Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 9 Jun 2007

3 Abdul Birthday & Father's Day Celebration

Sabtu, Jun 09, 2007 0 Comments
Hari yang bz. Heheh! Aku bangun pagi ni terus je masuk dapur kukus apam yang diorder untuk wedding gift. Lepas tu buatkan frosting untuk birthday muffin 3 Abdul (gelaran yang anak aku ngan sepupu2nya dapat sebab lahir bulan yg same!) Tahun ni temanya yelah Spiderman3. Maka jenuh la gak sbb ade 2 muke spiderman yang aku kene lukis! Kes naya tol.. tawon depan jangan la pulak kuar kembar spiderman kaler biru, merah, kuning ke.. teruk aku weh! Har! Har!

Lepas wat frosting, aku kuar lak jap g supermarket carik lauk nak masak. Balik tu baru sambung balik. Ade le dekat 3-4 jam gak aku melukis sebab selain dari wat muke spiderman, aku buat skali muffin yang aku nak hantar ke rumah anak yatim Nur Iman kat sini nanti. Yang tu aku pakai design rose je sebab nak cepat. Lagipun aku pakai whipped cream, so sebelum dia cair, baik aku pikirkan design yang cepat siap supaya aku boleh sumbat dalam peti ais dengan segera. Hehe.

Akhirnya dalam kol 2:00 pm barulah aku siapkan buat sumenyer. Masuk dapur masak mee sanggul pulak untuk bawak ke Klang nanti. Finally kol 5:00pm aku pun bertolak la. Takde ape pun yang aku nak cerita yang sebenarnya sebab aku tak ingat almost 90% apa yang berlaku.. inilah akibatnya kalau makan ubat sebelum g jalan! Skang aku dah rugi satu event! Hampehhhh.... Anyway, to 3 Abdul; 'Happy Birthday!!'

Jumaat, 8 Jun 2007

Cheese Bread Terbakar

Jumaat, Jun 08, 2007 0 Comments
Well.. inilah upenyer kalau kite telah membakar roti melebihi masa yang ditetapkan lebih2 lagi jika ianya adalah roti cheese. Hehee... Lame dah mak x bakar roti weh, sejak amik order wat muffin tu, nilah baru nak rase bakar roti balik. So aku pun dah lupe le pulak brape lame aku kena bakar.. udahnyer jadiklah Cheese Bread terbakar tu. Haha! Lawak tol. Sian kat CTZaharah yang order roti tu sampai aku x sampai hati lak rase nak jual.. Theehee.. Ekcelli dah lame dah dia order tapi pasal aku x berkesempatan nak g kedai jual cheese tu, tu yang agenda terbantut. Anyway, akhirnya lepas dah la satu amanah.. legaaaa.. to CTZaharah, sori le wei.. tapi sbb dah masak, suke x suke, habihkan gak! Har! Har!

Ahad, 3 Jun 2007

Huaaaa......!!!

