Selasa, 2 September 2008
Ahad, 31 Ogos 2008
Salam Merdeka!



Macam biase, kalau wat makan2 dengan famili ni memang happening sebab masing2 akan bawak part masing2 dari rumah. Maka bertambah meriah la makanan kat situ... ekecelli basic menunyer cume steamboat ngan barbeque jer tapi jadik la pelbagai hidangan sampingan. Antaranya ada ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, sotong bakar, steambot, salad, coleslaw, kueytiaw soup & kek. Acara setat dari lepas maghrib lagi dengan upacara nyanyian lagu tema merdeka oleh 3 Abdul (Har!Har!) dan seterusnya diikuti dengan acara makan. Lepas makan tu pun berdentam-dentum la langit ngan bunyi bunga api meletup! Dan kiteorang pun balik la umah kekenyangan... heheee...

Sabtu, 23 Ogos 2008
Selesaiii...

Khamis, 21 Ogos 2008
Takziah
Tiga beranak maut nahas selepas ziarah kubur keluarga
Oleh Norliza Abd. Rahman dan Thomas Chong

Pemandu kereta, Azmi Abd. Jalil, 35, adiknya, Nor Hidayu, 23, dan ibunya, Minum Aman, 55, yang duduk di belakang mati di tempat kejadian.
Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor Zaidi Hashim berkata, pemandu MPV itu, pemuda berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pemandu di Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerah diri di IPD tersebut kira-kira pukul 1.45 iaitu sejam selepas kemalangan.
''MPV itu adalah milik UPM dan ujian air kencing ke atas pemandu tersebut menunjukkan dia positif dadah dan sudah ditahan oleh polis bahagian narkotik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesemua mangsa yang berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang dari Tanah Perkuburan Islam Taman Meranti Jaya ke Pandan Jaya.
Zaidi memberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada MPV jenis Naza Ria dari arah Puchong ke Taman Putra Perdana yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh kereta mangsa.
''Semua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya.
Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham Minum, Azlee, 27, memberitahu, ibu, abang dan adiknya dalam perjalanan pulang dari menziarahi kubur abang sulungnya, Azman yang meninggal dunia dua tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Pu- lau Meranti.
''Kehilangan serentak tiga ahli keluarga kami amat menyedihkan lebih-lebih lagi di saat abang saya, Azhar akan melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang.
Menurut Azlee, jenazah ibu, adik dan abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru.
Pertama sekali aku sebagai wakil keluarga mangsa ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat2 yang begitu ikhlas mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan salam takziah buat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di atas tu. Untuk perhatian semua, mayat mereka telah dikebumikan pada 20 hb Ogos 2008 selepas polis melakukan post-mortem ke atas jenazah pada malam sebelumnya. Bagi yang belum tahu, keluarga ini sepatutnya bakal menjadi besan kepada mertuaku pada hari Sabtu ini bersamaan 23hb Ogos 2008 kerana anak yang ke-3nya akan bertunang dengan adik iparku pada hari tersebut. Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan dan ditunda ke hari lain rentetan dari peristiwa yang tidak diduga ini (klik sini untuk baca blog hari merisik mereka). Sebagai salah seorang ahli keluarga mertua saya, saya juga merasa impaknya dan mengucapkan takziah buat keluarga mangsa di atas kejadian.
Ahad, 10 Ogos 2008
Hari Sukan 2008 Mirul





Sabtu, 9 Ogos 2008
Kisah Kucing Tomey ngan Barney..





Udahnyer, sementara menunggu tu, tercapailah sudah niat aku untuk g shopping hari ni.. haahaa... Sori sangat ye Ct.. susah la kalau dah dapat penyakit sesat camni! Nampak gayenyer kene masuk kelas touring la mak! Huhuuu...! To husbandnyer yang susah payah datang panas2 naik motor lak tu.. aku ucapkan mekasih gak la instead to Ct yang order. Hope anak tu suke Barney tu, k!
Rabu, 6 Ogos 2008
Bile Jebab mule pusing..

Khamis, 31 Julai 2008
Minggu Yang Menyeksakan.. (bagi seorang ummi i guess!?)

Ahad, 27 Julai 2008
Muffin untuk kepulangan dari Kota Mekah!
Sabtu, 12 Julai 2008
Muffinku Pegi Shoot!




Perghhhh! Dasat ek bunyinyer tapi tulah, aku pun tumpang bangga gak bile ade photographer profesional ambil muffin aku untuk subjek sessi fotografi dorang. Cess, jeles aku dibuatnyer. Mana taknyer, tuannyer xnah masuk mana2 photography shoot, depa la dapat! Pehh!! Anyway, mekasey yang tak terhingga aku ucapkan untuk kedua-dua orang photographer yang profesional tu iaitu Abang Azrin dan Kak Salmah yang sudi menukar rupe muffinku jadik cantik giler!!! Muahhhss!