Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 25 September 2014

JJCM: The Chicken Rice Shop, Festival City Mall

Khamis, September 25, 2014 4 Comments

 

Lama dah tak belanja mak makan. Dulu kan tiap kali hari dapat gaji, konpem bawak mak gi makan busat. Kalau tak makan kat luar pun, tapau makan kat ghumah tu dah memang konpem. Tapi semenjak pegang title D.O. ni, ini lah kali pertama pegi makan kat luar dengan mak selepas 2 tahun weh! Sob, sob...! Tapi haritu sebenarnya tak tau pun nak pi lunch kat mana. Saje je jenjalan kat dalam Festival City Mall tu. Usha-usha tempat lain macam mahal tak menarik aje jadik kiteorang gi The Chicken Rice Shop. Ekcelli dulu penah pegi tapi kat dalam AEON Mall Wangsa Maju tu tapi takpa lah, kita nakan menu lain plak hehe... Jom layan...


ROJAK PENANG
Ni mak yang ndak. Dalam gambo kat menu macam roja mamak rupenya rojak buah kehkeh... Portion dia boleh 2 orang makan. Kicapnya pekat giler dan rasanya dia campur pes udang. Buah-buahan yang dia guna pun banyak macam sengkuang, timun, nenas, kedondong dan jambu batu. Sodappp!!!

PAI TEE
Ini feveret mak dan saya, hoyeh! Mak amek set mee so dia datang sekali dengan 2 ketul pai tee. Yang banyak ni saya order lagi sepinggan. Biaselah tamak. Ngeh, ngeh...

SLICE NOODLE MEE
Mi ni kita boleh pilih ayam dia nak macamana. Ada BBQ, roasted, steamed ngan ape ntah panjang namanya lupe dah hehe... Ni mak saya yang punya!

BBQ CHICKEN
Ayam ni datang sekali dalam set nasi di bawah ni sebenarnya. Hat ni Maria kongsi ngan Rayyan. Beli dua pinggan kang tak habes. Ayam ni korang boleh pilih gak nak ayam masak style apa. jangan mintak style lain dari apa yang ada dalam menu sudah!

CHICKEN RICE SET
Ni nasi ngan sup yang dapat sekali ngan ayam di atas hehe...

RAINBOW SOYA DRINK
Ni juara! Sangat sedap okeh! Gabungan air soya, gula melaka dan segala jelly-melly, kekacang yang korang boleh dapat dalam ABC!

1 set nasik ayam
1 set slice noodle
1 set large pie tee
1 plate rojak penang
3 rainbow soya drinks
TOTAL SUME
RM33.00!

Okeh la tu kan? Burp!

 Sekarang rating time! 

RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstarstarstarstar



  Signature

Selasa, 23 September 2014

50% MERDEKA!

Selasa, September 23, 2014 12 Comments


Owh lantaklah kan kertas bocor ke, nak kena re-sit ke... yedda yedda.... 



Yang penting kite kena think positive dan teruskan je cam biasakan?. Opkos kesian kat kengkawan saya tengok anak depa takleh accept keadaan.


Yelah cuba dok kat tempat dorang lah weh. Hampir setahun ok- hari cuti, takde cuti dan setiap malam adalah sekolah jugak sebab kena hadiri kelas tambahan.


Saya yang title mak kepada UPSR candidates ni pun gila letih! Tiap malam waktu orang lain sedap-sedap minum kopi depan tv dan boleh regang kaki yang letih setelah bekerje disiang hari; tapi saya pulak kena keluar hadap jalanraya lagi nak hantar anak gi kelas malam. Waktu siangnya dah berape kali keluar masuk rumah ngadap jalanraya toksah cite.


Waktu dia balik kang, ayah dia yang letih baru balik dari seharian bekerja, gagahkan juga diri pergi jemput pulak anak tu.


Hari sabtu dan hari cuti sekolah... budak-budak upsr candidates ni tak cuti ye. Depa ada kelas tambahan setengah hari. Waktu tu korang sume seronok bawak anak-anak berjimba, holiday tido hotel tapi depa kena datang sekolah hari-hari!


