Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 28 Jun 2011

Bohsan...??? Cleverbot ade!!!

Selasa, Jun 28, 2011 0 Comments


Pernah tak korang...

Nak borak tapi member sekor pun tak online?

atau

nak chatting tapi sume yang online cam annoyinggg... aje?

atau

nak cite tapi malas la nak sembang cite tu ngan orang yang kenal

Ahhhaaaa...!!! :tepuk: Jawapannya...

(Bunyik dram) Memperkenalkan... CLEVERBOT!

Ape mende la menatang alah ni kan? :08: Well... bior i eksplen gune Wiki wiki dulu ye. Menurut kata cik Wiki: -

Cleverbot adalah AI aplikasi web yang belajar bagaimana untuk meniru perbualan manusia dengan berkomunikasi dengan manusia. Ia telah dicipta oleh AI veteran Rollo Carpenter , yang juga dicipta Jabberwacky , sebuah aplikasi web yang sama. Dalam dekad pertama kewujudannya selepas dicipta pada tahun 1988, Cleverbot diadakan beberapa ribu perbualan dengan Carpenter dan rakan-rakannya. Sejak dilancarkan di web pada tahun 1997, bilangan perbualan telah melebihi 20 juta. [ 2 ]

Cleverbot berbeza dari tradisional chatterbots kerana pengguna tidak memegang perbualan dengan bot yang secara langsung memberi respons kepada teks dimasukkan. Sebaliknya, apabila pengguna memasukkan teks, algoritma memilih sebelum memasuki frasa dari pangkalan data perbualan terlebih dahulu. Ia telah mendakwa bahawa "bercakap dengan Cleverbot sedikit seperti bercakap dengan masyarakat kolektif internet". [ 3 ]

Cleverbot telah dipaparkan di Show Alat itu pada 7 Mac 2011 [ 4 ] dan pada Radiolab pada 31 Mei 2011. [ 2 ]


Okeh, paham tak? Hehee... korang rasa bohsan pastu sengal nak buang mase, gi la kat websitenya yeitu www.cleverbot.com. Pastu korang borak la ngan 'bot' tu sampai lebam :15: haha! Jangan memain tau... mostly ape yang kite borak tu dia jawab! Siap jawab salam lagi ...akaka! Terkujat mak! Kalau tak caya cubelah!

:28: Takpeee... ade lori ade bas...

:koreks:

Palm Spring Resort PD- Berhantu???

Selasa, Jun 28, 2011 8 Comments

Ini cite dah lama gak sebenarnya aku dengar tapi aku tak pernah tau hotel yang mane yang orang selalu dok terkena tu. Malah ade gak orang warning aku jangan gi tido hotel kat PD tapi still tak dimentionedkan hotel yang mane satu gak. Setelah bertawun akhirnya aku dapat satu email yang diforward-forwardkan so dari siapa punye cite yang sebenarnya tidaklah diketahui. Makanya kesohehan cite ni pun tak dapat la dikonpemkan cume sebagai langkah berjaga-jaga bolehlah aku share kat sini okeh. :04: Emailnya cenggini: -

Rabu, 15/6/11 – saya dpt voucher free 3h/2mlm @ Palm Spring Resort PD – Tolong jgn duduk situ!

Ø 1.30pm
Check in. Receptionist dia ok, 5 star. Tp apartment? Ya Allah, seram, mcm kedai tinggal, usang, suram, beberapa blok pecah2, berlalang, parking lubang sana sini, kolam renang kering & xde org lain check in langsung! Masuk bilik, langsir lusuh & koyak2. Tuala pun sama. Sgt2 lain suasana bilik tu. Remang tengkuk, tp cuba wat xtau. Rasa panas sgt (pdhal dh on aircond paling sejuk & kipas paling laju!) kami g mandi laut kt Blue Lagoon. Ok la, laut bersih & cantik.

Ø 6.30pm
Balik bilik. Husband nmpak 'benda' di sebalik tangga & 'benda' itu hilang dlm dinding! Tp dia diam je, xnk bg tau.

Ø 7.00pm
Lps mandi husband xsedap ati, nk balik time tu juga! Masa kemas beg, anak saya duk renung toilet. Husband marah, jgn pndang toilet! (mereka bdua nmpak 'bnda' tu ada dlm toilet!)

Ø 7.20pm
Masa nk keluar bilik, tiba2 anak saya ckp “baby xnk balik, nk main kt sini, ada kawan. ‘Dia’ nk kawan ngan baby” ohh tidak! Kami paksa dia kuar bilik. Gila la!

Ø 7.25pm
Masa sibuk masukkn beg dlm kete, anak saya lg skali duk tenung tangga apartment, tp kali ni muka dia takut sgt2!