Ahad, Jun 03, 2007 0 Comments
Mak hai punye le berat... al-maklumlah, nilah kali pertame aku akan berpisah ngan puteri aku unt jangkamasa yang agak lame.. dulu penah gak dia g tido umah De dia tapi 2 hari je.. ni seminggu! Sob, sob.. sedihnyer aku. Tapi camne pun aku kena gak belaja melepaskan dia untuk berdikari. Mana la tau tetiba Allah bagi aku rezeki nanti, boleh aku hantar dia g ngaji kat Mesir, insyaallah. Dah le hubby g outstation dah dokek 2 minggu dah ni, Maria pun nak outstation gak ke umah atoknyer kat Klang! Hua, ha, ha... sian aku! Yang tinggal si Mirul sorang la kat umah ngan aku tapi itu hantu PS2 24 jam mengadap menatang tu, so.. mule le aku ni terpinga2 x reti nak wat per. Takde sape ke nak order ape2 weh! Har! Har!
So kol 2.30 pm td aku pun berangkat la g Klang. Aku rasa aku punye doa aku baca sepanjang perjalanan tu kalau dicompare dengan kalau aku bace Al-Quran, maybe dah khatam 7 kali rasanyer aku baca dari aku setat kete tu sampai le ke Klang. Tu la padahnyer kalau time hubby bawak kite tido kat belakang (theehee...!) Sampai sesat2 aku dibuatnyer.. hampeh tol! Nak dijadikan citer lak tu, time balik ujan punyer le lobek, banjir lagi..jem toksah citer laa.. kat Bangsar jalan lak pecah! Aku ni dah le main bedal je jalan, sampai 2 jam baru sampai umah! Wakaka! Terok tol! Farah.. ini dah pasti kali pertama anda drive sendiri ke Klang, tapi... untuk drive lagi sendiri lain kali... mungkin TIDAK!!! Har! Har! Tolonglahhhhhh aku tak sanggup wehhhhhh!!!....
Oklah, malas dah nak layan. Sebonanyer aku ni dah tahap rindu gaban ngan Maria. Tu yg ayat pun jadik cam org meroyan tuh. Padahal baru je beberape jam aku tinggalkan dia kat sane.. camne la aku nak survive lagi 6 hari ni weiiii!!!!.. Hee.. k stop! Baik aku citer yg ni. Tadi aku masak kek coklat ngan bihun sup bawak g sane. Sekian, mekasih.. Har! Har!...

Jumaat, 1 Jun 2007

Happy Belated Birthday Gals & Happy 5th Birthday 2 Mirul!

Jumaat, Jun 01, 2007 0 Comments
Harini kat opis aku wat makan2 untuk sambut belated birthday Ajue & Med. Cam biaselah bile ade sessi makan2 ni, tiap sorang akan bawak lauk. This time menunye ialah kari ikan tongkol, jelatah , (si besday gal Ajue yang bawak), sambal goreng, sambal tumis udang & sotong dan puding susu (besday gal: Med bawak), puding cocktail (Ezie bawak), tembikai (dibeli dengan susahpayahnya oleh Ieza.. wakaka! Kejam tol depa ni, tak dapat aku bayangkan ko ngusung tembikai tu naik opis tingkat 3 nih!) dan of course la kalau Kit tak bawak nasik, tak berertilah lauk2 yang di bawak itu tadi. Aku lak buatkan kek spiderman atas permintaan mereka2 itu (sabau jelah). Base aku gunakan spongy sponge cake (vanilla & coco), layered dengan satu lapisan chocolate ganache dan topped dengan chocolate cream. Alhamdulillah sume habis licin seperti biase. Har! Har!

To Ajue & Med: Happy Belated Birthday 2U Gals!..



Malam harinye pulak, aku sambut besday anak bongsu aku Said Amirul yang ke-5 tahun. Alaa.. sambut kat umah mak, makan sesame famili je sebab ayahnyer blom balik dari outstation lagi. Insyaallah bile dah cukup korum nanti akan ade sambutan 3 Abdul kat Klang nanti.. tungguuuuuuu!.. Bila aku tanye dia nak hadiah ape, dia kate dia cume nak kek spiderman yang aku buat aje sebab kek orang lain buat tak sedap (bleh pecaye ke ek?!.. ) So aku pun watkan la dia kek spiderman tu walaupun aku sebenarnyer tak larat sebab tak berapa sihat. Tapi demi anak, kaki ngan tangan aku ni dah sampai menggigil pun ku tetap teruskan jugak membuatkan dia sebijik kek spiderman. Memandangkan dia ni memang tak brape gemor makan ceklat dan atas permintaannya sendiri ndakkan jem strawberry so aku bubuh strawberry paste sebagai toppingnyer. Kek dia pun aku tak buat kek ceklat sebab dah tau dia misti tak suke nanti so aku buat vanilla sponge cake aje. Lotih gak la mak sebab balik je keje teruih g Mc'D.. pastu terkocoh2 balik umah & nak bersiap ke umah mak pulak. Lepas maghrib aku pun terus bergegas ke umah mak aku. Cadangnya aku nak wat dlm kol 9 mlm lepas isya' tapi si besday boy dah merengek2 lapar nak makan kek. So majlis pun dimulakan awal la. Takde sape pun tetamu yang datang melainkan anak2 aku, mak, anak sedare, abg aku, kakak ipar & anak2 dia. Small celebration je. Tapi best gak la.. Wan si Mirul pun tepon wish dia malam tu tapi besday boy ni sombong sket la mlm ni. Actually dia ngantuk tuuu.. Ummi understand.. hee..