Kalau saya letih nak bangkit awal dan gerakkan dia, siapkan sarapan, siapkan bekal dan hantar dia kekelas; cuba bayangkan perasaan budak-budak ni yang sanggup korban masa leisure dorang, masa rehat dorang dan masa dengan keluarga dorang demi nak berjaya dalam peperiksaan.


Lepas tu dah gigih all out jawab soklan tetiba dapat tau kena buat semula sebab soklan bocor. Ate kalau korang berada dalam kasut dorang, patut tak korang rasa macam nak membunuh sekawan babun?


Tapi entah la hero saya sorang ni memang dilahirkan dengan muka tanpa perasaan. Disebabkan dia pak lawak dalam keluarga jadi agak susah nak tau apa sebenarnya yang dia rasa.


Masa keluar kat berita pasal kena re-sit ni saya yang kalut soh dia ngadap tv tu amek note ape yang dorang hebahkan tapi dia just cakap, alah ummi ni kalau bocor nak kena peksa balik, buat jelah balik!
Erkkk...!


Lagipun memang kite salah soklan terakhir paper english tu jadi bolehlah buat betul-betul balik.
Wah konpiden je ko salah satu je kan anakku. Samada dia cakap nak kaver perasaan dia atau memang dia takde perasaan, wallahualam tapi saya ummi dia tetap nak lakukan sesuatu yeitu....


BAWAK DIA RUNAWAY!!!

Plan ni memang saya dah buat awal lagi so walaupun lepas cuti sekolah ni dia kena sit peksa lagi tapi apeke kesah??? Yang penting saya nak bagi dia lupa bab peksa-peksa ni jap. Cara paling senang yelah bawak gi mandi laut!


Okeh tak kool betul bawak pegi laut, dekat pulak tu, 1 jam 45 minit punya perjalanan je. Tapi tau tak yang duduk dalam deruan ombak, ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dan piknik sesama famili tu terapi minda hehe... Memandai je buat teori spastik!


Nampaknya memang betul Mirul takde perasaan. Muka dia cam sama je kat rumah ngan kat pantai.. ianya tetap skema har, har... ok redha.


Tapi takpelah nampak cam dia seronok. Saya je yang tak berapa seronok. Dek tak sihat, rasa macam nak lempang tapir tapi takde tapir maka Rayyan jadik mangsa agaga... P/s: Gambar di atas tiada kena-mengena dengan tapir.


Anakku.. and to the rest of the 2014 UPSR candidates; just look at the bright side. Eh, tetiba cakap omputeh plak! Banyak sebenarnya hikmah korang jadik calon pertama UPSR yang kena re-sit peksa ni.


Cuba bayangkan besok bile dah ade anak; dengan kembang idung bangganya korang boleh cite kat anak korang; hei anak ayah, tau tak ayah la antara calon UPSR yang kena re-sit dulu tau. Tak pernah lagi terjadi dalam sejarah Malaysia tapi percayalah, apak amek peksa 2 kali tau! Korang hado? Wargh,wargh,wargh...!


Paling senang nak pikir hikmah dia yelah: kan tak pasal-pasal korang dapat lagi 2,3 minggu extra untuk ulangkaji sedangkan orang lain tak pernah merasa? Hehe... tapi tell uols the truth la. Budak-budak ni dah takde semangat dah nak study-mudy nih so redha jelah huhu...


Last but not least.. pehal pun.. uols 2014 UPSR candidates; aunty tau korang sume hebat *wah 'aunty' kahkah...*  Jangan putus asa dan jangan cepat melatah. Insyaallah, Allah akan tunjukkan jalan, amin! Bak kata sorang ustad; anak-anak UPSR 2014 ni adalah insan yang terpilih kerana Allah takkan membebankan seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu!



Woops! Nak review sikit boleh?

Surau awam kat Bagan Lalang ni (yang kononnya 'Dewan  Sembahyang') adalah sangat tidak berjaga. Kipas dah rosak so sangatlah panas solat dalam ni. Takde penyidai dan sewaktu dengannya maka banyak telekung bersepah.