Ø 7.40pm
Odway balik rumah mertua kt seremban, dlm kete husband citer ape yg dia nmpak. Tiba2 anak saya mncelah, katanya “mama, td ada hantu kt situ. Hantu tu ada depan baby, tkejut baby. dia nk main ngan baby” Ya Allah, aduhai!

Mlm tu tdo rumah mertua. Nasib baik anak x meragam. Tp saya xleh tdo smpai jam 4 pagi, baru terlena.

Khamis, 16/6/11 - Anak saya demam muntah2, terkejut agaknye. Dia banyak senyap & baring je. Pakcik husband saya bg tau, kolam renang hotel tu ramai budak mati lemas & bilik hotel kami duduk tu ada budak hilang dlm bilik. Hilang begitu sje depan keluarga mereka! Xde org duduk hotel tu pun sejak 3 tahun yg lepas.

Jumaat, 17/6/11 - Anak saya cakap “mama, hantu tu takut air. Hantu tu nk main ngan baby, hantu tu ckp kt baby 'haahaaa...haahaaa' baby nmpak kt kt toilet, kt dlm katil..”

Ya Allah..nasib baik kami cepat kluar dr hotel tu, tanpa tdo 1 mlm pun!

Haaa... amacam? Wehhh korang???? Jadik ke cuti ghaye nanti nak gi tido PD nih??? :hua: Owh tidakkkk...!!!

:05:

Rabu, 22 Jun 2011

3 hari aje! Voucher dari Pizzahut pulokkk!!!

Rabu, Jun 22, 2011 1 Comments

Ish, ish, ishhhh... derang nikan, memangla menduga keimanang betul. Semalam aku dapat offer voucher nugget percuma dari McDonald'skan? Hari ni Pizzahut plak bagi voucher diskaun yang sungguh menggugat jiwe. :03: I hate tauuu...

Harini punye offer cume berlansung 3 hari je yeitu bermula dari hari ni 22hb sampai le ke Jumaat 24hb Jun 2011 okeh. Untuk 3 hari ni kalau korang guna kupon diskaun tu untuk beli 3 viva pizza (yum, yummm...) dengan 2 garlic bread bleh dapat ngan harga RM33 aje! So pe lagi tunggu, download je kupon kat bawah ni pastu terus gi Pizzahut berdekatan! I tunggu korang kat sane ye! Korang bukan leh habeskan 3 bijik pizza tu pun! :03: Ahaks!

Selasa, 21 Jun 2011

Voucher Nugget PERCUMA McDonald's! Copek!!!

Selasa, Jun 21, 2011 6 Comments

Anda teringin nak makan nugget tapi takde stok dalam peti ais?
Anda ade nugget frozen tapi berlagak nak yang dah siap goreng?
atau
Anda ade duit banyak so watdehel ngan nugget frozen itew?

Haaaa... kalau jawapan anda adalah salah-satu di atas ataupun kesemua di atas atau apa-apa jelah yang korang suke, aku nak bagitau nih. Untuk 2 hari saje iaitu pada hari ni 21hb dan esok 22hb Jun 2001 dari jam 11 pagi sampai ke 12 tengah malam, McDonald's dengan baek atinye bagi korang percuma sekotak lagi nugget yang 6 pieces tu PERCUMA bile korang beli 1 kotak nugget 6 pieces itu. Maknanya bayar untuk harga 6 pieces tapi dapat 12 pieces la gituh.

Syaratnye mudah je. Korang print je discount voucher kat gambar atas tu atau pun kalau nak cantek sket, g download voucher tu kat link bawah ni dan zassss... :03: bawak la ke McDonald's berhampiran ye!

Ni link vouchernye: http://www.mymcd.com.my/coupon/June/mcdnuggets.pdf


Nota kaki saiz 7: Takde sape ke nak blanje aku weh? Tongah muplis nih haa... akaka...



:18:

Isnin, 20 Jun 2011

Al-Fatihah: Allahyarham Qayyum

Isnin, Jun 20, 2011 1 Comments

BIODATA

Nama :
nama panjang rashdan nama pendek dan jumbo

Nama samaran :
nama besar qayyum nama kecik q

E-mail :
posto pun boleh

Facebook :
baru merancang nak buat

Alamat :
no.8, kampung dusun (rumah sarip dol).

Hari di beranak :
hari jumaat

Tempat beranak :
sama tempat lahir ahmad albab

Makan kesukaan :
yang sebelum makan kena ambik bau dulu... Lazat?