Anyway, theehee.. of course laa.. part yang paling best skali dalam besday party mistilah acara membuka hadiahkan. Eventhough kite ni cume pemerhati tapi bile tengok riak muke si besday boy mase bukak hadiah dari kite tu.. adalah sesuatu yang sangat bermakna.. especially for a mommy like me. It was one of the precious moment. Said Amirul.. Ummi tau adik dah lama ndakkan suit Cicak Man tu.. and today, SURPRISE!.. Ummi seronok tengok adik seronok... at least i have something that could take my sorrow away... I Love You, Mirul! ... and Happy Birthday! Moga hidupmu sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, diberi nikmat yang cukup di dunia dan di akhirat kelak serta menjadi anak yang soleh, yang sentiasa beriman pada Allah, mendoakan Ummi dan Ayah dan menjaga kakakmu.

Ahad, 27 Mei 2007

Aduhaiiiii laaa anak Ummi..!

Ahad, Mei 27, 2007 0 Comments
Actually harini aku dah plan untuk bersenang-lenang sepanjang hari disamping menggodam website aku sendiri (dah takde keje la tu namanyer kan..) Memandangkan harini hari Ahad, cuti skolah plak tu, ayah budak2 ni g outstation... so aku ingat memang aku akan cuba menghabiskan mase aku dengan sesuka hatinyer.. wakaka! Make sepanjang hari aku pun bermalasannnn jelah..
Dalam pada tu, anak sulung aku si Maria tu dok la berulang kali tanye aku bila
nak buat muffin atau kek lagi. Dia tanye harini takde order ke sebab dia rase tak sabar nak makan kek aku lagi. Aku pun malas la nak layan dia sebab aku baru je nak berehat harini selepas menyiapkan order yang alhamdulillah tak putus jugakla sepanjang bulan ni. Tetiba tengah aku mem'bege'2 website aku, Maria muncul belakang aku sambil cakap dengan nada slownyer; "Umi ni kalau org lain order, Umi buat je kek atau muffin, tapi kalau kakak yang mintak, Umi taknak buat.." Aku pun terus la tersentak cam kena petir dengar kata2 dia.. terus aku bangun g dapur & buat kek sponge. Bila dah masak, aku nak g panggey dia, skali tengok dia dah tertido kat kosi panjang menunggu nak makan kek aku.. Huaaa.. siannya anak Ummi! Sorila sangat sayang!
Akhirnya bila dia bangun, dia terus tanye aku nak makan kek. Lega hati aku dapat tengok dia makan sepuas2nyer.. maafkan Ummi ye sayang..

Moral of the story: Jangan sesekali abaikan anak.. nak godam tunggu depa tido, ok! Theehee...

Sabtu, 26 Mei 2007

Back 2 School..! Pergh..!

Sabtu, Mei 26, 2007 0 Comments
Haha! I could'nt believe myself- Farah is going to baking lesson?? Har! Har! But that's a fact! Bukan aku taknak pegi pun selama ni, tapi tau jelah banyak benda nak diutamakan kat umah bila hari cuti tu kan. Tapi bila ada kekosongan camni, dapat la aku pegi. Harini kelas macamana nak memperalatkan coklat dalam hidangan manisan, disampaikan oleh Chef Pak Ahmad di bawa khas dari seberang nun. Banyak no ceklat sampai aku tak larat nak makan. But one thing yang best aku learn from attending class yelah aku dapat kawan baru yang sama meniaga bakery so banyak gak la ilmu dapat aku korek dan kongsi! Hee...

Sabtu, 19 Mei 2007

Happy Belated Birthday Cu & Welcome Baby Aina!

