Jumaat, 11 Januari 2008
Khamis, 22 November 2007
Breeze Out Skejap @ Cameron Highlands
Second day baru kami setat round2 kat sane. Antara tempat kiteorang g yelah Kea Farm. Bestnyer kat sini sebab banyak hasil tanaman cam sayur & buah2an yang tersangatlah freshnyer. Ade gak la benda lain dijual cam baju tapi aku lebih tertarik ngan sayur2annyer.. bayangkan jelah aku bleh beli 12 peket sayur pelbagai jenis ngan harga RM10 jer! Kalau aku dok kat sini, sure hari2 aku masak saaaaaaayur aje! Hehe! Disebabkan hari ni hari Jumaat, so jalan pun skjap jelah sebab ayahnyer gi solat Jumaat kat masjid depan hotel tu. Pehtu konon nak continue ronda, skali wayar ape la plak putus kat kete tu. Dahler kiteorg ronda naik turun bukit malam lepas dinner tu, tetiba tengah drive, lampu, radio sume terpadam tetiba. Nasib baik enjin idup lagi! Ko x jenuh nak nolak weh!! Akhirnya balik jelah ke hotel balik. Huhuuu...
Besoknyer tu hari nak balik, baru la kiteorg pusing2. Tu pun tabek spring pada hubby yang begitu terer merepair ala mcgyver gituh. Tak sia2 aku dijodohkan ngan bekas foreman! Wuahaha! So hari ni pegi la ke Kimanis Strawberry Farm, pakat beli strawberry yang murah gilerz, syrup yg best, homemade strawberry jam.. fuhhh..! Tapi yang paling unforgettable yelah aiskrim strawberrynyer! Sampai bila balik KL, aku terus mintak hubby belikan aiskrim vanilla. Syrup ngan strawberry dah ade.. projek baiknya! Habes licin aku bedal! Heheh! Ade gak la lepas tu g jalan kat Cactus Nursery, tapi x beli pun sebab bonet belakang dah penuh! Har! Har! Ni sume kes malam tadi la sempat gi pasar kat pekannyer borong baju! Well, what to say, dah ade org nak byrkan so i amek aje.. heee..! G la gak ke ladang Boh Tea Plantation tu tapi untuk snap shot menarik jelah sebab budak2 pun dah tertido dalam kete. Bila sampai atas tu sume malas nak bejalan. Mase balik tu ade tanah runtuh lak kat area Tapah tu so kami kene la pusing balik naik ke Brinchang balik untuk ikut Simpang Pulai. Peningnyer la hai kepala aku.. sempat la aku memanfaatkan plastik yg aku bawak kalau anak2 aku mabuk nanti. Kirenyer tak sia2 la aku bawak beg plastik tu.. walaupun akhirnya aku yang guna bukan budak2 tu! Har! Har!
Sabtu, 17 November 2007
Suatu Sabtu Yang Seronot! Thee..
And lastly (patut ni lah first! Hee.. jangan mara haa..) terima kasih yang teramat sangat buat hubby yang bersusah payah gak berurusan dengan Ibu Yuli semasa di sana, seterusnya membawa balik barang kiriman tu sampai tak cukup tangan. Bawak pulak lagi balik souvenir untuk famili.. and of course, thank you so much for the sweater (kononnya untuk pakai g bercuti nilah!.. kemana? tunggu....)
Well.. what to say? Sabtu ni yelah Sabtu yang de best! Thanks everyone who had made it real! Cayangggg sume.. muahhhzz!!
Jumaat, 26 Oktober 2007
Jamuan Hari Raya 2007 AZDE Group of Companies
Selain dari tu, kiteorang su me sama2 la gak buat menu tambahan. Zaharah buatkan agar-agar sampai 3 jenis: Agar-agar 2 in 1, agar-agar rose ngan puding koktel.
Untuk pengetahuan korang sume, nama sume jenis agar-agar ni aku hantam sajalah sebab aku tak tau namenyer.. haha! Sorila ye Zaharah!
Medah bawak rendang ayam dengan puding kesukaan ramainyer, puding laici.
