Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 4 November 2010

Taiping Again- Part II

Khamis, November 04, 2010 0 Comments
Orait, seperti yang dijanjikan; kali ni aku nak citer pasal Muzium Long Jaafar atau known as The Kota Ngah Ibrahim Historical Complex pulak ye. Tapi sebelum tu citer pasal Muzium Perak dulu. Untuk pengetahuan korang yang belum tau, muzium ni merupakan muzium pertama yang dibina di Malaysia. Mesti mak aku dulu selalu pegi muzium ni time datingkan, :girl_2: hehe! Semalam mase time nak balik aku ternampak signboard muzium ni jadik tulah harini dengan konpidennya boleh sampai sini tanpa bantuan mamat GPS. Sori ye mamat, @ehsan01 i abaikan u sekejap.


Ini kalau tak silap kepala ketapi lokomotif yang pertama kot, heheee...


Yang ini pun rasanya ketapi pertama ke ape... heehee.. :puteh_23: ya ampunnn... tak ingat okeh!


Yang ini aku sangat ingat sebab dorang ni dok tanye soh aku explain apeke menatangnya ni jadi aku terpaksa berhempas-pulas translate ape yang tertulis kat papan tanda tu, hehe... Haaa.. anak-anak, inilah pengaut bijih timah masa zaman dolu-dolu tauuuu....


Ni meriam lama. Itu jelah yang aku ingat, :mHihi: hahaaa... (masalah daya ingatan betul la aku ni!)

Batu peringatan ni sebenarnya dulu diletakkan kat tempat J.W.W. Birch mati dibunuh tapi kemudiannya dipindahkan ke muzium ni supaya tayah gi jauh-jauh semata-mata nak tengok batu tu (:puteh_27: Wahhhh hebatnya Farah boleh ingat semula! Ahaks!)


Rayyan suke sangat dengan patung ni. Sure dia ingat tu moyang diakan (:pandaGeli_13: perasan!) Ni patung Sir R.S.F. Walker, seorang kolonal British yang pernah terbabit dalam sejarah di Taiping. Okeylahhh... aku ngakuuu.. :bofu_32: aku tak ingatttt!!! Google jelahhhh!!!!


Orang dulu-dulu panggey benda alah ni singgahsana. Aku saja soh Maria pose kat situ mane tau kot time dia nak bersanding sok nanti ade gak idea nak deko, haha!


Ni alat-alat muzik di istana zaman dolu


Cam lebih kurang je badan anak aku dengan tulang-temulang tu kan?


Hagak-hagak ini lobang idong sape? Mmmm... salah, salah... jawapan yang itu pun salah. Ini lubang idong gajah! Besor giler kan? Senang nak korek! (Tanpa belalainya la)


Ni sume bukan rangka dinasour okeh tapi binatang-binatang abad ni. Pemenang pertandingan sape yang paling keding kat sini yelah kuda. Kesian yang paling tepi tu, dia patut minum susu Anlene!


Rayyan ngan Mirul tengah wat muke tak percaya itu rangka buaya. Panjang okeh, sampai 3,4 kotak cermin tu pun tak habes!


Same kew??? Same, same... :mJahat: Kui, kui... Apa??? Orang cakap muka Maria dengan Rayyan same!


Wooo... akhirnya ade gak gambar akukan? Balik-balik aku je nak amek gambar orang, mana adil, nak gak interprem sekali-sekala. Yang binatang tu yelah seladang yang sangat besar okeh. Gerun tengok dia tapi seb baik dah innalillah. Yang pink tu... akulah!


Budak baru 2 1/2 tahun idup, mana la penah tengok kerang-kerangan, jakun!


Sume burung-burung itu macam tengah usha Maria jekan? Perasa-a-n...


Mirul sememangnya berani! (Kenyataan ni refer kepada binatang yang ada dalam cermin dan dah mati jelah ye.)


Aku tak tau sape nama guard kat Muzium Perak ni tapi dorang ni sume sangatlah friendly. Walaupun kat luar tengah panas terik, tapi dorang senyuuuuuuuum aje. Jadi akupun tetiba la jadik ramah, haha. Sempatlah aku tanye pasal Muzium Long Jaafar dan brother ni guide aku. Rupenye takla jauh sangat, betullah ape yang mamat GPS tu tulis semalam tu, :minimo_16: heheee.. sori mamattttt! So dari sana, kami pun bertolak ke daerah Matang dimana terletaknya muzium tu. Rasenya adela dalam 20 minit dan kiteorang pun sampai. Tempatnya memang betul-betul kat simpang tiga. Oh ye, bagi pengguna GPS, kalau korang carik POI 'Muzium Long Jaafar' rasanya susah sket nak jumpe kot so better korang search 'Matang Historical Complex', same jek tempatnya!