Sabtu, Mei 19, 2007 0 Comments
Selalu sangat buat muffin dan cupcakes untuk orang, harini aku wat untuk famili pulak. Harini aku nak balik Klang untuk 3 event- Pertama: Nak tengok orang baru, baby Nur Aina yang lahir kat Klinik Damo kol 4.10 petang tadi; kedua: Nak sambut besday adik ipar aku, Iya yang study kat MMU dannnnn yang ketiga: Nak tengok Final AF5 ramai2 kat umah mentua aku! Har! Har!
Harini aku wat macam2 jenis muffin & cupcakes..ada spongy sponge cupcakes, oldies butter cupcakes, chocolate, bluberry & vanilla muffin. Actually bukanlah sebab rajin buat macam2 jenis tu tapi sebab kebetulan ade lebihan bancuhan yang org order dan ada pulak orang nak sample senin nanti. So alang2 nak bakarkan, aku pikir baik buat sekali harung je. Topping pun pakai yang lebih2 tu je.
Projek aku bermula seawal 8.30 pagi. Habis wat topping je, aku pun memulakan la masakan lain yang bakal aku bawak kang. Bila makan reramai kang, barulah best!
Hehe.. Menu aku harini cume spaghetti je dengan paiti. Tapi aku cakap betul la, ni lah kali pertama dan terakhir aku akan buat kulit paiti tu, TENSION weiiii!! Sampai naik kematu kaki tapi yang jadik cume berapa jerk! Dah ler tuh, yang jadik pun upenyer cam shrek, menggerutu. Rasa nak nangis tol nengok. Sapo ade jual kulit dia yang dah ready made tolongla jual kat aku wehhhh! Theehee..
Anyway, kol 6.30 petang aku sampai kat Klinik Damo.. Sronot sangat tengok baby.. bestnyer kalau aku ade baby lagi. Hehee.. slalu gak berangan dapat baby girl lagi, bertambah orang yang bleh tolong aku kat dapur selain Maria, har! Har! Tapi wat mase ni, selagi aku x sembuh and get my normal life back, tayah la nak berangan apa2 Farah oiii... hmmm...
Ok, so balik pada citer. Malam tu kami sume pakat berkumpul la depan tv nengok Final AF5. Bersemangat tol! Hidup Mila.. u deserved it! Sampai umah pagi tu kol 1.30 pagi rasenyer.. bahana AF. Terok tol! Thee..

Jumaat, 18 Mei 2007

Happy Teacher's Day!

Jumaat, Mei 18, 2007 0 Comments
Yes.. to all teachers out there, especially to teacher Zailani, Ustaz Saiful Azli, Ustazah Aisah, teacher Zaleza & teacher Ani for being really responsible and hardwork teaching my lovely daughter, Mariatul Qibtiyah at Sekolah Danau Kota, i wish them a very2 Happy Teacher's Day and thank you soooooooooooooo much for your kindness and love that you share with her. Muahhhhhhh!
Sebagai tanda penghormatan aku ke atas jasa2 mereka ni, aku hadiahkan Spongy Sponge Cupcakes dengan frosting peppermint (putih), strawberry (merah) dan blueberry (ungu). Hope all of you will enjoy it eventhough i knew that these is not enough to pay off your kindness. Thank you again.

Sabtu, 12 Mei 2007

Lotihnye mak..

Sabtu, Mei 12, 2007 0 Comments
Ni pagi aku cadang nak g wat rwtn ulangan kat Bangi so dari malam tadi aku pun struggle la menyiapkan muffin yang diorder Kak Wan untuk bagi bakal mak mentua. Gituhla nak ambek hatikan.. hehe. Dah siap sume, skali si Mirul pulak sakit perut. Sampai ke tengahari dok la menahan sakit so aku pun cancel la nak g. Sementelah si Aju pun nak dtg amik kosi sofa aku harini, so aku pun kemaih la umah sampai malam. Lotihnyer la mak hai, tu baru kemaih bhg tgh umah tu ha! Thehee..

