Aduhaiiiii laaa anak Ummi..!
Dalam pada tu, anak sulung aku si Maria tu dok la berulang kali tanye aku bila nak buat muffin atau kek lagi. Dia tanye harini takde order ke sebab dia rase tak sabar nak makan kek aku lagi. Aku pun malas la nak layan dia sebab aku baru je nak berehat harini selepas menyiapkan order yang alhamdulillah tak putus jugakla sepanjang bulan ni. Tetiba tengah aku mem'bege'2 website aku, Maria muncul belakang aku sambil cakap dengan nada slownyer; "Umi ni kalau org lain order, Umi buat je kek atau muffin, tapi kalau kakak yang mintak, Umi taknak buat.." Aku pun terus la tersentak cam kena petir dengar kata2 dia.. terus aku bangun g dapur & buat kek sponge. Bila dah masak, aku nak g panggey dia, skali tengok dia dah tertido kat kosi panjang menunggu nak makan kek aku.. Huaaa.. siannya anak Ummi! Sorila sangat sayang!
Akhirnya bila dia bangun, dia terus tanye aku nak makan kek. Lega hati aku dapat tengok dia makan sepuas2nyer.. maafkan Ummi ye sayang..
Moral of the story: Jangan sesekali abaikan anak.. nak godam tunggu depa tido, ok! Theehee...