Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 31 Oktober 2011

Di suatu hari Sabtu lepas Deepavali *apa kaitan ntah*



22/10/2000

Cantik nombor tu, kan? Udah!!! Jangan bawak pi nyangkung! Itu tarikh aku pertame kali beranak! Akaka... Mase tu umo baru 24. Caner ghupe nak pecah ketuban, nak meneran...sume hagham tak gheti haha! Itulah kali pertama aku dianugerahkan seorang anak yang akhirnya aku namakan, Mariatul Qibtiyah- sempena nama salah sorang isteri Nabi junjungan kite yang amat dicemburui oleh isteri-isterinya yang lain kerana kehebatannya memasak kebab untuk Rasullullah SAW. Dengan harapan dah besor sok dia jugak akan hebat memasak bukan setakat kebab malah ape je yang di'order' oleh umminya haha! *Rancangan jahat*

Percubaan membengkokkan pisau. Konon untuk menakutkan waiter supaya siapkan order cepat.

So... ekcelli besday dia dah lepas seminggu dah pun tapi mak bapaknye blom lagi belikan hadiah sebab makbapak blom dapat gaji lagi tengah sengkek dia kate dia blom dapat decide nak apa. Akhirnya dia kate tak kesahlah nak beli apa dia okeh je yang mana membuatkan aku semakin buntu tak tau nak belikan apa, so aku decide bawak dia gi kedai sendiri dan pick up apa benda yang dia ndak. Kan senang! Takkk... sebenarnya tak senang gak sebab dah round sampai sakit kaki pun dia masih tak tau nak apa until dia masuk kedai gift shop dan jumpe keychain bear ke panda ni.

Keychain menatang Korea ni je yang aku beli. Tepon tu Maria beli pakai duit ghaye dia haritu.

Hehe... Ummi dia bagi hadiah rege RM4.90 aje. Apak dia kena belanje makan kat restoren pilihan besday gurl which is kat Secret Recipe... jangan harap la dapat resit under RM10.00 okeh! Itupun aku bedal Rayyan punye diet so meals untuk 4 orang jelahkan- total RM96.00! Haha... sian ayah! Takper, demi anak... (Selamat aku...) Lagipun ayah dia memang utang belanje makan ngan 3-3 anak dia sebab: -

  • Maria: Besday dia + akademik dia meningkat 3 kali ganda dalam peksa akhir tahun lepas.
  • Mirul: Dia dapat achieved target dan achievement dia pun meningkat dalam peksa akhir tahun lepas tu gak.
  • Rayyan: Nak gak? Haa yelah- sebab dah 5 hari dia berjaya tido tanpa puting hehe...


Akupun berjaya gak carik Apple Vinegar yang aku idam-idamkan selama sebulan lamanya sebab takde duit nak beli tak jumpe kat sini. Tapi brand tak sama macam yang kak Shella cakap tu. Yang tu dah abes stok. Yang aku beli ni harga dia lagi mahat RM39.00 kat Watson tapi demi nak kuruih- apelah sangat RM39.00 itukan berbanding gi Slimming World ke hape, wahaha! Owh donia- lepas ni lihatlah selulit-selulitku ilang! *Berangan Mat Jenin- Padahal baru je minum 4 sudu*


Lepas Maghrib lak aku gi majlis tahlil untuk arwah kakak ipar aku yang meninggal dunia seminggu sebelum raye haritu. Sian abang aku tu sorang-sorang kelola majlis so kiteorang adik-beradik pun pakat la tolong mana yang patut. Since dia hire katering je so senang sket la cume sesi mengemas je yang kena wat. Mak aku sedekah gak dessert untuk dia + abang aku lagi sorang bawak pulut kuning ngan rendang.

Orang dok dalam surau baca yassin, yang 4 orang manusia ni (termasuk yg amek gambo le) siap bleh posing-posing lagi kat luar akaka... (halooo coti okeh!) Nasihat saya: amalkanlah ye. Kan dah termasuk cahaya entiti ke hape tu hah! Padan muke! Hahaha....

Alhamdulillah ramai gak yang sudi join bacakan Yasin dan tahlil untuk arwah. Makanan pun tak banyak yang tak habes. Termasuk yang kiteorang mentekedaghah dan tapau bawak balik, sikit je tinggal. Tu pun dah bagi orang yang datang tu tapau jugak. Akupun demi untuk mengelakkan pembaziran, terpakselah makan dengan banyak. Bukan sengaja okey. Lagipun tadi sebelum datang dah minum cuka epal 2 sudu haha. Sile jangan salahkan aku ye. Kalau korang pun mesti layan gak, tak caye tataplah makanan-makanan di bawah ini. Sekian.

Dessert

Set beriani- Nasi beriani, daging kurma, ayam masak merah & jelatah. Kecuuurrr...

Pulut kuning same rendang daging pedas, perghhh...!

Owh lupe plak. Harini aku dapat anak angkat baru. Wahhhh... tak malu declare diri mak angkat. Mak dia pun aku tak jumpa haritu tetiba announce anak orang binatang jadi anak angkat! Heheh! Anyway, meh aku tunjuk anak-anak angkat aku tu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Comelkan? Ade 5 ekor. Ngeee... Nama tak tau sebab mak dia tak tinggalkan surat beranak kat kotak tu. Okeh, skang baru SEKIAN!


Signature

3 ulasan:

  1. SyoKnYe...........!!!~~~
    at mene bli keychain KOREA tu.............
    naK taU gak........
    ^__^

    BalasPadam
  2. Kat dalam Jusco. Siti ndak ke? Ade macam2. Nanti Maria nak gi borong lagi boleh kirim.

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .