Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 31 Oktober 2011

Di suatu hari Sabtu lepas Deepavali *apa kaitan ntah*

Isnin, Oktober 31, 2011 3 Comments


22/10/2000

Cantik nombor tu, kan? Udah!!! Jangan bawak pi nyangkung! Itu tarikh aku pertame kali beranak! Akaka... Mase tu umo baru 24. Caner ghupe nak pecah ketuban, nak meneran...sume hagham tak gheti haha! Itulah kali pertama aku dianugerahkan seorang anak yang akhirnya aku namakan, Mariatul Qibtiyah- sempena nama salah sorang isteri Nabi junjungan kite yang amat dicemburui oleh isteri-isterinya yang lain kerana kehebatannya memasak kebab untuk Rasullullah SAW. Dengan harapan dah besor sok dia jugak akan hebat memasak bukan setakat kebab malah ape je yang di'order' oleh umminya haha! *Rancangan jahat*

Percubaan membengkokkan pisau. Konon untuk menakutkan waiter supaya siapkan order cepat.

So... ekcelli besday dia dah lepas seminggu dah pun tapi mak bapaknye blom lagi belikan hadiah sebab makbapak blom dapat gaji lagi tengah sengkek dia kate dia blom dapat decide nak apa. Akhirnya dia kate tak kesahlah nak beli apa dia okeh je yang mana membuatkan aku semakin buntu tak tau nak belikan apa, so aku decide bawak dia gi kedai sendiri dan pick up apa benda yang dia ndak. Kan senang! Takkk... sebenarnya tak senang gak sebab dah round sampai sakit kaki pun dia masih tak tau nak apa until dia masuk kedai gift shop dan jumpe keychain bear ke panda ni.

Keychain menatang Korea ni je yang aku beli. Tepon tu Maria beli pakai duit ghaye dia haritu.

Hehe... Ummi dia bagi hadiah rege RM4.90 aje. Apak dia kena belanje makan kat restoren pilihan besday gurl which is kat Secret Recipe... jangan harap la dapat resit under RM10.00 okeh! Itupun aku bedal Rayyan punye diet so meals untuk 4 orang jelahkan- total RM96.00! Haha... sian ayah! Takper, demi anak... (Selamat aku...) Lagipun ayah dia memang utang belanje makan ngan 3-3 anak dia sebab: -

  • Maria: Besday dia + akademik dia meningkat 3 kali ganda dalam peksa akhir tahun lepas.
  • Mirul: Dia dapat achieved target dan achievement dia pun meningkat dalam peksa akhir tahun lepas tu gak.
  • Rayyan: Nak gak? Haa yelah- sebab dah 5 hari dia berjaya tido tanpa puting hehe...


Akupun berjaya gak carik Apple Vinegar yang aku idam-idamkan selama sebulan lamanya sebab takde duit nak beli tak jumpe kat sini. Tapi brand tak sama macam yang kak Shella cakap tu. Yang tu dah abes stok. Yang aku beli ni harga dia lagi mahat RM39.00 kat Watson tapi demi nak kuruih- apelah sangat RM39.00 itukan berbanding gi Slimming World ke hape, wahaha! Owh donia- lepas ni lihatlah selulit-selulitku ilang! *Berangan Mat Jenin- Padahal baru je minum 4 sudu*


Lepas Maghrib lak aku gi majlis tahlil untuk arwah kakak ipar aku yang meninggal dunia seminggu sebelum raye haritu. Sian abang aku tu sorang-sorang kelola majlis so kiteorang adik-beradik pun pakat la tolong mana yang patut. Since dia hire katering je so senang sket la cume sesi mengemas je yang kena wat. Mak aku sedekah gak dessert untuk dia + abang aku lagi sorang bawak pulut kuning ngan rendang.

Orang dok dalam surau baca yassin, yang 4 orang manusia ni (termasuk yg amek gambo le) siap bleh posing-posing lagi kat luar akaka... (halooo coti okeh!) Nasihat saya: amalkanlah ye. Kan dah termasuk cahaya entiti ke hape tu hah! Padan muke! Hahaha....

