ni?
  5. Bile korang dapat tau kena tagged, ade tak rasa cam nak bunuh diri?
  6. Ni soklan peribadi sket- Pernah tak korang terkentut kat public? (Heheh! Jawab jangan tak jawab!)
  7. Berape kali korang gosok gigi dalam seminggu?
  8. Artis mana yang korang paling nyammmmmpah sekali... kalau boleh rase nak tendang, tendang kat dinding?
  9. Pada saat korang tulis ni, korang de berhutang tak ngan sesape?
  10. Bile first taim korang jatuh chenta? *Wahhhh!!! Overrnye mak!*
  11. Pernah tak korang jatuh depan orang ramai? Kalau iye- angguk kepala pastu tulis apa yang korang wat lepas tu. Kalau tak pernah, geleng kepala skang jugak pastu tulis 'Tak pernah'.

Akhirnya! Lepas dah utang den ngan mek Oshin nih! Hahaha... legaaaa....! Apo tunggu laei? Yang kono tagged tu copek jalankan tugasan anda skang! Heheh!


Signature
Follow Me at flickr! .