Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 21 Mac 2013

SALE! SALE! SALE!

Khamis, Mac 21, 2013 6 Comments


SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Tau tak apa yang patut dibuat bile baju-baju dah tak muat masuk dalam lemari lagi? Baju-baju tu pulak pakai ade le sekali. Paling banyak pakai pun dua kali jelah kot. Pastu peram. Haaa... cuba tiru macam saya. Mari kite menjual baju-baju terpakai ni ye... sappa mau boleh email: deeb0207@yahoo.com atau tinggal komen kat bawah atau sms/wassap (016) 2290.444 okeh! Jangan lupe mention kod mana yang berkenan tu supaya memudahkan urusan. Ingat! Sapa cepat dia yang dapat ye! Ngee...







--SOLD OUT code: BlouseOren--












--SOLD OUT code: JubahMekah--


--SOLD OUT code: Blouse Pink--













--SOLD OUT code: JubahMekahBudak--






--SOLD OUT code: OuterJubah--


Nak poslaju boleh aje. tambah RM6 untuk semenanjung okeh! Nak amek COD boleh mai sini kat Bukit Saujana, Sg Buloh, Selangor! :)


Signature

Selasa, 5 Mac 2013

Resepi: IKEA's Swedish Meatball

Selasa, Mac 05, 2013 36 Comments




Kalau korang biasa pergi iKea, sure korang tau kan dengan signature's dish iKea ni. Resepi ni saya dapat dari FB Masterchef Musim Pertama si doktor gigi yang pandai masak itew. Memula share je ngan kengkawan kat FB tapi bile dah hari-hari bukak FB gambonye melekat kat dinding sendiri mana boleh tahan maaa... maka tetiba terajin le jugak nak mencubanya ngeee....  Haa... ni bahan dan cara buatnye ye anak-anak: -



BAHAN-BAHAN: -

  • meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan, jangan sampai hangus. *Saya tak jumpa jenama MARINA so saya pakai cap SAUDI aje*
  • kentang goreng secukupnya
  • 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit



BAHAN UNTUK GRAVY: -


  • 2 sudu butter *saya pakai PLANTA*
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cwn air sejuk
  • 100 ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu gula 
  • serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging *saya pakai cap Knorr Beef Gravy*

CARANYA: -


Cairkan butter guna api perlahan

Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. Jangan sampai garing.


Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy (Chef tak bagitau boh berapa so saya bantai pi boh 4 sudu besar sebab nak cepat bagi habes pasal terbeli 1kg punye peket haha). Kacau rata dan biar sampai mendidih. Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dengan garam jika terasa tawar. Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.


Kacau sebati, tutup api dan blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.


JOM MAKAN!


Note: Jem stoberi/ blueberri tu letak la kat sebelah fries tu ke. Sambil makan cicah gravy, cicah jem skali hehe... tapi ku malas nak boh jem-jem bagai so makan jelah ape yang hado ngeh, ngeh.... Inipun dah sodap!


Signature

Khamis, 21 Februari 2013

Hello Kitty Malaysia Gila Sales Online is LIVE Now!

Khamis, Februari 21, 2013 6 Comments



A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

Finally… Hello Kitty Malaysia Gila Sales Online is LIVE today..!
They are selling for Hello Kitty products through online!


They’re going to open this for 1 week only due to the limited stocks
they have.


And they mentioned that it will be first come first serve basis,
Make sure you act before others :)


Currently they’re giving away Hello Kitty 2013 Calender, and you can
have your own copy from them today.
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty 2013 Calender and Hello Kitty Gila Sales Online
is open for a limited time only, which it may be taken off completely.
Stop reading this now, and go to the Hello Kitty Malaysia website and grab
your own copy now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Grab Your Calender Now


Nak saya translate ke? Elehhh tayah ler... JOM tengok Hello Kitty yang cute sekarang!!!! Theee....


Signature

Isnin, 18 Februari 2013

JJCM: Barracuda Cafe

Isnin, Februari 18, 2013 16 Comments


Itu hari Rayyan paksa ayahnya belanja makan sebab besday ayahnya. Hahaha... boleh pulakkan cenggituh tapi ayahnya kalau ngan anak-anak memang kalah so dia turutkan gak la walaupun eden tau dia lotih lepas balik keje. Since haritu tengok kat Foursquare ade blogger komen kate makanan kat sini okeh dan layanan dia hebak maka kiteorang pilih gi sana. Dekat je pun ngan umah yeitu kat Saujana Utama 1. Menu kat sini western dan makanan cina walaupun rata-rata pelayan ngan tukang masaknya bercakap dalam loghat Kelantan. Kire hebak la tuh orang pantai timur leh masak western ngan masakan cinakan? Hehe...


Ini besday boy punye *boy sangatttttttt...* yeitu Chicken Grilled Chop. Dia kata sedap tapi dia tak offer kat saya so tak la rasa hahaha... *sian mukeku...*


Yang ni Maria punye yeitu Chicken Cheese Chop. Dia kata sedap. Owh ye memang saya tak rasa sebab dia tak offer jugak agaga... apelah nasebbb...


Haaaaa... yang ni..... pun bukan saya punya! Hahaha.. ini Rayyan punye tapi saya makan la gak sebab dia tak abes *ceh, konon...* Ini Fish Cheese and Chips. Rasanya okehlah cuma saya rasa macam terlebih masin. Yang lain sume kate sedap tapi saya sorang rasa masin. Jadi malam tu saya banyak buat wish yang merepek sebab nak menmanfaatkan kemasinan molot saya pada malam itu, haha... Okeh, tak klaka.

So overall okehlah. Restorannya kecik aje tapi dia ade open table kat luar jugak bagi yang nak rasa fresh air. Tapi 10 bintang saya bagi sebab layanan dia memang terbaek. Setakat hari ni tak pernah lagi saya dapat layanan terbaek macam kat sini. So kalau sesapa nak cube, mailah singgah ye!


HAPDET as at 10 Mac 2013
Harini saya gi lagi sekali terai makan grilled beef ngan chicken chop biasa (without cheezy). Wow! Rasanya yang grilled tu memang sedaplah dan chicken chop tu pun tak masin. Mungkin masa first time pegi haritu dorang terbubuh garam lebih pastu kena curah cheese lak kat atasnya kan? Anyway tetaplah nak bagitau yang ianya SEDAP!!! WAJIB cuba okeh!


Signature
Follow Me at flickr! .