My first impression mengenai muzium ni yelah- waaaaahhh! Binaan dia masih kukuh (dorang cume wat pembaik-pulihan sket je kt umah tu) dan kayu yang digunakan masih tegap dan solid. Muzium 2 tingkat ni ada beberapa seksyen cam peninggalan Dato' Long Jaa'far sendiri, peninggalan British dan satu side lagi peninggalan Jepun. Asal muzium ni yelah rumah asal Dato' Long Jaa'far sebelum diambil-alih oleh pihak tentera British dan Jepun masa zaman perang dulu. Lepas tu ianya dijadikan sekolah melayu sebelum kerajaan negeri Perak menjadikannya sebagai muzium.


Ini le makam Dato' Long Jaafar

Sikit sejarah jugak...

Matang Historical Complex

Kompleks Sejarah Matang terletak di Matang, Taiping , Perak.

Kompleks ini berbentuk sebuah kota yang dibina daripada batu-batu yang diangkut dari Gunung Hijau, Taiping.

Asalnya kota ini menjadi rumah , pejabat pentadbiran , kota dan kubu pertahanan bagi Menteri Larut yang bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim

1840 Long Jaafar merupakan orang yang pertama menjumpai bijih timah di Malaysia iaitu di Larut, Perak . Kerja-kerja melombong menggunakan teknik melampan iaitu mangkok sebesar kuali daripada kayu. Sesetengah tempat memanggilnya mendulang .

Kekayaan Long Jaafar melimpah kepada Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Jajahan Larut oleh Sultan Abdullah selaku Sultan Perak . Setiap tahun Ngah Ibrahim mestilah membayar sejumlah wang bayaran kepada Sultan Perak.

1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS Pluto bagi mendamaikan sengketa pelombong bijih timah yang tidak terkawal lagi oleh Ngah Ibrahim. Perjanjian ini memberi kesan besar kepada Menteri Ngah Ibrahim kerana tidak lagi mempunyai kuasa mengutip cukai kepada setiap tauke dan pelombong bijih timah.

Komplot membunuh JWW Birch di Pasir Salak menyebabkan beliau dibuang ke Pulau Seycheles di benua Afrika. Di sana Menteri Ngah Ibrahim cuba merayu pulang ke Larut tetapi ditolak. Akhirnya rayuannya diterima dan dihadkan di Singapura.

Tapak kota ini seluas 0.894 hektar . Pernah digunakan sebagai :

* 1913 - 1922 Maktab Perguruan Melayu Matang
* 1913 - 1941 Sekolah Melayu
* 1941 - 1945 Markas Operasi Tentera Jepun
* 1945 - 1984 Sekolah Melayu
* 1985 - Kompleks Sejarah Matang

(Info dr Wikipedia)
Lagi info di sini: www.arkib.gov.my/long_jaafar




Meriam ni mase zaman dulu berfungsi sebagai pertahanan pertama la kalau di ambush dari hadapan.


Keluar aje dari muzium ni, korang akan jumpa signboard ke bandar Taiping semula dan jugak di sebelah kirinya signboard ke Kuala Sepetang. Sape kate aku nak balik ke bandar? :bofu_22: Takkk... hehe... sementelah dah pukul 1:00 tengahari, aku dengan budak-budak pulak dah kebuluran, maka aku teruskan perjalanan ke Kuala Sepetang dimana terletaknya Restoran Mak Jah Mee Banjir Udang. Perjalanan cuma 10 minit saje dan tak susah nak carik sebab ade signboard. Melalui kawasan tu jugak korang akan jumpe lain-lain restoran yang ade sajian mee udang ni tapi disebabkan tahap kejelesan aku pada Maria Tunku Sabri tengok dia bedal mee udang kat Restoran Mak Jah dalam Jalan-jalan Cari Makan tu dulu, maka aku carik gak restoran tu sampai jumpe!