Alhamdulillah ramai gak yang sudi join bacakan Yasin dan tahlil untuk arwah. Makanan pun tak banyak yang tak habes. Termasuk yang kiteorang mentekedaghah dan tapau bawak balik, sikit je tinggal. Tu pun dah bagi orang yang datang tu tapau jugak. Akupun demi untuk mengelakkan pembaziran, terpakselah makan dengan banyak. Bukan sengaja okey. Lagipun tadi sebelum datang dah minum cuka epal 2 sudu haha. Sile jangan salahkan aku ye. Kalau korang pun mesti layan gak, tak caye tataplah makanan-makanan di bawah ini. Sekian.

Dessert

Set beriani- Nasi beriani, daging kurma, ayam masak merah & jelatah. Kecuuurrr...

Pulut kuning same rendang daging pedas, perghhh...!

Owh lupe plak. Harini aku dapat anak angkat baru. Wahhhh... tak malu declare diri mak angkat. Mak dia pun aku tak jumpa haritu tetiba announce anak orang binatang jadi anak angkat! Heheh! Anyway, meh aku tunjuk anak-anak angkat aku tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Comelkan? Ade 5 ekor. Ngeee... Nama tak tau sebab mak dia tak tinggalkan surat beranak kat kotak tu. Okeh, skang baru SEKIAN!


Signature

Jumaat, 28 Oktober 2011

Maseh sume! Rayyan dah OK!

Jumaat, Oktober 28, 2011 0 Comments
No more gigi rabbit...


Harini dah masuk hari yang ke-4 Rayyan makan ubat. Alhamdulillah, nampak keadaan dia dah okay walaupun sehari, dua lepas gusi kat gigi yang terperosok masuk ke dalam tu kejap-kejap masih kuar darah. Bukan setitik, dua okeh... tapi sesudu teh la gak. :puteh_11: (Bayangkan jelah caner sesak napasnya aku bile tengok darah!) Tapi masuk hari ke-3 dan 4 ni nampak dah takde bleeding. Gusi pun nampak dah tak bengkak dah cume of course macam encek doct kate, mesti monitor takut-takut kalau dia tetiba muntah atau sawan. Kalau jadik-terus bawak gi spital! Hopefully takde la sume tu kan.

So, entry kali ni aku nak tujukan wat sume yang sudi mendoakan Rayyan haritu. Memang menakjubkan macamana DOA boleh mengubah keadaan Rayyan dalam masa yang singkat. :puteh_30: Tengahari taim aku balik umah haritu dia merengek-rengek sampai tertido (pun nangis lagi dalam tidonya) Darah tak renti-renti kuar dari gusi dia. Mulut pun takleh tutup so tido dalam keadaan mulut ternganga. Kejap-kejap nampak dia cube tutup mulut tapi pastu sakit-sambung nanges. Akupun masuk keje balik pastu hati dah serabut terus publishedkan status itu dan tak sangka ramai plak yang mendoakan.

Sile abaikan lubang hidung. Tengok giginya sudah.

Alih-alih petang balik dari keje tu tengok dia dah improved. :puteh_2: Sampaikan malam tu bile aku bawak gi jumpe doct, doct kate dia okay, nampak active. Rayyan siap boleh ajuk nganga-nganga mulut ikut doct tu bercakap lagi sampai doct ketawa. Dan bagi aku, sume tu takkan terjadi dengan adanya doa-doa dari sume. So kat sini aku nak ucapkan bebanyak mekaseh pada mereka yang telah sudi mendoakan Rayyan haritu:kiss: - Keluarga aku: Akak Haslina, akak Salina, Imelda, Emi Hf, Cik Mona. Bekas customer muffin aku dulu: Kak Zaliza. Bahkan kawan-kawan sekolah lama & their wives pun wishedkan Rayyan gak cam: Aniza Abdullah, Saliza, Anor Haris, Nora Yasmeen, Precious Darling, Gee Mat Salleh, Nazirah Ibrahim & Emi Lia. For those yang aku tertinggal nak mentioned dan jugak yang mendoakan dia senyap-senyap, pun; aku ucapkan mekaseh dan semoga Allah SWT balas budi baik korang tu.


Last but not least- aku nak hadiahkan korang satu ilmu yang sangat-sangat-sangat berguna ni. Ekcelli aku dah lama tau pasal ayat ni cume aku tak amalkan sehinggalah satu hari aku betul-betul dalam kesusahan, dan masa tu ntah caner tetiba Allah SWT gerakkan hati aku untuk hafal dan amalkan ayat ni. Since then, each taim aku de problem, konpem prob tu selesai sebelum aku dapat carik jalan nak selesaikannya. Seperti yang terkandung dalam ayat tersebut:

'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)'

Camtu jugak dalam hal Rayyan ni, sebelum aku dapat jalan nak hadapinya, Allah SWT dah bantu aku dengan bantuan doa-doa korang, cepatkan penyembuhan Rayyan dan kurangkan kesusahan hati aku. Sumenya dengan izin Allah SWT.