See?! Saya tak tipu. Dia tulis Dewan Sembahyang tapi tak macam dewan pun. Rasanya lebih baik dia tukar jadik pondok sembahyang!
Bilik mandi dan tandas awam ni cuma dibuka selepas jam 5:00 petang. Can you imagine caner saya kena kepit dari pagi sampai petang??? Tapi air pancuran dia best giler sebab laju rasa macam mandi kat air terjun ahaks!

Ketam ni ade 15 hekor sumenya. Cer teka bape hengget saya beli kat kedai kak Nurul? Hehe.. RM12 aje!

Ekcelli dah 2 kali saya datang Bagan Lalang sebelum ni. Boleh baca kat sini yek: -

Signature

Rabu, 10 September 2014

JJCM: Restoran Malaya, Saujana Utama, Sg Buloh

Rabu, September 10, 2014 6 Comments


Lama sudey tak buat Jalan-Jalan Carik Makan (JJCM) ni, kan? Ate masakan kat ghumah sedap tak cukup bajet maka takdelah nak gi JJCM selalu kannnn... Ni pun saja je nak celebrate wedding enibeseri yang ke-15 uols... Ate taktau nak pegi mana pastu teringat kat restoran ni ada jual lempeng cicah sambal yang power *orang kata* jadi nak cubelah terai hee...

Ni set nasi putih asam pedas ikan pari. Sedap weh! Datang sekali (comes with hehe...) dengan sayur gobeh (tu kalau mak saya sebut) aka kobis goreng, telur masin dan sambal belacan. Ini pengantin lelaki punye order, wahhh??? Hahaha...!

Restoran ni kira baru gak macam setahun bukak. Specialty dia cam yang digembar-gemburkan tadi yaitu lempeng, asam pedas claypot dan kari kambing. Menunya cuma lempeng, set nasi putih dengan pilihan asam pedas claypot (boleh pilih nak ikan/daging), set nasi putih dengan kari kambing dan jugak western food. Lain dari tu jangan mintak.


Sungguh malang pengantin pompuan yeitu saya (hehe...) lempeng dah abis le plak malam tu so terpakselah buat pilihan lain yang tidak berapa menyumbang kepada ternakan lemak yeitu Lamb Chop. The verdict: Daging kambing tu ade sikit liat la. Gravy dia pun lebih kepada kicap dan kurang penggunaan blackpepper disitu menyebabkan saya rasa tak begitu menepati seleralah. Tapi bagi Mirul dia kata sedap. Mungkin la gravy style cenggitu budak-budak suke kot.


Yang ini Mirul punya- Fish & Chips. Dia punya filet ikan tu memang sedap- luarnya garing tapi lembut di dalam. Saya suka! Nyesal le plak tak amek yang tu tadi huhu... Buat pertukaran barter dengan Mirul tak berjaya pulak tu! Cisss...!


Chicken Chop ni Maria punya tapi tapau. Tau jelah anak dara i tu kan tuan puteri jadi dia memang duduk dalam istana aje tanak keluar maka kenalah tapau untuk dia. Ayam dia garing dan lembut kat dalam macam fish & chips tadi gak. Sedap. Tapi saya tetap kata gravy dia sikit failed. Walaucanerpun, tuan puteri kata gravy tu sedap dan dia suka sangat. So kite just assumed yang gravy ni memang direka khusus untuk budak-budak. Eh, tapi tuan puteri bukan budak dah? Hrmmmm.... Ahh... what ever jelah kan haha...


Haaa hamek, licin ngko! Hagaga... Okeh sesape yang nak datang restoran ni senang sangat. Dari jalan utama masuk ke Saujana Utama tu, restorannya kat sebelah kanan anda dibarisan bangunan kedai yang pertama korang jumpa. Signboardnya kaler merah menyala bertulis 'Restoran Malaya' berhampiran dengan Shell.



I suka motto dia weh- 'Mak kata kalau masak biar sedap' huhiii... kelassss... 
Tambah best, layanannya sangat owhsem okehhhh!!!!
Jom,lah!


RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar star



Signature
Follow Me at flickr! .