Kak Wan bawak sandwich, Ezie bawak nasi himpit, Aju bawak bihun goreng, Dee bawak keropok goreng (lupe la nak snap gambo.. hehe..) dan aku, hee.. bawak biskut raye sket & buat apam ngan muffin buttermilk topped ngan blueberry je ler.
Ekcelli aku nak sponsor muffin jer, tapi memandangkan pagi ni jugak aku ade terima order dari Puan Syarifah nak 100 pieces, so aku wat lebih sket dan bawak ke opis.
Kepada sume yang telah sama2 sudi contribute effort dan wang ringgit tu, bagi pihak company (cewah!) aku ucapkan mekasih. Dan juge tak lupe pada semua jemputan yang sudi datang ke majlis yang tak seberapenyer tu.. (kononnyer lah.. hehe!) Kite jumpe lagi Syawal tahun depan ye! (kalau dimurahkan rezeki dan dipanjang umur)
Isnin, 22 Oktober 2007
Windunyerrrr Nak Tulishhhhh... Heee....
Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah, pada malam ke-27 umat Islam berpuasa, aku ditemukan dengan doktor pakar, Doktor Syamsul Azri yang dengan izin Allah telah membantu aku menyambut raye di rumah dan bukan di katil hospital seperti yang aku sepatutnya! Terima kasih aku pada dia atas usaha dia dan alhamdulillah, mungkin dengan berkat doa aku tiap2 malam yang taknak beraye kat spital, Allah tunjukkan aku jalan dan doa aku makbul supaya at least nak dapat beraye pada pagi raye je pun jadilah.. maka alhamdulillah aku dapat la beraye sampai raye ke-4 sebelum aku kena balik (Allah bagi advance lagi 2 hari lagi tu.. syukur!). Inilah kebesaran Allah yang aku saksikan sendiri dimana sepanjang 3 hari berhari-raya aku lansung tak rase macam orang sakit. Syukur alhamdulillah. Tapi camnerpun, skang ni ok dah sket sebab aku dah boleh amek ubat bila2 mase aje. So xla seteruk mase bulan pose haritu. Lagipun doktor kate bile pregnant memang asma kite akan teruk dari biase, so it's a normal caselah.
Lepas tu, pada 22hb Oktober 2007 lak, besday anak sulung aku, Mariatul Qibtiyah yang ke-7 tahun. Aku cume belikan kek & pizza jer sebab haritu dia masih dalam exam week so xleh la nak celebrate kat luar. Hadiah pun ayah & umminya bawak dia g beli malam tu jugak (teruk tolkan?! Hee..) Syukurlah yang penting dia hepi. Memang seronok sangat la dia sebab akhirnya dia dapat bukak hadiah2 dari mak2 sedare dia yang dia dah dapat 2 hari sebelumnya. Mana taknyer, ko tak tu asek pandang je hadiah tu, nak bukak kene tunggu malam besday lak.. tensen gamaknyer dia..hehe! Anyway, lepas potong kek n bukak hadiah, it's back to study time!
Sabtu, 22 September 2007
AL-FATIHAH
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ |
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ | |
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. |
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ | |
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ | |
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). |
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ | |
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. |
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ | |
Tunjukilah kami jalan yang lurus. |
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | |
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat. |
Selamat tinggal sayang
JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.
Bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan ibunya, Norazian Bistaman, 35, serta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.
Suasana bertambah pilu sewaktu 500 hadirin di tanah perkuburan itu memberi perhatian kepada bacaan talkin oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.
Selesai upacara pengebumian yang diadakan ketika cuaca panas terik, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya gagal mengawal emosi.
Pemandu teksi itu menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga terdekat. Isterinya, Norazian berdiri di sisi bersama tiga orang anak mereka iaitu Nurin Jazshira, 10; Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazliza yang berusia setahun.
Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam kemudian dilihat memeluk isterinya yang berjubah dan bertudung hitam.
Norazian juga tidak dapat menerima hakikat pemergian anak kesayangan mereka.
‘‘Kita dah berikhtiar, nak buat macam mana.
‘‘Allah sayangkan Kak Ngah (Nurin Jazlin), nak buat macam mana. Allah sayangkan Kak Ngah,’’ bisik Jazimin sambil memeluk isterinya buat seketika.
