Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 12 Julai 2010

Al-Fatihah: Almarhum Haji Tohid

Isnin, Julai 12, 2010 0 Comments
Artikel ini adalah rentetan dari artikel bertajuk 'Bantulah- Cuma 1,2 minit dari waktu anda' di blog funmuffin aku dulu. Just to inform yang arwah telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 10hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu 27 Rajab 1431 (Hari Isra' Mikraj) dan dikebumikan selepas Asar pada hari yang sama. Untuk pegetahuan sume, almarhum telah koma selama lebih kurang 2 bulan sebelum kembali mengadap-Nya. Marilah kite sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah buatnya dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin, amin.


  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Selasa, 6 Julai 2010

Sambungan Besday & Trip Taiping

Selasa, Julai 06, 2010 0 Comments

Hahahahaha... sure korang rase nak muntah kan. Asek nak citer pasal besday je tak abes-abes! Ok-ok... yg ni last, janji! (Alaaa.. lagipun skeati aku la nak citer ape, kan aku punye citer! Heheh!) Ekcelli balik umah lepas post entry sebelum ni, upenye hubby pun balik dari JB bawak sekali kek ngan hadiah. Heheh! So ade la acara potong kek dan bukak hadiah! Yeahaa... Tapi of course la acara dimulakan dengan bacaan doa selamat dari yang berbahagia ustadz hubby. Hehee... maseh-masehhh.... tua-tua pun dapat gaks hadiah, ahaks! blogger-emoticon.blogspot.com


Ok! Dah! Cukup dah muntah tu. blogger-emoticon.blogspot.com Skang nak citer pasal trip gi Taiping plak. Ekcelli tak dirancang pun nak pegi Tepeng nih. Mase hubby kat JB tetiba dia bagitau dia nak pergi kursus syifa' kat sana hari Ahad so dia ajak la pegi sekali. Well... biaselahkannn.. I memang pantang dihajak ok! blogger-emoticon.blogspot.com



Tapi agak tensen gak la sebab sampai sane takleh wat apa-apa aktiviti yang mencabar since flu Rayyan dah makin bertambah teruk. Siap dapat ekstra lagi satu penyakit yeitu batuk. Melalak-melolong jelah keje dia tengah malam. Adehhh... Besoknya pulak dihari suamiku gi kursus aku pulak berjangkit. Udah le ade dua ekor yang tak sihat pulok doh! Yang seronot dah tentulah kakak dan abangnya yang sihat itu. Gi turun mandi pool berejam-jam tak hengat nak balik!



Untuk pengetahuan korang, aku stay kat Taiping Golf Resort Condotel. Kawasan dia agak ke dalam sket ar dan dikellilingi oleh hutan yang masih terpelihara. So memalam mulalah dengar bunyi memacam unggas, burung, ponti... eh, takde.. yang itu takde. Tapi seram gak la bagi sorang yang lemah semangat cam mak ni, hehe.. Ate dah le tido tepi sliding door, terjaga pukul 3 pagi dengor segala macam jenis bunyi unggas. :mGuilty: Jenuh gak nak lelapkan mate balik tau, ngeee...


Pemandangan luar balkoni


Pagi tu aku hantar hubby kat Kolej Multimedia TM untuk kursus. Melalak sakan la si Rayyan tengok ayahnya pergi macamlah tak balik lagi dah. Hishhh... seb baik dia ade ummi yang penyabar orangnya ( :pandaGeli_31: huahuahua.. akupun nak tergelak gak ngan statement berani mati ni!) Tengahari tu pulak aku bawak budak-budak gi Tesco. Tempatnya tayah masuk ke pusat bandar dan dari hotel aku tu cuma 10-15 minit je jarak perjalanannya... atau lebih tepat lagi lebih kurang 3km aje. Saje je malas nak masuk pusat bandar. Terer betol makkan, dahle berpuluh tawon tak jelajah Taiping, sekali masuk bleh gi jengjalan kat Tesco lagi. Hehe... ok aku tipu. Aku pakai GPS. Hehee... blogger-emoticon.blogspot.com


.. mesti pengsan orang yang datang wat room service tu nanti!

Sebelum cuci mata dalam Tesco tu macam biasalah kene bagi tong-tong drum yang berbunyi tu penuh dulu. Kalau tak kang meragam je sepanjang masa. Aku sebenarnya tak pernah masuk ke tempat ni tapi since selain KFC dan Ayamas Roaster (yang aku dah muak makan kat KL tu) cuma JomBali ni je yang tak pernah cube so aku slumber jelah jejakkan kaki dalam restoran ni, namanya Jom Bali. Servis agak slow sket la, maybe sebab pekerja serve dan amek order dia cuma ade 2 orang aje (yang aku nampak la).



