Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 23 September 2011

Cuti-cuti Malaysia: Bagan Lalang, Sepang

Jumaat, September 23, 2011 11 Comments


Raye haritu kan orang lain balik kampung sakan tapi kiteorang wakil-wakil delegasi takde kampung ni cume menghabiskan cuti raye kat kampung tercinta KL ni je huhu. Jadi bile budak-budak cuti sekolah sebab pelajar tahap 6 amek UPSR haritu, aku pakat la bawak budak-budak gi jenjalan.

Nampak tak yang haluih-haluih tu? Haa.. itulah Sepang Gold Coast Resort. Wat mase ni mampu tengok jelah ngeee...


Tempatnya tak jauh cuma 1 jam 30 minit saja dari Gombak ni melalui Maju Expressway Highway terus sampai ke Bagan Lalang, Selangor. Planning aku nak gi piknik je tapi pak ustad dengan rela hati ajak bermalam kat sane. Apelagi yabedabedu lah! Heheh!

Yang sebelah kanan tu bilik mak aku dan yang kiri yelah bilik aku. Kalau rumah kiteorang betul-betul camni kan best. Senang nak pinjam belacan! *Alasan*

Ini bilik sayeeee...

Ni plak bilik Wan Dolly!

Hasrat nak gi bilik Wan terbantut sebab umminya paksa bergamba dulu haha!


Since sian kat mak aku dah berpenat-lelah mase hari raya haritu, so aku angkut la dia dengan anak sedare aku sekali. Kami bertolak kol 11:30 pagi dan sampai sana kol 1:00 tengahari ngam-ngam. Sampai pun dah tengahari so takkan le nak sunbathing lakkan... jadik sume dok dalam chalet jelah untuk sappede dan lepak-lepak dulu.

Bawak bekal macam bekalan untuk seminggu- sungguh kedekut jimat!


Sonot awak dapat jalan ye. Pekse akhir tahun sok kalau corot.... Nahas!


Hehe... lupe la plak nak bagitau aku stay katner ye. Bawak bertenang. Ekcelli aku diayat untuk gi kat Pusat Latihan LKIM atas sebab tempat dia lebih luas, selesa dan bersih oleh sahabat aku tapi mase aku kol nak booking dah penuh la plak huhu... padan muke aku sape soh lambat booking. Laki aku la ni! (Tetiba nak salahkan! Haha!) So orang dari LKIM tu soh aku terai kol PNK (Persatuan Nelayan Kampung) Bagan Lalang dan alhamdulillah kat situ masih ebelebel.

Kawasan rehat dan parking

Penghuni tetap yang setia menemani anda sehari suntuk

Yang ini bini dia. Sian tengah sarat tunggu mase nak bersalin. Hobi dia ramas-ramas tangan kat lantai.


So kat sanelah kiteorang berkampung sehari semalam. Chalet dia nampak agak lama la tapi well menten jadik takla cam sarang maut. Dalam setiap chalet ada sebuah bilik dan dalam bilik tu ada 1 katil single dan 1 katil queen. So cukup la untuk kiteorang 5 orang sekeluarga ni untuk jadik kuih lopis. Owh tidak, mak ngan anak sedare aku dok chalet lain. Konon Maria nak tido ngan Wan dia sebab tu aku amek 2 chalet, udahnya berimpit gak ngan aku huhu!

Pintu masuknya

Yang atap macam kat Hawaii tu pejabat nak register dan check-out


Belakang chalet ni takde pe cume kawasan lapang tapi ade pagar so kain-baju basah lepas mandi kat pantai habes disidai di situ cam rumah sendiri haha. Tandas dia ade air panas dan tandas duduk. Dalam bilik tu jugak ade TV (tiada Astro ye) dan kerusi sebijik untuk melepak. Kettle boleh mintak upenye tapi tak tau kate boleh mintak, gagah le pak ustad gi pekan beli. Tapi barang kat sana murah-murah gak la hampir separuh harga. So kalau nak beli barang letrik silelah ke pekan Bagan Lalang ye!


 Sapelah punye bekas tapak kaki nih!!!??? Huduhnye....



Petang tiba. Kononnya nak gi jalan-jalan AJE kat tepi pantai sambil lakukan rawatan spa kaki dengan air laut yang masin itu. Malangnya budak-budak bile dah nampak air lalu terus jadik sawan air. Sementelah aku pun dah basah so masuk jelah berendam dalam air sama-sama! Akaka... Rayyan cam biase penakut pasir tapi lama-lama dia yang lebih. Sampaikan dah dekat maghrib pun tanak balik huhuuu...

Yeayyy, Wan dah marah dahhhh...!!!





Comeinyaaa laa diaaa.. mak sape la gamaknye...







