Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders

Follow Us @soratemplates

Rabu, 19 Oktober 2011

Hari Usahawan & Sukan Rakyat SKDK 2011

Rabu, Oktober 19, 2011 2 Comments

Yessszaaa... marilah kite kuarkan stok-stok lama yang diperam ye, hahaha.... Event ni dah seminggu berlalu pun. Hari Usahawan ni first taim gak la dengar sebab mase zaman sekolah aku dulu rasanya takde plak usahawan-usahawan ni. Yang konpem ade hari kantin. Haaa... itu hari memang amat aku suke! :hua: Har! Har!

Dolu-dolu, bile lagi seminggu nak hari kantin, cikgu dah setat pakat jual kupon kat murid-murid sebab mase hari kantin tu takde urusan jual-beli guna duitnye de. Taim tu aku ngan abang aku satu sekolah so mak akan bagi sorang RM5. Wahhhh... mase tu RM5 tu macam waaaa hebatnyaaa duniaaaaa...!!! :13: (Maklumlah, gi sekolah pun takde duit belanje. Yang ade cume bekal air. Lapo kalu balik umah nanti baru makan, huhu...)

Yang best sebab nanti sume makanan ke, pakaian, buku... sumenya akan didermakan oleh ibubapa. Kire cam sebenarnya nak beramal untuk sekolah la kan. Mak aku dah sure akan buat sandwich ikan bilis yang super super sedap itu. :wow: Nanti mak bagi aku separuh, abang aku separuh untuk bawak sekolah. Pastu bile sampai sekolah, aku misti nak intai booth yang letak sandwich mak aku laku ke tak hahaha... (Lagi satu pasal mak aku soh perati tupperware dia yang bertanda 'Dolly' tu jangan bagi ilang :33: akaka...)

Bila aku dah darjah 4-6 kat sekolah- wahhh.. taim tu aku gleme der! Dahla pengawas, kena pakai skirt lak tu maka terserlah la ke'anak-orang-putih-an' aku tu haha. :03: Lagi satu gleme sebab aku join kumpulan pancaragam sekolah yang kire sape masuk group tu memang dasatlah kau (taim tu lah pun!). Mase hari kantin, tugas yang selalu aku dapat ialah tukang amek ucapan sebab aku kena jaga booth DJ. Tapi DJnya kawan akulah sebab aku ni pemalu orangnya, ngeeee.... Tapi yang paling best yelah ade macam-macam makanan la pastu murah-murah pulak tu! @ipin01 Pehhh...!!! Nanti bile habes sume acara selesai, aku ngan abang pun balik la umah dengan tupperware bertanda 'Dolly' yang dah kosong itu.

Tapi itu dulu-dululah. :06: Skang ni takde lak aku dengo wujudnya hari kantin kat sekolah. Mungkin la kot dah tuko namenye ke Hari Usahawan ni tak tau le. Cume hari tu aku rase takla semeriah mase zaman aku sekolah dulu. Yang bukak booth pun 4-5 orang cikgu je kot aku rase. Tu pun depa bukan dapat dana dari ibubapa cam dulu. Sebab tu kot sikit je gerai yang ada. Harap-harap lepas ni adela hari kantin sebab aku sangat suke beli makanan tayah hulur duit! Ahaks! (Walhal same je kan nak dapatkan kupon tu kena kuar duit gak hahaha!)

Ni je shot feveret aku haritu. Takde mood sebab makanan tak banyak. Kena balik masak jugak! Huk! Huk!

Signature

Rabu, 5 Oktober 2011

Oh Macaroon! Dapat jugak akhirnya! Ngeee...

Rabu, Oktober 05, 2011 4 Comments

Lama dah Maria dok usha aku soh carik macaroon. First dan last makan mase gi kedai bakeri pastu amoi tu soh cube makan kat kaunter tu terus jatuh chenta. :wow:Dalam hati ade taman nak wat sendiri tapi mase tu dah dekat bulan pose, pastu raye lagiiii... udahnyer terbantut rancangan. :pandaGeli_03:Bile dah free penyakit M pulak dah menyerang so udahnya aku terai la gugel.