Yang ini aku yang puuuunyaaaa, :mKening: haha! Udang celup tepung bersaiz L! Baekkk punyaaa...


Selain dari Mee Banjir Udang yang femes tu, kat sane ade bermacam lagi menu tapi semuanya basedkan udang. Jangan pulak gatal nak order nasik ayam ke, daging merah ke... ade yang kene perambat kang! :mHurm: Tak reti-reti nak bace menu?!



Tengok ajelah Nasi Goreng Udang dia ni. :puteh_26: Ini yang biasa tau. Kalau yang spesel udangnya saiz laaaaaagi la besar! Maria berape kali punye terkejut daa. Mane taknya, asal selak nasik je jumpe udang! Tapi dia punye freshness bleh gerenti la sebab udang ni even dia L size, tapi korang bleh makan sekali kepala ngan kulit-kulitnya sekali pasal tersangattttlah lembutnya. Untuk info, aku sengaja tak amek gamba mee udang walaupun aku ade beli sebab rasanya macam selalu dah orang asek post gambar mee tu. So kali ni bagi korang tengok lain plak. Hahaa... oi! Udah! :bofu_05: Lap ayor liur tu haaa dah menitik!


:40:

Rabu, 27 Oktober 2010

Taiping Again- Part I

Rabu, Oktober 27, 2010 0 Comments



Haritu hubby ada kursus Sahabat Tiaf kat Kem Belia & Sukan Taiping. Macam biasalah:mRambut:, muka tak malu ni pantang dihajak memang nak hikut aje walaupun dah tau kang sah-sah diri tu kena ngadap kerenah anak-anak yang bosan dok terkurung dalam bilik hotel aje :17: haha. Kebetulan budak-budak pun elok je baru habes peksa akhir tahun so rasenye ok kot kalau dibawak jalan-jalan kasik minda tu berkembang sket. Ko tak sure asek hingat nak tanda mana, A? B? C? atau D?... itu belum yang subjektif dan karangan lagi, pehhh... tekanannnnn... :13:




Aktiviti-aktiviti membuang masa dalam bilik sementara menunggu waktu nak kuar makan!


Ekcelli kiteorang bertolak malam hari Jumaat so sampai pun dah kol 2 pagi so terus je tido. Besoknya pagi-pagi macam biasalah tugasan aku ni menghantar hubby gi kursus. Kali ni tempat kursus tu dekat je dalam 5 minit je perjalanan dari hotel tu. O lupe plak, kiteorang dok kat hotel yang same cam haritu, kat Taiping Golf Resort Condotel. Memula ingat nak terai hotel lain tapi memandangkan hotel ni yang paling dekat dengan tempat kursus hubby tu, so amek gak la yang ni. Lagipun ni hotel sahabat ustaz kawan hubby gak so senang nak kautim, :pandaGeli_03: hehe...




Hari Sabtu tu lepas bawak budak-budak gi makan kat Tesco (kat Taiping Sentral) aku ingat nak terai la carik Muzium Long Jaafar. Nengok kat GPS macam dekat je dari Tesco tu so nak terai la tapi hati ni tak berape konpiden sangat sebab mamat dalam GPS ni penah wat hal. Mase tu konon nak test (maklumlah mase baru beli jakun) pergilah anak-beranak ke Taman Negara. Dia tulis situ 2 jam aje perjalanan, upenyer sampai 6 jam baru sampai tapi itupun tak masuk ke dalam pasal sampai dah pukul 6.45 petang! :24: Udahnya balik KL balik! Kahkah! Siamang betul... tapi takper gak la sebab at least skang aku dah tau yang kite takleh percaya sangat ngan estimation berapa jam sampai oleh mamat GPS ni.


Masa zaman sekolah dulu sinilah tempat ummi melepaskan tension ngan kawan baik ummi, Rose, Ojie & Kotan, nak... hehee... Rindulah pulok!


Maria suke tempat yang ade Waterlily ni. Jenuh round 2,3 kali carik parking! Mak aku citer mase dia tinggal sini dulu selalu cina bunuh diri terjun jambatan dekat area lili ni. Bile aku tingat, terus aku ajak budak-budak balik! Hahahaa...