Tapi mujur gak kiteorang mandi siap-siap petang tu sebab besoknya cuti Hari 1 Malaysia so pantai tu humang aiiii... penuh ngan orang!!! Pagi tu aku dah jalan gi pantai sorang-sorang bawak senapang tapi mase tu orang tak ramai lagi. Yang ade cume penginap chalet tu je mandi-mandi ngan anak-anak. Sempatlah aku menembak beberape keping gamba seascape tapi bile tengok hasil cam bongok je so aku balik.

Nampak tak gambar ni kabur? Tau nape? Sebab upenya aku terpijak sarang dia mase amek gamba ni. Menggelupur jap aku menahan sakit kena ambush, adehhhhh!!!







Sebelum nak balik KL semula, aku singgah pasar hasil laut kat sini dulu. Kalau korang dok kat PNK ni, senang je korang nak carik pasar tu. Korang cume perlu belok ke kanan dan terus je sampai jalan mati kira-kira 5 minit je dari situ. Kat situlah pasarnya.

Kak Nurul yang friendly

Kat pasar ni kalau tak silap ade 4 gerai so korang pilihlah nak gi gerai mana. Haritu aku gi gerai Zai & Nurul so aku assume nama kakak yang jual ni Nurul la kot hehe. Orangnya peramah so senang la nak berurusan jual-beli ngan dia. Harga fixed dan rate pun lebih kurang cam kat KL je rasanya cume apa yang berbeza ngan hasil laut kat sini, isinya tebal-tebal dan besar-besar. Bak kata contohnya ikan pari kat sini, kalau korang masak dan orang tak tau itu ikan, mati-mati orang akan ingat korang masak ayam dek tebalnya isi dia, nyum, nyummmm...

Sotong yang sebesar lengan okeh! 2 ekor je cukup sekilo!



Dah penuh sebakul ikan, sotong, udang aku ngan mak aku borong, tibalah mase untuk balik. Since journey nak balik 1 jam 1/2 je so takde lah rasa penat sangat travelling. Kalau korang nak datang sini, aku advice jangan lupe gi memborong kat pasarnya. Harga memanglah lebih kurang tapi isi ngan saiz dia tak dapat dipertikaikan! Owh ye ni sket info. Air pantai kat sini agak keruh so kalau korang jenis tengok pasir nampak  cam najis so better forget it la nak bermandi-manda kat sini ye, haha. Pasir atas putih bersih tapi makin ke bawah menuju ke pantai pasirnya dah kaler kelabu sket tapi ekcelli pantainya bersih aje pun. Adios!


Signature

Rabu, 21 September 2011

Jamuan Hari Raya 2011 AZDE Group of Companies

Rabu, September 21, 2011 0 Comments

Alhamdulillah tahun ni Allah SWT masih bagi rezeki untuk opis aku adakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk meraikan hari raya dan sekaligus sebagai tanda mengucapkan terima kasih kepada client-client yang telah memberi sokongan kepada AZDE sehingga masih boleh bergerak hingga ke hari ini (wahhh intro!).


Kali ni berbeza sket la dari tahun-tahun yang sudah sebab menunya kiteorang order dari client kiteorang (untuk support client kiteorang) yang baru jugak la kiranya memulakan perniagaannya kat Malaysia ni yeitu Tahany Hadramawt Sdn. Bhd. Kedai makanan Arab ni terletak kat Kota Damansara di bawah nama Restoren Nakheel Hadramawt. Korang bleh download leafletnya kat sini. Aku pun pernah wat review pasal makanan dia sebelum ni so pade yang terlepas tu bleh la baca kat sini ye.


Tapi uols sowi ye sebab tak sempat amek gambo menunya. Al-maklumlah sedap sangat sampai ramai yang serbu kat situ. Mak pun tak dapat nak merasa makan kat opis haritu tau...! Naseb baik ade kawan-kawan colleague yang sungguh perihatin itu telah menapau untukku sikit hehe... kalau tak mengidam la mak! Yang dapat cume gambo menu sampingan je- jangan mara haaa.. hehe...






Kepada sume yang sudi hadir dan memeriahkan opis kiteorang haritu, mekaseh banyak-banyak diucapkan. Teruskanlah menyepot kami supaye tahun depan kiteorang leh wat open opis lagi ye! *Wink! Wink!*

Client publication... tp hari tu tokeinya tak datang. Wakil anak-anak buah je.

 Ni baru sikit nih...

 Barisan orang-orang besar thee...

 Tokeh printing dengan famili

 Ustad ade, tokei printing ade, tokei katering ade... macam-macam adaaa...

Sayap kanan AZDE & client

 Staff baru dan sizen haha...

 Barisan imam muda heheh...

Salah satu group oditor kiteorang

Anak-anak buah AZDE

 Bakal pewaris takhta AZDE

Para senioritas




By then... Selamat Hari Raya sumeeeee...!!! - dari kami di AZDE Group of Companies.


Notakaki saiz 7:
Kalau sudi silalah Like page AZDE kat sini ye! Masehhhhh...!!!


Signature
Follow Me at flickr! .