Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 28 Julai 2011

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia - Berani Korang Masuk?

Khamis, Julai 28, 2011 2 Comments


Cite ni aku dapat dari email. Jom share!

Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun nie telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.


Bangunan usang nie telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.


 Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita jumpa kat FunFair tue, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.


Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu nie juga terdapat banyak pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.


Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.


Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu nie juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.


Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.


Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan tue.


 Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu tue. Adeiiiiii, seram la nak masuk rumah hantu besar-besar camni. Kita dok ingat hantu berlakon ja, tengok-tengok hantu sebenar. Apa korang nak buat kalau jadi camtu?


Akhir kata dari pengirim e-mail:
 P/s: Bacalah doa sebelum masuk. Peace...



Signature

Selasa, 19 Julai 2011

Contact Name ikut usia perkahwinan

Selasa, Julai 19, 2011 5 Comments


Hahahahaaa!

Ni entry lawak sekejap! Benda alah ni aku dapat dari sis-in-law aku. Korang pernah terpikir tak apa yang suami-suami (wahhh ramainya suami, ahaks!) korang tulis nama korang dalam contact list henpon derang? Yelah, contohnya hunny ke, hunnymadu ke, ayang keeee... kan? Haaa... meh kite tengok apa yang agaknya dorang tulis mengikut usia perkahwinan korang! Lepas ni cepat-cepat gi cek henpon laki uols tau! Manelah tau ade yang matching pulak dengan nama yang di bawah ni! Hahahaha....!!!

~Baru Menikah~



~Tahun Pertama Menikah~



~5 Tahun Menikah~



~10 Tahun Menikah~



~15 Tahun Menikah~



~20 Tahun Menikah~



~25 Tahun Menikah~



~30 Tahun Menikah~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~35 Tahun Menikah~



Notakaki saiz tujuh:
Cik Fasha tiada kena-mengena dalam ini cerite. Sile jangan membuat percubaan mendail nombor itu. Mekaseh. -Pesanan Khidmat Masyarakat


Signature

Khamis, 14 Julai 2011

Salam Nisfu Syabaan 1432

Khamis, Julai 14, 2011 1 Comments



Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Apakah itu malam Nisfu Syaaban?
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amalan ibadah di hari Nisfu Sya’aban yang boleh korang wat yeitu:

1. Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat selepas solat maghrib (15 Sya’aban, sabtu malam)

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, sabtu malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Sabtu)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Ni pulak diantara kelebihan bulan Sya’aban:

  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
  3. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua’alam

JADI JOM KITA PAKAT PENUHI MALAM NISFU SYAABAN NI DENGAN AMAL IBADAH. KITA TAK TAHU KALAU KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPANKAN?… NAUZUBILLAMINZALIK…

Signature

Rabu, 13 Julai 2011

Apakah artinya ini...?

Rabu, Julai 13, 2011 0 Comments



Published: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 5:18:00 PM
Updated: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 6:13:18 PM
Kabinet Tak Benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan Sehingga Dapat Kebenaran SKMM

KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. - BERNAMA


Surat bagitau pasal caj harga baru Astro tu aku dapat semalam yeitu 13hb Julai 2011 manakala bahan berita ni lak disiarkan 13 hari sebelum itu iaitu pada 1hb Julai 2011. Sooo......?

Adakah ini bermakna yang SKMM telah membenarkan kenaikan tarif Astro tu???

Hmmm... pehalpun, aku dah tak berape kesah sangat sebab bulan ni aku last ada akaun ngan dorang :hua: heheh! Tapi kalau dorang proceed gak, sian la kat akaun holder yang lain. Tak pasal-pasal je kena bayar manyak camtu. So, pe lagi? Ikut jelah jejak aku tuko ke Dreambox, abes cite! :31: Hehe...


Signature

Selasa, 12 Julai 2011

Review: Mama Chops Papa Grill, Prima Sri Gombak

Selasa, Julai 12, 2011 7 Comments




RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Akukan memang ske sangat kalau pak ustad datang angin dia nak wat kuiz. Sebabnyekan, kalau sape dapat jawap betul nanti dia blanje makan kat luar, hehe... :18: walhal dia tak tau yang bini anak-anak dia sume penipu bijak-bijak belaka! Hehe... Kali ni soklan cepu emas dia berjaye dijawab Maria dengan jayanya maka dialah yang berhak membuat pilihan nak pi makan katner.

Cam biase aktiviti menunggu order sampai. Seb
baik order tu cepat sampai, ko tak alamatnye lame lagi le kena layan budak kecik ni bergambo!


Since Maria pilih nak makan Western Food, so melilau gak la memula kat area umah aku mencarik tempatnya. Puas aku gugel tapi takdok pun. Last-last aku tingat dekat ngan opis aku ade satu kedai western yang aku rase dah femes dah pun sebab aku selalu nampak kedainya kat kebanyakan negeri dalam Mesia nih yeitu restoran Mama Chops Papa Grill. Aku selalu tingin nak gi makan sini tapi selalunya ade je suara-suara jeles nasihat yang kate toksah la pegi sebab tak sedap! Well nak wat camno ini jelah pilihan yang aku de since molot Mirul dah tak gheti nak diam asek sebut lapo, lapo...

Ini Chicken chop. Sedap! Tapi roti dia out. Minyak sangat la...


Okeh berbalik kepada cite restoren ni. Menu dia sumenya nampak menarik dan harga pun okeh. Ikutkan nafsu tamak hati aku rase cam nak order sume je tapi sian lak kepada menteri kewangan tu kang, :10: haha! So udahnya aku amek set yang ade 1 chicken grill, 1 lamb grill, 1 grilled salmon dan 1 grill chicken frankfurter. Wahhh manyaknye aku makan, kan? Udah... sile bawak bertendang. :pandaGeli_05: Set tu aku kongsi dengan Maria dan Rayyan. Hebatkan mak diet? ***Kate kau*** Pak ustad macam biase wajib amek kambing jadi dia order Lamb Grill. Mirul lak amek Chicken Chop.


Nilah akunye set. Punyelah meriahkan?


Overall aku sangat suke dengan servis dan makanan dia. Gravy dia sangat sedap, pekat dan banyak okeh! Itu yang penting! :18: Hehe... Aku de terbace review kat Foursquare yang portion kat sini sket sangat untuk sorang makan tapi aku tak stuju ngan fakta itew sebab aku rasa dianya portion bersesuaianlah. Kang banyak pun kalau membazir kan dah kene kawan ngan setan pulokkkk... :heh sogan: ndak kewww?


Ni Lamb Grill. Daging kambing dia lembut dan tak hamis tau!


Bagi korang yang tingin nak makan Western Food, aku suggest korang gi sini. Tapi review ni cume untuk restorennya yang kat Prima Sri Gombak ajelah ye. Tempat lain aku tak tau adakah servis dan kualiti makanannya same cam kat sini sebab ini restoren francais. Untuk ke sana, korang just naik flyover ke Taman Sri Gombak. Next, turun dari flyover tu je terus masuk kanan kat trafik light yang pertama dan wallah!!!

Pssstt!!! Nak blanje aku sekali pun dialu-alukan since kowang dah sampai dekat opis akukan! Hik! Hik!


Signature
Follow Me at flickr! .