Ahad, 6 Mei 2007

Minggu Yang Panjang...

Ahad, Mei 06, 2007 0 Comments
Rabu, 25hb April 2007
Malam ni balik je keje aku masuk dapor sbb nak kukus apam. Ada org nak sample & lagipun aku nak wat bekal untuk trip g kelantan lusa. Yang bagus apam ni sebab dia tahan lama walaupun berminggu aku simpan. Tapi kalau sebulan aku x jamin. Haha.. Actually aku x brape sihat sbb demam berulang aku tu jadik balik mgg ni. Dokt pun bg MC tapi aku g gak keje sbb nak settlekan sume keje sblm g trip ni.
Jumaat, 27hb April 2007
Hari ni aku stat projek wedding Aju. 500 biji mini muffin + 37 biji Wedding Muffin untuk depan pelamin + 10 biji untuk sample. Letih wehhh!! Aku berjaye habiskan wat toping, masuk casing, masuk kotak & bungkus tepat waktu aku dengar azan subuh berkumandang. Mase tu rase nak nangis giler psl kain baju aku & budak2 pun blom packing lagi. Otak dah jammed sbb ubat+demam+x tido... huaaaa... anyway, demi pengantin.. hee.. aku tabahkan hati.. Farah, u can do it! Mekasey la pd anak sedare aku yg dipaksa tolong sampai larut malam haritu. Lain kali bleh tolong lagi ye? Theehee..
Sabtu, 28hb April 2007
Akhirnya jam 7.30 pagi tepat aku dah ready to go. Kami berkumpul depan opis dulu reramai kat Sri Gombak unt konvoi. Hujan lebat lak pagi tu.. masuk van aku pun lentok sampai Kelantan. Bangun pun sebab lapo je. Hehe. Kami sampai ke Rantau Panjang kol 6:00 ptg waktu M'sia gitu. Lepas check-in lepak sat sblm siap2 g umah pengantin pompuan unt majlis nikah & aku kena serahkan muffin2 aku tu. Letih gak la tapi hilang bila aku dpt shot gambar2 nikah tu. Tapi ada tpt2 yg aku x dpt celah, hubby aku la tlg shootkan. Mekasey hubby! Nasib ade pro standby! Weehee.. Almaklumlah, lame dah meninggalkan bidang ni skali nak asah balik, rase cam dummy gak. Sorila ye Aju kalau gambo x cantik.
Ahad, 29hb April 2007
Tghr ni aku terus g umah pengantin pompuan unt shoot gambo hantaran sementara menunggu dia bersiap & ketibaan pengantin lelaki. Disbbkan cuace amatlah panehnyer make aku pun perambat budak2 balik ikut ayahnyer g lepak kat hotel. Hehe. Kalau tak asek merengek je aku nak memulakan keje x brape nak profesional ni pun susah. Haha. Byk la gak aku dpt dr kenduri harini tapi yang paling berharga sbb aku dpt ilmu dari sifu pro photographer, abe ape namanye aku lupe nak tanye.. dia ni hubby pada mak andam, Kak Jye. Keramahan & x kedekut ilmu couple ni mmg aku salute la. Anyone nak carik mak andam & photographer area Kelantan, contact aku, aku bleh recommendkan ke couple ni. gerenti x nyesalnyer. Kalau nak tgk hasil keje Kak Jai silelah lawati gambo2 kenduri ni kat sini. Memang ade kelassss... hehe. Akhirnye tibelah waktunyer aku dpt tgk muffin aku diperagakan di depan pelamin.. wahhh.. banggenyer aku weh! Hehe.. Berbaloi la aku x tido semalaman. Tapi skali ujan turun lebatnyer, terpakse la aku menyelamatkan muffin2 aku tu dulu.. haha. Benda lain aku x g slamatkan, yg tu priority oo.. Anyway, lepas tu sume bjln lancar tp aku x dpt stay sampai acara potong kek sbb nak kena bersiap unt dinner lepas isya'. Maka terlepaslah aku melihat muffin2 aku dibaham dengan selamatnyer.
Malam tu kami seopis g makan kat Restoran Noor dekat Rantau Panjang. Punye la lame menunggu order, pas2 xde lauk yg tinggal kecuali telur ngan ayam je? Upenyer meja sebelah (boss aku la tu) dah order dulu lauk lain sampai licin. Huaaa... mkn telur ngan ayam je la kami ni... Wakaka! Sampainyer hati kome.. Tapi xper.. aku ngan Med dah nekad nak belasah ikan byk2 mlm besok mase barbeque unt lepas dendam. Hehe..