So, sesape yang blom amalkan ayat ni- SILELAH berbuat demikian. Tak panjang pun- 2 ayat je. Amalkan 5 kali setiap hari selepas solat. Dan paling penting disebut:

'dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya'

Ni bermakna, keberkatan ayat ni pun bergantung pada ibadah dan amalan kite yang lain jugaklah ye. So pastikanlah korang follow syaratnya, insyaallah berkesan!

Notakaki saiz tujuh:
Caye tak caye- sume gambar Rayyan tu diamek lepas balik dari jumpe doct malam tu. Tengoklah caner aktifnya dia tak cam orang sakit sedangkan tengahari tu aku sampai dah putus harapan nak wat apapun. Subhanallah!


Signature:flower:

Selasa, 25 Oktober 2011

Review: Nice Coffee Station, Platinum Walk -Series II

Selasa, Oktober 25, 2011 0 Comments





Hmphhh.. ekcelli mood tengah down sket pasal Rayyan sakit. Tapi nak jugak post entry barukan, haha. (Sedihlah sangat!) Well, aku gi makan kat sini ni sebenarnya sebelum Rayyan sakit lagi so dah agak lama gak terperam. Mase tu hari weekdays tapi ntah nape tetiba tekak aku cam nak gi makan kat sini. Lagipun Rayyan asal lalu situ je dia dok tunjuk jari sampai tertonyoh-tonyoh mata kaler biru aku ni demi nak soh aku gi situnye pasal! Dah le tengah drive ketika itu! Ha-ah ye, dulu aku penah cite pasal restoren ni tapi taim tu aku order menu lain. Bagi yang nak bace boleh gi kat sini ye.

Maria kena tunggu lame hehe... siannn.... burpppp!!!

Hari ni aku nak terai Fish & Chips dia tapi mamat Filipina ke Myanmar tu kate fish finish so aku maleh nak revise buku menu tu terus order Chicken Chop with Black Pepper Sauce je. Maria lak makan nasik lemak dengan kari ayam. Ayor aku Honey Dew Shake dan Maria amek Green Apple Shake.



Chicken chop tu rasa dia biasalah. Takdelah x-factor sesangat tapi ayam dia lembut. Sos dia pun standart Black Pepper ajelah. Nasi lemak Maria tu nampak menarik tapi aku tak larat nak rase sebab perut tinggal ruang udara je untuk bernapeh. Tapi okehla kot sebab Maria takde plak nak buwek, heheh! Yang menarik sekali aku rase air dialah... so yummmmeehhh!!! *Pastu semput minum ais padan muke*

Ni akunye Honew Dew Shake. Sebenarnya de aiskrim atas dia tapi Rayyan dah bedal!

Marianye ni Apple Green Shake

Servis kali ni agak kelembapan stokin sket la plak berbanding taim aku gi makan malam tu hari. Si mamat FIlipina ke Myanmar ni dok la explain kat aku nape lambat sangat sampai nasi lemak si Maria tu tapi aku sebenarnya tak dengar + tak paham ape dia kate so sebelum aku malu, aku ngangguk dan kate, "It's okay. Never mind." Dengan bangganya dan berharap dia tak datang membuat cubaan sembang dengan aku lagi lepas tu, haha.

Ni mase Rayyan masih ade gigi arnab itu huuuhhuuuu.... skang dah takde rabbit dah!

Canerpun aku salute depa ni punye hospitality... mase aku gi bayo pun mamat lagi sorang kat kaunter tu pun dok cakap sori manyak kali dan cube explain nape lambat. Tapi takperlah sebab aku tak paham jugak! Akaka...

Notakaki saiz tujuh:
Aku yang pekak ke atau dorang cakap pelan ek? Hrmmm....(Pekak taknak ngaku! Ahaks!)


Signature

Khamis, 20 Oktober 2011

Wanita yg lahirkan aku sudah 74 tahun! Cer caye, cer caye!