Tapi bab makanan aku bagi 5 bintang okeh! Haritu Amirul amek nasi lemak dengan rendang daging, Maria amek nasik lemak Jom Bali dan aku (heheh! :mKenyang: Diet la kunun!) amek Kantonese Kue Tiau je. Minum plak Mirul memang tak mencabar la sebab dia minum air favorite dia yeitu Milo ais, Maria amek Orangebena (Orange+Ribena= masam gile ok! Tapi sedap gak!) dan aku amek sirap bandung longan (peehhhhhh... gile best!). Rendang dia tersangatlah lembut dan berasa rempah dia okeh, lansung tak same ngan percubaan kali ke berapa ntah aku buat rendang asek tak jadik-jadik tuh! Pastu sambal dia superb! Cantonese Kuey Tiaw dia plak, pehhhh... the best beb! The best!!! Cicak plak dengan kicap cili api... arghhhh.... :bofu_48:


Mereka-mereka ini memang ekspet wat restoren macam rumah sendiri


Ok,ok... dahla... penat lak tetiba nak tulis so abes jelah kat sini ye. Haha.. Next time aku gi memana nanti aku citer ye. Daa...

Jumaat, 2 Julai 2010

My First Article

Jumaat, Julai 02, 2010 0 Comments
Bukan motip nak tayang henpon ok! Tapi kalau dah jeles nak kate ape dowh!


Yeaa... ekcelli aku dah lama dah spare this blog tapi tak tau bile nak mulakannya. Tetiba je harini aku rase cam this is the right day with the right article to be published- on my birthday! Hehee.... blogger-emoticon.blogspot.com

Aku nak tenkiu sume orang yang wish aku hari ni. Bermula dengan hug & kisses campur deraian airmata (perkara biasalah tu!) dari bondaku, Puan Aminah@Dorothy itew di pagi hari. Siap bagi aku RM50 note lagik pastu mulelah acara main tarik bagi tarik (alah2 kunun taknak la, amek la tayah... tp lepas tu amek gak! Harhar!:mBerangan: ) Maseh sangat2 mak... especially bile aku terdengar words "Hang dah banyak sangat berjasa pada aku" kuar dari mulut dia, huhuuu.. owh tidak mataku dah nak banjir so aku wat2 tabah dan lari gi keje. Hehe... :mRempit:

Sampai opis lak dapat message dari ayah yang berbunyi:

'Salam Buat Isteriku, segala pujian bagi Allah hari yang istimewa, Selamat Hari Lahir dengan doa agar bertambah iman dan taqwa dan semoga Allah terus merahmatimu, terima kasih kerana menjadi isteriku dan ibu kepada anak2. Alhamdulillah'.

Owh- terharu ok! Dan sile jangan jeles juge ye! Dah xnak feeling2. Cukup la bunga-bunga yang sedang berkembang di taman tu. Bukak plak FB hari ni- tu dia mak aihh! Berjela panjang nun kawan2 dok wish. Cek pulak inbox mail lagi sekali tu dia aiii- pecah kuota inbox wat pertama kalinya kot! Huhuuu... sungguh terharu. Walaupun belum lagi dapat sebarang hadiah (haha! Ade kew???) tapi ingatan tu pun dah cukup. Haaa.. tu pun belum kire sms-sms dari pihak penaja yang aku terima seperti Digi, Celcom, SenHeng. (nampak no ade utang! Har! Har!)

Ops lupe plak... last but not least.. ngeee... Maseh Ijan yang sudi belanja aku lunch tadi! Ngeee... Sungguh mulia hati ko kan? Haha... i like!

Ok, maseh la wehhh sume orang! I lap u all lah! :kiss::kiss:

Khamis, 13 Mei 2010

BANTULAH - Cuma 1-2 minit dari waktu anda

Khamis, Mei 13, 2010 0 Comments




Namanya Haji Mohamed Tohid. Dia bukan saudara saya. Dia cuma jiran bonda saya. Tapi pada hakikatnya kami bersaudara kerana kami sama-sama Islam. Atas dasar itu, petang semalam saya dan suami ambil cuti untuk pergi menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur.

Saya tidak mengenalinya dengan rapat tapi tiap-tiap pagi saya pasti akan bertembung dengannya kerana untuk ke rumah ibu saya, saya akan melalui rumahnya dulu. Dan beliau yang memang seorang yang ramah pasti akan mengangkat tangannya bile ternampak kereta saya melintasinya. Beliau juga selalu melintasi rumah ibu saya apabila hendak ke surau. Oleh sebab itu, pakcik ini sangat dikenali di taman perumahan ibu saya, sementelah lagi beliau adalah antara penduduk awal taman perumahan itu yang masih hidup hingga kini.

Dua hari lepas saya dapat tau dari jiran yang dia kemalangan. Hari itu ialah 05hb Mei 2010 bersamaan hari Rabu. Beliau yang ketika itu menunggang motorsikal dilanggar sebuah bas Rapid KL di Batu 6, Gombak. Khabarnya beliau sebenarnya keluar mencari kedai makan kerana teringin hendak memakan nasi minyak ketika itu tapi malang belum sempat menemui hajatnya, beliau kemalangan.

