Janji Allah itu benar!
Farah Deeb
Khamis, Mac 29, 2012
3 Comments
Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya orang yang miskin dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa : sholat, puasa, zakat, namun ia juga suka mencaci-maki orang, menuduh orang lain, memakan harta yang bukan haknya, menumpahkan darah orang lain, serta menganiaya orang lain. Kelak atas kejahatannya tersebut maka pahalanya akan diberikan kepada orang yang pernah dia aniaya. Jika pahalanya sudah habis sedangkan kesalahannya belum semua terbayar, maka dilemparlah orang itu ketengah- tengah orang yang pernah dia aniaya, dan akhirnya dilemparkan kedalam neraka. ( Riwayat Muslim ; Shahih Riyadhus Sholihin, Hadits No : 223).
Ni cite betul. Kalau nak masuk dalam slot 'Tanah Kubur' kat Astro Oasis tu pun boleh, saya tak kesah. Kronologi: Ya arwah abah saya meninggal semasa doktor amek air tulang sum-sumnya untuk pemeriksaan penyakit TBnya. Tapi hakikatnya, sebelum dia jatuh sakit akibat penyakit tu, dia dah pun berbulan makan hati kepada seseorang yang sangat rapat dengannya.
Sebab? Untuk pengetahuan korang, arwah ayah saya ada berbelas ekar tanah kat kampung. Tapi dia tak dapat nak uruskan sebab dia satu-satunya anak yang belajar, berkahwin dan menetap di KL ni. So dia dah amanatkan seseorang itu untuk menjaga tanah dia termasuk bagi upah tiap-tiap bulan sebagai membalas budi menjaga tanah tu bagi pihak dia.
Selepas berpuluh tahun, rupanya baru arwah abah saya dapat tau yang sebenarnya tanah dia dah lama takde dah dijual kepada broker cina oleh seseorang itu. Orang tu pulak tak mengaku sedangkan semuanya dah terbukti benar. Arwah abah saya makan hati berbulan lamanya kerana perbuatan orang tu sebab dia tak pernah sangka orang tu tergamak menipu dan mengambil haknya. Betul... arwah abah tak dapat satu sen pun hasil jualan tanah tu. Dia jatuh sakit dan sebulan terlantar dirumah sebelum Allah SWT takdirkan dia mendapat penyakit TB dan meninggal dunia selepas itu.
Peristiwa tu dah berbelas tahun berlaku. Kami adik-beradik termasuk mak pun dah lupakan apa yang orang tu pernah lakukan pada arwah abah. Haritu saya ke Ipoh berjumpa dengan saudara-mara di sana dan mendapat satu berita mengenai orang itu. Rupanya dia dah lama jatuh sakit tapi tak juga meninggal. Pintu rumah mesti selalu dikunci sebab kalau dia nampak pintu terbuka dia akan lari. Kononnya nak ke Selama untuk gali tanah sebab duit tanah arwah abah kononnya disorok kat situ. Kalau ade orang melawat even anak-anak dia sekalipun, dia akan suruh dorang balik cepat sebab dia kate suma yang datang tu cuba nak curik duit tanah yang dia simpan.
Sedih. Sebak. Tapi apa yang kami sekeluarga boleh buat. Kami dah pun halalkan duit tanah arwah abah yang mungkin bernilai ratusan ribu tu. Walaupun yang dia pernah bagi mak selepas arwah abah meninggal cuma RM 1,000.00 kononnya itu aje yang dia dapat (tak logikkan?) Tapi takperlah, mak pun dah redha. Cuma tulah... peringatan kepada diri sendiri dan juga korang semua. Kalau kite pernah menganiaya sesama makhluk Allah SWT, kepada makhluk Allah SWT tu jugaklah korang kena mintak ampun dan maaf sebab Allah SWT takkan mengampunkan dosa yang dibuat sesama makhluk. Dalam kes arwah ayah saya ni, kalau dia nak mintak maaf dengan arwah ayah saya pun dah tak boleh so apa yang bole dibuat lagi. Kami semua berdoa ajelah semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosanya dan hentikan seksaan dunia kepada orang itu.
Semoga cerita ni menjadi ikhtibar dan pengajaran buat diri sendiri dan semua, wallahualam.