Khamis, Oktober 20, 2011 2 Comments


Kalau sesape jumpe mak aku- anak minah saleh celup itew- ayat-ayat yang konpem aku akan dengar yelah: -

"Eh? Betul ke mak ko dah 70 umonye? Ko tipu ehhh???"

atau

"Kuatnye mak kooo... tipulah umo dia camtu!"


Hakikatnya: Memang aku TAK tipu. Seusia 74 tahun, hari ni mak aku masih kuat dan muda berseri macam akuuuu jugak (cewah!) Kalau tak sebab dia kena pakai tongkat, dah tentu dia jalan laju dan korang sume takkan percaya pada umo sebaya dia, dia masih mampu sediakan sarapan, masak 3-4 jenis lauk untuk makan tengahari, jaga Rayyan dan wat keje umah yang lain. Sila jangan buat fitnah ye- dia takde bela antu raya heee...


Tapi sume tu bukan satu, dua hari punye keje jugak. Memandangkan aku ni kan anak yang manja bongsu :laugh: so mase kecik taim abang, kakak aku gi sekolah... aku sorang jelah yang tinggal kat umah ngan mak aku tu. Maka banyak la benda yang dia terpakse layan soklan songeh aku selalu cite kat aku kisah dolu-dolu dia. So antara yang aku dapat info yelah kekuatan dia pada hari ni sebab mase muda dia banyak masuk utan, wat keje berat, carik kayu api bagai. Bukan dok ngadap pandang monitor sampai 8 jam cam kita, bukak facebook, edit blog haha... :pandaGeli_11:  Makan pulak bukannya KFC, McD dan sume junkfood macam yang aku korang bedal harini. Makanan dia ulam-ulaman je. Dapat makan ikan tu kire dah cukup baik kalau ada. Ayam takyah sebut la. Paling tidak ubi rebus dan sayur-sayur dalam hutan jelah.

Aksi skema

Baru best heheh!

Haritu 7 Oktober 2011- mak aku tu genap berusia 74 tahun. Aku tau dia dah 74 walaupun dia dok kate umor dia baru 26! Siap kire pakai kalkulator lagik! Sape ntah memandai gi godam kalkulator tu ntah (bleh ke godam kalkulator?) Alhamdulillah, tahun ni sume adik-beradik dan cucu-cucu dia dapat berkumpul kasik 'surprise' sket. Cume cam biase kakak aku yang dok seberang sungai je yang tak dapat balik KL. Tapi baguih btol FB ni pasai rancangan gempak kiteorang berjalan ngan lancar tanpa dihidu mak! Har! Har! Dan seperti biase rumah No. 22 Jalan Ibukota 1 itu banjir kilat (Wan Dolly kannnn... sape tak kenal? Ratu ayaq mata!)

Sile pilih muncung siape yang hebat




Kakak aku cube membuktikan yang bukan dia yang habiskan sume makanan tapi habis sebab suap besday gurl!

Makanan pun masing-masing bawak ala-ala potluck. Makanya banyak le makanan yang perlu diabeskan haritu. Takpe, Aizat kate diet jangan makan nasik aje. Lain bedal banyak-banyak pun takper hehe. (Tu pasallah aku tak kurus-kurus haha!)










Malamnye pulak kakak ipar aku jemput datang umah yang jauhnya adela 20 langkah dari rumah mak aku itu. Upenya dia sambut besday ayah dia gak cume ayahnya tak berape sihat. Oleh kerana itu, yang sihat-sihat dan terlebih sihat nilah yang banyak bedal :24: haha...

Sejam dah tak masak-masak gak. Sekali arang basah daaa... cet!

Sekalang suda bleh makan yeay!

Masih meneruskan percubaan menjadi chef

Penguji-penguji makanan sedang menunggu makanan dibawa masuk. Sementara tu layan cerekarama Nabil berlakon ngan hantu haha!


Best gak sekali-sekali makan BBQ nih,kan? Balik umah kol 12:00 malam tetiba ujan turun ngan lebatnya. Pe lagi, terjun atas katil landing macam ular sawe le... takde nyempat-nyempat tunggu makanan dihadam dulu dah! Akaka!
"Kata nak jadi cam aku tapi sumua dok langgak pantang:33: "
kate mak aku.
"Alaaaa... APTB la mak niii.. ngeeee..."


Ni feveret pict of the day. Layannnn!

Notakaki saiz tujuh:
APTB= Ape Pun Tak Bleh


Signature
Follow Me at flickr! .