Minuman kegemaran :
jin n’ tonik

Mainan kesayangan :
bangsi hikmat

Warna peberet :
warna warni kehidupan

Binatang kesukaan :
binatang apa dia tunggang

Bacaan kesukaan :
hikayat 1001 darham... Eh... Malam

Kenderaan kenaikan :
cam kereta haji bakhil... Cantik bukan? Macam setan

Hobi :
saya suka main bola... Hari-hari saya main bola

Cita-cita:
champion of screw

Sejarah hidup :
hidup susah mati pun susah... Mati kena pegang bendela

Pencapaian kerjaya :
menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang...


Kalau korang hantu komik cam aku nih, nama kartunis Qayyum sure tak asing lagi bagi korang. Lukisan-lukisan kartun dia banyak dalam majalah Ujang dan dia jugak pernah berlakon dalam VCD Mat Despatch. Kalau korang nak tau gak, dia yelah Ketua Editor majalah Ujang.

Mase kecik dulu, aku ni memang liat nak makan. So untuk bagi aku de mood untuk makan, biasenya aku akan tebar majalah Gila-Gila atau Ujang untuk baca sambil makan. Benda tu dah jadik habit sampaikan mak aku selalu kata;

"Hang ni kan, dok baca Gila-Gila tu nanti besok hang pun jadik gila!"

Hahahaa... ternyata sumpahan mak aku itu benar. Maseh mak. Ko tak sure aku jadik minah skema sampai hari ni, hehe!


Ok, sambung cite. Pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang arwah telah meninggalkan kite pada jam 7.45 minit malam semalam iaitu pada hari Ahad, 19hb Jun 2011 akibat serangan jantung dan akan dikebumikan di kampungnya di Raub, Pahang.


Buat arwah, marilah kite sume sedekahkan al-Fatihah dan takziah buat ahli keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh, amin.

Sesungguhnya, negara kehilangan seorang kartunis yang berbakat yang wajib dikenang kerna karyanya pernah menggembirakan hati-hati kite sume.


Antara petikan dari VCD Mat Despatch

Khamis, 16 Jun 2011

3 hari 2 Malang: Jalang-jalang Carik Makang- Kuala Terengganu

Khamis, Jun 16, 2011 4 Comments
Ni taim tengah tunggu cab ke LCCT


Sudah masuk boarding room. Adios Kay El!


Mase coti sekolah lepas kiteorang anak-beranak dan keluarga menantu mentua aku pegi Kuala Terengganu. Ekcelli nak gi attend kenduri bertandang umah pengantin lelaki adik ipar aku kat sane so dah alang-alang mase tu coti sekolah, kiteorang berfamily day la sekali.



Chalet Dara Inn yang kiteorang dok ni cume 5 minit je dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud so turun je dari kapal terbang, pak ustad & Maria fetch aku, Mirul & Rayyan kat terminal. Farah naik flight??? :mBerangan: Hahahahaaa.. yeee.. sile jangan makan hati sebab akupun tak tau nape aku bleh merelakan diri aku dok dalam kapai tu. Rasanya sejam aku dalam flight tu dah khatam kot satu Al-Quran! Ngeh, ngeh, ngehhhh... Rasenya inilah kali pertama dan terakhir kot! (Unless darurat kena pakse dengan senapang) Bukan takut daaa... gayat ajeeee... heee... Kalau bahase omputehnya penyakit ngade ni dipanggey 'Aeroacrophobia'. Jangan memain, siap de nama tu..!


2 orang budak yang berjaya menjadikan kapal terbang itu mereka punye...


Tips bergambar: Walaupun tengah takut tetapi apabila berposing, silelah menten ayu okeh!


Oppsss... yang ini bukan chalet kiteorang dok. Yang ini Ahmad Albab yang puuunyaaaa....


Budak paling ceria dapat turun dari kapai terobang. Gayat gak upenyer! Akakaaa...


Nilah bilik kiteorang


Sambung cite. Hari pertama sampai tu cam biaselahkan kalau dah nama orang KL tu, jakun la nak gi pantai (sape tu, sape tu?). So petang tu ramai-ramai la pakat gi jenjalan kat pantai ngan anak-beranak. Para suami tidak hadir ye sebab sumenya keletihan jadik drebar, haha (gelak buat-buat). Aku tak tau nama pantai ni tapi dia betul-betul tepi Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dek kerana pantai ni dah ditambak separuh (dengar kata dari cite adik ipar baru aku kononnya ditambak sebab bile air pasang pernah airnya melimpah masuk lapangan terbang tu) Since dia orang KT sejati so :puteh_16: aku pecaye sepenuh hati.