On the way nak pergi pulak, tetiba hujan mula nak turun dengan lebatnya maka aku ni yang agak lemah semangat terus jelah wat u-turn dan balik ke hotel. Tapi belum sampai hotel, ujan pun berenti la plak so budak-budak sume nak jalan-jalan taknak balik hotel. Makanya destinasi yang paling hampir mase tu dan aku yakin boleh sampai tanpa menggunakan talian hayat yelah ke Taman Tasik Taiping. Relaks la jap sementara budak-budak berlari-lari kat padang tu. Sure kaki dorang dah tak tahan kekejangankan, siannnn...


Habeh segala monyet, ikan sume lari menyorok terperanjat dengan huru-hara dorang dua ni bikin bile dapat lepas!

Rayyan baru bangun tido takde mood nak ikut kakak abang dia gi wat pencemaran bunyi dan huru-hara same. Sure dok terkial-kial memikir dia tido tadi punye lama sampai ke negara mana sudah????


Okeh, cukup dulu sampai sini ek. Hari besoknya aku akhirnya berjaya sampai ke Muzium Long Jaafar tu. Dan lagi best, ade banyak udaaaaaaaaaaaaang... hehe... Nak tau kene tunggu part-II! :mGelak:

:bofu_48:

Isnin, 18 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Nadia & Razman!

Isnin, Oktober 18, 2010 0 Comments
First of all biar aku ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat pasangan pengantin baru- Nadia & Razman. Nadia ni yelah anak kepada anak sedare arwah bapak aku. Haaa.. nak panggey ape tuh. Ntahlah, aku bab-bab salasilah ni memang problem sket nak bagi title, hehe. So pandai-pandai koranglah ye. blogger-emoticon.blogspot.com

Ekcelli dorang ni dah menikah sebulan awal dah tapi mungkin atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan (lumrah artis biaselah manade masa lapang sangat agaknya... :mDuit:) so akhirnya pada 16hb Oktober 2010 berlansunglah majlis persandingan kedua mempelai di Villa Indah, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ramai le sedare-mare aku dari Perak yang datang sampai yang dah tak kenal pun ade, hehe. Biaselah, figure dah lari, :pandaGeli_13:ahaks!

Tema majlis dia ni ala-ala santai gitu dan aku cukup suka. Banyak la angle yang cantik kalau nak shoot tapi sori, hari tu aku memang letak gear sebab pertama- aku datang sebagai sedare dan kedua- malu sey sebab sure la ramai photog yang datang. So tayah la aku sebok-sebokkan diri aku kan. Mana lagi nak dokong budak yang baik itu lagi, hehe... (Tapi instinct aku mmg tepat pun sebab yang amek gambo dorang sumenye pegang dslr, cuma aku je yang pakai kamera kompak- itupun pinjam kamera mak! :mHaha: Ngee...) So pe lagi... layanlah hasil kamera kompak ni je, heheee... :mHihi:



Ini bukan aku yang wat so jangan tanye harga bape, hahaa...

Intai lauk ade lagi tak nak tambah, hehee...


Cube teka aku nak huloq gelaih ayaq tu kat sapa? Tekaaa... tekaaa...

Jawapannyaaaa... kat budak kenit baju merah tu... bukan hulor kat orang lalu-lalang ye!

Jangan maraaa.. keluarga Mak Teh ade bilik khas okehhhh...

Sungguh sebok nak berposingkan? Tak dapat amek gambar atas pelamin, atas katil pun okeh!

Tengah praktis carik angle

Rayyan ngan Wan dia

Cam Charlie's Angel kan? Tapi ni versi Islamik, heheh!

Flower girl yang melarikan diri! Hahahaa.. ngelat tol!

Abang flower girl aka tukang amek gamba

Kembar lain mak, lain bapak

Kalau soh berposing memangkan main hebat. Kalau soh tolong kat dapo, hampe!

Panas-panas rase cam nak terjun je dalam kolam tu tapi apekan daya, kang jadik mukadepan suratkabo la plak! Uhukk...

Comeikan mereka-mereka ini... sedare sapelah gamaknye.. hahaa...

Cam kenalkan si Nadia tu?? Haaa laaa.. dialah siRehan dalam Impian Sunsilk tu dan yang tengah bersiaran skang ni cite '8 Bulan'

Tengok brape punye ramai photog daaa... Tu blom campur hat depan ngan belah belakang aku ni haa...

Orang lain sebok amek gambo pengantin atas pelamin, dorang ni sebok selak makanan VIP, haha!

:girl_4:
Follow Me at flickr! .