Jumpelah ngan sorang blogger ni yang jual macaroon dekat-dekat sini. Tapi ntah nape la plak message aku tak pernahnya terbalas. Nama je niage tapi tak berfollow-up! Cehhh!! :puteh_15: Nak jadik cite hari Jumaat lepas, aku gi la kat kedai bakeri Pistachio dekat Danau Kota tu. Aku nampak de iklan tunjuk macaroon tu tapi aku usha-usha kat dalam takde plak. Upenya dah abessss.. siankan, kan? Tapi takper. Lepas ni kene jeles pulak. :wink: Amoi tu soh aku datang besoknya sebab ade member's day. 50% off okehhhh!!!!

Maka dengan itu terciptalah rekod sejarah pepagi bute Sabtu aku ngan Maria dah tercongok depan kedai bakeri tu haha! Dah nama pun tercongok... wajiblah kiteorang jadik orang pertama yang datang borong macaroon tu sume! :10: Harga asal RM6.00 untuk 3 bijik (mahal sungguhkan! Pehhh...) tapi aku save 50% dan borong banyak sampai 6 kotak so aku just bayar RM21 untuk 18 pieces macaroon yang sungguh sedap itew!!! Heheh... :22: *tumbuh tanduk*

So haritu dari pagi sampai malam itu jelah menu aku ngan Maria ye. (Tipu... nasik bedal sampai dua pinggan) Lepas ni dah takdelah ye. :5: Kite tunggu Pistachios punye member's day tahun depan baru beli, haha! *Dasar kedekut*

Signature

Selasa, 4 Oktober 2011

Resepi: Mee Rebus Tulang Melaka style

Selasa, Oktober 04, 2011 0 Comments

Kalau haritu aku bagi resepi dari pantai timur, haaa... hari ni jom pekena masakan dari Melaka pulak hehe. Penyumbang resepi masih orang yang same yeitu colleague aku, Aju. Variety tol pompuan ni kan. Sume masakan dia tau haha. Kalau ko nak aku masukkan resepi ko lagi silelah masak dan bawak ke opis selalu ye Aju! Ngeh, ngeh, ngeh... Okeh mari kite mulekan!

Bahan-bahan A:
• Bawang besar
• Bawang kecik
• Halia
• Cili kering
• Asam Jawa

Bahan B:
• Tulang & daging tetel - direbus sehingga empuk

Lain-lain:
• Sayur sawi dipotong dan taugeh
• Sedikit air asam jawa
• Sedikit sos cili
• Sedikit sos tomato
• Mee kuning secukupnya
• Telur (dipukul dulu) ikut suke nak bape banyak
• Sedikit tepung jagung

Cara-cara membuatnya: -
• Tumiskan bahan A sehingga garing dan naik baunya.
• Masukkan tulang dan daging tetel. Biarkan ia sebati dengan tumisan.
• Masukkan air rebusan tulang dan biarkan menggelegak.
• Masukkan air asam jawa, sos cili dan tomato. Biarkan menggelegak semula.
• Kuatkan api lalu tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuah sehingga habis.
• Masukkan tepung jagung.
• Semasa hendak makan, masukkan mee dan sayuran. Gaul mesra dan bolehlah di ngappp!

Notes: Sedap makan taim panas-panas lebih-lebih lagi di waktu hujan, perghhhh!!!!

Signature

Khamis, 29 September 2011

Resepi: Colek Paru & Perut

Khamis, September 29, 2011 4 Comments

Hahahahahaaa...!!! Haaalaaaaa... takde sape nak culik paru ngan perut korangnyeeee...! Ini sebenarnya nama satu makanan yang korang boleh jumpe belah-belah pantai timur sana. Resepi ni dari colleague aku si Aju. Bahan-bahan dia dan cara wat dia tersangatlah mudah so kalau nak terai, meh le menerai!