Semalam genap 5 hari beliau berada di Wad Sakit Saraf Hospital Kuala Lumpur dan genap 5 hari jugalah beliau koma. Seseungguhnya walaupun beliau tidak saya begitu kenali, tetapi melihatkan keadaannya yang terbaring kaku, segala macam wayar menembusi mulut, dada dan lehernya buat saya menitis airmata juga. Saya ingin merakamkan gambarnya supaya semua orang dapat melihat penderitaannya tapi hakikatnya jangankan hendak merakam gambar, hendak keluarkan kamera dari beg pun saya tidak sampai hati. Terlalu sedih rasanya melihat keadaan seseorang yang biasanya saya lihat ceria, menegur saya dan hari ini beliau terlantar dengan wayar berselirat.

Oleh sebab itu, saya merayu agar anda yang membaca artikel saya ini agar sama-sama menyedekahkan Yassin buatnya atau paling kurangpun bantulah dia dengan berselawat syifa dengan niat untuk memudahkan urusannya. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Sesungguhnya hanya Dialah yang tahu apa yang terbaik untuk setiap kejadianNya.

SELAWAT SYIFA'

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.




:minimo_29:

Rabu, 7 April 2010

Hikmah bile ekon rosak, heheee...

Rabu, April 07, 2010 0 Comments




Itulah... kengkadangkan kite tak sangka dek kerana sesuatu, maka sesuatu hal lain bleh berlakukan? Ahhh.. susah ngat, senang citer contohnya cam yang berlaku pada saya nilah. Umah saya ni dah 5 hari ekon wat hal. Nak panggey orang baiki, encek hubby kate tayah sebab masih dalam waranti jadik kite cume panggey orang dari 'HAIER' tu jelah untuk repair. So ok, saya pun tunggu la sampai la 5 hari ni haaa.. tapi jangan kate spanar, tayar van orang repair tu pun tak datang2 jugak. Effisien sungguh after sales mereka itukan? Heheh!

Inilah gambar yang saya masuk Top 10 Finalist tu. Takla cantek ngat, amek ngan kamera kompak Oly SP320 yg kene curik tu je. Ohh rindunye ngan kamera tu!

Sempat posing lagi tu, hehee...


Ni kat balai galeri pameran

Makanya, dikala musim tengah panas ni maka encek hubby pun ajak la gi tempat sejuk so saya cadangkan la gi Bukit Tinggi since dia pun tak pernah pergi. Tapi saya takla teruja sebab saya dah pernah explore tempat tu mase saya masuk pertandingan 'Flora Fest' anjuran Malaysian Tourism tahun 2006 dulu. Alhamdulillah, walaupun tak dapat nombor satu, syukur gak sekurang2nya dapat gak masuk Top 10 finalist. Kembang idung wei nama saya disebut bile gambar saya kuar kat screen besar ngan dikerumuni wartawan2 media kat Putrajaya masa tu! Pastu siap display lagi kat ruang galeri top 10 finalist. Pehhhh... kenangan terindahhhh...


Dah bertahun tak pergi ghupenye skang ni nak masuk ke dalam umah Jepun, Inggeris & Taman Bunga tu kene bayor la plak ye. Masa zaman saya pergi dulu tayah la plak bayar. Ate encek hubby pun cakap tayah la kite gi naik tengok, dia dah puas tengok umah Jepun masa belaja dulu, huhuuu... So , kiteorang anak-beranak pun just dok lepak2 kat bawah jelah kat Rabbit Park tu. Cuaca tak berapa sejuk kat sana, maybe sebab tak berapa atas bukit sangatkan. So hubby ajak gi pusing2 je kat atas Genting. Masa ni la pulak ade ABPBH kat ataih nun tapi tak pulak jem. Saya dah risau jem tapi lain plak yang jadik. Baru sampai Gohtong Jaya, si Rayyan dah kasik hadiah kat saya yeitu beberapa kali muntahan yang menyebabkan habis baju dia dan saya dipenuhi dengan baki susu dan sekotak air sirap bandung Yeo's yang belum hadam ye. Huhuuu.. terpaksalah berhenti skjap kat atas tu untuk sesi cuci mencuci. Kesian Rayyan jadik lembik udahnya.


Dalam dok turun tu, sekali Rayyan nak memulakan balik sessi lontaran air dari mulut dia lagi. So hubby pun berhenti la dekat area2 jalan ke Batang Kali tu. Tengah dok carik parking sekali termasuk plak kat satu tempat air sungai yang cantik. Ramai gak la pengunjung bermandi-manda. Yang sebenarnya tak tau pun kat situ ade tempat untuk mandi-manda tapi airnya memang la nampak menarik. Malangnya pasal takde rancang maka masing2 tengok ajelah dengan hati yang berbunga2, huhuuuu.... (lenkali misti nak gi gak mandi kat sini, giler best air dia!) Nanti kalau ditakdirkan dapat gi sana saya upload gambar kasik korang terliur ok! Ahaks!

Rayyan takut ngan arnab, hahahaaaa... sian diaaa...



Follow Me at flickr! .