Canerpun air dia agak dalam gak so mak budak budak-budak makan ati la sebab tak dapat mandi. Paling kuat pun dapat kuak lentang atas pasir pinggir air jelah. Tu pun dah syukur tak lemas. Lagipun aku tengok takde sape pun yang mandi so kalau kiteorang wat pasal kat situ wajib masuk frontpage Metro besoknya. Lepas godek-godek kaki kat pantai tu, kiteorang teruskan mengusha pasar malam yang ade dekat-dekat situ. Tak taulah pasar tu ade tiap-tiap hari ke atau cuma hari Jumaat. Mostly dalam tu banyak baju-baju bundle je so kiteorang yang eksyen kurang berminat ni pun tamatkan ekspedisi untuk hari pertama di situ aje.




Hari Sabtu- 28hb Mei 2011. Aktiviti kiteorang harini yelah bertandang ke kenduri sambut menantu kat area situ-situ gak. Tapi sebelum tu cam biase, main pantai duluuu haha... (excited). Ekceli aku dah plan nak shoot waktu subuh 6.30 pagi tu tapi dah bersiap-siap takut la pulak nak jalan sensorang hehe... :mHihi: Akhirnya dapat gak la shot view pukul 7.30 pagi cume of course la tak selawa kalau dapat shot awal lagi tadi tu. Nampaknya kene tunggu bertawun la plak nak jumpe pantai lagi, cisss rugi, rugi...









Lepas sejam dua kat situ, kiteorang pun siap-siap dan gi makan free kenduri. Pastu petang gi Pasar Kepayang cume aku takde duit mood nak shopping ngat sebab encik migrain aku suda mari. Aku cume beli barang mak aku kirim je ngan jajan pastu balik. Balik tu pak ustad hajak gi minum kat restoren depan chalet aku tu. Kat sini terkenal ngan ICT. Aaa... korang jangan ingat kat Shah Alam jek ade i-City tauuu... kat sini pun ade cume kat sini ICT tu stand untuk hidangan popularnya I=Ikan C=Celup T=Tepung!



Nama restoran ni Restoran Haji Pok Long. Sebenarnye ade lagi berderet restoren ICT sebelah-menyebelahnya tapi aku nak gak masuk sini sebab dari semalam mase sampai KT aku nengok ramai tul orang yang berkunjung kat sini sampai tak cukup-cukup kosi meja. So x acilahkan dorang dapat gi aku tak dapat hehe... :mRambut: Overall aku sangat suke ICT mereka ini. Tepung dia rangup dan sos dia sangat sedap hokeh. Selain dari seafood celup, dorang ade gak menu sedia ade cam goreng pisang dan bihun. Lain takde ye so jangan gatal mintak.




Lepas makan tetiba pak ustad ajak bercanda la plak. Opsss... bukan di tepi pantai tapi di atas kuda okeh. No, no, nooo... :puteh_30: sile cuci otak anda. Tiap petang kat sini ade servis kete kuda round umah orang sampai depan pantai balik. Memula Maria taknak tapi lepas aku ugut nak tinggalkan dia pujuk barulah dia naik. Maklumlah spesis penakut cam ummi dia gak, haha! Mirul terlepas peluang nak naik sebab dia dah ilang gi main bola kat tepi pantai, :mKorek: naseb le...




Bayaran untuk sekali merase jakun naik kete kuda ni yelah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Totalnya.. pak ustad bayor :pandaGeli_27: (sape soh hajak naik tadi). Best gak upenye naik kete kuda ni cume aku sian kat kuda tu kena bawak aku yang berat dah nak cecah obesiti ni, haha! Lalu bile turun sempatla aku usap kepala dan pipi dia seraya mengucapkan mekaseh sebelum drebar tu soh aku tepi sebab ade orang lain suda naik nak jalan suda. Cehhh, jeles la tu... ngan kuda pun nak jeles! Yang paling sonok yelah Rayyan. Maklumlah baru 3 tahun idup camtulah. Upenye taim aku tengah kemas-kemas dalam bilik lepas balik tu, dia suda kuar dan masuk bilik atok dia serta berjaye pau atok dia soh bawak naik kete kuda lagi seround. :puteh_23: Sabo jelah anak Hasloni Hashim itew...



Besoknya takde aktiviti lain melainkan bersiap-siap dan balik ke KL. Alhamdulillah since ni hari ke-3 cuti sekolah so jalan clear giler babas, wuhhuuu.... Canerpun sempatla singgah beli kopok losong yang sedap itu dan brenti rehat kat Kawasan Rehat Tasik Kijal. Aku diet tak lapar so aku lepak je situ dan pastu terus kiteorang direct balik KL.




:minimo_37:
Follow Me at flickr! .