Bahan-bahannya:
• Paru dan perut lembu yang dipotong kecil dan direbus
• Timun dipotong halus dan panjang (alaa pakai sagat tu je senang!)
• Taugeh yang dicelur
• Sos Cili Thai dicampur dengan sedikit hirisan daun ketumbar (bagi wangi)
• Keropok goreng

Cara-caranya:Gaulkan paru, perut, timun dan taugeh dalam mangkuk dengan sos cili thai yang dah digaul dengan hirisan daun ketumbar tu. Bile dah sebati, pecah-pecahkan keropok di atasnya. Banyak mana keropok tu ske ati korang la, kan korang yang nak makan, ahaks! Sekarang nganga mulut dan makan! Siap!

Signature

Rabu, 28 September 2011

JJCM: Secret Recipe Wangsa Maju

Rabu, September 28, 2011 4 Comments

Dapat makan sekali-sekala kat Secret Recipe ni memang best. Tapi jarang la nak makan kat sini sebab harga untuk 2 orang makan je pun dah same rege ngan beli lauk ikan sayur kat pasar untuk seminggu. :12: Biasanya kiteorang gi sini bile ade occassion tertentu atau waktu tertentu la cam sambut besday ke atau tuan ghumah dapat bonus kaaa hihi... Kali ni Maria nak belanje duit raye dia. :mHurm: Sile jangan terpedaya ye... itu cume agenda supaya aku bawak dia gi kedai buku carik novel aje motip utamanya!

Okeh, ni air feveret aku- Chocolate Banana Shake. :mKorek: Tipu. Selalu aku order air apple tapi baru la ni tau ghupenya ade air yang sedap ini haha! Konpem lepas ni aku order air ni aje!

Ini Maria punye. Fish and chips for kids. Dia punya dip tu best. Wahhh sume aku tau best ke tak kan? Memanglah! Kan aku yang nak wat review so aku kena la rase order orang lain gak! :pandaGeli_05: Heheh... (Maria dah bengang aku asek cedok dip dia je sampai nak licin akaka...)

Okeh, ni aku perkenalkan feveret aku forever- Seabass in green sauce kot nama dia. Sesape yang ade simpan resepi sos ijau tu silalah bagi aku ye. Sangat sedap tapi nak wat sendiri kat umah kompem failed!

Notakaki saiz tujuh:
Sebelum nak balik tengah beratur nak bayar sambil tengok bil-
"Ummiiii, mahalnya. Camni tak jadiklah kakak nak blanje. Bayar pakai duit ummi ye!"
Kata Maria sambil sengih. Hukkk....

Signature

Selasa, 27 September 2011

Tutorial: Cara buat hide credit box

Selasa, September 27, 2011 3 Comments

Tutorial ni direquest oleh adik Eeda Latif yang comel itu. Sesape yang nak wat gak silekanlah amek. Aiman tak kesah! (Cume kalau dah copy tu silelah bagi kredit ye! :koreks:*Wink*Wink*)

Step #1: Gi kat Design>Add Page Element>HTML
Step #2: Copy code di bawah ni dan pastekan dalam no. 1

KREDIT

babydoll.nu

bloggercandy.blogspot.com

nama/url blog yg nak dikreditkan

nama/url blog yg nak dikreditkan

nama/url blog yg nak dikreditkan

nama/url blog yg nak dikreditkan

nama/url blog yg nak dikreditkan

nama/url blog yg nak dikreditkan

[tutup sini]

Step #3: Save & preview!

:pandaGeli_04:Notes: Sume yang bold tu korang boleh tukar mengikut rasa nak manis ke masin ke okeh!

Sorila ye Eeda kalau lambat sangat menunggu tutorial ni. Maklumlah baru first taim nak wat tutor, nak pasang coding pun terkial-kial haha! :mHihi: Anyway harap Eeda puas hati!

Follow Me at flickr! .