Isnin, 30hb April 2007
Pagi ni kami sume pakat turun Rantau Panjang.. watper? G shopping arr. Malangnyer nasibku sbb tersesat dkt 1/2 jam jadik aku cume ade dlm 45 minit je mase unt shopping sblm times up. Naisb dpt gak la aku beli ape yg mmg dah ade dlm pale hotak selama ni tp sian gakla pd mak aku yg x pueh hati sbb x sempat nak berwindow lame sket. Nak kena balik cepat tu bukan per, sbb tghr tu kena berZohor kat surau rumah pengantin sblm sume berkonvoi bertolak ke umah pengantin lelaki kat Pasir Mas. Perjalanan x lame, dlm 20 minit sampai le. Sampai je sume perut dah berkeroncong + kepenatan berjln shopping pg td, habisla umah si Jemi (pengantin lelaki) kami serbu. Lauk best.. ade yg tambah sampai 3 kali (sape tu ek? Hee..) Mekasey byk2 unt kluarge belah pengantin lelaki atas sambutan kedatangan kami yang kuat makan ni haa..
Habis je dari situ, kami sume bertolak ke Pantai Tok Bali untuk acara barbeque malam ni. Kami samai kol 6:00 ptg. Pantai dia mmg best tapi bilik yang aku dapat tu... mcmmmm... hee, JGN PANDANG BELAKANG sket arr. Tapi aku wat derk je la w/pun dlm hati dok berdoa je jgn le jadik apa2 mlm ni. Acara stat kol 9:00 mlm. Hujan renyai2 tapi k/org x kesah tu sume. Bakar tetap bakar! Banyak tol ikan, sotong, ayam yang Abe Me belikan untuk k/org. Sampai terpakse tepon kengkwn lagi yg sewaktu dgnnya unt perabihkan tapi pagi aku cek, byk lagi ike dlm kotak tu. Murah tol la ike sane, kalau kat KL aku rase dah beratus ribu hinggit tu. Bestnyer kalau dpt dok kat sane... hmmm...
Akhirnyer besok paginyer kami pun bertolak balik. Time aku bgn pagi tu sume org dah bertolak.. aku je yg blom.. siankan. Tapi aku ade reason x dpt tido mlm tu.. tp xper.. biar aku dan mereka2 yg sewaktu je yg tau ape yg berlaku.. heee... ingat, JGN PANDANG BELAKANG!.. Upenyer patutla pun, bile pagi aku nak amik gambo ni, baru la sumeorg terperasan yang bilik k/org tu btol2 kat barisan yang penoh ngan pokok ketapang. Patutla.. jeng,jeng,jeng..... Heeee...
So, kami sampai kol 7:00 ptg kat Taman Ibukota. Alhamdulillah sumenyer dah pun slamat. Untuk Aju & Azmi, tahniah dan selamat menempuhi alam rumahtangga yang penuh cabaran. Ingat pesan nenek tuuuu.. Wakaka! Kalau ada apa2 yang terkurang tu aku mintak halal la ye. Untuk semua yg baik hati menyambut kedatangan kami, terima kasih byk2. Allah SWT saja yang balas budi baik sume. Untuk Cek Azmi yang sudi menaja trip opis tawon ni pun time kasey byk2. Next year bleh set up tpt lain plak ye?..Hee...
Akhirnya berakhirlah satu minggu ku yang panjang.. hahhhhhh...!



*Notes: Untuk view sume gambar wedding & trip ni blehla klik kat sini

Follow Me at flickr! .