Turut berada di tanah perkuburan itu menyaksikan pengebumian Nurin Jazlin yang hilang selama sebulan sebelum ditemui mati dalam keadaan tragis ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dan kenalan rapat keluarga mangsa iaitu penyanyi dan pelakon, Hail Amir.
Selepas perasaannya kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.
Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.
Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya pada 17 September lalu ialah Nurin Jazlin.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat itu menggunakan sampel kuku, rambut dan darah ibu bapa Nurin Jazlin mendapati ia sepadan.
Jazimin petang semalam masih tidak mahu menerima keputusan DNA itu, tetapi mengubah fikirannya selepas bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad malam tadi.
Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.
Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ibunya, Norazian, tidak mampu untuk berkata-kata. Setiap pertanyaan pemberita dan kenalannya hanya disambut dengan esakan wanita itu.
Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.
Sementara menunggu jenazah anaknya disembahyangkan, Jazimin sempat menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah bagi dirinya dan isteri berserta anak-anaknya.
Beliau juga membayar zakat fitrah untuk Allahyarham Nurin Jazlin.
Zakat fitrah untuk enam orang yang nilai keseluruhannya RM28.20 diterima oleh Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Manan Abdullah.
Jazimin datang ke rumah mayat (HKL) pagi ini bagi menuntut jenazah anak keduanya daripada empat beradik itu.
Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi.
Sepanjang proses menuntut mayat dan menunggu jenazah anaknya dikafankan, beliau kelihatan sugul dan tidak dapat menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya menjadi mangsa bunuh dan penderaan seksual.
Jazimin, yang ditemani keluarga dan sanak saudara, dibenarkan membawa keluar mayat anaknya pada pukul 11.15 pagi.
Selepas bacaan doa, jenazah dibawa keluar dari pekarangan hospital dengan sebuah van sambil disaksikan dengan wajah sayu oleh orang ramai dan kakitangan HKL.
Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil. Pada 17 September lalu, mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg ditemui di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 8.30 pagi.
Jazimin dan Norazian pada mulanya menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual. Empat hari selepas itu ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat itu ialah Nurin Jazlin.
- Utusan Malaysia
Petikan dari http://nurinjazlin.blogspot.com/
Khamis, 20 September 2007
Penawar Hatiku
#1: TIGER
Ni aku yang bagi nama. Sebab nama tu pasal mase aku memula jumpe tu, dia ni punye ler garang yang amat. Asal aku nak pegang jer dia cakau, aku acah miaw pun dia cakau.. ganas! Tapi udahnyer bile aku dah bawak balik, dia nilah yang paling manja skali. Pantang nampak aku dok bersila misti dia naik atas riba nak manja2. Hee... geram tol! Dia jugak yang paling galak main.. pegang sket pun dia ingat kite nak ajak main ngan dia.. habis dikunyah2nyer jari aku.. sabo jelah.. Aku rase dia ni anak yg sulung sebab badan dia besor skali dari yang lain. Gamaknyer lah..
#2: MANJALARA
Dia ni 2nd beso selepas siTiger tu. Jangan tanye aku nape letak nama ni. Ni bukan aku yang kasik nama tau.. ini peminat citer 'Manjalara' yang letak.. mak aku! Haha! Ade ke sampai kucing pun jadik nama gituh. Hmmpphhh.. lantak piiiilahhhh! Dia ni kuat makan. Baru beberapa hari bawak balik badan dia dah naik dah. Gamaknyer sebab betina kot.. yela kan.. pompuan kan senang naik berat badan! Sabo jelah!.. Theee... Dia ni sekor je yang warna putih (mungkin mewarisi warna bapaknyer yang aku rase keturunan siam sebab maknyer kawan aku penah nampak tapi warna cam tiger tu, bukannya putih.. biaselah kan. Dah namenyer pun kucing...)
#3: CUMIE
Yang ni paling kenit skali. Nama tu anak sedare aku yang bagi. Muka dia ni skali imbas macam muke singa. Tapi badan, alahaiiiii.. cutenye. Dia ni manje gak ni tapi takla semanje siTiger. Badan pun hampir same. Yang bleh bezakan dorang berdua tu cume sebab muke singa dia ni lah. Hehe. Disebabkan badannyer yang kecik cute mute tu, so aku assume dia ni misti anak yang bongsu.. macam aku la kan. Thee...