Cuti-cuti Malaysia: Bagan Lalang, Sepang
Farah Deeb
Jumaat, September 23, 2011
11 Comments
Raye haritu kan orang lain balik kampung sakan tapi kiteorang wakil-wakil delegasi takde kampung ni cume menghabiskan cuti raye kat kampung tercinta KL ni je huhu. Jadi bile budak-budak cuti sekolah sebab pelajar tahap 6 amek UPSR haritu, aku pakat la bawak budak-budak gi jenjalan.
Nampak tak yang haluih-haluih tu? Haa.. itulah Sepang Gold Coast Resort. Wat mase ni mampu tengok jelah ngeee...
Yang sebelah kanan tu bilik mak aku dan yang kiri yelah bilik aku. Kalau rumah kiteorang betul-betul camni kan best. Senang nak pinjam belacan! *Alasan*
Ini bilik sayeeee...
Ni plak bilik Wan Dolly!
Hasrat nak gi bilik Wan terbantut sebab umminya paksa bergamba dulu haha!
Since sian kat mak aku dah berpenat-lelah mase hari raya haritu, so aku angkut la dia dengan anak sedare aku sekali. Kami bertolak kol 11:30 pagi dan sampai sana kol 1:00 tengahari ngam-ngam. Sampai pun dah tengahari so takkan le nak sunbathing lakkan... jadik sume dok dalam chalet jelah untuk sappede dan lepak-lepak dulu.
Bawak bekal macam bekalan untuk seminggu- sungguh kedekut jimat!
Sonot awak dapat jalan ye. Pekse akhir tahun sok kalau corot.... Nahas!
Sonot awak dapat jalan ye. Pekse akhir tahun sok kalau corot.... Nahas!
Hehe... lupe la plak nak bagitau aku stay katner ye. Bawak bertenang. Ekcelli aku diayat untuk gi kat Pusat Latihan LKIM atas sebab tempat dia lebih luas, selesa dan bersih oleh sahabat aku tapi mase aku kol nak booking dah penuh la plak huhu... padan muke aku sape soh lambat booking. Laki aku la ni! (Tetiba nak salahkan! Haha!) So orang dari LKIM tu soh aku terai kol PNK (Persatuan Nelayan Kampung) Bagan Lalang dan alhamdulillah kat situ masih ebelebel.
Kawasan rehat dan parking
Penghuni tetap yang setia menemani anda sehari suntuk
Yang ini bini dia. Sian tengah sarat tunggu mase nak bersalin. Hobi dia ramas-ramas tangan kat lantai.
So kat sanelah kiteorang berkampung sehari semalam. Chalet dia nampak agak lama la tapi well menten jadik takla cam sarang maut. Dalam setiap chalet ada sebuah bilik dan dalam bilik tu ada 1 katil single dan 1 katil queen. So cukup la untuk kiteorang 5 orang sekeluarga ni untuk jadik kuih lopis. Owh tidak, mak ngan anak sedare aku dok chalet lain. Konon Maria nak tido ngan Wan dia sebab tu aku amek 2 chalet, udahnya berimpit gak ngan aku huhu!
Pintu masuknya
Yang atap macam kat Hawaii tu pejabat nak register dan check-out
Belakang chalet ni takde pe cume kawasan lapang tapi ade pagar so kain-baju basah lepas mandi kat pantai habes disidai di situ cam rumah sendiri haha. Tandas dia ade air panas dan tandas duduk. Dalam bilik tu jugak ade TV (tiada Astro ye) dan kerusi sebijik untuk melepak. Kettle boleh mintak upenye tapi tak tau kate boleh mintak, gagah le pak ustad gi pekan beli. Tapi barang kat sana murah-murah gak la hampir separuh harga. So kalau nak beli barang letrik silelah ke pekan Bagan Lalang ye!
Sapelah punye bekas tapak kaki nih!!!??? Huduhnye....
Petang tiba. Kononnya nak gi jalan-jalan AJE kat tepi pantai sambil lakukan rawatan spa kaki dengan air laut yang masin itu. Malangnya budak-budak bile dah nampak air lalu terus jadik sawan air. Sementelah aku pun dah basah so masuk jelah berendam dalam air sama-sama! Akaka... Rayyan cam biase penakut pasir tapi lama-lama dia yang lebih. Sampaikan dah dekat maghrib pun tanak balik huhuuu...
Yeayyy, Wan dah marah dahhhh...!!!
Comeinyaaa laa diaaa.. mak sape la gamaknye...
Tapi mujur gak kiteorang mandi siap-siap petang tu sebab besoknya cuti Hari 1 Malaysia so pantai tu humang aiiii... penuh ngan orang!!! Pagi tu aku dah jalan gi pantai sorang-sorang bawak senapang tapi mase tu orang tak ramai lagi. Yang ade cume penginap chalet tu je mandi-mandi ngan anak-anak. Sempatlah aku menembak beberape keping gamba seascape tapi bile tengok hasil cam bongok je so aku balik.
Nampak tak gambar ni kabur? Tau nape? Sebab upenya aku terpijak sarang dia mase amek gamba ni. Menggelupur jap aku menahan sakit kena ambush, adehhhhh!!!
Sebelum nak balik KL semula, aku singgah pasar hasil laut kat sini dulu. Kalau korang dok kat PNK ni, senang je korang nak carik pasar tu. Korang cume perlu belok ke kanan dan terus je sampai jalan mati kira-kira 5 minit je dari situ. Kat situlah pasarnya.
Kak Nurul yang friendly
Kat pasar ni kalau tak silap ade 4 gerai so korang pilihlah nak gi gerai mana. Haritu aku gi gerai Zai & Nurul so aku assume nama kakak yang jual ni Nurul la kot hehe. Orangnya peramah so senang la nak berurusan jual-beli ngan dia. Harga fixed dan rate pun lebih kurang cam kat KL je rasanya cume apa yang berbeza ngan hasil laut kat sini, isinya tebal-tebal dan besar-besar. Bak kata contohnya ikan pari kat sini, kalau korang masak dan orang tak tau itu ikan, mati-mati orang akan ingat korang masak ayam dek tebalnya isi dia, nyum, nyummmm...
Sotong yang sebesar lengan okeh! 2 ekor je cukup sekilo!
Dah penuh sebakul ikan, sotong, udang aku ngan mak aku borong, tibalah mase untuk balik. Since journey nak balik 1 jam 1/2 je so takde lah rasa penat sangat travelling. Kalau korang nak datang sini, aku advice jangan lupe gi memborong kat pasarnya. Harga memanglah lebih kurang tapi isi ngan saiz dia tak dapat dipertikaikan! Owh ye ni sket info. Air pantai kat sini agak keruh so kalau korang jenis tengok pasir nampak cam najis so better forget it la nak bermandi-manda kat sini ye, haha. Pasir atas putih bersih tapi makin ke bawah menuju ke pantai pasirnya dah kaler kelabu sket tapi ekcelli pantainya bersih aje pun. Adios!